Cerpen aku yang kamu sakiti

Cerpen pendek.    ~aku yang kamu sakiti~


Hufairah selamat sampai ke Melaka sehari lebih awal pada hari yang ditetapkan. Masalah yang timbul di salah satu cawangannya di Kedah telah membuatkan dia terpaksa menetap di sana hampir sebulan. Dia sengaja tidak mahu memberitahu sesiapa kepulangannya ini. Saja ingin membuat kejutan.

Sampai saja di rumah ibu dan ayahnya pada lewat petang. Dia telah digemparkan dengan berita bahawa tunangnya a.k.a bakal suami dia telah curang. Tetapi dia bukan seseorang yang mudah percaya pada sesuatu benda. Dia akan selidik. Perkara ini dilihat oleh kakaknya sendiri, yang melihat adegan adegan mesra Azrief dengan pasangannya di sebuah hotel. Kebetulan pada masa itu kakak dan abang iparnya sedang bercuti di Johor.

Keesokkan harinya, Hufairah dengan kakak beserta Haqif,abang iparnya pergi ke rumah Azrief.

“Assalamualaikum”, ucap  Haqif. Diketuknya pintu rumah Azrief. Tiada yang buka. Cuba dipulaskan tombol pintu..ternyata tidak berkunci. Kami semua masuk ke dalam sambil memanggil nama Azrief.

“Azrief..Azrief!!!” Tidak bernyahut.

Pintu bilik utama dibuka ternyata juga tidak berkunci. Haqif masuk ke dalam seorang diri. Tiba-tiba...

“Azrief apa yang kau dah buat ni?”. Soal Haqif kasar. Aku dan Haqilah kakakku terus masuk ke dalam bilik ingin melihat apa yang dah berlaku.

“Ya Allah”..ucapku..satu patah perkataan yang telah menggambarkan perasaanku kini. Azrief dalam keadaan yang mengaibkan dengan seorang perempuan.

“Azrief bangun sekarang!”. Haqif menarik Azried bangun lalu menumbuknya kerana terlalu geram. Tersedar Azrief dari lena bila terasa bibirnya sakit.

“Hufairah macam mana sayang boleh ada kat dalam bilik abang?” Soal Azrief risau.

“Jangan sebut perkataan sayang dekat saya Azrief. Saya benci awak. Sampai hati awak buat saya macam ni”. Ucap Hufairah sebak.

“Abang apa yang kecoh-kecoh ni?” soal perempuan yang baru sedar dari tidur.
                                                                                                             
“Siapa dia ni abang?” sambung perempuan itu.

“Ni tunang abang, Hufairah”. Balas Azrief.

“Oh, yang abang cakap hari tu ye? Tapi Hufairah, Azrief sekarang dah jadi milik saya”. Kata perempuan itu manja. Hufairah menyampah dengar suara manja itu. Dia menghampiri perempuan yang masih berada di atas katil itu. Tidak malukah perempuan ini? Tanya hati Hufairah.

“Memang Azrief dah jadi milik awak sekarang, Saya hanya bekas tunang dia bermula saat ini. Awak jagalah dia baik-baik”. Ucap hufairah dengan suara yang tersekat-sekat dan terus pergi meninggalkan bilik itu. Azrief tidak mampu menahan Hufairah kerana semua kesalahan berpunca daripada dia.


SEMINGGU KEMUDIAN.

Hati Hufairah sedikit tenang. Siapa tak sedih bila perkara seperti itu berlaku depan mata. Tapi takkan nak meraung pulak. Anggap sajalah jodohnya dengan Azrief tiada. Lama Hufairah termenung memandang laut yang tenang. Alangkah bagusnya andai hati dia setenang itu.

“Hufairah!”. Panggil seseorang. Hufairah mencari siapa yang memanggilnya tetapi bila melihat diri Azrief menghampiri dirinya, dia segera bangun untuk pergi dari situ. Tetapi dihalang oleh Azrief.

“Tunggu sebentar Hufairah, saya nak bercakap dengan awak sekejap saja”. Kata Azrief yang sudah berdiri di depan Hufairah.

“Apa lagi yang awak nak cakap?” soal Hufairah lembut.

“Saya nak minta maaf, saya tahu saya salah. Saya sunyi sebab awak selalu keluar negeri, saya keseorangan awak tahu?” Bela Azrief. Semakin sedih hati Hufairah kerana alasan itu menjadi pilihan Azrief.

“Oh, kalau itu alasan awak saya terima, sebab saya tahu saya selalu keluar negeri. Tapi semuanya saya dah rancang. Saya pergi kerana bekerja dan saya dah bercadang akan berhenti kerja selepas kita berkahwin. Awak yang tak tahu bersabar. Saya keluar negeri, awak bermesra dengan orang lain. Saya tak sangka awak macam tu. Tapi terima kasihlah sebab awak menduakan saya sebelum saya sah menjadi milik awak”. Menitis air mata Hufairah yang dari tadi ditahan.

“Hufairah jangan menangis lagi. Saya tahu saya salah. Awak maafkan saya ye?” pinta Azrief lagi.

            “Saya maafkan awak, Tetapi saya tak boleh kembali kepada awak. Hati saya sakit sangat-sangat. Apa alasan saya untuk percaya kepada awak lagi? Benda tu semua berlaku depan mata saya, mesranya awak dengan si dia. Sudah terlalu tinggi kepercayaan yang saya bagi sehingga awak sanggup menduakan saya. Mungkin dia lagi baik dari saya”. Balas Hufairah teresak-esak.

“Awak, awaklah yang terbaik buat saya. Saya sayang awak”. Ucap Azrief seakan merayu.

“Jangan rendahkan diri awak untuk merayu dekat perempuan seperti saya. Kalau awak rasa saya yang terbaik buat awak, kenapa awak cari yang lain? kenapa awak duakan saya? Itu dah cukup untuk menjadi bukti bahawa saya bukan yang terbaik buat awak. Awak kata awak sayang saya, itu bermakna awak sayang perempuan tu juga sebab dia boleh panggil awak abang sama seperti saya . Kan?” Diseka air mata yang tiada tanda-tanda mahu berhenti.

“Saya minta maaf, kembalilah pada saya”. Merayu Azrief lagi.

“Saya dah cakap yang saya maafkan awak dan saya tak mungkin kembali kepada awak. Awak tak sedar ke yang awak dah sakitkan hati saya? Awak, jaga diri awak, jaga hati awak, ubahlah diri awak walau awak tak bersama dengan saya lagi. Jangan ulang perkara macam tu lagi. Nanti Allah marah, islam pun menggalakkan perkahwinan. Halalkan hubungan awak dengan perempuan tu dulu, saya tak kisah. Saya minta awak jangan sakiti hati orang lain lagi, biarlah saya saja yang awak pernah sakiti dalam hidup awak. Mungkin ini kali terakhir kita berjumpa, jangan cari saya. Kita buat haluan masing-masing. Saya harap awak bahagia bersama pilihan awak. Selamat tinggal. Bukan jodoh kita bersama. Sesungguhnya saya masih menyayangi diri awak”. Hufairah menghabiskan kata bersama air mata dan berlalu pergi meninggal Azrief yang sudah terduduk di atas pasir pantai.

“Selamat tinggal Hufairah , saya sayang awak selama-lamanya. Saya terima keputusan awak”. Kata hati Azrief.




~TAMAT~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen Bersatu Akhirnya

cerpen Kasarnya Cinta

cerpen aku isterimu Edrie Rayyan