Cerpen Bersatu Akhirnya
CERPEN BERSATU AKHIRNYA
Selesai
saja majlis akad nikah pada petang itu, Ellaini terus saja naik ke bilik
pengantin yang disusun cantik oleh ibunya. Hatinya gundah, apa yang telah
berlaku hari ini? Terduduk lemah dia dibibir katil.
"Arghh!! Kenapa dia? Apa yang
berlaku? Aku tak nak bersuamikan dia.. aku benci dia". Jerit Ellaini
perlahan bersama esakkan kekesalan. Beberapa minit kemudian pintu biliknya
diketuk perlahan. Uminya mendekati Ellaini yang masih teresak-esak. Di peluknya
bahu anak gadisnya.
"Umi kenapa akak kahwin dengan
Fairiel? Mana Aidil? Kenapa bukan Aidil umi? Umi tahukan akak benci dia? Akak
tak nak umi. tolonglah akak". Soal akak sebak.
"Akak, umi tak tahu kenapa ini
terjadi. Tadi sebelum majlis ayah cakap yang Aidil tiada di malaysia. Aidil
sekarang berada di luar negara bersama bekas isterinya. Dia telah kembali
bersama isterinya semula. Ayah tertekan, ayah tak nak malu. Majlis akan bermula
lagi sejam. Jadi ayah putuskan untuk memohon pertolongan dari Fairiel. Ayah
minta Fairiel jadi pengganti Aidil, puas ayah pujuk baru Fairiel setuju.
Terimalah dia akak". Jawab umi seakan memujuk Laini.
"Tapi kenapa tak bincang dengan
akak dulu? Akak berhak umi tahu? Akak masih ingat apa yang dia buat dekat akak.
Dia curang umi. Kenapa ayah pilih dia? Ayah tak sayang akak ke? Sanggup ayah
biarkan akak dengan dia. Akak tak sanggup. Akak takut umi". Balas Laini.
"Akak, ayah sayang akak. Ayah kata
ayah yakin yang Fairiel tak curang dulu. Dia kena aniaya akak, ada kawan dia
yang cerita semuanya dekat ayah sebab akak tak mahu dengar penjelasan dia.
Insya-Allah dia masih sayang akak". Umi cuba menjelaskan kepala Laini.
"Akak pernah malukan dia dulu depan
keluarga dia, akak takut dia balas dendam dekat akak umi. Akak tak kuat".
Laini menangis dalam pelukan umi setelah selesai berbicara. Puas Laini menangis
sehingga tertidur kepenatan.
****---****
Selepas
isyak
"Assalamualaikum umi, nak akak
tolong apa-apa ke?" Tanya akak semasa turun ke dapur.
"Tak ada apa-apa dah. Semua dah
siap. Umi nak panggil ayah makan sekejap. Akak pergilah panggil Fairiel tu dia
baru naik ke bilik tadi." Suruh umi.
"Tak nak lah umi, umi lah pergi
panggil". Suruh Laini kepada umi.
"Akak janganlah mengada-ngada.
Suami sendiri pun takut ke?" Balas umi.
"Yelah akak pergi panggil".
Laini menaiki tangga sambil memuncungkan mulut. Sampai saja di depan pintu
bilik yang ingin dituju. Perasaannya berbelah bahagi, ingin masuk atau tidak.
Akhirnya dia masuk setelah 5 minit berfikir.
"Awak bangunlah, umi panggil makan.
Umi dah tunggu kat bawah. Bangunlah cepat". Tiada sahutan dari Fairiel
yang sedang lena di katil. Dahlah Laini memang tak tahan sabar kalau kejut
orang payah bangun tidur. Adik beradiknya mesti akan disimbah dengan air atas
badan. Baru cepat sedar. Mungkin dia perlu cuba perkara yang sama.
"Awak bangunlah, umi panggil".
Dicuba sekali lagi. Makin lama tahap kesabaran semakin menipis dan dia menjirus
Fairiel dengan air dalam baldi di tangan yang di ambil sebentar tadi. Menggelupur
Fairiel bangkit dari tidur.
"Ellaini kenapa kau jirus aku
dengan air ni? Kejut elok-elok tak boleh ke?" Marah Fairiel. Ellaini yang
terperanjat dengan perangai Fairiel berlari keluar dari bilik sambil menjerit.
"Umi panggil turun makan sekarang!".
###---###
Seminggu
berpindah ke rumah Fairiel, kehidupan Ellaini teruk. Dia sentiasa menjadi
tempat Fairiel melepaskan kemarahan. Fairiel sentiasa pulang lewat dan apabila
ditanya jawapannya adalah sibuk bekerja. Kerja apa yang dibuat sampai pukul 1
pagi? Ellaini akan pulang dari kerja pada pukul 5 petang. Selepas itu dia akan
menyediakan makanan untuk suaminya. Ada satu hari, Fairiel memarahi Laini
kerana tidak menyediakan sarapan.
"Laini, mana sarapan aku ha?".
"Awak, saya minta maaf. Hari ni saya
tak sempat buat sarapan. Saya tidur lewat semalam, saya banyak kerja nak
buat".
"Hei, kau buatkan makanan aku pun
tak boleh ye? Sia-sia je aku kutip kau. Dasar menyusahkan". Rambut Laini
ditarik kuat. Meronta Laini minta dilepaskan. Lama baru Fairiel lepaskan rambut
Laini. Fairiel berlalu pergi. Laini pula menggosok-gosok rambutnya yang ditarik
supaya kesakitan berkurang, tetapi hanya sia-sia. Jujur dalam hati Laini masih
ada cinta buat Fairiel. Tapi dia terlalu marah apabila mendapat tahu Fairiel
curang sehingga dia yang meminta putus tunang. Dia memarahi Fairiel di depan
keluarganya dan Fairiel. Mungkin apa yang Fairiel lakukan untuk membalas
dendam.
Dalam
perjalanan ke kereta setelah selesai bekerja. Ada seorang lelaki yang
mengekorinya di belakang. Laini takut untuk menoleh jadi dia melajukan langkah.
Sampai saja dikereta Laini berusaha membuka pintu keretanya tetapi tidak sempat
apabila lelaki itu bertindak memeluknya dari belakang. Laini meronta ketakutan.
Lelaki itu naik berang lalu menampar pipi mulus Laini. Terduduk Laini di atas
jalan raya. Pipinya dipegang dan mukanya didongakkan untuk melihat siapa lelaki
tersebut. Tidak Laini sangka bahawa Aidil yang melakukan itu kepadanya. Aidil
segera meminta maaf atas tindakan kasarnya tadi lalu memeluk Laini.
"Aidil lepaskan aku! Kau tak ada
hak nak pegang aku". suruh Laini sambil meronta. Pelukan Aidil semakin
kejap.
"Hoi. Kau buat apa dengan isteri
aku ha?" Fairiel datang kearah Aidil lalu menumbuknya.
"Baik kau pergi dari sini sebelum
aku belasah kau lagi". marah Fairiel.
"Dia
milik aku! Kau yang rampas dia! Aku nak dia balik".
"Kau tak faham bahasa ke? Kau yang
pergi dengan isteri kau kan? Baik kau pergi sebelum aku telefon polis".
Dengar saja perkataan polis Aidil terus berlari meninggalkan mereka berdua
disitu..
Fairiel
menarik kasar tangan Laini, Laini yang tidak mampu membantah hanya mengikut
langkah kaki Fairiel. Dia masih terkejut dengan kejadiaan tadi.
DI
RUMAH
"Kau kenapa pergi menggatal dengan
lelaki tu lagi? Kau tahu tak aku suami kau? Kau tak ada perasaan malu ke?
Berpeluk dengan jantan lain?" Jerkah Fairiel. Hanya air mata yang menemani
Laini saat ini. Sungguh hati dia sakit dengan tuduhan sebegitu. Mana mungkin
dia sebagai isteri berpelukan sesuka hati dengan lelaki lain.
"Jawab soalan aku! Kau pekak ke? Ke
kau tak puas kena peluk dengan jantan tu?"marah Fairiel lagi.
"Awak boleh tak jangan tuduh saya
macam-macam. Saya tak jumpa pun dengan dia. Dia yang datang dekat saya. Awak
ingat saya suka?" Balas Laini kasar tanpa dia sedar. Fairiel terpaku
seketika. Tidak pernah Laini meninggikan suara kepadanya. Hatinya panas.
"Kau makin kurang ajar sekarang
kan? Jantan tu lah yang ajar kau kan? Dasar perempuan tak tahu malu!".
Jerit Fairiel lalu mengambil pasu bunga hiasan di atas meja ruang tamu yang
berisi air kemudian dicurahkan ke atas kepala Laini. Tanpa diduga pasu tersebut
terlepas dari tangan Fairiel lalu menimpa kepala Laini. Fairiel tidak menyangka
perkara itu berlaku. Tanggannya yang terlepas pasu itu. Laini terduduk menahan
sakit di kepala.
"Aku minta maaf, aku tak ada niat
nak sakitkan kau. Aku rasa baik kau pergi mandi. Kau dah basah ni". Ucap
Fairiel perlahan. Dibantunya Laini naik ke bilik. Lalu ditolaknya Laini masuk
ke dalam bilik mandi.
"Kenapa selalu aku yang disakiti?
Aku tak salah dalam hal ni. Aku semakin terseksa". Ucap Laini perlahan
dalam sebak. Dia mencabut tudung bawal hitam yang dipakai dan dia mengalirkan
air ke atas kepala. Menjerit kuat dia apabila kepalanya terasa amat pedih.
Fairiel yang mendengar jeritan tersebut menerjah bilik air tersebut. Setelah
terbuka, dilihatnya darah mengalir di atas lantai bilik air. Di muka Laini
penuh dengan darah bercampur air. Dia semakin gelisah. Ditarik Laini yang basah
lencun itu ke dalam bilik.
"Laini aku bawa kau jumpa doktor
sekarang. Ikut aku".
"Saya tak nak ikut awak. Saya tak
nak".
“Kau jangan nak degil boleh tak?"
Tangan diangkat tinggi seakan-akan mahu memukul Laini. Laini memejamkan mata
kerana takut dengan kelakuan Fairiel. serentak air mata turun mencemari pipi
mulusnya lagi.
"Aku tunggu kau kat luar. Siap
cepat. Kalau tak aku yang tukar baju kau nanti."
Fairiel
berlalu pergi meninggalkan Laini sendiri di dalam bilik. Beberapa minit
kemudian setelah Laini selesai menukar pakai. Dia takut untuk memulas tombol
pintu untuk keluar berhadapan dengan suaminya. Akhirnya dibuka juga setelah
berkali-kali ditanya oleh Fairiel diluar bilik. Fairiel terpaku dengan
penampilan Laini yang sangat biasa tetapi menarik di matanya. Ditarik tangan
Laini ke kereta.
DI
KLINIK
"Luka di kepala isteri encik tidak
dalam. Tidak perlu melakukan jahitan. Cuma jangan basahkan kepala dalam masa
seminggu. Tunggu luka itu betul-betul kering dan baik baru boleh basuh. Takut
nanti kuman merebak. Itu sahaja. Encik dan puan jangan risau ye. Nanti encik
ambil ubat dekat luar ye". ucap doktor Melisa sopan. Setelah mengucapkan
terima kasih, mereka berdua meninggalkan bilik pemeriksaan itu.
Dalam
perjalanan pulang ke rumah mereka sempat singgah ke kedai makan terlebih
dahulu. Sampai saja di rumah. Fairiel mendahului Laini masuk ke dalam rumah.
"Awak saya naik atas dulu ye. Saya
nak rehat. Hari ni saya penat sangat." Laini meminta izin suaminya untuk
masuk berehat. Fairiel hanya mengangguk membenarkan. Sebaik saja Laini
melintasinya, tangan Laini di capai. Laini terkejut.
"Awak, kenapa ni?"
"Saya minta maaf. Saya tak berniat
nak sakitkan awak. Saya tahu awak tak salah pasal tadi. Saya saja nak bergurau
kasar dengan awak tadi tapi tak sangka saya terlepas pasu tu. Saya minta maaf.
Saya ada dekat situ, masa lelaki tu datang peluk awak pun saya nampak. Maaf saya tak
halang dia tampar awak tadi. Saya bukan nak balas dendam. Tapi saya cuma nak
tengok awak masih sayangkan saya lagi ke tak. Lepas saya buat semua ni, baru
saya tahu awak masih sayangkan saya.
Maaf sebab seksa awak, tak sampai dua minggu kita nikah awak dah sakit.
Saya tak ada niat pun. Saya tak sengaja. Betul." Jelas Fairiel panjang lebar.
Laini terkejut dan terkaku. Lama dia begitu barulah dia membalas Fairiel dengan
senyuman.
"Saya pun minta maaf malukan awak
dulu. Saya tak lah sakit mana cuma sedih je. Selalu kena marah dengan awak.
Kepala saya pun tak sakit mana. Awak je yang lebih-lebih bila nampak darah
tadi". Balas Laini sambil ketawa perlahan.
"Saya risau awak tahu. Nak pengsan
saya. Lepas ni antara kita cuma ada nama abang dengan sayang je okey. Abang
sayang sayang sangat-sangat".
_TAMAT_
Saya ada awak saja
BalasPadamSaya istari awak kenapa awak buat saya macam ni
BalasPadamSaya ada awan saha
BalasPadam