cerpen Pencinta Setia

cerpen ini agak panjang  yaa...layannn sampai habis tau. kalau sudi, komenlah. saya tunggu. huhu. Love and hugss from me.



PENCINTA SETIA




Zahra bergegas pulang ke kampung apabila mendapat berita tentang kematian ibunya pada awal pagi tadi. Hatinya hancur berkecai. Superbike yang diboncengnya terhuyung-hayang di atas jalan raya dengan kelajuan 140km/h. Dia tidak memikirkan keselamatan dirinya kerana perkara yang penting saat ini adalah melihat orang yang paling disayanginya buat kali yang terakhir.

Sampai saja di kampung halamannya, dia memarkingkan superbike di halaman rumah dan semua mata yang ada di situ tertumpu kepadanya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan cuba untuk bertenang sebelum berlari masuk ke dalam rumah. Di muka pintu, dia sudah terkaku apabila melihat sekujur tubuh yang dibaluti kain kapan terbaring di tengah rumah. Dia berjalan perlahan menghampiri jenazah ibunya.

“Ibu, ibu bangunlah. Ibu tak payahlah bergurau dengan Zahra macam ni. Tak baik tahu ibu...Zahra tak suka. Ibu bangunlah, Zahra dah balik ni ibu. Ibu!!”. Rintih Zahra bersama air mata. Tangannya tak berhenti-henti menggoncang bahu jenazah ibunya.

            “Sudahlah nak. Ibu kamu dah tiada. Janganlah menangis lagi. Relakan ibu kamu pergi, supaya dia tenang di sana. Dia akan sedih bila melihat kamu macam ni. Sabar nak”. Pujuk mak ngah yang merupakan adik kepada arwah ibunya.

            “Nampaknya ibu memang nak tinggalkan Zahra. Kenapa ibu tinggalkan Zahra? Ibu dah janji nak tunggu Zahra balikkan? Zahra anak yang jahat ibu ye? Zahra buat ibu susah ye? Zahra minta maaf ibu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki Zahra. Zahra tak dapat nak balas jasa ibu lagi. Zahra tak sempat nak mandikan jenazah ibu. Zahra berdoa yang Zahra akan pergi dulu dari ibu tetapi ibu pergi dulu dari Zahra”. Rintih Zahra bersama tangisan yang semakin menjadi-jadi.

            “Sudahlah nak, mari cium ibu kamu buat kali yang terakhir, tapi sebelum tu lap air mata kamu bersih-bersih”. Suruh mak ngah.

            “Zahra rela ibu pergi, tapi Zahra nak ibu tahu yang ibu sentiasa ada dalam hati Zahra ni sampai bila-bila, sampai Zahra berada di tempat ibu sekarang. Ibu sangat istimewa buat Zahra dan Zahra telah memahatkan nama ibu di tempat yang paling istimewa di dalam hati Zahra”. Ucap Zahra teresak-esak. Zahra mengesat air mata menggunakan hujung lengan bajunya. Dia merapati jenazah ibunya, kemudian mencium kedua-dua pipi dan dahi ibunya kejap. Zahra merenung wajah ibunya lama. Wajah ibu sangat tenang, ibu macam tengah tidur je. Semoga ibu tenang di sana dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

            “Zahra, mak ngah nak tutup kain kafan ibu kamu ni”. Celah mak ngah memecahkan kesunyian.

            “Mak ngah nak tutup dah ke? Zahra nak cium ibu sekali lagi boleh tak?” tanya Zahra yang mula sebak. Mak ngah mengangguk lalu tersenyum. Zahra mencium lama dahi arwah seperti tidak mahu dilepaskan. Setelah itu, dia merenung wajah ibunya lama. Setitik demi setitik mutiara jernih jatuh ke pipi putihnya yang kemerahan.

            “Mak ngah tutup ye Zahra”. Tanya mak ngah. Zahra hanya mengangguk. Setelah selesai pengebumian, Zahra mengikut ayahnya pulang ke rumah. Zahra pelik kenapa ada mak cik yang duduk di tempat penumpang dibahagian depan. Zahra fikir mungkin mak cik itu hanya menumpang. Sampai saja di rumah, Zahra terus masuk dalam bilik untuk menunaikan solat maghrib. Sementara menunggu waktu isyak, dia membaca surah Yassin untuk disedekahkan kepada arwah ibunya.

@_@

Keesokkan paginya, Zahra bangun untuk solat subuh dan membaca al-Quran. Pukul 11 pagi baru Zahra keluar dari bilik dan pergi ke dapur ingin membantu menyediakan juadah untuk tahlil malam itu. Bunyi riuh rendah di dapur apabila mak cik-mak cik berkumpul membantu menyediakan juadah. Sikap kerjasama antara penduduk kampung ini sangat kuat dan setiap perkara akan dilakukan bersama. Pukul 5 petang barulah semua benda siap. Alhamdulillah semuanya sudah tersedia. Zahra duduk di tangga dapur mengenangkan perkara yang terjadi.

“Tak elok anak dara duduk atas tangga macam ni, nanti tak ada siapa yang nak masuk meminang”. Usik mak ngah lalu duduk di sebelah Zahra. Zahra hanya tersenyum nipis.

“Zahra, kamu kuat hadapi semua benda ni. Mak ngah bangga dengan kamu”. Sambung mak ngah.

“InsyaAllah saya kuat mak ngah, semoga Allah membantu saya dalam menempuhi semua dugaan-Nya”.

“Ye nak. Mak baru kamu tu baik orangnya. Dia ada anak lelaki dua orang”. Mak ngah bersuara apabila suasana diantara mereka berdua menjadi sunyi buat seketika.

Zapp!!! Terkejut Zahra mendengarnya. Serta merta dia berdiri. Memandang tepat ke wajah mak ngah.

“Betul ke ni mak ngah?”soal Zahra dengan riak wajah yang sukar digambarkan.

“Kamu tak tahu hal sebenar lagi ke Zahra?” soal mak ngah kembali sambil memandang tepat kearah Zahra yang elok berdiri di depannya.

“Tak mak ngah, saya tak tahu apa-apa pun, tolong cerita dekat saya sekarang”, desak Zahra yang kelihatan semakin tegang.

“Zahra, ayah kamu dengan mak cik Leha sudah berkahwin. Ibu kamu beritahu mak ngah yang bulan lepas ayah kamu cerita perkara sebenar kepadanya. Ibu kamu sedih sangat Zahra, tapi...”. bicara mak ngah terhenti apabila melihat Zahra menggenggam penumbuknya. Mukanya merah menahan marah. Dia berlari mencari ayahnya dan meninggalkan mak ngah di tangga. Mak ngah risau dengan tingkah laku Zahra. Zahra sedang dipengaruhi dengan emosi yang tidak stabil, takut dia melakukan perkara yang tidak diingini.

“Zahra” mak ngah cuba memanggil tetapi Zahra tetap meneruskan perjalannya untuk mendapat penjelasan daripada seseorang.

“Ayah!!” panggil Zahra di muka pintu rumah. Ayahnya yang sedang berbicara dengan Pak Hamid memandang ke arahnya.

“Ye nak. Ada apa?” soal Encik Madi, ayah Zahra. Zahra tersenyum sinis. “Hah, buat baiklah pulak”. Ucap Zahra perlahan. Zahra turun berhadapan dengan ayahnya setelah Pak Hamid beredar.

“Ayah, ayah kahwin baru ye? Tanya Zahra senada. Matanya menjeling ke arah mak cik Leha yang baru sampai disisi ayahnya.

“Kenapa ni Zahra?” soal ayahnya kembali. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada Zahra.

“Zahra tanya ayah kahwin baru ke?” naik satu oktaf suara Zahra.

“Benda boleh bincang Zahra”. Sampuk mak cik Leha yang melihat keadaan akan menjadi semakin tengang jika tidak dibincangkan secara elok.

“Mak cik diam, saya tak cakap pun dengan mak cik”. Kasar dan kuat suaranya. Bahasanya masih dijaga.

“Kenapa ni Zahra?” soalan sama ditanya Encik Madi kepada Zahra.

“Jawab soalan Zahra, Zahra nak jawapan bukannya soalan. Jangan nak ubah topik!”. Keras Zahra membalasnya. Sudah hilang secebis kesabaran yang dari tadi menemaninya.

“Ye Zahra, memang ayah kahwin lain!”. Jawab Encik Madi sedikit berang dengan sikap anaknya yang tiba-tiba saja melenting.

“Yang ayah nak marah ni kenapa? Sepatutnya Zahra yang marah! Ibu meninggal sebab ayah kahwin dengan perempuan ni!” amuk Zahra. Emosinya semakin tak menentu, tidak boleh dikawal lagi.

“Zahra! Jaga mulut kamu sikit. Jangan nak kurang ajar sangat!” marah Encik Madi lagi.

“Hari ni mulut Zahra memang tak boleh dijaga dah. Semuanya sebab perempuan sebelah ayah ni! Kalau dah tahu hidup tu hanya membawa masalah buat orang lain buat apa hidup lagi, baik pergi mati je perempuan.” Marah Zahra sedikit menjerit. Lurus jari telunjuknya menunding ke arah mak cik Leha.

Pang!!

            Terteleng kepala Zahra menerima tamparan itu. Zahra mengangkat kepala dan memandang insan yang menamparnya tadi. Tangan memegang pipi yang terasa perit.

            “Kau jangan nak kurang ajar dengan mak aku!” tengking Rizky Mikhail, anak kepada mak cik Leha. Dilihatnya Zahra dengan mata yang penuh kemarahan.

            “Kau ingat aku takut dengan kau. Pergi matilah dengan amaran kau tu. Sikit pun aku tak gentar. Perempuan ni mak kau? Tak salahlah dia jadi mak kau. Memang sesuai sangat. Dua-dua tak tahu malu, dahlah menumpang kat rumah ni! Kurang ajar pula tu. Cerminlah diri tu sikit!”. Zahra membalas kasar sambil tersenyum sinis kepada Rizky.

Tangan Rizky diangkat untuk menampar Zahra buat sekian kalinya dan Zahra yang melihat perbuatan itu cepat-cepat mengelak.

            Pang!!! Zahra pula menampar pipi lelaki itu.

       “Kurang ajar kau perempuan! Berani kau tampar aku”. Rizky menengking Zahra sambil menahan rasa panas di pipinya.

            “Well, aku boleh buat lebih daripada ini. Tetapi bukan sekarang. Aku tak nak kotorkan tangan aku lagi. Aku akan pastikan kau berdua musnah! Itu janji aku. Kau tunggu balasan dari aku!”. Zahra melawan dengan kata yang kesat dan berlalu pergi. Semakin bosan dengan hidupnya kini. Lepas satu, satu masalah datang.

            “Zahra!” panggil Encik Madi.

      “Dah lah ayah, Zahra malas nak layan drama dekat sini. Membazir tenaga je. Nak lagi pelakonnya macam ni. Boleh bungkus! Ujar Zahra malas lalu masuk ke dalam bilik untuk mengemas baju. Beberapa minit kemudian Zahra keluar dari bilik dan terserempak dengan mak ngah di ruang tamu semasa dia ingin keluar rumah. Dia menghampiri mak ngah.

            “Mak ngah, Zahra balik dulu ye. Zahra ada kerjalah mak ngah. Nanti kalau Zahra ada masa Zahra jenguk mak ngah ye”. Disalam mak ngah dan setitis air mata jatuh ke tangan tua itu. Sungguh dia tidak mampu nak hadapi semua benda ni. Semuanya terasa macam mimpi ngeri yang mengganggu lenanya yang indah.

            “Zahra, mak ngah tahu hati Zahra lembut. Zahra cuma terkejut dengar berita ini. Yang tadi tu bukan perangai Zahra kan?” kata mak ngah selepas adegan-adegan yang tidak berapa enak menjamah mata tuanya.

            “Mak ngah, Zahra tak tahu. Zahra serabut sekarang. Hati Zahra sakit. Zahra sayang ibu Zahra mak ngah”. Ucap Zahra sebak lalu dipeluknya tubuh tua itu.

            “Dah lah Zahra, mak ngah faham. Pergilah tenangkan diri kamu. Jaga diri kamu baik-baik. Jangan buat perkara yang salah Zahra. Doa mak ngah akan sentiasa bersama Zahra.” Diusapnya belakang Zahra dan diciumnya dahi Zahra. Zahra memejamkan mata, terasa seperti ibu yang menciumnya.

            “Zahra rindu ibu mak ngah. Zahra tak kuat”. Ucap Zahra perlahan.

            “Mak ngah pun Zahra. Sudahlah tu nak,  mak ngah ada untuk Zahra”. Ujar mak ngah.

            “Mak ngah, Zahra balik dulu ye. Zahra takut lewat sampai rumah. Doakan keselamatan Zahra ye mak ngah”. Zahra meminta izin untuk pergi.

            “Ye lah Zahra, Allah sentiasa ada bersama Zahra. Ingat tu”. Pesan mak ngah. Zahra hanya mengangguk dan berlalu keluar rumah. Sebelum tu dia sempat lagi mencium dahi mak ngah. Sebak terasa di hati.

@_@

Keluar saja rumah, Zahra terlihat ayahnya masih di tempat tadi. Ikutkan hati mahu saja dia memeluk ayahnya seerat mungkin. Tetapi apabila teringat kelakuan ayahnya terus terbatal apa yang diniatkan. Ternampak pula wajah tua mak cik Leha dan anaknya di sisi ayah. Lagi membahang rasa muka Zahra. Terasa dirinya dikuasa dengan rasa jahat dan dendam. Dia menghampiri mereka semua.

            “Tak habis lagi ke drama yang berlangsung dekat sini. Dah berapa episod yang korang dah lakonkan? Mesti banyak dah kan? Korangkan pelakon handalan!” sindir Zahra bersama senyuman sinisnya. Melihat air mata mak cik Leha, semakin sakit hati dia. Mahu saja dia menengking mak cik yang telah membuatkan ibunya meninggal.

            “Apa yang Zahra katakan ni? Lakonan apa?” tanya Encik Madi lembut kepada Zahra.

            “Dahlah Zahra nak balik! Sakit mata tengok orang yang menumpang dekat sini”. Sindir Zahra dan berlalu pergi. Muka Rizky dijelingnya tajam. Tiba-tiba tangannya ditarik kasar sebaik saja dia tiba di tempat parking motornya. Tempat itu sedikit tersorok dari pandangan orang ramai.

            “Kau dah kenapa tarik tangan aku?” tanya Zahra kasar sebalik saja dia melihat gerangan yang menarik tangannya.

“Kau jangan berani jeling aku macam tu lagi!” Rizky memberi amaran. Zahra tersenyum sinis.

            “Lepaskan tangan akulah. Dah tak tahu halal haram? Kau dengan mak kau sama je kan. Suka sangat nak menggoda orang. Sebab tu ayah aku kahwin dengan mak kau. Kaki goda! Kau jangan ingat aku akan tergoda dengan kau. Maaf aku tak layan orang yang tak tahu malu macam kau ni. Bagi aku tempat orang yang macam kau ni terlalu rendah. Kau nak tahu kat mana? Kat bawah kaki aku!”. Ucap Zahra perlahan dan tersenyum sinis. Yang hanya didengari oleh mereka berdua sahaja.

Pang!!! Rizky melempang Zahra. Tamparan Rizky tidak dihiraukan.

Bukk Bukk.. Zahra menumbuk muka Rizky dan memberi tendangan yang kuat pada betis lelaki itu, sehingga Rizky tidak mampu untuk bangun.

            “Bangunlah lawan aku, bangun!!” suruh Zahra kasar. Nasib baik aku dah pakai sarung tangan jadi bolehlah aku lawan. Rizky cuba untuk bangun tetapi kaki dan muka dia terlalu sakit.

            “Dasar lembik, kau duduklah bawah ketiak mak kau ni. Suruh dia ajar kau macam mana nak ambil hak orang lain tanpa pemiliknya sedar. Hahaha”. Sinis Zahra berkata dan terus berlalu pergi.

            “Hah!” Rizky sudah memeluknya dari belakang. Zahra tersekat dan kemarahannya naik dengan mendadak.

            Disikunya muka Rizky berkali-kali supaya dia dilepaskan. Setelah berjaya dia menyerang Rizky.

Bukk Bukk Bukk Bukk!!! Ditumbuknya muka Rizky berkali-kali dan menendang perut Rizky sebanyak dua kali. Dah macam punch bag dia buat Rizky. Janji hatinya puas. Rizky lemah selemahnya. Tetapi dia masih tidak puas hati dengan Zahra. Zahra ketawa dalam hati. Terus dia pergi ke arah motornya. Dia memakai baju kurung dan berseluar panjang didalamnya bagi memudahkan Zahra membonceng motor. Malas Zahra nak menyalin baju kurung yang dipakainya di dalam bilik tadi, dia cuma menyarungkan seluarnya sahaja, tidak mahu berlama-lama di rumah itu. Belum sempat Zahra memakai helmet, Rizky kembali menyerang. Rizky semakin hampir dan Zahra ada satu cara sahaja iaitu…..

Bushhh...

Zahra memukul muka Rizky menggunakan helmet. Jatuh terbaring Rizky menerima pukulan itu. Sungguh sakit mukanya. Zahra memakai helmet dan berlalu pergi. Pasir-pasir terkena muka Rizky dan menambah rasa sakit di mukanya. Zahra melihat semua mata penduduk kampung teralih ke arahnya. Dalam rasa sakit hati, bibirnya sentiasa mengukir senyuman untuk penduduk kampung dan mereka membalasnya, kemudian Zahra berlalu pergi tanpa menoleh ke arah Encik Madi.

Sampai saja di rumah, Zahra terus menyegarkan dirinya yang terasa letih dengan perkara yang sudah berlaku. Perkara yang berlaku bukan atas kehendaknya dan dia berharap, dia mampu hadapi segala ujian dan bertindak secara rasional. Mujurlah cutinya masih ada, jadi dia boleh menenangkan diri dalam waktu itu.

@_@

Zahra pergi ke tasik yang tidak jauh dari rumahnya selepas menunaikan solat subuh. Suasana yang tergambar di hadapannya sangat hening, masih sedikit gelap dan awal untuk orang berada di situ. Sambil berjalan mengelilingi tasik, otaknya tidak dapat memikirkan apa-apa kebarangkalian yang bakal berlaku Dibiarkan saja kaki membawa dirinya kemana arah yang mahu dituju. Dia hanya mengikut tanpa sebarang bantahan. Setelah jauh dia berjalan, dia tersedar dari khayalan. Di depannya terdapat sebuah pondok yang menghadap ke arah tasik, dia berjalan menghampiri tasik tersebut.

Setelah duduk, matanya dipejamkan kejap, cuba untuk menerima apa yang telah terjadi. Semakin dia cuba untuk menerima, semakin sakit hatinya. Matanya dibuka memandang ke arah tasik. Sangat tenang tasik tersebut, sangat berlawanan dengan perasaannya sekarang. Dia berniat untuk menjerit supaya hatinya puas. Matanya diliarkan melihat keadaan sekeliling untuk memastikan tiada orang yang berada berhampiran dengannya. Tersenyum nipis dia apabila tiada orang yang berhampiran dengannya. Dia berjalan perlahan menuju ke tepi tasik.

            ‘Betul ke tak ada orang ni? Nanti tiba-tiba ada orang, dikatanya pulak gila menjerit sorang-sorang. Buat aje la’. Bisik hati Zahra. Ditarik nafas dalam-dalam sebelum menjerit sekuat hati.

Arrrggghhhhhhhhhhh!!! Jerit Zahra sekuat hati sambil memegang kepalanya. Zahra terduduk sambil menangis.

            “Oh mak aku menjerit macam langsuir!” Latah Daniell apabila terdengar suara perempuan menjerit sehingga membuatkan dia jatuh terduduk,

            “Ish, perempuan mana pula yang menjerit pagi-pagi ni? Dah gila ke?” bebel Daniell. Larian Daniell dilajukan menuju ke arah suara yang menjerit tadi. Lariannya terhenti apabila melihat seorang perempuan yang menangis sambil memeluk lutut di tepi tasik. Dia menghampiri perempuan tersebut.

            “Assalamualaikum awak”. Ucap Daniell seraya mencucuk-cucuk bahu Zahra dengan jari telunjuknya. Zahra terkejut dengan sapaan dan sentuhan yang diterima. Dia terus bangun dan menolak Daniell jauh dengannya.

            “Kau siapa ha? Kenapa ada sini?” soal Zahra kasar. Bahasanya tiba-tiba berubah. ‘Datang-datang terus sentuh orang.’ Marah Zahra dalam hati.

            “Saya Daniell Mikhail, panggil saya Daniell”. Balas Daniell. Garang gila perempuan ni, rasa menyesal pula tegur tadi.

            “Kau buat apa kat sini? Kau orang jahatkan?” tanya Zahra kembali dengan nada yang kasar.

            “Saya berjoging dekat sini. Sini tempat awam, bukan tempat awak sorang. Dah awak menjerit macam orang gila, saya carilah siapa yang menjerit tu. Kot-kot ada berlaku perkara yang tak diingini ke.” Balas Daniell senada.

            “Aku tak suruh pun kau cari aku. Ikut suka akulah nak menjerit ke, nak terjun tasik ke, nak gigit kayu kat pondok ni ke. Kau kisah apa?” jawab Zahra dengan suara yang cukup tinggi.

            “Yang awak nak membebel dan marah-marah kat saya ni kenapa? Saya cuma risau je tahu. Dahlah menjerit sorang-sorang. Dasar gila. Kalau saya tahu macam inilah akibatnya saya tegur awak, saya takkan jejakkan kaki saya dekat dengan awak. Marah tak tentu pasal”. Bebel Daniell pula.

            “Dah tu takkan nak bawa satu kampung menjerit bersama dengan aku! Aku tak minta pun kau risaukan aku. Kau tu yang menyibuk hal orang lain. Dasar malaun.” Zahra menjawab senada.

            “Hish...awak ni kan! Memang menyesal saya datang dekat awak. Saya minta maaflah kalau saya menyibuk hal awak. Saya risau tak kena masa dan terisau orang yang tak guna macam awak. Bukan nak berterima kasih orang risaukan dia, tapi dia marah pula kita! Balas Daniell kuat sebelum bangun ingin berlalu dari situ. Zahra terasa hati dengan ayat Daniell, dia memang tak berguna dan dia bersalah sebab marahkan Daniell yang berniat baik itu. Zahra bangun sebelum berbicara.

@_@

            “Daniell, saya minta maaf sebab marahkan awak. Saya tak sengajalah. Saya serabut sekarang. Saya memang tak berguna. Saya tahu perkara tu, awak tak payah sebut kuat-kuat pun saya dah tahu. Saya memang nak gila pun sekarang”. Ucap Zahra sebak dan air mata yang tadi ditahan kembali mengalir dipipinya. Bahasa yang digunakan kembali asal seperti biasa. Daniell terkesima sebentar dengan perubahan Zahra.

            “Tak apa, saya maafkan awak. Saya cuma risau je tadi. Awak marahkan saya lagi? Soal Daniell dan hatinya terusik melihat air mata yang jatuh di pipi Zahra.

            “Tak, saya tak marah dah. Saya minta maaf lagi sekali. Nama saya Zahra Qistina. Panggil Zahra aje”. Ujar Zahra sambil tersenyum nipis.

            “Sedap nama awak, jangan minta maaf lagi. Kan saya dah maafkan tadi. Kita kawan ye sekarang?” Ucap Daniell. Zahra hanya mengangguk lalu tersenyum manis. Entah kenapa dia rasa lelaki di sebelahnya ini adalah lelaki yang baik. Daniell tersenyum manis melihat senyuman Zahra.

            “Kalau awak rasa nak bercerita masalah awak tu, saya boleh menjadi pendengar setia awak”. Sambung Daniell bila kedua-duanya diam melayan perasaan sendiri. Mereka berdua duduk di pondok yang Zahra duduk tadi. Orang pun semakin lama semakin ramai. Zahra terdiam dengan pelawaan Daniell, sungguh dia memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah.

            “Saya sebenarnya ada dua masalah, yang pertama pasal ayah saya. Ibu saya meninggal 3 hari lepas sebab dapat tahu ayah saya kahwin lain. Itu saya sakit hati sangat-sangat. Rasa macam nak tumbuk je isteri baru ayah saya tu. Yang kedua masalah lagi besar. Saya tak ada cara nak balas dendam dekat isteri baru ayah saya dengan anak lelaki dia tu”. Zahra meluahkan masalahnya kepada Daniell dan dia berasa sedikit lega. Daniell yang mendengar luahan Zahra terkaku. terpaku, terkejut, tersentak, ternganga dan semua yang ada ‘ter’ lah. Tak sangka perempuan yang luaran lembut dan ayu ini mempunyai dalaman yang kejam. Teruk sangat kenyataan Daniell ni.

            “Kenapa awak nak balas dendam pula? Kalau awak marah tu saya terimalah lagi”. Tanya Daniell takut-takut. Zahra mengeluh kecil sebelum menyambung cerita. Dia menceritakan semua sekali yang berlaku dari A hingga Z.

            “Dia penyebab ibu saya meninggal awak tahu. Anak lelaki dia tu terlalu kurang ajar. Saya geram betul dengan dia”. Ucap Zahra bersungguh-sungguh sambil membuat aksi tumbuk-menumbuk. Daniell ketawa terbahak-bahak melihat aksi Zahra.

            “Yang awak ketawa ni kenapa? Saya tak buat lawak pun. Saya cuma nak balas dendam awak tahu, tapi tak ada idea langsung. Menyampah!” marah Zahra yang dibuat-buat. Daniell menyambung ketawanya. Dia tertarik dengan perwatakan Zahra.

            “Kelakarlah awak ni Zahra, nak jadi jahat tapi tak ada idea. Sangat lawak”. Daniell ketawa sambil pegang perut. Zahra yang di sebelahnya sudah tarik muka. Lama, Zahra terus berdiri dan berlalu pergi meninggalkan Daniell sendiri. Daniell berhenti ketawa dan mengejar Zahra yang jauh di hadapan.

            “Kenapa awak lari pula ni? Nak pergi mana? Saya ada buat salah ke?” soal Daniell apabila berjaya menyaingi langkah Zahra.

            “Dah awak tak habis-habis ketawakan saya, malas saya duduk dengan awak. Saya nak balik”. Balas Zahra senada.

            “Ala, maaflah saya tak sengaja tadi. Janganlah marah. Ye ye?” pujuk Daniell. Zahra yang melihat muka comel yang dibuat Daniell hanya mampu ketawa dan mengangguk.

            “Ye saya tak marahlah, saya memang nak balik pun. Dah lama saya duduk sini”. Jawab Zahra.

            “Oh, yelah. Saya pun nak balik jugalah. Awak datang sini dengan apa?” soal Daniell.

            “Saya datang sini dengan tu…” Jari telunjuknya lurus menunjukkan ke arah superbikenya.

        “Wah, naik Kawasaki Ninja nampak”. Usik Daniell sambil berjalan menghampiri superbike Zahra.

            “Dah saya suka superbike nak buat macam mana. Awak naik apa?” soal Zahra pula.

            “Saya? Saya naik ni...” jarinya ditunjukkan ke arah superbike yang diparking elok di sebelah superbike Zahra. Mereka berdua ketawa serentak.

            “Hahaha, dia pun naik superbike juga. Okeylah awak, saya nak balik dah ni. Ada masa kita berjumpa lagi”. Ucap Zahra yang sudah berada di atas motor.

            “Okey, tapi bagilah nombor telefon awak. Senanglah kita nak berjumpa lagi”. Daniell mencuba nasib.

            “Bagi sekejap telefon awak”. Pinta Zahra. Zahra membuat missed call dari telefon Daniell ke telefonnya. Setelah itu dia memberi balik kepada Daniell.

            “Saya dah buat missed call. Nanti kalau nak simpan, simpanlah. Saya tak paksa. Saya pergi dulu. Assalamualaikum”. Usik Zahra dan berlalu pergi.

            “Saya akan simpannya Zahra”. Jerit Daniell apabila Zahra berlalu pergi.

@_@

Perwatakkan Daniell yang ceria, sopan dan pandai ambil hati membuatkan Zahra semakin lupa akan dendamnya. Mereka keluar tengok wayang, makan dan banyak lagi aktiviti yang dilakukan untuk menghabiskan masa terluang yang ada bersama. Zahra yang bekerja sebagai chef di restoran yang terkemuka dan Daniell yang berkerja sebagai Arkitek di Syarikat Mega Holding memudahkan mereka mencari masa yang sesuai untuk keluar bersama dan mengenali diri masing-masing.

Hubungan mereka semakin hari semakin rapat, pertemuan yang bermula di tasik kini hampir berakhir di jinjang pelamin. Semua persiapan hampir selesai. Masalah yang berlaku dalam keluarga Zahra masih tidak mempunyai jalan penyelesaian. Zahra telah meminta restu daripada ayahnya dan menjemput ayahnya ke hari perkahwinan dia nanti. Hanya kepada mak ngah dia meminta pertolongan untuk membantu dia menyiapkan persiapan perkahwinan.

Zahra ada juga bertanya kepada Daniell tentang keluarga lelaki itu, sama ada keluarga dia restu atau tidak. Yang menjadi jawapan, mak dia terima siapa saja yang menjadi pilihan dia dan dia akan bawa keluarga dia masa hari perniakahan saja sebab tidak mahu menyusahkan katanya. Zahra hanya mengiyakan sahaja, tidak mahu bertanya lebih, takut bergaduh pula nanti. Sejak perkenalannya dengan Daniell, Zahra seakan-akan lupa pada dendam terhadap keluarga tirinya.

@_@

11.25 p.m.
From: Daniell
To: Zahra
-          Assalamualaikum awak. Dah tidur ke?

From: Zahra
To: Daniell
-          Waalaikumussalam, saya otw nk tidur ni. Hari ni penat sikit.

From: Daniell
To: Zahra
-          Ooo, kesian awk. Yelahkan hari nikah kita tak lama je lagi. Lagi seminggukan. Tak sabar pula rasanya. J

From: Zahra
To: Daniell
-          Haha, tak payah nak mengada sangat ye. Awk, saya nk tidur dah ni. Dah mcm ada gorilla bertenggek atas mata saya ni. Selamat malam. Jumpa seminggu lagi.

From: Daniell
To: Zahra
-          Hahaha. Yelah awk. Pergilah tidur. Selamat malam. Jumpa seminggu lagi.

Zahra hanya meninggalkan bluetick saja dan terus tidur bertemankan senyuman dengan lenanya.

@_@

Seminggu kemudian

“Zahra cepat siap, kejap lagi pengantin lelaki nak sampai.” Arah mak ngah dengan sedikit kuat. Maklumlah si Zahra ni masa hari nikah pula dia terbangun lewat. Mahunya tak kelam-kabut.

“Ye mak ngah. Zahra dah siap. Nak touch up sikit je lagi ni”. Balas Zahra yang masih disolekkan oleh mak andam. Beberapa minit selepas itu Zahra dibawa ke ruang tamu dan didudukkan di atas bantal yang di khaskan untuknya.

“Pengantin lelaki dah sampai. Minta bersedia ye semua”. Pesan mak ngah sambil berjalan kearah Zahra dan duduk disebelahnya. Zahra yang terasa gemuruh cuba untuk menenangkan dirinya sendiri. Mesti ibu gembirakan bila tengok Zahra nak nikah. Andainya ibu masih ada, Zahra akan buat ibu orang yang paling bahagia hari ni. Sebak mula bertandang di hati Zahra.

“Jangan sedih Zahra. Hari inikan hari bahagia Zahra.” Pujuk mak ngah apabila terperasan Zahra berada di dunianya sendiri.

“Zahra okey mak ngah, cuma teringatkan arwah ibu saja.” Balas Zahra perlahan sambil tersenyum.

“Yelah Zahra, majlis nak mula dah ni.” Kata mak ngah dan keadaan kembali seperti biasa.

@_@

“Daniell Mikhail bin ‘Ariffin aku nikahkan dikau dengan anakku Zahra Qistina binti Madi dengan mas kahwin RM 1000 tunai”

“Aku terima nikahnya Zahra Qistina binti Madi dengan mas kahwin RM 1000 tunai.”

Sah?

Sah..

Sah..

“Alhamdulillah” ucap ayah Zahra dan mereka semua mula membaca doa.

“Zahra, Daniell nak datang dah tu. Bersedia ye.” Bisik mak ngah disebelah kiri Zahra. Entah kenapa melihat Daniell yang segak di hari pernikahan ini membuatkan jantung berdegup kencang. Malu mahu melihat pandangan Daniell yang cukup menggoda hati perempuannya. ‘Dah kenapalah Daniell ni, tak malu ke buat muka macam tu depan tetamu ni. Haduh...panas muka aku melihat tetamu yang sudah tersenyum sipu dengan kelakuan Daniell. Kalau boleh nak saja aku lari dari sini masuk dalam bilik. Ahaks, gedik kau Zahra.’ bisik hati Zahra.

            “Assalamualaikum sayang.” Daniell bersuara seakan berbisik dengan suara yang sangat lembut. Zahra yang terkejut pantas memakukan matanya ke muka Daniell. Daniell menghadiahkan senyuman manis dan terus terkena diabetes sebab lesung pipitnya tu.

            “Waalaikumussalam, nak apa?’ soal Zahra selamba sambil mengangkat kening kanannya. Tetamu yang mendengar ketawa lantang.

              “Sayang, inikan proses pembatalan air sembahyang.” Ujar Daniell sambil tersenyum senang.

        “Ye ke? Oo..” Zahra tiba-tiba blur. Dah kenapa dengan aku ni. Diketuk-ketuk kepalanya menggunakan jari telunjuk.

            “Kenapa diketuk kepala tu? Bagi sini tangan tu.” Daniell menyuruh sopan. Tangan di dalam genggaman dipegang kejap, lalu disarungkan cincin di jari manis Zahra. Pantas Zahra mengucup tangan Daniell dengan penuh kelembutan dan dibalas dengan kucupan di dahi Zahra oleh Daniell. Mereka terlalu asyik dengan dunia sendiri sehingga menimbulkan bunyi-bunyi nakal dari para tetamu.

          “Tunggulah malam nanti nak sweet semanis honey pun.” Suara nakal mula memainkan peranan.

            Sekarang tibalah masa untuk sesi bergambar. Zahra semakin lama semakin berang dengan mamat fotografi tu. Disuruhnya buat gaya yang pelik-pelik. Bikin malu je, yang si Daniell pun boleh tahan nakalnya, disuruhnya sikit, dilakukannya lebih-lebih.

@_@

“Zahra sini abang nak kenalkan dengan mak abang” ajak Daniell dan membawa Zahra berjumpa maknya. Zahra di sebelah terus menunduk dan terasa ingin pengsan sebab kali pertama jumpa mak mentua. Memang nampak pelik sebab takkan tak pernah jumpa mak mentua sebelum nikah. Tapi Si Zahra ni memang tak pernah jumpa. Sebabnya Daniell kata nak buat ‘surprise’ dekat Zahra. Zahra pun mula-mula bantah tapi bila telah diyakinkan oleh Daniell yang maknya baik dan boleh menerima Zahra, Zahra pun setuju sajalah.

            “Zahra, ini dia mak abang.” Daniell memperkenalkan maknya kepada Zahra. Zahra yang mulanya menunduk terus mengangkat kepala bersama sebuah senyuman yang manis. Tetapi hanya seketika dan senyumannya yang manis itu hilang entah kemana.

            “Mak cik Leha! Apa semua ni Daniell? Awak permainkan sayakan?!” soal Zahra sedikit kasar.

            “Zahra dengar dulu apa abang nak cakap.” Pujuk Daniell.

            “Okey. Saya bagi awak terangkan, 5 minit dari sekarang.” Balas Zahra dengan perasaan yang kosong.

            “Zahra...” panggil Daniell seakan-akan merayu.

            “5 minit dah bermula Daniell. Terangkan atau saya pergi.” balas Zahra senada.

            “Okey abang terangkan. Sebenarnya sebelum kita nikah abang dah tahu yang Zahra adik tiri abang masa abang pergi berjumpa dengan ayah Zahra. Abang dah tahu semuanya. Abang tetap nak teruskan pernikahan ini sebab abang sayang dan cintakan Zahra. Abang nak satukan Zahra dengan keluarga abang. Abang tak ada niat pun nak tipu Zahra. Abang buat semua ni untuk kebaikan kita bersama.” Terang Daniell jujur.

            “Tak ada niat awak kata? Sekarang ni saya dah tertipu awak tahu! Untuk kebaikan bersama konon, padahal awak nak balas dendam dekat saya, sebab saya cakap dulu nak balas dendam dekat keluarga tiri sayakan? Mengaku je lah awak! Semua orang sama je. Penipu!” Zahra membalas kasar. Hati dia merintih sedih. Tak sangka dirinya ditipu hidup-hidup oleh Daniell.

            “Tak Zahra, abang tak ada niat pun nak tipu Zahra. Percayalah. Takkan abang nak buat isteri abang macam tu.” Daniell cuba memujuk.

            “Awak buat saya rasa macam orang bodoh tahu! Memang dah jadi nasib saya kot kena tipu dengan orang-orang yang saya sayang. Mula-mula ayah saya sendiri, sekarang awak pula. Sepatutnya saya selidik dulu tentang diri awak, bukannya percaya bulat-bula dengan kata-kata awak.” Balas Zahra sayu sambil matanya dilirikkan kepada Encik Madi yang berada bersebelahan dengan mak cik Leha.

            “Zahra abang minta maaf. Kalau abang bagitahu awak awal-awal, mesti awak tak nakkan nikah dengan abang?” soal Daniell sedih.

            “Eh, memang tak lah saya nak nikah dengan anak perampas! Lebih baik saya tak payah kahwin sampai bila-bila, daripada kahwin menyakitkan hati. Baru saya ingat yang perempuan ni ada anak lelaki kembar. Rupa-rupanya awak. Memang keturunan awak ni semuanya menyakitkan hati eh? Tapi saya lagi benci awak daripada adik awak tu. Dasar penipu!” Jawab Zahra dengan muka menyampah. Nak menyesal sekarang pun tiada gunanya lagi, dia dah jadi isteri Daniell.

            “Eh perempuan kau jangan kurang ajar dengan mak aku eh!” Jerit Rizky separuh kuat.

            “Kau ada nampak kat muka aku ni tertulis yang aku kesah pasal mak kau? Tak ada kan? Aku rasa sekarang kau orang semua boleh angkat kaki-kaki kau orang dari sini, sebab aku malas nak tengok muka-muka yang macam minta penampar ni.” Balas Zahra kurang ajar dan berlalu meninggal mereka semua.

@_@

Daniell Mikhail
Zahra yang sedang baring di atas katil dipandang dengan penuh rasa sayu dan sedih. Dia sudah bertekad yang dia akan cuba memujuk dan mengambil hati isterinya semula serta membuatkan Zahra lupa akan dendamnya kepada mak mentuanya. Tak sangka apa yang ingin dilakukan menjadi seteruk ini. Salahkah dia nak satukan orang-orang yang dia sayang? Dia mengeluh seketika sebelum melangkah ke bilik mandi bersama tuala di bahu.

Zahra Qistina
Sambil berbaring di atas katil otaknya ligat memikirkan masalah baru yang dia hadapi. Daniell yang sedang memandangnya tidak dihiraukan. Apabila terdengar pintu bilik air ditutup, dia bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas katil.

            “Macam manalah aku boleh termasuk dalam jerat percintaan ni?” soal Zahra sendiri. Bukan tajuk lagu ke jerat percintaan tu? Lantaklah nak...

            ‘Aku kena juga balas dendam dekat keluarga malaun tu. Tapi itu keluarga suami aku sendiri.’ Kata Zahra dalam hati. Makin serabut otaknya sekarang. Berapa lama dia duduk termenung atas katil sebelum membuat keputusan.

            ‘Aku akan balas dendam juga. Kalau tak boleh buat dekat keluarga dia. Aku boleh buat dekat Daniell sendiri. Buli ke, buat benda yang dia tak suka ke, aniaya dia ke sampai puas hati aku. Lagi senang kerja aku sebab dah duduk satu rumah dengan dia.’ Kata Zahra dalam hati sambil tersenyum. Sekejap-sekejap kerutkan dahi. Dah gila ke Zahra oi?

            “Awak dah kenapa kerut-kerutkan dahi tu? Sakit ke?” soal Daniell yang baru keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala paras pinggang. Zahra yang terkejut terus memandang Daniell yang berdiri di sisi katil. Sekejap cuma dan dia terus menundukkan kepalanya. Daniell yang melihat tersenyum nakal. Memang dari dalam bilik air tadi lagi dia dah rancang nak kacau Zahra atau dalam erti kata lain, dia nak goda Zahra.

            “Dah tak reti nak pakai baju ke?” soal Zahra geram. ‘Dia ni tak tahu malu ke? Aku pula yang termalu tanpa sengaja. Yelah dah dia tayang badan dia yang seksi tu, dengan six packs lagi. Goyah sikit iman aku. Ke dia saja nak goda aku ni? Tapi please eh, takkan aku terpedaya lagi.’

            “Lupa nak ambillah tadi”. Jawab Daniell meleret. Keningnya diangkat-angkat nakal.

            “Sekarang dah ingatkan? Jadi pergilah ambil dan pakai.” Arah Zahra tegas. ‘Angkat-angkat kening, cukur nanti baru tahu.

            “Kenapa? Awak tergoda eh?” soal Daniell nakal sambil berjalan menghampiri Zahra. Zahra dalam hati dah berdebar-debar.

            “Dah kenapa datang sini? Almari dekat sana.” Tanya Zahra sambil menunjukkan kedudukan almari dalam bilik itu.

            “Suka hati abanglah nak pergi mana pun.” Daniell terus berjalan mendekati Zahra.

            “Awak jangan berani sentuh saya ye. Kalau saya terbelasah awak tanpa niat jangan salahkan saya pula.” Daniell tidak menghiraukan amaran daripada Zahra. Dia menyentuh bahu Zahra dan...
Dushh... Zahra menumbuk perut Daniell dengan kuat.         

            “Saya dah bagi amaran, awak tak nak dengar. Awak pergi tanya adik kembar awak tu, macam mana rasanya bila saya belasah dia waktu dekat kampung dulu. Kalau rasa nak lagi buatlah.” Ucap Zahra mendatar sambil menjeling sebelum merebahkan dirinya semula. Daniell yang masih membongkok dengan tangan yang menekan perut, berdiri tegak dan kembali bersuara setelah sekian lama berdiam diri akibat menahan kesakitan yang boleh dikatakan senak juga perut dia seketika.

            “Huh! Abang nak tidur atas katil hari ni.” Daniell bersuara sambil memeluk tubuh sendiri.

            “Tidur je lah. Saya tak halang pun kan. Awak ingat kisah kita ni macam cerita novel ke? Yang tak bagi tidur sekatil. Cliche sangat. Tapi,, kalau awak sentuh saya siaplah!” sinis Zahra menjawab sebelum memejamkan matanya. Bantal golek dijadikan pemisah antara mereka.

            “Tapi abang berharap yang kisah kita seperti novel yang akhirnya bahagia.” Jawab Daniell perlahan. Zahra yang terdengar hanya mampu mengeluh perlahan.

‘Saya hanya manusia biasa. Jujur saya sayang sangat dekat awak. Tapi awak tipu saya tentang keluarga awak. Biarlah masa yang menentukan akhir cerita kita. Tidak semua novel yang akhirnya bahagia, ada yang berduka, ada yang menyesal.’ Kata Zahra dalam hati sebelum berlayar ke alam mimpi.

@_@

Seminggu menjadi isteri kepada Daniell, tiada masalah yang menyinggah kehidupannya. Hanya bahagia yang memenuhi di hati. Terkenangkan ada dendam yang menyelubungi diri, rasa itu diketepikan. Beberapa misi hebat telah difikirkan untuk menyakitkan hati Daniell akan dilaksanakan bermula pada saat ini. Hebatlah sangat. Pada esok hari akan bermulalah misi yang pertama. Tiada secalit senyuman menyinggah di bibir Zahra, yang pada waktu itu sedang elok bersandar di balkoni rumahnya, menikmati waktu senja.

            “Heiiii.. Zahra...” bisik Daniell tepi telinga Zahra.

            “Tak payahlah awak nak takutkan saya Daniell, saya tahu sangat itu awak”. Ujar Zahra sinis.

            “Ala, macam mana awak tahu?” soal Daniell dengan mulut yang sudah muncung.

            “Siapa lagi yang tak ada kerja nak buat dalam rumah ni. Awak seorang jelah kan?” balas Zahra malas.

            “Hurmmm, yelah. Abang bosan tahu tak? Awak tak takut ke duduk kat sini waktu maghrib macam ni?” tanya Daniell sambil memandang kiri kanan.

            “Nak takut apa? Hantu pun takut nak ke sini. Sebab kat sini ada penipu yang tersangat hebat. Kan?” jawab Zahra selamba. Tidak menghiraukan sedikitpun perasaan Daniell ketika itu.

            “Awak, abangkan dah minta maaf. Boleh tak awak tak payah nak ungkit benda ni semua?” Daniell membalas sambil mengeluh kecewa.

            “Mungkin bagi awak ini hal kecil je, sebab awak tak kena tipu. Cuba awak yang ada dekat tempat saya ni. Entah-entah hari pertama kahwin lagi awak dah ceraikan saya”. Zahra menjawab sinis. Daniell hanya berdiam diri. Mungkin merasa apa yang diperkatakan oleh Zahra ada juga benarnya.

            “Tapi abang dah banyak kali minta maaf dengan awakkan Zahra”. Pujuk Daniell dengan suara sehabis lembut. Dipandang sisi Zahra dengan pandangan yang sayu.

            “Jadi awak ingat saya sesenang tu je nak maafkan awak? Sorrylah, saya dah muak dengan maaf awak tu. Tak ada nilai langsung buat saya. Saya nak masuk dulu. Bye”. Zahra lantas berpaling untuk masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba tangan Zahra dipegang Daniell.

            “Zahra, abang tak habis cakap lagi.” Daniell masih berusaha memujuk Zahra.

            “Lepaskan saya Daniell, awak tak ada hak nak tahan-tahan saya macam ni. Saya bosan dengan awak, bila bercakap je mesti perkataan maaf yang keluar. Dah tahu buat salah tu, ada hati nak orang maafkan. Orang gila je yang tak berasa marah bila ditipu hidup-hidup. Macam awak.” Sinis Zahra membalas.

            “Tak baik tau awak cakap macam tu dekat abang. Abang suami awak, yang sepatutnya awak hormat.” Daniell membalas dengan suara yang sedikit keras.

            “Marah ke? Apa yang awak buat dekat saya dah cukup baiklah macam tu? Kalau itu yang awak kata baik, tunggu saya balas. Kalau awak tak tipu saya, dah lama saya hormat awak sebagai seornag suami.” Zahra bersuara lembut tetapi penuh dengan amarah dan berlalu ke dalam rumah.

Macam manalah aku nak laksanakan misi pertama aku ni. Tengok muka dia je kesian. Aku tahulah dia tu suami aku, tapi aku nak balas dendam sikit-sikit je. Biar dia tahu apa yang aku rasa. Aduhh.. susah betul nak buat jahat bila tak ada bakat. Bebel Zahra dalam hati sambil menggaru dahi.

@_@

MISI 1
DANIELL
Sticky note yang tertulis ‘awak saya pinjam kereta kejap’ tertampal elok di pintu peti ais. Daniell yang baru bangun dari tidur terperanjat membaca nota itu. Muka masa tu jangan cakaplah dah serupa macam hulk menjerit je.

            “Manalah dia bawa kereta aku tu, dah lah tu kereta kesayangan aku selepas superbike. Haduh.. sakit kepala aku fikir pasal benda ni.” Daniell membebel sambil berlalu ke ruang tamu.

ZAHRA
            “Gembiranya aku hari ni dapat gunakan kereta dia untuk menjalankan misi aku. Memang bengang gilalah mamat tu kat rumah sekarang ni. Tak apalah, awak tunggu apa yang saya buat balik dekat awak nanti. Mesti awak suka punya. Hahahaha.” Zahra ketawa kuat dan meneruskan perjalanan.

            Sampai saja di dalam hutan yang jalannya dipenuhi dengan lumpur, lecak dan kotoran yang sememangnya akan degil untuk tanggal semasa dibersihkan nanti, dia terus membawa kereta Daniell meredah hutan belantara dengan jayanya. Keluar-keluar je dah tak rupa kereta mewah dah, rupa macam kereta sorong dipenuhi tanah yang basah.

            Siapa kata Zahra tak tabah? Dia tabah okey. Semua mata yang melihat ke kereta yang dipandunya tidak dihiraukan. Yang penting hatinya puas. Tak sabar pula nak dengar bom atom meletop kejap lagi. ‘Tu bukan tabah, tu gila namanya’.

@_@

Setibanya Zahra di rumah, Daniell elok terpacak depan pintu masuk. Melihat keretanya macam baru keluar dari kolam lumpur, matanya terbeliak dan nadinya seakan berhenti. Zahra yang melihat muka suaminya macam dah ungu terus keluar kereta setelah diparkingkan betul-betul depan Daniell.

“Awak pergi mana Zahra? Berjam-jam abang tunggu awak tahu. Kata nak guna sekejap je, tapi sekarang kereta ni tak gaya macam kereta dah. Awak pergi mana?” tanya Daniell dengan suara seakan-akan menahan marah.

“Awak ni saya guna kereta sekejap pun nak berkira. Bukannya rosak pun.” Balas Zahra sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

“Abang bukan berkira dengan isteri Zahra, awak nak pinjam, pinjamlah, abang tak kisah. Tapi tolonglah jaga. Awak tahukan abang sayang kereta ni. Ada kesan bercalar lagi ni. Awak pergi mana?” Soal Daniell senada.

“Ishh, sibuk nak tahu orang pergi mana. Saya pergi bawa kereta awak ni masuk hutan! Puas hati bila dah tahu jawapannya?” Zahra berlalu tanpa menghiraukan suaminya yang sudah terduduk bersebelahan tayar hadapan kereta itu.

            “Ya Allah, boleh dia bawa masuk hutan. aku nak ketuk kereta ni pun tak sampai hati. Kesian awak Mr. H. saya harap awak dapat bersabar dengan perangai dia. Saya janji lepas ni benda ni takkan berlaku lagi. Saya akan basuh awak sampai berkilat semula. Yang bercalar tu nanti saya hantar baiki ye.” Pujuk Daniell sambil mengusap-usap badan kereta yang berjenama Honda Sivic yang dipanggilnya Mr. H. Berjam-jam Daniell mengambil masa untuk membasuh kereta itu hingga berkilat.

@_@

Zahra yang sedang menonton televisyen berasa terganggu lalu melihat kearah Daniell yang  dah macam cacing kepanasan duduk di sebelahnya.

            “Hello, awak dah kenapa ni? Saya nak tengok tv pun tak senang.” Soal Zahra tak puas hati.

            “Hello, ni semua salah awak tahu. Awak yang buat abang macam ni.” Jawab Daniell dengan mata yang melirik ke arah Zahra. Geram!

            “Apa yang saya dah buat, sampai awak macam ni sekali? Duduk diam-diam boleh tak? Zahra semakin panas dengan Daniell.

            Daniell tidak menjawab, malah matanya menunjukkan di mana jawapan itu berada. Zahra pantas mengikuti gerak mata Daniell yang akhirnya berakhir di badan Zahra. Pantas Zahra menutup dadanya dengan tangan.

            “Hei, mata tu jaga sikit. Suka hati je tengok orang macam tu. Apa maksud awak sebenarnya? Tak fahamlah.” Zahra menyoal kembali selepas puas memikirkan apa yang membuatkan Daniell macam tu.

            “Apalah lemau sangat awak ni. Cuba awak tengok pakaian awak tu, nak goda abang ke?” tanya Daniell dengan senyuman nakal.

            “Hish, tak ada makna saya nak goda awak. Daripada goda awak, baik saya goda apek jual sayur tu dan ikut suka hati sayalah nak pakai apa dalam rumah ni. Bukan ada orang nampak pun.” Balas Zahra bersemangat.

            “Habis tu abang ni apa? Kayu? Besi? Batu? Abang ni pun manusia biasa yang ada nafsu, suami awak yang sah lagi. Jadi...” mata Daniell masih melirik nakal ke arah Zahra.

            “Jadi apa?” pantas Zahra menyoal. Seram juga dia berasa dengan pandangan Daniell yang menggoda. Liur ditelan.

            “Jadi, abang pun boleh buat apa saja dekat Zahra selagi tak bertentangan dengan syariat.” Selesai berbicara Daniell terus mencempung tubuh Zahra ke bilik. Sebelum tu sempat lagi Daniell mematikan televisyen.

            “Arghh, Daniell tak naklah. Lepaskan saya Daniell.” Zahra meronta-ronta dalam pegangan Daniell. Rontaan Zahra tidak dipedulikan Daniell. Zahra meronta dengan lebih kuat.

            “Okey, abang lepaskan Zahra.” Tangan Daniell tiba-tiba longgar sedikit demi sedikit. Zahra yang berasa badannya akan menjamah lantai pantas merangkul leher Daniell kuat. Daniell tersenyum senang.

            “Lepas elok-eloklah, jatuh nanti sakit” Suruh Zahra sambil memandang Daniell dari tepi. Handsomenya, suami siapalah ni, dengan lesung pipit menghiasi pipi. Nak je aku cium-cium pipi dia sampai hilang lesung pipit tu. Gatal!

            “Abang akan lepaskan sayang elok-elok dekat dalam bilik nanti. Just wait and see honey.” Daniell mengenyitkan mata kepada Zahra dan Zahra sudah keras dalam pegangan Daniell. Matilah aku malam ni. Dalam diam hati perempuannya, dia merelakan apa yang bakal berlaku malam itu dan terlayarlah bahtera asmara yang menyatukan dua jiwa.

@_@

“Sayang” Daniell memanggil isterinya sambil tangan dililitkan pada pinggang Zahra. Di hatinya terasa bagai ada taman rama-rama, ditambah pula dengan kisah semalam yang terlalu indah bagi dia.

            “Hish, apa peluk-peluk ni. Rimas tahu tak? Orang nak masak pun susah.” Zahra tiba-tiba memberontak. Daniell melepaskan pelukan lalu memusingkan tubuh Zahra supaya mengadapnya.

            “Kenapa ni sayang, marah-marah abang?” Daniell bertanya lembut, cuba memahami apa yang sedang membelenggu si isteri.

            “Kenapa apanya? Awak ingat setelah apa yang berlaku semalam saya dah maafkan awak? Kirim salam jelah. Semalam tu cuma satu kesilapan. Anggap saja benda tu tak pernah berlaku.” Zahra menjawab dan menyambung balik aktiviti memasaknya.

            “Kalau awak kata satu kesilapan kenapa awak merelakan diri awak semalam?” soal Daniell dengan hati yang sedih. ‘Janganlah Zahra cakap dia lakukan itu hanya kerana tanggungjawab.’

            “Anggap saja saya lakukannya kerana tanggungjawab sebagai seorang isteri. Nanti kalau saya tak buat, kata saya isteri derhaka pula, tak penuhi kehendak batin suami.” Zahra bersuara sinis. Daniell di belakangnya sudah diam tidak terkata. Tidak menyangka apa yang Zahra buat semalam adalah terpaksa. Zahra tersenyum di dalam hati kerana dapat menyakitkan hati suaminya.

            “Saya minta maaf dan saya berjanji perkara macam semalam tak akan berlaku lagi.” Sengaja ditekan perkataan ‘tak akan’ lalu Daniell pantas membawa diri ke dalam bilik.

            “Dia terasa hati ke dengan apa yang aku cakap? Kenapa saya? Kenapa tak akan?” Zahra bersuara perlahan. Arghh, persetankan dengan perasaan dia. Yang penting sekarang ni misi kedua dan ketiga aku akan berjalan esok.

@_@

MISI 2
            “Assalamualaikum mak cik Esah.” Zahra memberi salam kepada mak cik Esah, jiran sebelah rumahnya.

            “Waalaikumussalam Zahra. Ada apa ye?” mak cik Esah bertanya kepada Zahra.

            “Saya ingat nak pinjam Chubby sekejap. Rindu pula kat Chubby. Boleh tak mak cik? Zahra menzahirkan sebab dia datang ke rumah mak cik Esah.

            “Oo, nak pinjam Chubby. Boleh-boleh. Sekejap ye mak cik ambil.” Dalam perjalanan mak cik Esah masuk ke dalam rumah, dia kembali memusingkan badannya kepada Zahra.

            “Mak cik lupa pula nak pelawa Zahra masuk rumah.” Mak cik Esah berbicara sambil tangannya ligat membuka pintu pagar.

            “Eh, tak apalah mak cik. Saya ingat nak main dengan Chubby dekat rumah saya je.” Balas Zahra sopan. Takut wanita tua itu terasa hati pula.

            “Iyelah Zahra, sekejap mak cik ambil ye”. Mak cik Esah kemudian berlalu ke dalam rumah untuk mengambil Chubby.

            “Ini dia Chubby, Zahra.” Chubby bertukar tangan. Manja sangat dengan Zahra sampai menggesel-geselkan kepalanya di tangan Zahra.

            “Petang nanti saya pulangkan ye mak cik. Saya balik dulu. Assalamualaikum.” Tangan mak cik Esah disalam sebelum berlalu ke rumahnya.

            “Iyelah, Waalaikumussalam.” Balas mak cik Esah. Zahra berbual-bual dengan Chubby semasa dalam perjalanan ke rumahnya. Mak cik Esah yang melihat hanya tersenyum senang.

@_@

Daniell pulang awal dari kerja, kebetulan pula kerja tak berapa banyak, baik dia balik berehat di rumah. Biasanya pukul 6 petang baru balik. Sekarang pukul 3 dah terpacak dekat rumah. Dekat rumah dapat tengok Zahra, walaupun masih terasa hati pasal semalam. Zahra dapat cuti sebulan, boleh pula bos dia tu luluskan cuti lama-lama macam tu. ‘Memanglah boleh cuti lama, sebab bos Zahra tu, kawan baik dia.’

            Daniell duduk dekat sofa di ruang tamu. ‘Sunyi pula rumah hari ni. Biasanya ada juga bunyi suara Zahra menyanyi ke, bunyi dia memasak ke, bunyi tv ke.’ Bisik hati Daniell. Tiba-tiba Daniell berasa ada sesuatu yang merayap dikakinya. Pantas dia melihat apa yang merayap dan sepantas itu juga dia membawa kakinya keatas sofa sebelum..

            “Zahra!!!” panggil Daniell sedikit menjerit. Zahra di dapur terkekek-kekek ketawa melihat Daniell yang macam budak-budak.

            “Zahra!!!” panggil Daniell sekali lagi dengan lebih kuat. Zahra yang terkejut pantas mendapatkan Daniell.

            “Kenapa terjerit-jerit ni? Nanti orang ingat saya ni wild pula.” Zahra pura-pura bertanya. Daniell menjeling geram.

            “Jangan main-main Zahra. Kenapa kucing ni ada dalam rumah ni? Awak tahukan saya tak suka kucing. Saya tak boleh dengan bulu kucing ni.” Tanya Daniell dengan suara yang sengau sebab tangan kanannya mengepit hidung.

            “Ala, kucing je pun. Kalau singa tu logiklah takut.” Bebel Zahra lalu mengambil Chubby dan berpura-pura mahu ke dapur. Apabila melihat Daniell sudah melepaskan hidungnya, pantas Zahra menghampiri Daniell dan menggeselkan Chubby dekat hidung Daniell. Kejap, sebelum berlari ke dalam dapur.

         Daniell tidak mampu buat apa-apa sebab benda tu berlaku sangat pantas. Dan seketika kemudian Daniell tidak berhenti-henti bersin. Zahra sudah hilang kemana tak tahulah.

            Apabila malam menjelma, Daniell masih dengan bersinnya yang tersisa. Zahra tak puas hati sebab Daniell tak marah pun. Lalu dirancangnya untuk melakukan misi terakhir dalam mengenakan Daniell.

MISI 3
Zahra bertungkus lumus membersihkan dapur dan membuatkan secawan kopi untuk Daniell. Mimpi apa Zahra, tiba-tiba je rajin buat air untuk Daniell. Hanya dia saja yang tahu kenapa dia terlebih rajin malam ni. Sebotol kecil cecair dituangkan ke dalam cawan milik Daniell dan kemudian, Upps! Terbanyaklah pula, macam mana ni. Tak apa rasanya, sikit je lebih. Zahra cuba menyedapkan hati sendiri lalu dimasukkan kembali botol tersebut ke dalam poket seluar. Zahra berjalan penuh menggoda ke arah Daniell, Daniell yang perasan kelibat seseorang pantas memakukan pandangan kepada Zahra. Zahra tidak perlu memakai pakaian yang seksi-seksi untuk menggodanya, dirinya yang asli sudah cukup membuatkan Daniell tergoda berkali-kali. Liurnya ditelan. Tidak mahu perkara sebelum ini berlaku kembali.

            “Daniell, minumlah air ni.” Zahra bersuara lembut di tepi telinga Daniell. Daniell yang terkejut pantas menghabiskan air yang Zahra berikan kepadanya. Zahra beralih duduk di pinggir katil, menunggu tindak balas dari cecair itu. 1..2..3..

            Daniell mula berpeluh dan menahan rasa sakit di perutnya. Tidak lama selepas itu, Daniell bergegas masuk ke dalam bilik air. Zahra di katil sudah ketawa. Kelakar betul muka Daniell menahan sakit perut. Lawak lawak..

@_@

Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam, bermakna lima jam telah berlalu, dan Daniell masih lagi ulang alik ke tandas. Zahra diserang rasa gelabah. Dia ingatkan sekejap je kesan julap tu, rupa-rupanya memakan masa selama berjam-jam. Macam mana kalau apa-apa berlaku dekat Daniell? Macam mana kalau terlebih julap? Macam mana kalau Daniell...Argh, aku tak nak dia pergi. aku sayang dia. Daniell yang baru keluar dari tandas direnungnya kesian dengan rasa bersalah yang menggunung. Daniell kelihatan semakin lemah. Mukanya pucat.

            “Awak, saya bawa awak pergi hospital ye. Awak nampak macam sakit sangat ni.” Zahra bertanya kepada Daniell. Daniell hanya menggeleng kepada.

            “Tak naklah pergi hospital. saya mungkin salah makan kot. Sebab tu sakit perut macam ni sekali.” Daniell memberi alasan. Zahra semakin diburu rasa bersalah. Daniell yang semakin lemah dipandang sayu. Maafkan Zahra, Daniell. Semua ni salah Zahra, Zahra yang buat Daniell sakit. Air mata bermain-main di pinggir kolam mata, tunggu masa untuk pecah je. Tubuh Daniell yang tiba-tiba hilang imbangan tu menarik Zahra untuk melihat. Pantas Zahra berlari memegang tubuh Daniell yang hampir rebah menyembah lantai dan menyebabkan Daniell terhempap tubuhnya.

            Zahra cuba menggoyangkan badan Daniell supaya sedar kembali. Tetapi tiada sebarang reaksi daripada Daniell. Laju tangan Zahra mencapai telefon untuk menelefon ambulans supaya datang ke rumahnya. Nak harapkan dia angkat Daniell, memang sampai esok tak terangkat.

@_@

Zahra mundar-mandir dihadapan bilik rawatan. Keluarganya ditelefon untuk mengkhabarkan tentang Daniell yang dimasukkan ke hospital. Lama Zahra tunggu, barulah keluarganya tiba. Semuanya dengan riak muka yang jelas menggambarkan kerisauan. Zahra ditanya dengan pelbagai soalan sehingga menyesakkan fikirannya.

            “Kenapa Daniell boleh masuk hospital ni?”

            “Apa sebabnya?”

            “Dia ada makan apa-apa yang salah ke?”

            “Dia tertekan ke?”

            Zahra hanya mendiamkan diri di dalam pelukkan mak ngah. Tidak mahu menjawab walaupun sepatah perkataan. Semua yang ada di situ seakan faham dengan keadaan Zahra yang mungkin merisaukan Daniell, tidak terus melanjutkan pertanyaan dan hanya menunggu laporan daripada doktor sahaja. Beberapa minit kemudian, doktor keluar dari bilik rawatan dan mereka semua menyerbu ke arah doktor. Zahra tidak turut serta, hanya mendengar daripada jauh saja.

            “Sabar ye semua, Daniell keadaannya baik-baik saja. Tetapi menurut saya, dia telah mengambil julap secara berlebihan. Itu punca utamanya. Daniell akan pulih sepenuhnya dalam beberapa hari, insyaAllah.” Ujar doktor kemudian berlalu pergi.

            “Kenapa Daniell boleh ambil julap secara berlebihan pula ni? Dia ada masalah buang air besar ke?” soal Encik Madi kepada Zahra yang sedari tadi mendiamkan diri. Lama keadaan sunyi sebelum terdengar esakan halus daripada Zahra. Semua mata tertumpu kepadanya.

            “Zahra minta maaf, Zahra yang letakkan julap tu dalam minuman Daniell. Zahra tak berniat pun nak buat Daniell sampai jadi macam ni. Niat Zahra nak kenakan Daniell saja. Zahra minta maaf. Zahra tahu Zahra salah dalam hal ni.” Jawab Zahra dengan suara yang tersekat-sekat. Mak cik Leha yang mendengar sudah mengurut dada menahan rasa terkejut. Tak sangka Zahra akan lakukan perkara itu. Encik Madi sudah menggelengkan kepala mengenangkan sikap anaknya yang seorang itu. Mak ngah masih setia disisi Zahra sambil mengelus lembut belakang Zahra. Tiba-tiba Rizky bersuara.

            “Kenapa kau buat abang aku macam tu? Kau nak bunuh dia ke ha?” soal Rizky kasar. Zahra hanya menggelengkan kepala.

            “Kau buat semua tu sebab dendamkan? Sebab dia tipu kau? kau tak dapat balas dekat aku dengan mak aku, kau balas dekat Daniell pulakan?” Rizky tidak putus-putus mendesak Zahra. Akhirnya Zahra bersuara.

            “Ye. Memang saya pada mulanya bercadang nak balas dendam dekat awak dan mak awak, tetapi setelah saya dapat tahu Daniell tipu saya tentang keluarganya, saya menukar cadangan untuk mengenakan dia, bukan saya nak balas dendam sangat pun. Saya sayang dia tahu tak. Kalau tak sayang saya tak kahwin dengan dia. Saya nak dia rasa apa yang saya rasa je. Saya tak sangka jadi macam ni sekali.” Jawab Zahra sebak sambil menundukkan wajah menekur lantai. Setitik demi setitik air matanya jatuh.

            “Kalau awak sayang dia, awak ikut saya sekejap.” Rizky bersuara kembali dengan lebih sopan. Zahra memandang mak ngah dan mak ngah membalas dengan anggukkan. Perlahan Zahra bangun dan mengikut jejak langkah Rizky. Mak cik Leha cuba menghalang tetapi ditahan oleh Encik Madi.

            “Saya tahu Rizky takkan buat apa-apa dekat Zahra. Biarlah dia menceritakan hal sebenar kepada Zahra. Doakan supaya Zahra menerimanya dengan hati terbuka.” Encik Madi bersuara lalu melabuhkan duduk di kerusi menunggu.

@_@

            “Zahra, saya nak ceritakan perkara sebenar kepada awak tentang apa yang telah berlaku. Saya rasa awak salah faham.” Rizky bersuara setelah sampai ke destinasi yang dirasanya sesuai untuk berbincang. Kafe.

            “Apa yang membuatkan awak rasa saya salah faham?” soal Zahra senada.

            “Pasal kematian ibu awak, bukan mak saya puncanya. Memang ayah awak berkahwin dengan mak saya tanpa pengetahuan ibu awak. Apabila ayah awak menceritakan perkara sebenar kepada ibu awak, memang ibu awak sedih. Tetapi lama-kelamaan ibu awak dapat terima semua tu dan dia meninggal sebab penyakit dia. Doktor telah sahkan yang ibu awak meninggal disebabkan penyakit Alzheimer. Awakkan lama tak balik kampung awak, masa tu ibu awak di saat kritikal. Penyakit dia semakin teruk, sehingga suatu hari dia lupa semuanya dan akhirnya penyakit itu menjadi penyebab ibu awak dijemput Ilahi. Kalau awak tak percaya awak boleh tengok sijil kematian ibu awak. Semuanya sudah tertulis di luh mahfuz tentang takdir manusia. Buat apa kita nak mempersoalkannya lagikan?” terang Rizky panjang lebar. Zahra yang mendengar hanya diam membisu.

            “Jadi selama ni saya yang salah faham? Saya yang bertindak melulu? Saya...” Zahra tidak mampu meneruskan bicaranya. Terasa dirinya perempuan yang paling bodoh saat itu.

            “Awak tak salah, awak buat semua tu sebab awak sayangkan ibu awak. Tapi nanti, awak kenalah selidik betul-betul suatu perkara sebelum bertindak lebih lanjut. Faham?” tanya Rizky sambil tersenyum senang kepada kakak iparnya. Zahra hanya mengangguk.

            “Saya minta maaf sebab dah cakap dekat awak dan mak macam-macam. Saya dah belasah awak teruk.” Zahra berbicara sambil tertunduk malu.

            “Tak apa, saya maafkan. Tapi kuat juga awak pukul saya ye. Hehe. Saya pun nak minta maaf sebab terlempang awak hari tu. Saya tak dapat kawal perasaan saya bila orang tuduh mak saya macam-macam.” Rizky buat muka comel dekat Zahra. Zahra gelak perlahan. Sebijik macam Daniell muka dia tadi. Teringat saja pasal Daniell, air mukanya berubah.

            “Tak apa, saya maafkan. Saya pun akan buat perkara yang sama juga kalau ibu saya kena tuduh. Tapikan saya tak tahu macam mana nak minta maaf dekat Daniell. Saya banyak buat salah dengan dia, padahal dia baik sangat dengan saya. Saya selalu sakitkan hati dia. Saya takut dia tak maafkan saya.” Zahra meluahkan rasa kepada Rizky.

            “Daniell tu kalau marah sekejap je. Kalau dia merajuk ke, terasa hati ke, susah sikit nak pujuk. Awak kena usaha lebihlah. Awak boleh punya dan si Daniell tu takkan benci awak sebabnya dia sendiri cakap dekat saya yang dia sayang sangat dekat awak. Jadi tak payah risau pasal tu, yang awak perlu fikir sekarang adalah cara nak tambat balik hati si Daniell tu.” Rizky memberi semangat kepada Zahra.

            “Baiklah, terima kasih kerana bagitahu saya semuanya, bagi saya semangat dan terima kasih untuk segala-galanya. Jomlah kita pergi ke wad Daniell” ujar Zahra dan berura-ura untuk bangun.

            “Sama-sama. Takkanlah saya nak biarkan keadaan ni tegang sampai bila-bila tanpa ada setitik air yang menyejukkan.” Balas Rizky sambil mengangkat kening sebelah kiri dengan senyuman bangga sebelum menyaingi Zahra berjalan ke wad yang menempatkan Daniell. Zahra hanya menggelengkan kepala.

@_@

Daniell tersedar dan orang pertama yang dia lihat adalah Zahra. Laju matanya dilarikan dari melihat Zahra. Zahra yang terperasan pantas memegang tangan Daniell, tetapi pantas juga Daniell menepis pegangannya. Zahra sedikit tersentak akan tindakan Daniell.

            “Kenapa awak yang ada dekat sini? Mana yang lain?” soal Daniell tanpa perasaan.

            “Diaorang dah balik, esok pagi diaorang datang. Saya suruh diaorang tinggal dekat rumah kita. Biar saya yang jaga awak.” Balas Zahra lembut dan dalam masa yang sama, dia dapat rasa yang nada Daniell berbeza dengan sebelum ni. Daniell yang membelakanginya dipandang sepi. ‘Aku tak nak dia berubah.’ Hati Zahra meronta sedih.

            “Saya tak nak awak yang jaga saya. Awak boleh balik, saya boleh jaga diri saya sendiri. Nanti tak pasal-pasal terus mati saya awak kerjakan.” Daniell seakan menghalau Zahra tanpa menoleh ke arah Zahra. Penglihatan Zahra semakin kabur dengan air mata.

            “Saya minta maaf, saya tak sengaja buat awak macam ni. Saya cuma nak kenakan awak.” Zahra berbicara sayu.

            “Saya tak nak tengok muka awak dekat sini. Awak pergilah balik. Saya tak perlukan orang yang tak perlukan saya.” Suara Daniell semakin keras. Zahra bangkit dari duduk dan menghampiri Daniell. Tangan Daniell digenggam kemas.

            “Saya minta maaf Daniell. Saya betul-betul tak sengaja. Saya dah tahu cerita sebenar dari Rizky.” Zahra sudah merembeskan air mata. Daniell masih keras seperti tadi.

            “Saya cakap balik, balik jelah. Serabutlah!” Daniell menolak Zahra kasar. Zahra hanya mampu melangkah pergi dengan hati yang sayu. Tetapi Zahra tidak terus pulang, dia melabuhkan duduk pada kerusi di luar wad Daniell. Lama-kelamaan Zahra terlelap bertemankan air mata.

@_@

“Zahra, kenapa tidur dekat sini? Kenapa tak tidur dekat dalam?” soal mak cik Leha apabila ternampak kelibat Zahra yang tertidur duduk di luar wad Daniell.

            “Mak, Daniell dah bencikan Zahra. Dia tak nak tengok Zahra dah.” Zahra terus memeluk tubuh tua mak cik Leha setelah sedar dari lena. Tadi selepas Rizky menerangkan semuanya, Zahra terus memohon maaf kepada mak cik Leha dan ayahnya. Untungnya, mak cik Leha terus memaafkannya.

            “Shhhh. Jangan nangis Zahra. Mana mungkin Daniell bencikan Zahra. Dia merajuk je tu. Tak apa, nanti mak ajarkan cara-cara nak pujuk Daniell tu ye. Dah jangan sedih-sedih lagi.” Pujuk mak cik Leha sambil jarinya ligat menyapu air mata yang mencemari pipi Zahra.

            “Terima kasih mak, Zahra minta maaf sebab dah tuduh mak macam-macam dulu.” Zahra kembali memeluk mak cik Leha.

            “Dah lah Zahra, mak faham. Tadikan dah minta maaf. Kita lupakan hal dulu-dulu ye, sekarang kita dah jadi keluarga.” Mak cik Leha tersenyum senang dengan kelakuan Zahra.

@_@

Dua hari Daniell ditahan untuk dirawat di hospital, dan sekarang dia telah kembali menjejakkan kaki ke rumah. Zahra pun sudah tersedia dengan pelbagai idea untuk menambat kembali hati Daniell. Semuanya hasil gabungan idea antara Zahra dengan mak mentuanya sendiri, Rizky adalah masuk campur sikit-sikit, banyak idea yang tak boleh pakai je dari Rizky tu. Harapannya, hati Daniell kembali terpujuk. Dah masuk dua hari juga Zahra dengan Daniell tak berbicara. Hari ni apabila Daniell dengan dia kembali berdua, dia akan melaksanakan misinya yang terbaru bermula pada malam ini.

Setelah yakin dengan dirinya, barulah Zahra keluar dari bilik air. Melihat baju yang dipakai, Zahra termalu sendiri. Ini semua Rizky punya idea, suruh goda Daniell. Paksa dijadikan misi pertama pula tu. Sabar jelah. Adik dengan abang sama je. Zahra perlahan-lahan berjalan mendekati katil sebelum merangkak naik. Daniell di sebelah sudah menelan liur apabila terbau wangian yang dipakai Zahra. Zahra semakin mendekati Daniell sehingga badannya bersentuhan dengan belakang badan Daniell, lalu terus dipeluk Daniell geram sebelum bersuara.

“Daniellllll, pandanglah sini.” Zahra memulakan aksi menggoda. Daniell memekakkan telinga.

“Abangggg, tengoklah sini.” Daniell menelan liur buat kesekian kalinya. ‘Nasib baik iman aku kuat lagi, kalau tak dah lama aku terkam si Zahra ni. Berani dia panggil aku macam tu.’ Daniell menepis tangan Zahra. Tetapi Zahra bukan seorang yang mudah berputus asa, dipeluknya Daniell sekali lagi. Pantas Daniell menolak tangan Zahra, kali ini lebih kasar sebelum memusingkan tubuh. Terpandang saja baju yang dipakai Zahra, automatik matanya dilarikan.

“Dah kenapa pakai baju macam ni? Nak goda saya? Tak payahlah awak buang masa. Kan saya dah cakap dulu yang saya ‘tak akan’ ulangi benda yang sama. Nanti bila saya ulang benda tu, cakap satu kesilapanlah, lakukan kerana tanggungjawablah.” Daniell selamba menyindir Zahra untuk melepaskan rasa di hati.

“Tapi sekarang saya betul-betul ikhlas. Hari tu saya main-main je, kalau saya tak rela dulu, dah lama saya tolak abang tahu.” Zahra masih lagi memujuk dengan suara yang sengaja dimanjakan.

“Dahlah Zahra, saya tak peduli semua tu dah. Awak buat perangai macam ni, nampak sangat macam murah. Baik awak pergi tidur.” Tersentap Zahra dengan bicara Daniell. ‘Murah? Aku cuma buat apa yang isteri-isteri lain buat. Salah ke? Aku tahu dia sengaja nak sakitkan hati aku, tapi aku tetap sedih.’ Zahra berbicara sendiri, tanpa sedar air mata mengalir bersama esakkan halus. Daniell di sebelah dihimpit rasa kesal kerana telah membuat Zahra menangis. Tetapi cuma sebentar sebelum perasaan itu dibuang jauh.

@_@

Daniell yang sedang memarkingkan kereta di garaj dipandang sayang. Segala perlakuan Daniell diperhatikan satu persatu. Daniell yang melonggarkan tie, Daniell singsingkan lengan kemejanya hingga paras siku, Daniell yang berjalan bersama peralatan kerjanya, semuanya mampu membuat hati Zahra kembang setaman. Daniell yang terasa dirinya diperhatikan pantas meliarkan mata memandang sekeliling rumah dan berakhir pada tubuh Zahra yang tidak berkelip memandangnya. Daniell pelik tetapi dalam hati sudah berbunga-bunga. Laju kaki melangkah masuk ke dalam rumah. ‘Tergodalah tu dengan aku’ ujar Daniell perlahan.

Daniell yang enak berbaring di atas katil dipandang dengan penuh rasa sayang. Kemudian, Zahra membawa diri ke dapur. Sekejap saja air milo panas yang dicampur sedikit dengan serbuk koko sudah terhidang. Ini semua mak mentuanya yang bagi cadangan, kata Daniell suka minum air ni. Kaki melangkah kembali ke dalam bilik beradu mereka.

“Awak, saya ada buat air ni. Minumlah, mesti awak suka.” Pelawa Zahra dengan huluran cawan kepada Daniell. Daniell yang melihat huluran tersebut menepis kuat sehingga menyebabkan cawan yang dipegang Zahra pecah sebaik saja menyentuh lantai.

Arghh. Mengaduh perlahan Zahra kerana kakinya terkena percikkan kaca dan air panas di dalam cawan tadi.

“Kalau awak tak nak cakap jelah. Tak payah nak tolak-tolak sampai pecah.” Zahra bersuara apabila melihat Daniell kembali bermain telefon, kemudian tunduk mengutip kaca. Mata sudah kabur dengan air mata. Daniell terus memandang ke arah Zahra sebelum berbicara.

“Tak payah susah-susah buat air. Saya ada tangan nak buat sendiri. Lepas ni tak payah nak memasak, buat air untuk saya. Mana tahu ada letak racun pula.” Daniell membalas pedas. Kaki Zahra yang sudah kelihatan kemerahan dan ada sedikit darah tidak diendahkan. Tetapi dalam hati hanya Allah je yang tahu perasaannya, rasa nak tampar diri sendiri pun ada sebab perbuatannya tadi menyebabkan Zahra sakit.

“Saya dah cakap saya tak sengaja. Dah beribu kali saya minta maaf.” Zahra bersuara lirih dengan kepala yang tertunduk. Air mata kembali membasahi pipinya.

“Banyak kali minta maaf? Dulu, masa saya minta maaf dekat awak sampai berbuih-buih mulut saya ada awak peduli? Dan sekarang awak nak saya peduli dengan maaf awak tu? Kalau awak nak tahu, saya nak tengok muka awak pun dah tak lalu tahu!” Naik seoktaf suara Daniell. Zahra hanya diam memikirkan tindakan seterusnya yang patut dilakukan sebelum dia bangun berlalu ke dapur dan kembali ke bilik untuk mengemas barang-barangnya. Kemudian berpindah ke bilik sebelah. Kakinya yang semakin pedih tidak dihiraukan. Daniell yang melihat hanya memandang sepi sebelum menarik selimut membaluti diri.

‘Kenapa dia nak pindah bilik pula, aku stresslah macam ni.’ Bisik hati Daniell sebelum melelapkan mata. ‘Tak apalah bilik lain-lain pun. Asalkan masih duduk dalam satu rumah. Misi ketiga merupakan misi yang terakhir dalam menambat kembali hati Daniell. Harapnya misi itu berjaya’. Zahra terus melangkah keluar dari bilik Daniell sebelum pintu ditutup rapat.

@_@

“Assalamualaikum Zahra, Daniell.” Laung seseorang dari luar rumah. Zahra yang mendengar melajukan langkah ke arah pintu.

            “Waalaikumussalam” jawab Zahra sebelum membuka pintu rumah. Terkejut melihat gerangan yang bertandang ke rumahnya.

            “Eh mak, ayah. Datang tak bagitahupun. Mari masuk.” Zahra mempelawa kedua-duanya masuk ke dalam rumah.

            “Kami saja je, nak buat kejutan dekat Zahra dengan Daniell. Daniell mana Zahra?” tanya mak cik Leha setelah melabuhkan duduk di atas sofa.

            “Oo, Daniell belum balik kerja lagi. Sekejap lagi sampailah tu. Rizky tak ikut sekali ke mak?” Soal Zahra pula apabila tidak melihat batang hidung Rizky.

            “Rizky tu banyak kerja katanya. Nanti bila-bila dia senang dia datanglah rumah kamu ni.” Ayah menjawab bagi pihak mak.

            “Oo, mak dengan ayah rehatlah dulu. Zahra pergi buat air kejap.” Suruh Zahra sebelum berlalu ke dapur. Tak lama kemudian Daniell pulang dari kerja. Zahra pula sudah berhenti kerja setelah berhasrat untuk memenangi balik hati Daniell dengan menjadi suri rumah sepenuh masa.

            “Assalamualaikum” Daniell memberi salam. Pintu yang sedikit terbuka mengundang debaran dalam dirinya. Laju kaki melangkah masuk, mata diliarkan mencari kelibat Zahra, takut perkara yang tidak diingini berlaku. Mak dan ayahnya pelik dengan kelakuan Daniell, seperti mencari sesuatu yang hilang.

            “Kamu cari apa Daniell?” Encik Madi bersuara dengan secalit senyuman dibibir tuanya.

            “Eh, mak ayah. Bila sampainya?” Daniell sedikit terperanjat dengan teguran itu. ‘Macam mana aku boleh tak nampak kasut mak ayah dekat luar tadi? Sebab kau kalut sangat mencari Zahra.’ Bisik hatinya sebelum bersama melabuhkan duduk pada sofa.

            “Baru je kami sampai. Zahra ada dekat dapur, nak buat air katanya.” Mak cik Leha menjawab sambil matanya melihat susuk tubuh anaknya. Sedikit kurus. Bisik hati tuanya.

            “Air dah siap. Marilah minum mak, ayah, abang.” Pelawa Zahra sambil menghulurkan gelas yang berisi air tea limau. Sedap diminum apabila cuaca panas macam ni.

            “Mak tengok badan kamu kurus sikit Daniell. Daniell sakit ke?” Mak cik Leha menyoal.

            “Tak adalah mak. Daniell stress sikit dengan masalah di tempat kerja.” Jawab Daniall dengan mata yang melirik kepada Zahra. ‘Stress dengan orang dekat dalam rumah ni lagi.’ Zahra yang melihat hanya mampu tersenyum saja.

            “Mak tengok si Zahra ni makin tembam pula. Ke dah berisi ni?” Mak soal secara mengejut. Tersembur air yang diminum Daniell.

            “Tak adalah mak, belum ada rezeki lagi.” Daniell menjawab bagi pihak Zahra. Takkanlah baru sentuh sekali dah berisi. Tapi tak mustahil kalau waktu tu masa subur Zahra.

           “Tak apa. Kamu muda lagi, masih ada banyak masa untuk mencuba.” Encik Madi memberikan semangat. Merah muka Zahra menahan malu.

            “Mak dengan ayah duduk sini berapa lama?” tanya Daniell.

            “Esok petang kami baliklah, malam ni saja kami tidur sini.” Mak menjawab sambil mata memandang ke arah Daniell.

            “Ala, sekejapnya. Duduklah sini lama-lama. Zahra bosan tahu.” Zahra sudah menarik muncung.

            “Tak bolehlah Zahra, Ayah banyak kerja nak dibuat dekat kampung tu. Nanti bila Zahra senang, Zahralah pula datang dekat kampung.” Encik Madi cuba memujuk.

            “Yelah, insyaAllah nanti sampailah Zahra ke kampung tu.” Zahra membalas sayu.

            “Janganlah sedih-sedih. Daniellkan ada boleh teman Zahra.” Daripada memuncung ditukar kepada cebikkan. Semua yang melihat ketawa kecuali Daniell.

            “Mak ayah, Daniell naik atas sekejap ye. Nak mandi.” Pinta Daniell.

            “Pergilah, badan dah bau macam kambing gurun.” Mak membalas dengan gurauan. Daniell sekadar senyum sebelum berlalu ke dalam bilik.

@_@

Hari ni tinggal seorang-seorang lagi. Mak ayah baru je balik tadi. Mak pun ada bagi nasihat sikit-sikit untuk jadi isteri yang solehah. Tak apalah, hari ni dia akan jalankan misinya yang terakhir iaitu ‘candle light dinner’. Mak kata Daniell suka suasana romantik. Bertungkus-lumus Zahra menyiapkan hidangan kegemaran Daniell dan menyediakan meja makan yang dihiasi dengan suasana dan haruman yang romantik. Setianya pungguk menanti sang bulan, seperti itulah setianya Zahra menanti kepulangan Daniell. ‘Mana pula dia ni, biasanya pukul 6 dah balik. Ni dekat pukul 8 malam masih belum nampak batang hidung.’ Zahra bersuara halus. Meluahkan rasa tidak puas hati.

            Pukul 10 malam barulah terdengar bunyi kereta Daniell memasuki perkarangan rumah sebelum pintu rumah dipulas dari luar. Zahra di meja makan pantas bangun. Dress putih labuh yang tersarung elok di tubuhnya dibetulkan sedikit supaya kelihatan sempurna di mata Daniell. Tiba-tiba terdengar gelak ketawa dari muka pintu. Zahra memakukan pandangan di muka pintu, menanti gerangan yang bakal melangkah masuk ke dalam rumah. Seperti terhenti degupan jantungnya apabila melihat Daniell berpelukkan dengan seorang wanita.

            “Sayang, wanginya rumah you. I laparlah pula sayang.” Perempuan tersebut meliuk-lentokkan badannya kearah Daniell. Daniell terus memaut pinggang perempuan tersebut dan berjalan kearah meja makan yang dihiasi indah oleh Zahra tadi. Tanpa menghiraukan Zahra yang setia berdiri disisi meja tersebut, perempuan itu dilayan seperti puteri. Disuap, dibelai. Zahra yang masih terkejut tiba-tiba tersedar, lantas membawa kaki kearah pasangan sejoli yang sedang enak menjamu selera.

            “Daniell, apa yang awak cuba lakukan ni?” soal Zahra yang masih tenang.

            “Sayang, siapa perempuan sebelah U ni? Sedih je I tengok dia.” Tanya perempuan itu pula.

            “Tak ada siapa. Dia ni cuma bibik I je. U jangan pedulikan dia, nanti sakit pula hati U.” Daniell menjawab pertanyaan perempuan tersebut sambil mengelus lembut pipi perempuan itu.

            “Hei perempuan, kau siapa ha? Suka hati kau je nak bermesra dengan suami aku. Kau tak tahu malu ke?” Zahra panas melihat adegan mesra yang menjamah matanya.

            “Hello girl, I ni girlfriend Daniell, my hubby. My name Ezrina. I tahu U jellouskan? U sedarlah diri U tu hanya bibik kepada Daniell je.” Semakin lama Ezrina semakin ganas sehingga menunjal-nunjal kepala Zahra. Daniell hanya melihat dengan pandangan kosong. Sampai hati awak Daniell.

            “Hei, aku isteri dia yang sahlah. Kau tu yang kena sedar diri.” Selepas berbicara Zahra terus menyerang Ezrina. Ditamparnya Ezrina sehingga pecah bibir kanan Ezrina. Daniell yang melihat pantas berdiri diantara keduanya. Bukannya dia tak tahu apa yang Zahra akan buat bila dalam keadaan marah. Mahunya mati si Ezrina ni kena dengan Zahra nanti.

            “Sudah Zahra, jangan nak bergaduh macam budak kecil lagi.” Daniell sengaja meninggikan sedikit suaranya.

            “Sampai hati abang. Abang bela perempuan ni dari saya? Siapa isteri abang sekarang ni?” Zahra menyoal dengan suara yang sudah serak. Tak sangka yang Daniell sudah berubah 100 peratus.

            “Dahlah Zahra, itu bukan persoalannya sekarang. Sekarang Ezrina girlfriend saya. Puas hati awak?” Daniell menjawab sebelum menarik Ezrina kesebelahnya. Daniell yang melihat Zahra bergerak ke arah Ezrina, cepat-cepat menolak tubuh Zahra kebelakang. Tanpa disedari perbuatannya menyebabkan belakang Zahra terkena buju meja makan. Rasa sakit yang menjalar cuba ditahannya sebelum..

            “Daniell sakit Daniell. Daniell!!!” Zahra menjerit nama Daniell sebelum dirinya perlahan-lahan terduduk di sisi meja. Terasa bahagian pehanya basah. Daniell pantas mendapatkan Zahra.

            “Zahra, awak okey ke? Sakit dekat mana ni?” kelam-kabut Daniell menampung tubuh Zahra di atas pangkuannya.

            “Sakit Abang. Zahra tak tahan dah ni.” Zahra menyentuh bahagian bawah ari-arinya. Lantas Daniell melihat tempat yang disentuh isterinya. Terkejut bukan kepalang, yang dilihatnya adalah darah. Tubuh Zahra terus dicempung untuk dibawa ke hospital. Ezrina ditinggalkan tanpa sebarang arahan.

            “Ish, boleh dia tinggalkan aku dekat sini. Kau tunggulah Daniell. Aku akan cari kau, sayang. Kau tak akan terlepas dari aku” Ezrina berkata sebelum ketawa lantang.

@_@

Zahra selamat dibawa ke hospital. Tinggal keputusan daripada doktor saja. Setelah dekat sejam Zahra dirawat, doktor keluar dari bilik rawatan. Daniell yang melihat kelibat doktor, laju saja kakinya melangkah mendapatkan doktor perempuan itu.

            “Doktor macam mana keadaan isteri saya?” tanya Daniell sebaik saja berada di depan doktor.

            “Keadaan isteri Encik sudah stabil. Syukur kepada Allah, Encik tidak terlambat membawa isteri Encik ke hospital. Kalau terlambat saya tidak tahu apa yang bakal terjadi, sebabnya isteri Encik mengalami pendarahan.” Doktor tersebut memberi penerangan panjang lebar.

            “Tapi kenapa isteri saya boleh bleeding doktor?” tanya Daniell sedikit kebingungan.

          “Ya Allah, Encik tak tahu ke yang isteri Encik mengandung. Nak masuk tiga bulan dah.” Jawab doktor sedikit terkejut. Takkan suami tak tahu isteri mengandung. Pelik pelik.

            “Ya Allah, iye ke doktor? Saya betul-betul tak tahu doktor.” Daniell menjawab sedih.

        “Iye. Memang pada awal kandungan sukar untuk disedari, nak nak lagi anak pertama. InsyaAllah ada rezeki yang lain buat Encik dan isteri. Jangan berputus asa Encik.” Doktor memberi semangat kepada Daniell.

            “InsyaAllah doktor. Boleh saya masuk tengok isteri saya?” Daniell bertanya dengan hati yang tersangat sayu.

            “Nurse tengah memindahkan isteri Encik ke wad biasa. Lepas tu Encik bolehlah melawat isteri Encik.” Doktor membalas sebelum meminta diri untuk beredar dari situ.

@_@

Zahra yang terbaring lemah dipandang dengan perasaan yang bercampur baur. Rasa bersalah, sedih, kesian, kecewa semua menjadi satu. Muka pucat Zahra diusap lembut. ‘Apa yang aku nak cakap bila Zahra sedar nanti? Kalau dia tahu mesti dia sedih. Tapi, takkan aku nak tipu dia pula. Tak boleh jadi ni. Biarlah sakit kerana kejujuran daripada gembira kerana penipuan. Aku akan jaga dia sampai akhir hayat aku. Aku janji padaMu Ya Allah.

            Zahra yang terasa ada tangan bermain-main di mukanya, menggerakkan tangannya sebelum mata dibuka perlahan dengan dahi yang berkerut. Terkejut dengan keadaan bilik yang serba putih dan Daniell yang dalam kelihatan keadaan sedih.

            “Abang, apa yang dah berlaku ni? Kenapa saya ada dekat sini? Kenapa abang nampak sedih?” Zahra bertanya kepada Daniell dengan kerutan nipis di dahi.

            “Zahra, abang nak cakap sesuatu ni. Tapi Zahra kena janji dengan abang yang Zahra akan kuat, tak marah-marah, redha dengan semua ni dan abang akan sentiasa ada dengan Zahra.” Daniell berkata sebelum Zahra dibawa kedalam pelukkannya.

            “Iye, InsyaAllah Zahra janji, Zahra akan kuat. Cakaplah abang. Abang buat Zahra takut pula.” Zahra meleraikan pelukkan suaminya.

            “Okey, abang cerita. Sebenarnya Zahra keguguran. Zahra didapati mengandung, nak masuk tiga bulan dah.” Daniell menceritakan apa yang doktor terangkan kepadanya tadi. Zahra mendiamkan diri. Keras dirinya apabila mendengar kejutan yang baru diterima. ‘Aku mengandung? Aku hampir jadi ibu? Tapi sekarang anak dalam kandungan aku dah tak ada. Patutlah semenjak dua menjak ni rasa tak sedap badan.’ Zahra bersuara dalam hati sebelum air mata mencemari pipinya tanpa segan. Lama Zahra berkeadaan begitu dan Daniell hanya memerhati sebelum ditariknya Zahra dalam pelukkan hangatnya. Cuba untuk memberi sedikit kekuatan buat Zahra. Walaupun dirinya sendiri sukar untuk menerima pengkhabaran ini.

            “Abang, tak apalah. Bukan rezeki kita nak ada anak sekarang. Zahra percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Anak kita sedang menunggu ibu ayahnya ini di pintu syurga. Tipulah kalau Zahra kata Zahra tak sedih, tak kecewa dengan semua ni. Tapi Zahra mampu terima dan abang janganlah risau sangat ye.” Zahra berkata sambil mengesat air mata dengan belakang tapak tangan. Daniell hanya mendiamkan diri dan mengeratkan lagi pelukkan di tubuh Zahra. Lama kelamaan terasa balasan daripada Zahra. ‘Sungguh awak perempuan yang kuat sayang, abang sendiri pun masih lagi terkejut dengan semua ni.’ Daniell bersuara dalam hati sebelum masing-masing melayan perasaan sendiri. Tiba-tiba Zahra meleraikan pelukkan Daniell dan menolak Daniell jauh darinya.

“Siapa perempuan yang awak bawa balik rumah tadi? Betul ke dia girlfriend awak?” Zahra menyoal sedih.

            “Tak adalah sayang. Abang saja je nak buat sayang cemburu. Abang yang upah dia.” Daniell menerangkan perkara sebenar kepada Zahra.

            “Abang dah maafkan Zahra?” tanya Zahra sambil memandang Daniell dengan muka innocent. Daniell yang melihat hanya membalas dengan senyuman menawannya.

            “Abang, tolonglah jangan buat muka macam tu. Ingat handsome? Jawablah maafkan saya ke tak?” Zahra kembali menyoal.

            “Semestinya abang maafkan Zahra. Dan abang juga nak minta maaf sebab tertolak Zahra tadi sehingga menyebabkan Zahra keguguran. Yang abang tipu Zahra dulu pun abang minta maaf.” Daniell membalas sambil mendekati Zahra kembali.

            “Iye, Zahra maafkan abang. Zahra yakin yang abang tak ada niat pun nak sakitkan Zahra. Pasal Zahra keguguran, Zahra terima semua tu, pasti ada hikmah di sebalik kejadian.” selesai saja Zahra berbicara, Daniell menarik Zahra dalam pelukkannya.

@_@

Sebulan telah berlalu, tinggal beberapa hari saja sebelum Zahra menamatkan proses berpantangnya. Daniell sudah kembali bekerja dan Zahra diserahkan kepada maknya untuk dijaga sementara Daniell di pejabat. Sedang ralit Daniell dengan kerja yang banyak ditangguh, tiba-tiba pintu pejabatnya dibuka dari luar tanpa ketukan. Terkejut Daniell dibuatnya. Seketika kemudian terpamerlah wajah gedik Ezrina. ‘Ish, menyesal pula aku upah dia.’ Daniell buat muka menyampah sebelum menyambung kerjanya.

            “Sayang, U ni kenapa buat muka macam tu dekat I? U tak rindu dengan I ke?” Ezrina mula memainkan peranan. Daniell naik rimas dengan Ezrina yang menggedik-gedik di sebelahnya.

            “Hei Ezrina. U boleh pergi tak? I malas nak layan U. Upah U pun I dah bagi. Apa yang tak cukup lagi?” Daniell bersuara keras.

            “Ala U ni. I kan girlfriend U. Tak salahkan I nak jumpa boyfriend I sendiri?” Ezrina semakin menggedik.

            “Pleaselah Ezrina. I dah ada isteri I dan I cintakan dia sangat-sangat. I cuma upah U untuk buat isteri I cemburu. Jangan nak perasan sangat boleh tak?” Naik seoktaf suara Daniell.

            “U ingat I akan lepaskan U semudah itu? Tidak akan Daniell, sebelum I dapat apa yang I nak.” Ezrina bersuara manja dengan maksud yang tersirat.

            “Okey, cakap dengan I apa yang U nak sangat.” Daniell menyoal pantas.

            “I nak duit, RM 200 ribu.” Ezrina menjawab sambil tersenyum sinis.

            “Okey, fine. Tapi lepas je I bagi U duit tu, U anggap je yang U dengan I tak pernah berjumpa dan jangan ganggu hidup I lagi. U mesti janji.” Daniell membuat perjanjian.

            “Okey, I janji dengan U. After this we’re over.” Laju saja Ezrina membuat persetujuan. Daniell mengeluarkan buku cek dan menuliskan nilai yang dikehendaki oleh Ezrina, lantas menyerahkannya kepada Ezrina.

            “Take this and go” Daniell bersuara setelah cek bertukar tangan.

            “Thanks baby and bye.” Ezrina sempat mencium cek tersebut sebelum beredar dari situ. ‘Kenapalah kau macam ‘lipas’ Ezrina. Naik menyampah aku.’ Daniell bersuara dalam hati sebelum kembali melakukan tugasnya.

@_@

“Assalamualaikum sayang. Abang dah balik.” Daniell sedikit menjerit dari luar rumah. Zahra yang sedang ralit menonton televisyen sedikit terperanjat.

            “Waalaikumussalam, Zahra ada dekat sini. Kenapa jerit-jerit abang.?” Zahra menjawab salam si suami. Daniell terus berjalan dan melabuhkan duduk bersebelahan Zahra di atas sofa.

            “Abang rindulah. Dekat setengah hari abang tak jumpa Zahra tau.” Daniell bersuara manja sambil melentokkan kepala di atas bahu kanan Zahra.

            “Makin mengada abang ni. Dah nama pun kerja, nak buat macam mana.” Zahra bersuara malas sambil menjeling Daniell di sisi.

            “Ala sayang ni. Dah abang rindu nak buat macam mana. Sayang tak rindu dekat abang ke?” soal Daniell seakan merajuk dengan Zahra.

            “Eh Daniell, yang kamu kacau Zahra tu dah kenapa? Dah pergi naik atas mandi.” Mak cik Leha bersuara apabila melihat Daniell menggesek-gesek badan ke arah Zahra sebelum kembali ke dapur.

            “Ala mak ni, kacau daun je orang nak bermanja dengan isteri.” Daniell bersuara perlahan. Zahra yang melihat sudah meletuskan tawanya sambil mengangkat ibu jari kirinya tanda padan muka.

            “Oo ketawakan abang ye. Tunggulah lepas Zahra habis pantang nanti.” Daniell memberi amaran dan Zahra hanya menjelirkan lidahnya. Lantas tubuh Zahra dicempung naik ke bilik. Zahra hanya mampu ketawa. Mak cik Leha yang melihat tersenyum senang dengan sikap anak dan menantunya.

            Setibanya di bilik, Zahra diletakkan dengan penuh berhati-hati di atas katil. Daniell melabuhkan duduk di tepi Zahra sebelum bersuara.

            “Sayang, abang nak cerita sikit tentang perkara yang terjadi dekat abang hari ni. Sayang dengar ye.” Zahra yang mendengar sudah tak senang duduk. Terus dia mendekatkan duduknya berhampiran dengan Daniell.

            “Kenapa abang? Apa yang berlaku? Abang kena marah ke? Ke abang ada buat salah dengan Zahra ni?” Zahra menyoal bertubi-tubi.

            “Ish sayang ni. Banyak betul soalannya. Abang kiss karang.” Zahra pantas menekup mulutnya dengan tangan. Daniell yang melihat tersenyum nipis. Macam-macamlah Zahra ni.

            “Tadi, dekat pejabat. Ezrina datang jumpa abang.” Belum sempat Daniell menghabiskan cerita Zahra sudah memotong.

            “Ha? Buat apa dia jumpa abang? Dia ada buat apa-apa dekat abang ke? Cepat cerita dekat saya apa dia buat dekat abang, biar saya balas balik.” Macam peluru berpandu soalan keluar dari mulut Zahra. Daniell yang mendengar sudah tercengang. ‘Nasiblah dapat bini ganas. Tahunya nak membalas saja.’

            “Sayang, dengar sampai habis dulu apa yang abang nak cerita. Ni tak, belum suku abang cerita sayang dah potong. Memang nak kena dengan abang ni.” Daniell mendekatkan diri dengan Zahra. Laju tangan Zahra menahan badan Daniell yang semakin hampir dengannya.

            “Okey okey, Zahra tak menyampuk dah. Abang cerita semula.” Zahra bersuara sambil tangannya menepuk-nepuk dada Daniell perlahan.

            “Okey, Ezrina datang jumpa dengan abang, abang pun tak sangka. Abang tanyalah dia nak apa. Dia cakap dia nak duit RM 200 ribu.”

            “Lepas tu abang bagi ke? Banyak tu abang. Apa ke jahat si tikus tu.” Zahra memintas laju.

            “Sayangggg” Daniell panggil meleret. Zahra ketawa perlahan. Sedar akan kesilapan dirinya.

            “Okey, sorry. Abang sambung balik. Janji tak menyampuk dah.” Zahra membuat aksi mengzip mulut. Daniell hanya mampu menggeleng kepala dengan perangai isterinya.

            “Lepastu abang bagi jelah. Asalkan dia janji yang dia takkan ganggu abang dah. Lepas abang bagi cek tu dia pun pergi. Habis.” Daniell berjaya menyudahkan ceritanya tetapi Zahra masih mendiamkan diri.

            “Aik diam pulak? Tadi bukan main nak cakap lagi.” Daniell bersuara sebelum tangannya mencuit hidung Zahra. Pantas ditepis oleh Zahra.

            “Tak lah. Kenapa abang bagi duit tu? Kesian abang, duit abang banyak habis.” Zahra meluahkan apa yang difikirkan.

            “Tak apalah sayang. Abang tak kisah sikit pun dengan duit tu. Yang abang nak sekarang, hidup bahagia dan tenang dengan isteri abang ni. Walaupun isteri abang ni banyak mulut, ganas, abang tak kisah. Janji dia selalu ada dengan abang.” Daniell menjawab jujur sambil tersengih di akhir ayat. Zahra yang mendengar sudah memuncungkan mulut.

            “Sampai hati abang kutuk Zahra depan-depan. Nak kutuk pun tunggulah Zahra tidur ke, mandi ke. Ni tak, waktu Zahra segar bugar nilah abang nak kutukkan. Abang ni memang nak kena.” Selesai bersuara Zahra mencubit perlahan lengan suaminya. Daniell ketawa lantang dengan bebelan Zahra dan hari-hari mereka dihiasi dengan perasaan cinta yang halal di antara dua insan yang bergelar suami dan isteri.

@_@

            “Sayang, mana sayang letak laptop abang tadi?” Daniell bertanya kepada Zahra yang sedang sibuk di dapur.

            “Cuba abang tengok dekat atas meja dalam bilik.” Sebenarnya Zahra terlupa dekat mana dia letak laptop Daniell.

            “Okey sayang.” Daniell terus berlalu ke dalam bilik.

@_@

Daniell menuruni anak tangga menuju ke dapur. Diangkat tudung saji untuk melihat hidangan makan malam yang disediakan Zahra, ternyata kosong. Daniell mendapatkan Zahra di ruang tamu.

            “Sayang, sayang tak masak ke malam ni?” Soal Daniell sambil merangkul tubuh Zahra ke dalam dakapannya.

            “Eh, Zahra terlupalah abang. Sekejap ye, Zahra pergi masak.” Zahra mengalihkan tangan Daniell sebelum bangun, namun cepat saja tangan Daniell menarik Zahra kembali. Akibatnya Zahra terjatuh di ribaan Daniell.

            “Eh abang, biarlah saya pergi masak sekejap.” Zahra cuba untuk bangun tetapi hanya sia-sia. Daniell memeluknya kejap.

            “Tak payahlah masak malam ni, kita makan dekat luar. Abang belanja sayang. Sayang pergilah siap.” Daniell menyuruh dan Zahra hanya mengikut. Zahra berjalan sambil menyanyi kecil menuju ke bilik. Daniell yang memerhati hanya tersenyum. ‘Makin lama makin abang sayang dengan Zahra. Abang tak tahulah apa yang akan jadi dengan diri abang kalau abang kehilangan Zahra.’ Daniell bersuara dalam hati.

            “Zahra dah siap abang. Jom kita pergi.” Zahra bersuara ceria lantas memegang tangan Daniell supaya bangun.

            “Cepatnya sayang siap. Jomlah kita pergi.” Daniell membawa tangannya ke pinggang Zahra dan berlalu ke kereta.

@_@

Pukul 6 petang Daniell balik bersama mak cik Leha. Hatinya sedikit panas apabila maknya terpaksa menunggu hampir tiga jam kerana Zahra tidak mengambil maknya. Zahra sudah menunggu di muka pintu untuk menyambut kepulangan suaminya.

            “Eh, mak pun ada juga. Tak cakap pun nak datang.” Zahra menyalami tangan mak cik Leha selepas menyalami tangan Daniell. Mak cik Leha hanya mengukirkan senyuman sebagai tanda balasan. Mereka masuk ke dalam rumah. Daniell membawa Zahra ke dalam bilik.

            “Zahra, abang nak tanya sikit. Kenapa Zahra tak pergi ambil mak? Kan pagi tadi abang dah cakap dekat Zahra yang mak naik bas datang rumah kita sebab ayah ada kerja.” Tanya Daniell senada.

            “Abang, Zahra terlupalah. Zahra betul-betul tak ingat.” Zahra menjawab sambil menundukkan kepala. Tahu akan kesalahan dirinya.

            “Tak ingat Zahra kata? Kalau Zahra malas nak ambil cakap jelah. Abang boleh pergi ambil.” Selesai berbicara Daniell terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Ingin menyegarkan badan yang terasa penat. ‘Zahra betul-betul terlupa abang. Bukan Zahra sengaja.’ Zahra bersuara sedih. Dia sendiri pun tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni, sering saja dia terlupa akan perkara yang kecil. Tanpa sedar air mata membasahi pipi.

@_@

“Assalamualaikum” Zahra memberi salam sebelum melangkah masuk. Terkejut Zahra bila sekujur tubuh Daniell berdiri tepat di belakangnya.

            “Eh, abang. Kenapa berdiri dekat sini? Soal Zahra lembut.

            “Dah pukul berapa sekarang ni?” Senada Daniell menyoal Zahra kembali. Zahra hanya mendiamkan diri.

            “Pukul berapa Zahra?” Daniell sudah menengking. Tersentak Zahra sebelum menjawab.

            “Pukul 1 pagi” Zahra menjawab perlahan.

            “Tahu pukul satu pagi. Dah tu kenapa Zahra baru balik? Dah tak ingat jalan balik rumah dah ke?” Soal Daniell sinis.

            “Petang tadi Zahra pergi beli barang dapur. Lepas tu Zahra nak balik rumah, tapi Zahra terlupa jalan balik ke rumah.” Zahra bersuara sedih.

            “Kalau Zahra pergi berfoya-foya, jangan bagi alasan tak ingat jalan balik rumah! Orang bodoh je yang bagi alasan macam tu” Daniell sudah melenting.

            “Tapi Zahra betul-betul tak ingat. Zahra tak tipu abang. Tolonglah percaya.” Zahra menagih kepercayaan Daniell dengan suara serak ingin menangis.

            “Sudahlah Zahra. Abang malas nak dengar alasan Zahra. Asyik terlupa, terlupa, terlupa. Bila masanya Zahra nak ingat? Bosan tahu tak!” Daniell pantas membawa diri ke dalam bilik.

            “Tapi Zahra betul-betul tak ingat. Zahra tak tahu kenapa abang. Hari demi hari Zahra semakin kehilangan ingatan Zahra sedikit demi sedikit. Zahra takut abang, tapi apa yang Zahra boleh buat?” Zahra bersuara perlahan sebelum duduk di sofa bersama air mata sebagai peneman setia.

@_@

Daniell yang elok terbaring diatas katil direnung sedalam-dalamnya. Bagai melepaskan rasa rindu yang berhari-hari terbuku di dalam hati. Semakin hari Zahra berasa dirinya semakin jauh dengan Daniell. Tidak mengerti makna di sebalik perasaan itu. Perlahan kakinya melangkah menghampiri Daniell sebelum bersuara.

            “Abang, saya nak cakap sikit dengan abang ni.” Daniell yang mendengar namanya dipanggil segera memandang ke arah isterinya.

            “Bila masa pula sayang minta izin bila nak cakap dengan abang ni?” Tanya Daniell lembut.

            “Hmm, abang. Pasal tadi saya minta maaf. Saya betul-betul terlupa.” Zahra memohon maaf sambil memegang tangan Daniell.

            “Tak apalah, lain kali jangan buat macam tu dah. Abang risau dekat sayang tahu. Balik-balik je sayang tak ada rumah. Abang pun nak minta maaf dekat sayang sebab tertengking sayang tadi.” Daniell menggenggam erat tangan zahra kembali.

            “Zahra maafkan abang.” Zahra melentokkan kepala di bahu Daniell.

            “Tapi, Zahra ada benda lain nak cakap dengan abang”. Sambung Zahra.

            “Apa dia sayang?” Daniell memegang kedua bahu Zahra supaya melihatnya. Mudah untuknya berkomunikasi apabila duduk berhadapan sebegini.

            “Sebenarnya, sejak kebelakangan ni, Zahra mudah lupa tentang perkara yang kecil. Contohnya, Zahra lupa mana Zahra letak kunci kereta, Zahra lupa resepi masakan yang Zahra selalu masak, Zahra tak ingat nombor telefon abang.” Zahra bersuara sedih.

            “Sayang, mungkin sayang tak sihat. Terlalu penat ke. Sayang janganlah fikir yang bukan-bukan.” Daniell memberi semangat pada Zahra.

            “Tapi Zahra tak penat. Zahra cuma hilang memory Zahra sedikit demi sedikit. Zahra tak tipu abang. Percayalah.” Zahra sudah menangis sambil menundukkan kepalanya.

            “Shhh, abang percaya Zahra. Janganlah menangis. Esok kita pergi check up ye sayang. Dah, mari kita tidur. Dah lewat ni.” Daniell membawa Zahra baring bersamanya.

            “Baru pukul 9.30 malam. Lewat apanya. Mengada je lebih.” Daniell yang mendengar Zahra mengomel tergelak perlahan sebelum bersama-sama dibawa lena yang disulami mimpi indah.

@_@

            “Macam mana keadaan isteri saya doktor? Apa sakitnya sampai dia mengadu dekat saya yang dia mudah lupa perkara-perkara yang kecil.” Daniell bertanya sungguh.

            “Macam ni. Isteri Encik diserang penyakit Alzheimer. Secara umumnya, penyakit ini kemungkinan akan dihidapi pada seseorang yang berusia 60 tahun keatas. Tetapi 5% penderita penyakit ini merupakan seseorang di bawah umur 60 tahun. Faktor utamanya adalah disebabkan keturunan. Boleh saya tahu, adakah isteri Encik mempunyai keturunan yang menghidapi penyakit seperti ini?” Tanya Doktor Liza.

            “Ada. Arwah ibunya menghidapi penyakit Alzheimer.” Daniell menjawab perlahan.

            “Okey. Seseorang yang menghidapi penyakit ini akan kehilangan minat untuk melakukan apa-apa. Mood dan perlakuan pesakit juga mudah berubah. Hingga pada satu tahap, dia akan lupa semuanya.” Doktor Liza memberi penjelasan lebih terperinci.

            “Tak ada ubat ke doktor?” tanya Daniell berharap.

            “Maaf, buat masa ni pihak kami tidak menemui apa-apa ubat yang mampu menyembuhkan penyakit ini. Saya harap Encik tabah menghadapi ujian ini dan banyakkan berdoa untuk isteri Encik.” Jawab Doktor Liza sekaligus memberi semangat kepada Daniell.

            “Baiklah doktor. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu. Assalamualaikum.” Daniell berlalu mendapatkan Zahra.

            “Waalaikumussalam” Doktor Liza menjawab salam Daniell.

@_@

Daniell termenung di meja solek memikirkan nasib isterinya. Rasa bersalah terhadap Zahra, kerana apa yang diperkatakan Zahra tentang terlupa ambil mak, terlupa jalan balik rumah tidak dipercayai pada mulanya. Pasti hati Zahra sedih kerana tidak dipercayai suami. Zahra yang melihat tersenyum nipis sebelum memeluk Daniell dari belakang. Terkejut Daniell dibuatnya.

            “Abang, janganlah sedih. Saya okey jelah. Masih kuat lagi ni.” Zahra bersuara sebelum ketawa kecil. Daniell menarik Zahra duduk di ribaannya.

            “Sayang, abang tak sanggup tengok isteri abang sakit macam ni. Kalau abang ada kuasa, abang akan alihkan sakit sayang tu dekat abang.” Daniell bersuara sedih.

            “Abang, abang ingat kalau abang sakit saya tak sedihlah.” Zahra bersuara seakan ingin merajuk.

            “Bukan macam tu sayang. Abang cuma tak sanggup tengok sayang sakit. Abang cinta sayang sangat-sangat. Abang tak nak kehilangan sayang.” Daniell memeluk erat tubuh Zahra.

            “Abang, semuanya sudah tertulis. Kita kena terima semua ujian ni. Allah bagi kita ujian setanding dengan kemampuan kita. Kita kenalah tabah hadapi semua ujian dariNya.” Zahra menasihati Daniell.

            “Abang tahu sayang. Abang akan kuatkan diri abang untuk sayang. Abang minta maaf sebab tak percaya cakap sayang sebelum-sebelum ni, yang pasal sayang terlupa semua tu.” Zahra yang mendengar sudah tersenyum nipis.

            “Tak apalah abang, Zahra sentiasa maafkan abang. Abang jangan risau ye.” Zahra menjawab lembut.

“Terima kasih. Ni yang buat abang makin sayangkan sayang ni.” Daniell merangkul pinggang Zahra lebih erat.

“Zahra pun semakin hari, semakin sayangkan abang.” Pantas dirangkul leher Daniell. Biarlah ianya berlalu dibawa angin, membawa pergi duka, meninggalkan bahagia.

@_@

Zahra yang terjaga dari lena memandang Daniell di sebelah. Tetapi yang dilihat hanya bantal golek yang elok terbaring di situ. Laju Zahra membersihkan diri sebelum turun ke ruang tamu. Buka saja pintu bilik dari dalam, berwarna-warni menyapa pandangan matanya. Ye! Pintu bilik dan dinding rumahnya dipenuhi dengan sticky note yang berwarna-warni. ‘Dah macam tadika’ kata hati Zahra.

            “Bilik kita berdua.” Zahra membaca perlahan sticky note yang elok tertampal di luar pintu biliknya. Zahra teruskan berjalan menuruni anak tangga sat persatu. Di situ tertampal sticky note yang gedik-gedik.

Love U Zahra

Always remember me

Hugsss me

Macam-macam lagi. Diruang tamu pun penuh dengan sticky note. Alamat rumah, no telefon orang yang penting dan sebagainya. Diteruskan berjalan ke dapur. Terdengar bunyi sudip berlaga dengan kuali. Mesti Daniell tengah memasak ni. Di peti pula, ditampal sticky note tentang resepi-resepi yang simple-simple. Daniell yang terperasan kehadiran Zahra pantas mendapatkan Zahra sebelum didudukkan di kerusi.

            “Abang, penuh sticky note abang lekatkan dalam rumah ni.” Zahra bersuara dengan bibir yang mengukirkan senyuman.

            “Abang buat semua ni untuk sayang. Bila sayang tengok je apa yang abang tulis, sayang akan ingat. Tak ingat banyak pun, sikit jadilah.” Daniell mematikan api dapur dan mengambil tempat di sebelah Zahra. Zahra menggenggam erat tangan suaminya sebelum berbicara.

            “Abang, Zahra nak abang ingat satu perkara. Biarlah ingatan Zahra terhakis oleh masa yang berlalu, tetapi cinta Zahra terhadap abang takkan pernah terhakis. Biarpun suatu hari nanti Zahra kehilangan semua ingatan Zahra, abang ingatlah yang abang takkan pernah hilang dalam ingatan Zahra. Zahra rela tak ingat semuanya, tetapi Zahra sentiasa berdoa yang Zahra akan ingat abang selama-lamanya. Zahra sayangkan abang. Maafkan Zahra kalau suatu hari nanti Zahra lupa semuanya, Zahra ada sakitkan hati abang, buat abang rasa terpinggir, buat abang susah hati. Percayalah bahawa dalam hati Zahra, Zahra tak ada niat sedikit pun untuk buat abang rasa macam tu. Zahra tak mampu nak kawal diri Zahra. Zahra nak, bila Zahra dah tak ada nanti, abang mulakanlah hidup baru dengan wanita lain. Zahra tak nak tengok abang sedih-sedih.” Daniell sudah tidak mampu mendengar luahan hati isterinya. Air mata yang membasahi pipi dibiarkan saja.

            “Selagi nyawa dikandung badan, abang akan jaga sayang dengan penuh kasih sayang. Abang janji dengan sayang.” Daniell berbicara dalam sendunya dan kembali memeluk tubuh Zahra erat, seperti tidak mahu dilepaskan.

@_@

Semakin hari, ingatan Zahra semakin teruk. Sekarang, Zahra seperti berada di dalam dunianya sendiri. Bercakap tanpa perasaan dan Daniell tidak jemu melayan karenah Zahra yang pelbagai ragam. Ditabahkan hati, dicekal minda. Zahra yang elok berdiri di balkoni dipandang sayu.

            “Zahra” panggil Daniell lembut. Zahra menoleh ke arah Daniell lalu melangkah masuk ke dalam bilik.

            “Awak, boleh tak awak tunaikan permintaan terakhir saya?” tanya Zahra tanpa perasaan.

            “Ye sayang. Awak nak apa?” soal Daniell prihatin.

            “Saya nak minta awak nyanyikan lagu kegemaran saya. Kali ni je.” Zahra meminta senada. Hanya satu lagu yang berlegar-legar difikiran Daniell. ‘Saat terakhir’.

            “Boleh sayang, mari sini.” Daniell memanggil Zahra ke arahnya. Daniell mengambil gitar sebelum melabuhkan duduk di sofa. Tanpa dipinta Zahra melabuhkan duduk di tepinya sebelum melentokkan kepala di bahu Daniell.

            “Nyanyilah” pinta Zahra. Daniell mengalihkan pandangan dari mengadap Zahra dan mula bermain gitar sebelum menyanyi.

Tak pernah terfikir olehku
Tak sedikit pun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Begitu sulitku bayangkan
Begitu sakitku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Sepenuh perasaan Daniell menyanyi, tanpa disedari air matanya jatuh di pipi. Terbayang saat-saat dirinya bakal ditinggalkan Zahra.

Di bawah batu nisan kini
Kau telah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
Sungguhku tak sanggup ini terjadi
Kerna ku sangat cinta.

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih.

Satu jam saja ku telah bisa
Cintai kamu, kamu, kamu di hatiku
Namun bagiku melupakan butuh waktuku
Seumur hidup.

Satu jam saja kutelah bisa
Sayangi kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku
Seumur hidup.
Di hatiku.

Kenangan pertama kali berjumpa dengan Zahra terimbas kembali difikirannya. Kepala ditoleh kearah Zahra yang elok meletakkan kepalanya di bahu Daniell. Namun tiada lagi deruan nafas hangat yang menjamah pipinya. Sedarlah Daniell kini, bahawa isterinya sudah tiada lagi disisinya dalam mengharungi hari-hari yang mendatang. Tiada lagi telatah nakal Zahra yang mencuit hatinya, tiada lagi senda gurauan Zahra yang menghiburkan dirinya dikala kesedihan melanda. Dan kini, tiada lagi Zahra Qistina. Menangis sayu Daniell mengenangkan dirinya kini telah sendiri. Dipeluk tubuh kaku Zahra dalam pelukkan hanyatnya buat kali yang terakhir.

‘Biarpun kita berlainan dunia. Cinta kita tetap satu di dunia cinta kita. Sehingga nyawa terpisah dari badan di antara keduanya. Pergilah sayang, melalui dunia barumu dengan tenang. Doaku akan sentiasa mengiringi dirimu.’

****
malam merangkak pergi,
mencari fajar yang bakal menjelma pagi,
dengan penyatuan dua jiwa satu hati.


~TAMAT~

Ulasan

  1. Casinos In Dubai - Airport Review & Hotels - Air
    Book a Flight or Flight On Airfare how can i order air jordan 18 retro men red & air jordan 18 retro red for sale Book Direct air jordan 18 retro men good site In Dubai (Tif) with Airjet Radar, Free Shipping or Book Direct Direct On air jordan 18 stockx great site Airfare and Book air jordan 18 retro red store Direct In Dubai.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen Bersatu Akhirnya

cerpen Kasarnya Cinta

cerpen aku isterimu Edrie Rayyan