cerpen Pencinta Setia
cerpen ini agak panjang yaa...layannn sampai habis tau. kalau sudi, komenlah. saya tunggu. huhu. Love and hugss from me. PENCINTA SETIA Zahra bergegas pulang ke kampung apabila mendapat berita tentang kematian ibunya pada awal pagi tadi. Hatinya hancur berkecai. Superbike yang diboncengnya terhuyung-hayang di atas jalan raya dengan kelajuan 140km/h. Dia tidak memikirkan keselamatan dirinya kerana perkara yang penting saat ini adalah melihat orang yang paling disayanginya buat kali yang terakhir. Sampai saja di kampung halamannya, dia memarkingkan superbike di halaman rumah dan semua mata yang ada di situ tertumpu kepadanya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan cuba untuk bertenang sebelum berlari masuk ke dalam rumah. Di muka pintu, dia sudah terkaku apabila melihat sekujur tubuh yang dibaluti kain kapan terbaring di tengah rumah. Dia berjalan perlahan menghampiri jenazah ibunya. “Ibu, ibu bangunlah. Ibu tak payahlah bergurau dengan Zahra macam ni....