cerpen Kasarnya Cinta
Assalamualaikum dan haiii.. cerpen ni pun saya repost juga. saya harap pembaca semua sukalah dengan penulisan saya ni. Saya tak ada bakat, tapi teringin nak menulis. Maka, jadilah seperti di bawah ini. hehehe. Kalau sudi, sila-silalah komen ye. Love and hugs from me!!
KASARNYA CINTA
Selangkah
dia menjejakkan kaki ke kolej itu semua mata memandangnya. Tak kiralah lelaki,
perempuan, pensyarah semua memandangnya.
Tahulah diri aku cantik, menarik, bergaya dan meletop. Tak usahlah pandang
macam tu. Haihh, susah betol jadi orang cantik. Gumam Ir perlahan. Dalam hati
dia tahu kenapa semua orang tengok dia dan dia tak kisah langsung. Bukan aku
kacau orang pun! Bisik hati Ir.
Aduhh, siapalah yang langgar aku ni.
Sampai terduduk aku dibuatnya. Gajah ke manusia. Baru nak mula cerita.
“Vengong” betullah!
“Awak okey? Sakit tak?” Tanya Si Pelanggar.
Hahaha, tak sakitlah, sedap macam makan ais krim. Balas Ir dalam hati.
Ir mendongak memandang Si Pelanggar.
Bagai ada kilat yang menyambar semasa mata bertentang mata. Perghh handsome
giler Si Pelanggar ni. Kalau macam ni setiap jam aku kena langgar tak apa.
Asalkan dia yang langgar. Hihi.
“Awak! Okey tak?” Si Pelanggar menghulurkan
tangannya tanda ingin membantu aku bangun. Aku hanya menggeleng lalu bangun
sendiri. Sakit pinggang aku tahu. Ni nak nangis ni.
“Awak
okey? Maaflah saya tak perasan awak tadi. Saya nak cepat. Maaf eak?” Ucap
lelaki itu.
“Ha, o...okey. Boleh jalan lagi ni”.
Janganlah gagap Ir. Dia oranglah bukannya momok. Aku jarang cakap dengan
lelaki, ok sebenarnya aku tak pernah cakap dengan lelaki pun, kecuali dengan
ayah dan pak cik-pak cik yang ada dekat rumah aku tu. Sayang diaorang. Muahh...
Ir boleh pulak kau termenung eak? Aku menggeleng-gelengkan kepala.
“Kenapa awak geleng? Sakit ke tak sakit?”
Sampuk Si Pelanggar.
‘Uitt,
dia tengok aku dari tadi ke?’ Haduih.. malu-malu. Bisik Ir dalam hati.
“Erkk.. tak sakit pun”. Jawab Ir sambil
memandang Si Pelanggar.
“Okey, maaflah ye. Nama saya Is,
Iskandar Ulfaith bin Hamid. Nama awak?” Si Pelanggar memperkenalkan diri
kemudian bertanya ramah nama Ir.
“Ha, nama saya Manja Irdira panggil Ir
je. Okeylah awak, saya pergi dulu. Assalamualaikum!” Ir berlalu dengan pantas.
***__________***
Masuk
saja dewan kuliah semua mata memandangnya. Ada aku kisah? Ir pun mengambil
tempat di bahagian belakang sekali. Beberapa minit kemudian terasa ada makhluk
Allah yang duduk di sebelahnya. Di tolehnya ke tepi untuk melihat siapa makhluk
Allah tu. Sekali lagi petir menyabung di hadapan mata apabila dua pasang mata
bertentangan. Si Pelanggarlah!!! Jerit Ir dalam hati. Ya Allah Ir, kau kenapa
Ir. Jangan tenung dia macam tu. Anak orang tu. Cepat-cepat Ir istighfar dalam
hati. Dipandangnya kehadapan balik. Kenapalah hari first kau jadi macam ni Ir?
Mana aku tahu. Aku rasa lainlah bila pandang dia.
Aku tahulah selama ni aku tak pernah
suka lelaki. Tapi dia lain. Dahlah Ir, kau jatuh cinta tu. Mana ada aku jatuh
cinta, tak ada! Ye, kau jatuh cinta, percayalah kata-kata aku ni, aku kata hati
kaukan. Tak ada maknanya aku jatuh cinta. Ye! Tak! Ye! Tak!!!! Baik kau diam
hati, nanti aku cabut kau sumbat dalam tong sampah. Faham! Berani kau lawan
cakap aku ye. Aku TUAN kau tau. Ikut cakap aku! Yee... aku faham.
Berkerut-kerut dahi Ir melawan kata dengan hati. Nasib baiklah dia lawan kata
dalam hati je. Kalau bercakap betul-betul tak ke kena cop sebagai minah gilerr?
Tak nak aku! Dah lah semua orang pandang aku slek. Nanti tak pasal-pasal
berslek-slek orang pandang aku. SIMPANG!!
Pensyarah sudah masuk dalam dewan.
Pensyarah tualah, ni baru okey sebab orang tua-tua ni baik. Tapi ada yang
gatal. Harap-haraplah yang ni tak gatal. Dengan orang lain tak pe gatal, kalau
dengan aku jangan haraplah. Takut esok keluar berita pelajar menyumbat mikrofon
dalam mulut pensyarah. Tak ke naya. Popular aku satu dunia! Wahahaha. Tak
betullah kau Ir. Sempat kau berangan.
Pensyarah menyuruh seorang demi seorang
memperkenalkan diri. Ya Allah bila nak habis kalau macam ni. Bukannya sikit
makhluk dalam ni. Seratus lebih jugaklah. Ikut je lah Ir, ikut je. Jangan
membantah! Lama tunggu, kini tiba waktu yang ditunggu-tunggu. Tunggulah
sangat!! Tangan ke bahu mata keatas lidah terjelir. Hahaha. Cubalah buat!
Seterusnya. “Giliran awak tu”. Dia cuit aku dan tegur dengan senyuman manis
dibibir.
Terus aku bangun. Nama saya Manja Irdira
binti Rahmat. Umur 21 tahun. Terima kasih. Jejak je punggung aku ke kerusi satu
kuliah gelak. ‘What the funny? Can somebody tell me?’ Bisik hati Ir.
“Hahaha, nama Manja Irdira tapi perangai
macam apa entah. Dahlah naik superbike gi kuliah, pakai baju kurung, tudung labuh
dah, pakai kasut dan tak boleh blah pakai topi pulak tu. Hahaha.” Sampuk
seorang lelaki. Semua gelak. ‘Nampak muka aku kisah? Suka hati aku lah nak
pakai macam mana. Tak salah pun. Menyibuk...’ Balas Ir dalam hati.
Keadaan kembali reda bila Ir tidak
menjawab. Ir pandang telefon sambil makan kuaci. Sampoiii!!
“Sudah-sudah bawa bertenang semua.” Arah
pensyarah Riss Yusuf. Eleh... Tadi dia gelakkan aku sampai berair mata tu tak
reti bawa bertenang pulakkk? Hah! Kalau boleh mesti nak golek-golek macam
Spongebob dan Patrick tu kan... Layan Ir layannn. Tapi Si Pelanggar sebelah aku
tak kelawa pulak. Bagus Si Pelanggar bagus.. Teruskan usaha anda. Makin
sayanglah saya kat awak. Huhu.
“Okey, kelas kita sampai sini je. Kita
berjumpa di lain hari.” Kata pensyarah Riss Yusuf. Kelas bersurai.
***__________***
Dah
6 bulan aku belajar kat sini. Susah juga kos kejuruteraan mekanikal ni. Tapi
best! Aku ada kawan kat sini nama dia Liza Raisya binti Hamid. Sedapkan nama
dia, panggil Liz je. Aku dengan dia rapat gilerr.. Dimana ada aku di situ ada
dia. Dimana ada dia di situ ada aku. Sebabbb... Rumah sewa sama, kos sama, naik
motor pun sama-sama. Tapi aku je yang selalu bawa. Dia tak kisah pun pakaian
aku macam ni. Bagus Liz, aku rasa nak nangis lak. Terharu!! Perempuan yang cuit
aku tu Liz lah. HAPPY!
“Assalamualaikum Ir”. Sapa seseorang.
“Waalaikumussalam”. Jawab Ir lalu
memandang empunya suara. Si Pelanggar rupanya. Lama tak cakap dengan dia, kali
terakhir semasa dia langgar aku hari tu. Sedih pulak rasa hati..
“Ada apa awak cari saya? Ada masalah ke?”
Tanya aku.
“Eh, tak adalah. Saja je. Nak Tanya awak
dah makan ke belum?” Is bertanya sambil membetulkan rambutnya yang terjatuh
menyentuh dahi.
‘Dia carring kat aku lah. Yes, yes’ Hati
Ir mula menggatal.
“Dah-dah. Kenyang dah pun. Awak dah
makan?” Soal Ir balik. Is hanya mengangguk.
“Saya duduk sini boleh?” tanya Is dengan
mata yang dilirikkan ke arah kerusi di sebelah Ir.
“Duduklah”. Balas Liz. Lantaklah. Bukan
aku berdua je ngan dia ada Liz sekali.
“Ir saya ada kerja jap. Kejap lagi saya
datang balik ye”. Ucap Liz dan berlalu pergi. Okey, sekarang aku berdua je ngan
dia. Bagus sangat.
Kami pun berborak-boraklah sampai Liz
datang balik.
***__________***
“Liz kenapa pergi tadi? Tak baik tahu
tinggal saya dengan Is je tadi. Kalau apa-apa berlaku macam mana?” Soal Ir
sebaik saja selesai solat isyak.
“Tak ada apa-apalah Ir. Saya tengok dia
baik je. Jangan risau tahu”. Jawab Liz, yakin.
“Yelah, saya tak risau. Yakin sangat
tak berlaku apa-apa. Whateverlah Liz.” Ir menjawab sambil menjeling Liz. Mengada
je lebih si Ir tu..
“Jomlah kita periksa semula kerja
yang nak dibentangkan esok. Takut ada kesalahan. Kena ketawa kita”. Ajak Liz. Budak-budak
dalam kuliah tu memang, kalau kumpulan dia ada bentang benda yang salah, bukan
main suka lagi. Ketawa tak ingat dunia.
“Manusia mana ada yang tak pernah
buat kesalahan. Mesti ada. Manusia dengan kesalahan memang tak dapat dipisahkan”.
Balas Ir senada. Kadang-kadang serabut juga ada budak-budak kuliah yang macam
angguk je.
“Baiklah Ustazah! Saya silap”. Balas
Liz selamba.
“Tulah awak, saya cakap je awak kata
Ustazah. Saya tak nak cakap dah lepas ni”. Ir merajuk.
“Alaa... janganlah merajuk Ir.
Okeylah saya tak cakap macam tu kat awak dah. Janji!” Liz mengangkat tangan
macam ikrar sebagai tanda berjanji.
“Okey. Jom mula”. Ajak Ir ceria.
“Aik.. cepatnya hilang rajuk.
Baguslah Ir”. Liz menepuk-nepuk bahu Ir.
“Tak payah lah merajuk lama-lama.
Nanti apa pun tak jadi”.
“Okey!”
***__________***
Selesai
juga pembentangan. Nasib baik tak ada yang salah. Kalau ada yang salah mesti
kena gelak. Kat dalam kuliah tu kalau orang lain buat salah tak apa. Ni kalau
aku buat salah sikit satu kuliah gelak.. SAWAN MELANDA.
“Ir jom kita pergi makan. Saya
laparlah”. Ajak Liz.
“Ok, jom kita pergi. Saya pun lapar
jugak ni. Perut saya dah mainkan lagu jiwang ni. Tapi belum sampai tahap
tangkap leleh lagi. Hihi”. Ir bergurau dengan senyuman meleretnya.
“Tak habis-habis dengan jiwang awak
Ir”. Ucap Liz sebelum melarikan diri ke kafé.
“Liz, tunggulah Ir”. Kelam-kabut Ir
lari nak kejar Liz, dengan buku yang banyak kat tangan, kertas pembentangan
lagi, buku Liz pun ada tahu. Saja je tinggal, nak suruh orang angkatlah tu.
Suka sangat suruh orang angkat sebab dia tahu yang aku ni akan angkat buku dia.
Aku tinggal nanti meraung pulak.
Lizzzz... aduhh, kena langgar lagi.
Nasib baik tak jatuh tapi kenapa tak jatuh? Bukak mata perlahan-lahan. Ya
Allah, Is rupanya yang halang aku dari jatuh. Perghh, memang cantiklah dia
punya tangan landing, betul-betul kat pinggang aku.
“Awak! Tangan awak tu”. Ucapku
perlahan.
“Upss, maaf tak sengaja”. Is lepas
aku macam tu je. Sakit punggung aku. Semua mata pandang aku. Nasib badannnn. Turun
harga mas kahwin nanti. Hishh, sabar jelah. Aku kutip buku yang berteraburan
atas jalan. Is membantu aku mengutip buku.
“Awak, maaf saya tak sengaja langgar
awak dan lepas awak macam tu aje”. Pinta Is seakan merayu. Aku hanya diam
membisu tapi dalam hati. Aku bukannya nak marah dia. Aku tahu dia tak sengaja
tapi boleh lepas elok-elokkan. Ni tak! Naik biul kepala aku ni. Dari tadi
berpusing-pusing. Dia pun aku nampak 3 dah. Tulah lepas secara mengejut lagi.
Dah “vengong” aku. Sungguh ku terasa pilu dan sayu. Sanggup pujaan hatiku
melepaskan aku sebegitu, macam buah nangka buruk dah aku jatuh.
Selesai semua buku dikutip aku berjalan
mencari Liz di kafé tanpa menegur Is. Is yang memanggil aku macam nak roboh
bangunan kolej ni aku buat dek je. Ingat aku kisah!
Sampai saja di café.
“Liz kenapa awak tak tunggu saya.
Macam-macam perkara yang berlaku kat saya masa awak tak ada tadi tau”. Mulutnya
sudah muncung tanda merajuk.
“Apa yang dah jadi kat awak? Serious
ke perkara tu? Awak cedera?” Soal Liz bertalu-talu.
Ir hanya menunduk. “Jawablah Ir
soalan saya”.
“Awak, tadi Is langgar saya. Tapi
dia sempat sambut. Tapi bila saya cakap kat dia tangan dia ada kat pinggang
saya dia lepaskan saya macam tu je. Sakit tahu pinggul saya. Pinggang pun
sakit. Otak pun dah biul sebab hentakan yang kuat. Jatuh bergolek-goleklah mas
kahwin saya. Semuanya sebab dia. Kesian nanti suami saya dapat isteri OKU dan
senget macam saya”. Ir mulakan drama swastanya.
“Hish awak ni. Ke situ pulak awak
pikir? Awak bukannya tak ada tangan ke, kaki ke, kepala ke, awak jatuh je tahu.
Yang sampai OKU tu kenapa?” Bidas Liz.
“Awak kalau saya tak ada kepala,
saya sendiri pun takut dengan diri saya”. Apalah, orang nak berdrama pun tak
boleh. Tapi memang salah Is pun. Huh! Aku berpaling ke arah lain. Bertentang
mata pulak dengan Si Pelanggar. Apa lagi aku jelinglah kat dia. Haha, ingat aku
baik sangat?
“Ir pesanlah makanan. Lepas Ir makan
kita balik bilik. Okey?” Suruh Liz
“Yelah mak nenek... banyak bunyi
betul”.
***__________***
Dah
lama aku tak terserempak dengan Si Pelanggar. Rindu pulak rasa hati. Dekat 4
bulan tau. Yelah aku sedar diri siapa aku, rupa tak ada, siapalah yang nak. Liz
masuk dalam bilik untuk solat isyak. Aku ABC. Satu bilik kongsi dua orang,
dalam rumah ni ada 4 bilik, jadi semua sekali ada 8 orang. Tapi 6 orang aku tak
rapat mana, biasa-biasa saja. Aku dengan Liz ni macam halimunan dalam rumah ni.
Tapi aku tak kisah sebab aku ada Liz, dialah sahabat aku.
“Eh, Ir awak dah siap assignment?”
Soal Liz.
“Oh mak kau melompat!” Terlompat aku
atas katil. Hish, Liz bila masa awak siap solat?
“Baru je, dah awak yang berangan tak
ingat dunia. Pikir apa mak cik Ir?” Liz bertanya ramah.
“Apalah mak cik-mak cik. Dah pukul
12 malam ni, nanti ada mak cik karipap saja je. Lari tak cukup tanah kubur.
Baru tahu!” Ir mula menakut-nakutkan Liz
“Erk, pukul 12 ye, ingatkan pukul 11
tadi. Maaf mak cik-mak cik semua, saya tak sengaja. Jomlah kita tidur Ir, saya
seramlah pulak”. Ajak Liz kelam kabut.
“Tulah, tahu pun takut”. Ir
tersenyum nipis. Lampu terpadam tiba-tiba.
“Arghhh Irrrrrr... mana awak Ir?”
Jerit Liz. Haih budak ni memang takut gelap tambah pula dia rasa seram tadi,
bertambahlah ketakutan dia tu. Dulu ada lah sekali bekalan elektrik terputus,
dia menjerit macam orang histeria. Semua penghuni rumah ni bergegas ke bilik
kami. Haha, lawak-lawak. Baik aku pergi kat dia sebelum ustazah dengan ustaz
semua datang. Kawan rumah aku bukan boleh kira sangat.
“Ye, saya ada kat sini. Awak
janganlah takut. Jap saya datang kat awak, saya nak pergi ambil torchlight jap”.
“Liz awak okey?” Senyap je budak ni.
Liz, Ir panggil lagi sekali tetapi tetap tiada sahutan, lalu Ir menggoncang
bahu Liz perlahan. Lampu suluh dihalakan ke muka Liz. Soram pulak eden rasa.
Liz...
“Apa! Kau nak apa ha? Jangan ganggu
aku lah bodoh!” Jerkah Liz, suara pun lain macam tu. Terlompat Ir mendengar
jerkahan itu.
Apa nak buat ni? Dia kena rasuk ni,
takkan aku nak ubatkan? Nanti dengan aku-aku kena. Ha! Mentol dah keluar atas
kepala. Maknanya ada idea. Satu... dua... tiga.......
Arghhhhhh!!!!!!! Jerit Ir lalu berlari
ke bilik Hani yang bersebelahan dengan biliknya.
“Hani, buka pintu Hani. Cepat Hani”.
Sampai nak roboh pintu bilik dia aku ketuk.
“Ye, ada apa Ir?” Soal Hani sebaik
saja pintu dibuka. Ir tidak menjawab soalan itu lalu berlari masuk ke dalam
bilik Hani.
“Hani Hani Hani, Liz Liz Liz...”
tergagap-gagap Ir bercakap.
“Liz apa?” Soal Emy teman sebilik
Hani.
“Liz kena rasuk. Dia ada kat dalam
bilik kita orang lagi. Nak buat macam mana ni?” Soal Ir dalam ketakutan.
“Ir sabar, jom kita tengok dia dulu.
Saya cuba ubatkan dia, saya ada belajar dulu cara untuk mengubati orang yang
kena rasuk”. Ujar Hani.
“Betul ke Hani?” Hani mengangguk.
Mereka pun berlalu ke bilik Ir.
Lampu terpasang sebaik saja pintu
bilik Ir dibuka. “Alhamdulillah mudah sikit kerja kita”. Ujar Hani.
Bilik kosong, Liz tak ada!
“Liz, liz”. Panggil mereka bertiga.
“Hani tu Liz, dia dekat atas almari
tu”. Kata Emy.
Hani mula membaca ayat-ayat suci
al-Quran yang digunakan untuk menghalau makhluk halus.
“Kau keluar dari badan kawan aku
sekarang!” Kuat suara Hani memberi arahan kepada BENDA itu.
“Aku tak nak keluar dari badan dia.
Kau pergi dari sini”. Balas BENDA tu. Aku dengan Emy hanya melihat. Liz
mengilai. HI HI HI HI HI.. Lalu menerpa kearah Hani.
“Ya Allah! Ir, Emy tolong pegang Liz
ni”. Arah Hani. Aku dengan Emy hanya mengikut. Hani sambung membaca ayat-ayat
al-Quran.
BENDA ni semakin mengganas. Habis
terbang aku dengan Emy. Hish, ada juga aku ambil superbike aku hempuk atas
BENDA ni karang. Arghhhh, BENDA tu menjerit lalu serang Hani.
“Awak, awak semua tolong pegang Liz
ni”. Suruh aku kepada kawan-kawan yang lagi 4 orang yang masih tercegat kat
muka pintu tu.
Aku menerpa ke arah BENDA tu lalu melempangnya.
Haduih bak pe aku lempang pulak. “Vengong” lah aku ni “vengong” betul. BENDA tu
lempang pulak aku. Sabar Ir sabar! Aku berdiri tegak sambil membaca al-fatihah,
ayat kursi, dan surah 3 qul. Tak tahu dari mana datangnya keberaniaan tu. Lalu
aku meniup ke dalam air yang tersedia di atas meja bacaan aku sebelum menyapu
ke muka Liz. Liz senyap seketika sebelum menyerang aku. Aku pulak kena rasuk.
Adehh, matilah macam ni matilah! Rasa nak tepuk je dahi aku sekarang. Lagi
teruk pada Hani. Sekurang-kurangnya Hani tak ada lah kena rasuk sama. Tiba-
tiba telefon Liz berbunyi, dilihatnya nama Is di screen telefon dan Emy
menjawabnya.
“Hello, Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam, boleh saya
bercakap dengan Liz”.
“Ha, awak Liz kena rasuk. Ir pun
kena sekali sebab nak tolong Liz tadi. Awak datang ke rumah sewa kami cepat.
Bawa ustaz sekali”. Emy memberitahu laju.
“Hah! Baiklah, awak semua tunggu
sebentar. Saya tahu dekat mana rumah sewa Liz”. Panggilan diputuskan.
15 minit kemudian. “Assalamualaikum”.
Pantas Mila membuka pintu rumah. “Waalaikumussalam.
Silakan masuk ustaz. Mari ikut saya ke bilik Ir”.
Tiga orang pegang Ir. Tiga orang pegang
Liz semasa ustaz mengubatnya. Liz sudah pulih kembali tinggal Ir seorang saja.
Semua tangan yang memegang Ir terlepas apabila Ir mengganas. Ir menerpa ke arah
Is dan mencekik leher Is. Nasib baik Is lelaki. Dia dapat menahan Ir yang
mencekiknya.
“Baringkan dia di lantai”. Arah Ustaz.
Ustaz mula mengubati Ir, meracau-racau Ir menahan sakit. Beberapa minit
kemudian Ir sudah sembuh. Tak ada suara Ir bertanya kerana terlalu kuat dia
menjerit tadi.
Keadaan reda selepas Ustaz dan Is balik.
Mereka berlapan tidur dalam bilik Ir dan Liz kerana masih takut. Bantal, toto,
selimut semua diangkut ke bilik Ir dan Liz. Lapan-lapan tidur atas lantai.
Semangat setia kawan betul. Hahaha.
***__________***
Tak
sangka habis juga ijazah aku. Umur dah 24 tahun. Tua dah! Tapi tak apalah,
manusia umur makin meningkat bukan makin menurun. Dah 4 kali aku dapat Dekan.
Alhamdulillah, rezeki aku. Sekarang aku ada dekat rumah. Tolong Umi dan Mak
Timah aku buat kerja rumah. Rumah aku tak ada lah besar mana. Setakat villa 3
tingkat, ada 3 orang gaji, pak cik guard 2 orang, tukang kebun, driver [tapi
abi punya lah sebab abi dah tua, hihi]. Ada nada riak di situ, astargfirullah
halazim, istighfar cepat. Ramai lagi yang kaya dari aku. Semua ni milik Allah
kita hanya pinjam je, kalau Allah nak tarik bila-bila masa boleh. Jadi
beringatlah! Tapi aku tak suka guna driver. Kesian diaorang kena angkut aku
pergi mana-mana. Tulah aku bawa superbike senang nak cilok-cilok. Hubungan aku
dengan Si Pelanggar pun makin okey. Dengan Liz lagi lah okey.
“Hah! Akak!” Sergah Liana adik yang
aku paling disayangi. Manja dia berlebih-lebihan betul. Patutnya tukar nama aku
dengan nama dia, nama Izara Liana. Aku yang nama Manja pun tak manja macam tu.
“Hish Lia ni kenapa terkejutkan
akak? Tak ada kerja lain? Kalau tak ada pergi ambil jantung akak dalam laci meja
tu. Menyorok dia tadi. PERGI!” arah Ir pura-pura garang.
“Hahaha, mana boleh jantung keluar
dari badan”. Tergolek-golek adik aku ketawa kat atas katil. Lawak sangat ke?
Krikk, krikk...
“Haih, pergi jelah ambil. Degil
betul”. Ir menyuruh geram.
“Yelah-yelah, jap Lia pergi akakku
sayang”. Lia berjalan menuju ke meja. Laci dibuka. Satu,dua dannn tiga!
“Akak!!!! Comelnya. Untuk Lia ke?”
Aku hanya mengangguk dengan senyuman di bibir.
“Terima kasih akak, sayang akak”.
“Sama-sama, Teddy bear tu je akak
mampu. Akak tak ada duit lagi. He he he”.
“Tak apalah akak, janji akak yang
beli. Lia suka”.
“Okey, apa-apa pun selamat hari jadi
Lia, semoga jadi anak yang solehah dan berbakti kepada Ummi dengan Abi”.
“Akak, terima kasih ingat hari jadi
Lia. Lia pun lupa. Sibuk dengan SPM. Terima kasih sangat akak. Lia takkan lupa
jasa akak juga”. Air mata mula menitik. Mula dah dia buat drama air mata, getus
hati Ir. Layan je lah.
“Dah lah jangan menangis Lia. Jom
kita ke dapur buat kek”. Baik aku buat benda happy. Kalau aku keluarkan ayat
sedih nanti mahu banjir rumah aku campur air mata aku dengan Lia. Haha.
“Akak nak buat untuk Lia?”
“Nope, kita buat sama-sama.
Sedap-sedap punya”.
“Tapi Lia tak reti lah akak. Lia
mana pernah buat kek”.
“Tak apa akak ajar Lia okey?”
“Okey! Jom akak”.
“Anak-anak Umi buat apa ni?” Soal Umi.
Abi ada sebelah Umi. Berkepit je umi dengan Abi macam orang muda pula. Keluarga
bahagialah katakan. Hihi.
“Kita orang nak buat kek Ummi,”
balas Lia.
“Okey, buatlah. Umi dengan Abi tak
kacau. Umi dengan Abi duduk kat depan ye”. Ujar Abi.
“Baiklah. Pergilah dating tu. Nanti
dah siap kita orang bawa kat depan”.
“Hish, budak bertuah ni kesitu pulak”.
Marah Umi manja. Tak takut pun.
“Ke mana Umi?” Soal Ir, sengaja nak
menyakat uminya.
“Aduh,” Umi cubit lengan. Umi
berlalu pergi ke depan dengan Abi.
“Dua jam kemudian, Umi, Abi, Mak
Timah, Mak Minah, Mak Jiah, Pak Zaid, Pak Midi, Pak Daud, Pak Seman marilah ke
sini”. Pekik Lia.
“Ye, ada apa Lia?”
“Nak panggil makan kek je. Hehehe”.
Lia garu kepala.
“Budak Lia ni memanglah, ingatkan
ada apa-apa yang berlaku”. Bebel Mak Timah.
“Akak yang suruh panggil. Lia
panggilah”. Lia membela diri.
“Tak payah lah menjerit, panggil
elok-elok lain kali”. Mak Timah menegur.
“Baiklah Mak Timah, Lia salah.
Maaflah dah buat semua risau”. Ujar Lia lalu menundukkan muka. Mendung dah muka
Lia tu.
“Ye lah, jom kita makan kek”. Ajak
Mak Timah bila terperasan riak muka Lia.
“Ha! Jomlah semua. Sedap kek Lia
dengan akak buat. Jom, jom”.
Tiba di meja makan.
“Wahhhh!!! Kek
bertingkat-tingkatlah. Mesti sedap ni”. Celah Pak Daud.
“Tengoklah siapa buat”. Jawab Lia
dengan Ir serentak. Hahaha.
“Kek ni sempena hari jadi Lia hari ni.
Tu yang buat”. Sambung Ir lagi.
“Hari ni hari jadi Lia?” Soal Ummi.
“Yelah, umi ni hari jadi anak
sendiri pun tak ingat. Ni nak nangis ni”. Balas Lia. Dah muncung dah budak Lia
ni.
“Mana ada kita orang lupa. Nah
hadiah untuk Lia”. Semua orang hulur Lia hadiah. Berseri-seri muka Lia.
“Untuk Lia?” Soal Lia.
“Yelah, kalau tak nak tak apa”.
Sampuk Mak Jiah.
“Eh, nak nak!! Terima kasih semua.
Akak nanti kita buka sama-sama ye”.
“Baiklah Lia. Simpan hadiah tu, kita
makan dulu. Jom”.
“Meriah sambuat hari jadi Lia”.
***__________***
Telefon
yang berbunyi menandakan mesej masuk. Tangan meraba-raba di atas tilam, mata
masih tertutup.
“Siapalah yang hantar mesej ni pagi-pagi
buta ni?” Omel Ir. Mesej dibaca.
“Assalamualaikum awak, maaf ganggu
tidur awak. Saya nak kejutkan awak je.
Selalunya awak bangun solat sunat masa ni. Tapi hari ni bilik awak gelap.
Mungkin jam loceng awak habis bateri kot? Awak lupa kunci jam ke? Saya tak tahu
pulak tu. Bangun ye awak.” - putera kayangan-
Ha? Siapa dia ni? Pandai-pandai bagi
nama putera kayangan. Tapi terima kasihlah kejut sebab jam loceng aku memang
hancur petang tadi. Tiba-tiba tangan ni terlanggar jam loceng tu. Erm,
hancurlah jawabnya. Bisik hati Ir.
Ir bangun untuk solat sunat seperti biasa.
Mesej tadi tidak dihiraukan. Setelah selesai solat, Ir tidur kembali. Matanya
terasa amat berat hari ini. Biasanya dia akan membaca al-Quran sehingga tiba
waktu subuh.
Selesai solat subuh Ir teringat akan
‘putera kayangan’ yang memesejnya pagi buta tadi.
Siapa
putera kayangan tu? Mesti lelaki , takkan perempuan pula. Dah nama putera...ke
dia____? erkk..geli-geli..kata Ir dalam hati.
“Assalamualaikum umi, abi dan
semuanya...” sapa Ir yang baru tiba di dapur.
“Waalaikumussalam akak, mana Lia?”
Jawab abi berserta dengan soalan.
“Ni Lia!” Terjah Lia yang tiba-tiba
ada disebelah abinya. Senyum mengada jelas kelihatan dibibirnya.
“Hish Lia ni... suka sangat buat
macam tu. Mari sarapan sekali dengan kita orang.” Ajak umi. Semua orang ada.
Seronok makan ramai-ramai macam ni. Memang semua orang di dalam rumah ni akan
makan bersama-sama, termasuklah Mak Timah, Pak Midi dan lain-lain.
“Akak, nanti teman umi pergi
jalan-jalan nak tak? Kita shopping.” Ajak Umi.
“Umi ajak akak ke? Erm, malas nak
keluar tapi disebabkan umi yang ajak akak ikutlah. Kesian umi. Umi naik motor
dengan akak nak?” Balas Ir. Umi tersenyum.
“Ya Allah! Kalau umi naik motor
dengan akak, nanti umi ke mana motor ke mana. Akak pusing belakang tengok umi
tak ada. Baru menangis tak bermelodi.” Balas umi. Hahaha, yang lain semua
ketawa sebab punchline umi gempak habis, haha...
“Ala... Lia nak ikut juga pergi
shopping.” Sampuk Lia manja. Meleret saja suaranya.
“Lia kan sekolah, nanti hari Lia
cuti kita pergi sama-sama ye.” Pujuk umi.
“Ok umi, janji ye kita pergi. Kita
ajak semua orang jalan-jalan.” Balas Lia bahagia..
“Ok sayang. Haha...”
“Erk, sayang? Uweakk...kembang
ketiak eden mendengarnye.” Sampuk Ir.
“Haha, akak geli konon. Nanti bila
abang Is panggil akak sayang akak geli juga ke? Mesti akak suka kan? Nanti
telinga tu nak dengar perkataan sayang je dari mulut abang Is.” Balas Lia
selamba. Hish adik aku ni, selamba beruk dia sebut pasal Is depan semua orang.
Malu aku malu. Terasa menyesal pula cerita dekat dia semua benda pasal Is.
Hish, semua orang tengok aku lain macam je ni...
Satu,
dua...tiga!
“Akak siapa abang Is yang Lia cakap tu?”
Usik abi. Yang lain dah ketawa. Berair-air mata. Kelakar ke? Bagi aku tak
kelakar pun. Mungkin muka aku dah macam kura-kura kot. Lia... siap kau nanti.
Kata Ir dalam hati.
“Tak ada siapa-siapa pun. Kawan masa
dekat U hari tu”. Balas Ir selamba. Mulut je selamba tapi dalam hati kata
‘janganlah tanya soalan pelik-pelik’.
“Bukan kawan luar biasa ke akak?” Sampuk
Lia lagi. Budak ni memang nak kena.
“Tak adalah. Biasa je. Baik Lia senyap,
nanti akak yang jadi luar biasa karang tak ambil SPM Lia nanti”. Muka Ir dah
biru, kalau hijau ok lagi bertukar jadi HULK. Ni kalau biru nanti bertukar jadi
AVATAR lah. Seram-seram. Lia berlari naik ke bilik. Kalau tersungkur kat tangga
tu, nasib badanlah. Kita kena pasrah. Hahaha...
***________***
“Akak dah siap belum? Kata nak ikut umi
pergi shopping”. Tanya umi di luar pintu bilik Ir.
“Dah nak siap umi, sikit lagi”.
Seminit kemudian akak keluar.
“Wahh, cantiknya akak. umi suka
tengok akak. Nampak lagi ayu. Ni berubah sebab apa atau sesiapa ke?” Usik umi.
“Tak adalah umi. Akak saja je ubah
angin. Bukan sebab sesiapa pun”. Jawab Ir jujur.
“Ye lah akak, jom kita pergi.
Jaga-jaga pakai dress tu nanti terpijak jatuh pula”.
“Hari ni umi nak memandu, dah lama umi
tak memandu. Tak apakan?” Tanya umi.
“Tak apa, umi memandulah. Akak tak
suka bawa kereta. Kalau terpaksa je akak bawa. Hehe!”
Dua-dua masuk ke dalam kereta. Pintu
pagar terbuka secara automatik.
“Umi kenapa jiran depan rumah kita
ni kereta dia lain. Sebab dulu Ir tengok kereta dia jenama lain. Hari ni jenama
lain pula dah”.Tanya Ir. Sebab Ir kan selalu prihatin dengan jiran tetangga
dia.
“Ni jiran baru kita lah, Datin Maria
dah pindah. Ikut suami dia. Apalah kamu ni, jiran pindah pun tak tahu”. Umi
mula memandu dengan berhati-hati.
Wahh, hebat betul aku sampai jiran
pindah pun tak tahu. Dah dia mana pernah keluar rumah sejak habis belajar.
Tahniah Ir tahniah, {tepuk bahu sendiri}.
“Dah kenapa tepuk bahu sendiri ni
akak?” Tanya umi tiba-tiba.
“Tak ada apa umi. Tadi ada saka
bagitahu sesuatu”.
“Hish kamu ni, main-main pula. Ada
betul-betul karang”.
“Hahaha, tak ada lah umi. Akak main
je”. Balas akak, teringat kejadian di rumah sewa dia dulu. Hish, simpang.
Perjalanan diteruskan dengan berhati-hati sehingga sampai ke detinasi.
****____****
Semasa makan malam
“Umi, siapa jiran baru depan rumah kita
tu?” Tanya Ir memecah kesunyian.
“Erm, Dato Hamid sekeluarga. Bersama
seorang isteri dan dua orang anak. Anak dia tu kembar. Kembar tak seiras dan
jantina tak sama. Anak dia yang lelaki tu nampak baik. Umi berkenan dekat dia.”
Balas umi.
“Berkenan kenapa umi?”tanya Ir
pelik.
“Ala, berkenan nak buat menantulah.”
Balas umi selamba.
“Umi, kan Lia belajar lagi. Masih
muda untuk bersuami”. Tambah Ir lagi.
“Ish, kamu ni bukan untuk Lia lah
maksud umi tu. Untuk kamu akak”. Celah abi.
“Ehhhh, akak pula yang kena. Tak
mahu tak mahu. Suruh Lia tu”.
“Ehhhh, Lia pula, Akak lah! Akak dah
TUA. Lia muda lagi. Hahaha”. Sampuk Lia apabila dirinya terlibat.
“Tak mahu cakap pasal kahwin lagi.
Akak baru je habis ijazah dah nak suruh kahwin. Akak nak bergembiraaaa tepuk
tangan sama-sama hey!” Mereka semua ketawa.
***__________***
*Assalamualaikum,
puteri kayangan. Awak dah tidur ke? –putera kayangan.
~Waalaikumussalam,
awak siapa ha? Dah dua kali awak mesej saya tiba-tiba ni, siapa awak? =..=
*Garangnya
awak, saya kawan awaklah. Takkan awak tak ingat. Ni buat saya sedih ni. :(
–putera kayangan.
~Eh,
saya tak ada kawan yang bernama putera kayangan. Kalau awak nak nangis itu
bukan urusan saya.
*Kejamnya
awak, sanggup buat macam tu pada insan yang lemah macam saya ni. Saya tahulah
saya tak sehebat orang lain di luar sana. –putera kayangan.
Hish, malas aku nak layan orang gila ni,
putera kayangan konon, nanti jumpa depan-depan putera katak. Bhahahaha. Tapi
kalau dia betul-betul kawan aku macam mana? Dah lah aku dah kutuk dia
berbakul-bakul. Berbakul-bakul dosa kering aku angkut malam ni. Kalau dia kawan
aku, nantilah aku minta maaf dari hati ke hati. bisik hati Ir.
****____****
Seminggu
kemudian, Liz datang ke rumah Ir.
Assalamualaikum. Salam Liz dijawab oleh
umi Ir.
“Cari siapa nak?” Soal umi,
“Saya cari Ir, saya kawan dia sewaktu di
Universiti hari tu”. Terang Liz.
“Oh, ini Liz ke? Akak selalu cerita
pasal Liz dekat umi”. Liz hanya mengangguk. Dia terharu dirinya disebut-sebut
Ir.
“Marilah
masuk Liz, sekejap umi panggil akak”.
“Terima kasih Datin”.
“Tak payah Datin-datin Liz, panggil umi
je. Liz ni anak Datin Husna kan? Yang duduk depan rumah umi tu kan?” tanya umi
ramah.
“Haah, umi”. Balas Liz sopan.
“Patutlah muka macam pernah nampak,
tengok lama-lama baru kenal siapa Liz ni. Kenapa tak datang selalu? Kan dah
lama pindah”.
“Hari tu Liz menghabiskan masa untuk
berehat je. Sekarang baru nak jumpa Ir buat surprise sikit.”
“Oh, macam tu. Samalah dengan akak tu.
Terperap je dekat dalam rumah ni macam jeruk mangga dah umi tengok. Dia bukan
tahu pun siapa jiran baru dia tu. Tengok-tengok Liz, mesti terperanjatnya dia.
Sekejap umi panggil akak”. Umi menuju ke bilik akak di tingkat atas.
“Akak oh akak. Tu ada kawan akak cari
akak tu. Pergilah turun jumpa dia”. Suruh umi.
“Yelah umi, seminit. Akak nak pakai
tudung kejap”. Balas Ir.
“Yelah.” Umi pun berlalu ke dapur.
******
“Lizz?” Soal Ir yang berada di depan Liz
yang masih menundukkan muka ke lantai. Liz mengangkat muka apabila terdengar
suara Ir.
“Lizz!!!!!” Kawan baiknya yang
dirindu-rindui dipeluk untuk melepaskan rindu yang terpendam.
“Kenapa awak ketawa tadi Liz masa saya
sampai?” soal Ir pelik.
“Umi awak kata awak duk terperap je
dalam rumah macam jeruk manga, mesti masamkan?” balas Liz.
“Hish Liz ni, tak baik tahu... saya
baru mandi, wangi lagi ni”. Kata Ir sambil.
“Hahaha, yelah Ir. Saya pun sama
juga malas nak keluar bilik. Hari ni baru keluar jumpa awak. Hehe”. Balas Liz.
“Hek eleh, dia pun sama rupanya.
Cakap orang lebih”. Ir buat muka menyampah.
“Haha, sorrylah mak cik. Saja ngusik
awak, kan kita dah lama tak bergurau bersama. Balas Liz manja. Ir buat muka nak
muntah.
“Awak datang dengan apa ke rumah
saya ni?” tanya Ir bila dia tidak melibat kelibat kereta pun di depan rumahnya.
“Saya jalan kaki. Saya dah pindahlah,
rumah saya kat depan rumah awak ni je. Awak tak tahu ke?” tanya Ir balik.
“Hehe, ye ke? Saya tak tahulah pula.
Saya bukannya suka jenguk kat luar rumah ni tengok jiran mana yang dah bertukar
tapi umi saya ada bagitahu jiran depan rumah dah pindah”. Jawab Ir sambil garu
kepala yang semestinya tidak gatal.
“Apa-apalah Ir”. Balas Liz malas.
Tahu sangat perangai Ir tu.
“Tapi Umi saya kata jiran depan
rumah ni ada anak kembar tak seiras, maknanya awaklah kan? Masa bila awak ada
kembar? tak bagitahu saya pun? kenapa?” tanya Ir bertubi-tubi.
“Ya Allah banyaknya soalan...ok saya
jawab. Saya memang ada kembar, saja tak nak bagitahu awak, biar suprise sikit.
Saya ada kembar sejak saya lahirlah! Apa punya soalan lah. Jawab Liz
bersungguh-sungguh.
“Okey, malas tanya dah. Bukan salah
pun awak ada kembar. Jom kita buat benda yang best sikit”. Saja Ir ubah topik.
“Nak buat apa?”tanya Liz.
“Buat selamba je lah. Sejak duduk
rumah ni semua benda jadi malas. Wahahaha”. Ir gelak tak ingat dunia. Liz
pandang pelik. Mungkin lama duduk rumah otak terkejut. Gila dah kawan aku ni.
“Ir saya nak cakap benda ni. Penting
ni. Awak dengar ni”.
“Banyaknya ‘ni’ awak. Bahahaha”
balas Ir dan sambung ketawa. Makin gila kawan aku ni. Mungkin lepas aku cakap
ni dia tak ketawa dah.
“Awak dengarlah ni, saya nak cakap
yang esok akan ada orang datang nak jumpa keluarga awak. Jadi awak siap sedia
dan pakai cantik-cantik. Bagitahu Umi awak tahu.” Luah Liz dengan lega.
“Ha? Siapa nak datang? Kenapa dia
nak datang?” Tanya Ir risau.
“Tak ada apa-apa, jangan risaulah.
Awak mesti gembira punya. Saya yakin 299%”. Jawab Liz senang.
“Yelah nanti saya bagitahu”.
“Saya minta diri dululah Ir. Ada
kerja nak buat. Lupa pulak. Panggil umi awak kejap nak salam”. Suruh Liz.
“Umi, ni Liz nak balik dah. Dia nak
salam umi ni”. Panggil Ir sopan. Liz menghampiri umi yang keluar dari dapur.
“Saya balik dulu umi, ada kerja
sikit”. Ucap Liz sebelum menyalami umi.
“Yelah Liz, nanti ada masa Liz
datang sini lagi, takut akak ni bercendawan duduk dalam bilik sana” balas umi.
“Umi!!!! Ada ke kata akak
bercendawa. Ingat akak kayu basah ke akan bercendawan. Kalau tunggul kayu tu
boleh terimalah lagi”. Jawab Ir sambil tarik muncung.
“Tunggul kayu kalau basah
bercendawan juga”. Umi balas sebelum ketawa dan Liz ikut ketawakan Ir.
“Yelah nanti akak jadi tugu Negara
je, duduk terpacak kat tengah ruang tamu ni sambil pegang senapang”. Balas Ir
tak puas hati, entah kenapa perkataan cendawan tu dia tak suka benar.
“Jadilah...” jawab umi meleret.
Semakin panjang muncung Ir.
“Jomlah Liz saya hantar awak sampai
pintu utama je sebab saya tak pakai tudung nak hantar sampai keluar”. Ajak Ir
bersama dengan alasan kenapa hantar sampai pintu utama je.
“Jomlah, balik dulu umi”. Pinta Liz.
“Bye Liz, nanti datang lagi tau.
Pintu ni sentiasa terbuka untuk awak”. Ucap Ir ceria sambil menepuk pintu
utama. Sekejap je dah berubah mood Ir.
“Yelah, jangan lupa bagitahu umi
pasal tadi”. Ingat Liz kepada Ir.
“Okey awakk...” jawab Ir malas.
Hilang je Liz, Ir terus masuk ke dalam rumah mencari uminya dan menceritakan
segala-galanya. Takut kalau disimpan lama-lama dalam otak lupa apa yang nak
disampaikan.
***__________***
KEESOKKAN
HARINYA
Ir
dan ahli keluarganya menunggu dengan tenang di ruang tamu rumahnya.
“Assalamualaikum...”ucap seorang dari
luar rumah. Abi dan umi pergi menyambut tetamu itu dan menjemput tetamu itu masuk
dan tetamu itu adalah Liz! Ir semakin pelik.
Ir menerpa ke arah Liz. “awak rupanya
yang datang ye? Saya ingatkan siapa tadi. Buat saya takut je”. Soal Ir. Liz
hanya tersenyum. Pada masa yang sama Ir menyalam mak Liz.
“Ni ke anak akak? Cantik...”tanya mak
Liz kepada umi. Ir pun pelik.
“Haah, ni anak sulung saya”. Jawab umi.
“Akak sebenarnya saya sekeluarga datang ni
ada hajat”. Terang mak Liz. Hajat kecil ke hajat besar? Sampuk Ir dalam
hati.hehe.
“Hajat apa tu?” tanya umi.
“Hajat kami sekeluarga datang ke sini
untuk memetik bunga di taman”. Ujar mak Liz.
“Bunga yang mana satu? Kat taman ni ada
dua kuntum bunga. Taman laranganlah katakan...” hahaha semua ketawa mendengar
bicara umi. Apa yang lawak? Nak petik bunga? Bunga beracun ada ni ha, sekali
petik berbuih. Wahahaha. Gelak Ir dalam hati.
“Kami ingin memetik bunga disebelah akak
ni, berkembang elok bunga yang ni”. Kata mak Liz.
Siapa sebelah umi? Meh sini aku tengok
bunga mana yang kembang elok tu. Kepala ditelengkan ingin melihat siapa bunga
tersebut. Sebelah umi ada abi. Takkan abi bunga kot? Bila abi bertukar ni?
Siapa lagi sebelah umi? Eh, aku lah sebelah umi. Maknanya???
“Oh, Irdira ni ke?” tanya umi.
“Haah, Irdira ni lah”. balas mak Liz.
Muka Ir naik merah. Kenapa aku yang nak dipetiknya? Petiklah abi tu! Lia ke.
Kalau dipetiknya abi, aku akan mengucap takziah kepada siapa yang ingin
memetiknya sebab umi akan mengejarnya dengan cangkul. Senang! Dapat tangkap
terus tanam. Aman hidup! Betapa kejamnya umi. Nampak je lembut tu. Hehe.
“Siapa kumbang yang nak bunga di taman
larangan ini?”tanya abi.
“Anak teruna saya. Dah lama berkenan
dekat bunga sekuntum ni. Cuma malu ingin bagitahu. Jadi saya sekeluarga datang
mahu memetik bunga tersebut”. Balas Dato Hamid. Lama mereka berbual dan
berbincang. Jadi aku pun ajaklah Liz ke bilik aku. Malas aku nak dengar
diaorang borak apa.
BEBERAPA
JAM KEMUDIAN.
“Akak, Liz mari turun. Kita makan
tengah hari bersama”. Ajak umi. Ir pun apa lagi bergegas turun sebab dengar
perkataan makan. Ir memang suka makan.
“Cepatnya turun. Tak sampai 15 saat
umi panggil”. Sampuk abi. Ir hanya tersengih. Penat Liz mengejar dari belakang.
Termengah-mengah.
“Duduk makan, lepas ni ada benda nak
dibincangkan lagi. Akak pun kena turut serta.” Suruh umi. Mak dan ayah Liz pun
ada. Bestnya makan rama-ramai.
“Baiklah umi” balas Ir. Ir
sebenarnya malas nak berbincang ni. Dah umi suruh ikut sajalah. Bukan keluar
rumah pun. Heheks.
****____****
“Akak, umi dan abi dah terima
pinangan keluarga Dato Hamid”. Abi berkata-kata setelah lima minit kami semua
di sofa.
“Ha? Kenapa terima?” soal Ir
terkejut. Yang abi ni pun satu kenapa tak bagi ayat bunga-bunga dulu. Ni terus
terjah. Ingat ni Melodi ke? Main terjah-terjah.
“Abi rasa anak Dato Hamid adalah
yang terbaik buat akak. Tadi dia ada datang sekejap. Tapi akak ada dekat atas.
Malaslah nak panggil. Dan akak akan melangsungkan perkahwinan terus. Tidak ada
majlis pertunangan. Itu yang pihak lelaki mahukan”. Jawab abi. Kenapalah aku
tak ada dekat bawah tadi, kalau aku ada dah lama dah budak tu arwah.
Pandai-pandai nak pinang aku. Ni aku panas satu badan ni. Kata hati Ir sampai
merah muka menahan marah.
“Tapi akak tak nak nikah lagilah
abi. Akak muda lagi. Tak nak nikah. Abi jelah nikah dengan budak tu”. Bangkang
Ir perlahan.
“Akak, akak jangan lawan cakap abi.
Kali ni je abi minta dengan akak ikut cakap abi”. Kata abi tegas. Haih, kalau
macam ni tak ada harapan aku nak bangkang. Abi dah keluar kata amaran tu. Kau
tunggulah bakal suamiku. Akan aku tumbuk-tumbuk kamu.
“Yelah abi. Akak setuju aje lah. nak
bangkang pun dah tak boleh. Akak pasrah. Akak masuk bilik dulu”. Jawab Ir lalu
bangun masuk ke bilik dengan muka masam. Umi dan abi tersenyum penuh makna di
atas sofa.
***__________***
SEHARI
SEBELUM MAJLIS BERMULA.
“Liz, pakai elok-elok inai tu.
Jangan comot, nanti tak cantik jari saya ni”. Ingat Ir.
“Yelah, orang tahulah. Ni dah kali
ke 16 tahu awak ingatkan”. Marah Liz saja dibuat-buat. Ir hanya tersengih.
“Akakkkkkk!” pintu bilik dibuka dari
luar. Muka Lia terpampang kat muka pintu. Lia melangkah masuk mendapatkan Ir.
“Lia ni kenapa main redah je?
Terperanjat akak. Ingat ni redah kasi pecah? Ada juga barang yang pecah kang
ni”. Bebel Ir. Liz dengan Lia dah bantai gelakkan Ir.
“Nak apa Lia?” soal Ir lagi setelah
keadaan kembali tenang.
“Tak ada apa, saja nak tengok akak.
Malas nak duduk bawah”. Jawab Lia. Sebenarnya hati Lia sedih sebab kakaknya
mahu menikah, jadi dia tinggal seorang jelah kat rumah. Tak ada teman berborak,
teman bermain, teman bergurau. Haih sedih sedih...
“Oh, duduklah sini dengan akak.
Nanti tak boleh dah nak bermanja dengan akak, sebab akak dah nikah. Ir buat
ayat sedih. Lia apa lagi menangislah. Dipeluknya Ir erat-erat. Liz pun tak
ketinggalan, mahu juga turut serta dalam sesi menangis antara dua beradik tu.
“Lia tak apalah, nanti Lia bermanja
dengan kak Liz eak. Kak Liz pun sunyi nanti”. Sampuk Liz.
“Boleh ke akak?” tanya Lia girang dan
teruja. Liz mengangguk beberapa kali sambil mempamirkan senyuman yang manis.
Malam itu dihabiskan dengan bercerita.
Sampai pukul 1 pagi barulah semuanya tidur.
***__________***
Hari
yang ditunggu-tunggu telah tiba. Semuanya kelihatan cantik dan sempurna di mata
Ir. Semua yang dijemput telah hadir. Cuma sedang menunggu pengantin lelaki
tiba. Apalah rumah depan rumah aku je. Tapi nak menyampainya macam duduk 35 KM.
Bebel Ir dalam hati.
“Ir, pengantin lelaki dah sampai”
bagitahu Liz. Ir cuba untuk bertenang dan kelihatan cantik.
Setelah
beberapa minit. Tok kadi memulakan bicara.
#
Iskandar Ulfaith bin Hamid.
~
Saya
#
Aku nikahkan dikau dengan Manja Irdira binti Rahmat dengan mas kahwin sebanyak
seratus ringgit tunai...
~
Aku terima nikahnya Manja Irdira binti Rahmat dengan mas kahwin seratus ringgit
tunai...
Sah...
Sah...
“Alhamdulillah, sekarang Ir dah jadi
seorang isteri”. Ujar umi yang berada di sebelah Ir. ‘Aik! Dah sah? Kenapa aku
tak dengar apa-apa tadi? Aku berangan ke? Hadeh...’ kata Ir dalam hati sambil
menepuk dahi.
“Kenapa tepuk dahi pula ni? Tu si suami
dah datang tu.” ujar umi perlahan dan Ir terus menundukkan kepalanya.
Sejuk dan menggeletar tangan Ir apabila
disentuh oleh sang suami. Tangan sang suami dicium. Lalu sang suami mengangkat
sedikit dagu Ir untuk dikucup dahinya. Ir terpaku apabila terpandang wajah
suaminya.
“Is?” Soal Ir perlahan.
“Ye sayang. Ni Is” balas Is juga
perlahan. Ir tersenyum senang. Hatinya cukup gembira apabila mengetahui Is
adalah suaminya. Yess!!!
Majlis persandingan diteruskan selepas
akad nikah. Kawan-kawan Universiti semua dijemputnya. Ramai yang terpegun melihat
kecantikan Ir yang selama ini disembunyi dengan pakaian yang entah apa-apa tu.
Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.
Ramai tetamu yang sudah pulang ke kediaman masing-masing. Tinggal ahli keluarga
terdekat saja. Di dalam bilik pengantin, Ir menunggu kedatangan Is dengan
tenang. Banyak yang ingin ditanya.
“Assalamualaikum..”sapa Is dari
luar.
“Waalaikumussalam, masuklah” suruh
Ir. Is masuk dan menghampiri Ir yang duduk di birai katil. Hei hati kau
tenanglah, tadi tenang je. Bila Is masuk terus gelabah. Kenapa?? Marah Ir pada
hatinya.
“Sayang dah solat?” Soal Is.
“Dah dah, aa...a..abang?”soal Ir
kembali. Kenapa aku gagap? Arghhh.
“Dah dengan abi tadi. Kenapa sayang
gagap? Takut ke?” soal Is perlahan.
“Ha? Mana ada..Ir nak tanya dengan
abang banyak soalan ni”.balas Ir berani.
“Kejap, abang nak bagitahu sesuatu
ni. Sebenarnya abang memang kembar Liz. Saja tak nak bagitahu. Dan memang abang
pun putera kayangan tu. Abang kan duduk kat depan rumah sayang jadi abang
selalu nampak lampu bilik sayang terbuka waktu awal pagi gitu. Dan abang pun
selalu bertanya dengan Liz pasal sayang. Apa yang sayang buat. Semua abang
tahu. Hari tu abang teka je sayang tak bangun solat sebab jam loceng rosak, tak
terpikir pula pasal ABC. Hehe”. Terang Is panjang lebar. Ir tersipu malu dan
mukanya memerah apabila disebut pasal ABC.
“Sayang nak tanya apa tadi?” soal Is
mesra.
“Tak ada apalah, semua soalan yang
saya nak tanya abang dah jawab. Tapi memang jam loceng saya rosak. Pecah sebab
terlanggar. Hehe”. Balas Ir perlahan sambil tersengeh.
“Yeke? Tak apa lepas ni biar abang
jadi jam loceng sayang”. Ujar Is lalu memeluk tubuh Ir. Selepas itu, kehidupan
mereka bahagia sebahagianya. Banyak dugaan yang mendatang dan mereka harunginya
dengan tabah dan tenang.
~ TAMAT~
Ulasan
Catat Ulasan