cerpen aku isterimu Edrie Rayyan

AKU ISTERIMU EDRIE RAYYAN



Hampir setahun perkahwinan Edrie dan Dania, barulah Dania dapat bekerja setelah berkurun lama memujuk sang suami untuk membenarkannya. Hari pertama bekerja sangat menyenangkan hati, kerana rakan-rakan sekerjanya sangat ramah dan baik hati, serta banyaka memberikan tunjuk ajar kepadanya. Dania berjanji akan membahagikan masa sebaiknya buat suami dan kerjanya.

Sebulan kemudian, Dania bersama empat orang rakannya iaitu Alia, Zalia, Remy dan Haziq pergi lunch bersama-sama di sebuah restoran yang berhampiran dengan pejabatnya. Yang hanya perlu berjalan kaki untuk pergi ke sana. Semasa melintas jalan, Zalia, Alia dan Remy sudah melintas jalan dan menunggu Dania dan Haziq melintas. Dania mula melintas, dan tanpa dia sedari, sebuah lori hampir melanggarnya. Mujur saja tangannya sempat ditarik oleh Haziq yang berada di belakangnya. Dia terjatuh dan sikunya berdarah kerana terkena jalan raya, Haziq di sebelah membantu Dania bangun. Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang melihat adegan itu. Hatinya diburu rasa marah dan cemburu.

            Setelah tamat waktu bekerja, Dania pulang ke rumah. Dilihat kereta Edrie elok terparking di halaman rumah. ‘Awal pula suami aku balik hari ni. Biasanya selepas pukul 6 petang baru dia balik’. Bisik hati Dania. Dia berjalan menghampiri pintu utama.

          “Assalamualaikum abang”. Ucap Dania apabila pintu utama dibuka. Pintu ditutup, apabila salamnya tidak dibalas dia pusing kebelakang untuk mencari suaminya.

Pang!!!

Kepalanya terteleng ke kanan. Terasa perit di pipi dan panas bibirnya akibat tamparan yang diberikan oleh Edrie. Matanya mula bergenang.

          “Kenapa tampar Dania, abang?” soal Dania perlahan sambil memandang suaminya.

         “Kau tanya aku kenapa aku tampar kau? Kalau ikutkan hati aku, tampar saja tak cukup kau tahu untuk perempuan macam kau!” balas Edrie kasar.
            
           “Apa salah Dania? Cakaplah abang”. Soal Dania sambil memegang tangan Edrie.
           
          “Salah kau apa? Salah kau sebab menggatal dengan lelaki lain! Yang kau pergi peluk jantan tu kenapa? Dekat tengah jalan pula tu. Dah tak tahu malu ke? Ke kau dah lupa yang kau ni isteri aku!” Edrie menjawab bengang. Ditepis tangan Dania kasar.

            “Tapi Dania...” belum sempat Dania ingin membalas. Edrie sudah menyampuk.

           “Kau tak payah nak bagi alasan. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri kau peluk jantan tu. Kenapalah aku kahwin dengan perempuan macam kau? Tak tahu malu ke? Kenapa murah sangat harga diri kau ni?! Semua jantan kau nak!” Edrie semakin berang. Dania hanya mampu diam menahan air mata dari menitis.

            “Dania ada maruah abang!”. Balas Dania sedikit tinggi.

            “Perempuan macam kau ada maruah? Kau berkepit dengan lelaki lain belakang aku. Macam tu kau kata ada maruah? Rendah sangat maruah kau tu. Mungkin dengan maruah kau tu kau pernah bawa lelaki lain sampai dalam bilikkan?” sinis Edrie menjawab.

            “Abang!! Sampai hati abang cakap Dania macam tu”. Naik seoktaf suara Dania. Air mata masih mampu ditahan. Terkaku Edrie dengan perubahan sikap isterinya. Dania sambung bicara.

            “Kenapa abang sanggup tuduh Dania macam tu? Abang tak percaya dekat Dania ke? Kemana hilang kepercayaan abang? Abang, tadi masa abang melihat Dania terpeluk Haziq, Haziq yang selamatkan Dania dari dilanggar lori, dan Dania terjatuh selepas ditarik oleh Haziq. Abang tak percaya? Abang tengok ni”. Dania menyelak lengan baju sebelah kanan hingga ke siku. Mata Edrie tertumpu di siku Dania yang lukanya kelihatan dalam. Mungkin terhentak kuat. Edrie terkaku sekali lagi.

            “Abang kata Dania perempuan yang tak ada maruah, yang tak ada harga diri, yang tak tahu malu. Hati Dania sakit abang, sakit sangat sebab suami Dania sendiri yang cakap Dania macam tu. Kalau Haziq tak selamatkan Dania tadi, mungkin dekat depan abang sekarang ni dah jadi mayat. Mungkin itu yang abang nak kan?” Dania berhenti seketika menahan sebak di dada.

            “Dania abang...”

            “Kalau depan abang ni mayat, Dania takkan dapat makian dari suami Dania sendirikan? Dania nak abang tahu, Dania Alisya masih tahu bahawa diri dia sekarang adalah isteri kepada Edrie Rayyan dan kalau abang menyesal dapat isteri macam Dania, abang boleh lepaskan Dania. Dania minta maaf sebab malukan abang”. Selesai saja Dania berbicara, dia mengambil handbeg dan menghampiri suaminya. Tangan suaminya dikucup syahdu, air mata yang ditahan menitis jua akhirnya. Dania menghampiri pintu utama.

            “Dania nak pergi mana?” soal Edrie.

            “Dania nak pergi dari sini sebentar, Dania nak tenangkan diri dan Dania minta maaf. Jangan cari Dania”. Jawab Dania perlahan. Dia berlari mendapatkan keretanya dan terus memecut laju.

****

Terasa lama Dania memandu dan dia berhenti di sebuah masjid. Setelah selesai menunaikan solat maghrib dan isyak. Dania baring beralaskan sajadah. Dia terlalu penat hari ni dan cuba untuk bertenang menerima semua yang berlaku. Pipinya masih bengkak dan meninggalkan kesan. Akhirnya, Dania terlelap bersama dengan air mata.

Keesokan paginya, Dania bangun untuk menunaikan solat subuh. Setelah selesai dia masih termenung. Dia melihat seorang mak cik yang selesai sembahyang subuh. Kelakuan mak cik tersebut sama dengan ibunya yang sudah meninggal dua tahun lepas. Kini dia anak yatim piatu. Pusing saja mak cik itu, Dania melihat wajah dan tubuh mak cik itu sama seperti ibunya. Lantas, Dania berlari memeluk mak cik itu dan pelukannya dibalas lembut.

Dania menangis semahunya dalam pelukan mak cik itu. Lama dia berkeadaan begitu. Setelah berasa tenang barulah Dania mengangkat muka. Dia membelai wajah tua mak cik itu, terlalu rindu Dania buat ibunya, dicium berkali-kali seperti melepaskan rindu yang terbuku di dalam hati.

            “Dania rindu ibu” tanpa dia sedar dia telah memanggil mak cik itu ibu dan kembali memeluknya.

            “Ibu pun rindu Dania”. Dania terkejut lalu mengangkat muka. Mak cik itu tersenyum manis. Dania membalas.

            “Ibu tahu Dania ada masalah, Dania selesailah baik-baik ya. Dia suami Dania. Memang wajar dalam hati suami ada perasaan marah dan cemburu kalau isterinya berpelukan dengan orang lain. Ibu tahu Dania tak salah. Edrie pun tak patut buat Dania macam tu. Baliklah sayang, suamimu menunggumu. Maafkanlah dia. Dia terlalu emosi semalam”. Pujuk mak cik itu.

            “Baiklah ibu, Dania balik. Dania pun nak minta maaf".

            “Yelah sayang, pergilah. Ibu sayang Dania”. Ucap mak cik itu.

            “Dania pun sayang ibu, Dania pergi dulu”. Dicium wajah mak cik itu buat kali terakhir. Dania berlalu untuk mengambil handbegnya. Apabila dia pusing mengadap mak cik tadi, mak cik itu sudah tiada. Dia tersenyum. “Terima kasih Ya Allah, Engkau menghantar ibuku menemaniku saat aku sedih”. Ucap Dania perlahan.

****
Sampai saja dirumah. Dia terbayangkan kisah semalam. Dia berdebar. Salam diberi dan dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Pintu utama ditutup dan dia pusing kebelakang,  terperanjat bukan kepalang apabila melihat batang tubuh suaminya yang sedang berdiri di tepi sofa. Tanpa bicara dia melintasi suaminya. Rasa takut kembali menerpa di dada. Sampai saja di hadapan suaminya, tangannya ditarik lembut.

            “Dania” panggil Edrie. Dia masih kaku di hadapan suaminya. Tidak berani untuk mengangkat muka. Risau jika pipinya menerima habuan lagi.

            “Daniaaa” panggil Edrie lembut. Dagunya dipegang lalu didongakkan oleh suaminya. Tetapi matanya tetap tidak memandang wajah suaminya. Tangan Edrie terangkat. Dania sudah sedia memejamkan matanya apabila dilihat tangan suaminya menghampiri mukanya. Lama dia memejamkan mata, tidak terasa sakit. Malah usapan lembut singgah di pipi dan di bibirnya.

            “Abang minta maaf sayang. Abang terlalu ikutkan emosi semalam. Abang tak sengaja. Maafkan abang sayang”. Ucap Edrie. Matanya dibuka dan wajah suaminya dilihat. Mencari keikhlasan di sebalik ucapan maaf suaminya. Lama dia melihat wajah Edrie, akhirnya tubuh itu dipeluk erat. Dia menangis dalam pelukan hangat Edrie.

            “Dania maafkan abang. Dania pun nak minta maaf sebab tertinggi suara dengan abang semalam”. Ucap Dania tulus.

            “Sayang tak salah, abang yang salah. Tidak minta penjelasan dari sayang terlebih dahulu, terus abang menghukum. Maafkan abang sayang”. Balas Edrie.

            “Sayang maafkan abang. Tapi abang kena janji jangan buat Dania macam semalam. Sakit sangat abang, Dania tak mampu nak tahan.” Pinta Dania. Air mata masih membasahi pipi kedua-dua pasangan itu.

            “Abang janji sayang. Sayang pun jangan minta abang lepaskan sayang. Janji?” soal Edrie sambil tersenyum.

                “Janji! DANIA ALISYA ISTERI EDRIE RAYYAN SELAMANYA”. Ucap Dania ceria.

       “Dan EDRIE RAYYAN SUAMI DANIA ALISYA SELAMANYA”. Ucap Edrie lalu menghadiahkan ciuman di pipi Dania. Mereka ketawa gembira.

~TAMAT~

Ulasan

  1. hm suka cerpen ni tapi si suami jangan la sampai naik tangan kat isteri.. keep it up okay penulis 🌹

    BalasPadam
  2. Merit Casino Canada - Online Casino Review - SGCasino.com
    Merit 메리트카지노 Casino Canada is an online casino with a rich, diverse selection of games. Signup now to enjoy the starvegad online casino in 메리트카지노 Canada.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen Bersatu Akhirnya

cerpen Kasarnya Cinta