Cerpen aku yang kamu sakiti
Cerpen pendek. ~aku yang kamu sakiti~ Hufairah selamat sampai ke Melaka sehari lebih awal pada hari yang ditetapkan. Masalah yang timbul di salah satu cawangannya di Kedah telah membuatkan dia terpaksa menetap di sana hampir sebulan. Dia sengaja tidak mahu memberitahu sesiapa kepulangannya ini. Saja ingin membuat kejutan. Sampai saja di rumah ibu dan ayahnya pada lewat petang. Dia telah digemparkan dengan berita bahawa tunangnya a.k.a bakal suami dia telah curang. Tetapi dia bukan seseorang yang mudah percaya pada sesuatu benda. Dia akan selidik. Perkara ini dilihat oleh kakaknya sendiri, yang melihat adegan adegan mesra Azrief dengan pasangannya di sebuah hotel. Kebetulan pada masa itu kakak dan abang iparnya sedang bercuti di Johor. Keesokkan harinya, Hufairah dengan kakak beserta Haqif,abang iparnya pergi ke rumah Azrief. “Assalamualaikum”, ucap Haqif. Diketuknya pintu rumah Azrief. Tiada yang buka. Cuba dipulaskan tombol pintu..ternyata tidak ber...