cerpen Bersatu Di Alam Sana
Assalamualaikum dan hai kepada pembaca semua. Tujuan saya repost cerpan ni kerana saya rasa macam menyusahkan pembaca pula bila terpaksa mencari satu bab ke satu bab yang lain. Jadi saya putuskan untuk terus post full satu cerpen. Dan saya rasa pembaca semua pun lebih suka baca suatu cerita yang tahu ending teruskan, tanpa tertanya-tanya apa endingnya. Saya harap pembaca semua tak muaklah dengan cerita yang saya terbitkan ni. Saya baru belajar menulis, jadi kelemahan tu akan sentiasa terserlah. hehehe.. cerpen ni panjang jugalah. kalau sudi komenlah ye. love and hugsss from me.
BERSATU DI ALAM SANA
“Maaaakkkkkk................” Jerit
Natasya. Maknya yang sedang sibuk menyiang ikan melatah,
Eh anak kambing melompat. Rohaini
mengurut dadanya yang terasa berdebar. Pisau yang dipegang Rohaini tadi entah
hilang kemana.
“Ya Allah... kenapa dengan kamu
Natasya? Gugur jantung mak tau kamu menjerit begitu. Ada apa?” soal mak
Natasya.
“Ala mak... orang saje je nak tunjuk
mak surat ni”. Balas Natasya sambil memuncungkan bibirnya. Rohaini mengambil surat
ditangan Natasya.
“Bukan ke ni surat yang mak bagi
tadi? yang bagi balik tu kenapa?” mak Natasya bertanya pelik.
“Mak... tu surat tawaranlah mak.
Orang dapat sambung belajar kat UIAM”.
Natasya
menyatakan kepada maknya bahawa dia telah menerima tawaran untuk sambung
belajar. Rohaini amat gembira melihat anak perempuannya telah berjaya mendapat
tawaran untuk sambung belajar. Lantas maknya bertanya kepada Natasya.
“Akak tidak mahu pergi ke rumah
Umaira, bagitahu yang akak dapat surat tawaran sambung belajar?” Umaira
merupakan sahabat Natasya. Mereka telah berkawan sejak kecil lagi dan
keluargnya amat rapat dengan keluarga Umaira.
“Natasya akan pergi sekarang juga”,
balas Natasya kepada ibunya dengan muka yang sangat gembira. Dia dengan segera
pergi mendapatkan basikalnya yang terletak di bawah rumah. Berhati-hati Natasya
mengayuh basikalnya dengan hati yang amat teruja untuk memberitahu Umaira
tentang berita itu. Setelah sampai di rumah Umaira, Natasya memberi salam.
“Assalamualaikum, Umaira...” suaranya
yang lembut itu membuatkan Umaira tahu siapa yang datang ke rumahnya. Umaira dengan
segera membuka pintu. Dilihatnya Natasya dengan muka yang penuh dengan tanda
tanya. Umaira menjemput Natasya masuk.
“Siapa
yang datang Umaira?” Emaknya yang berada di dapur bertanya.
“Natasya mak”, balas Umaira dengan
penuh sopan. Sesuailah mereka berdua menjadi sahabat. Dua-duanya lembut dan
penuh dengan kesantunan. Tetapi Natasya sedikit kasar berbanding dengan Umaira.
Natasya pergi ke dapur untuk bersalaman
dengan mak cik Zainab, mak Umaira. Mereka terus menuju ke ruang tamu dan
duduk di sofa. Natasya dengan gembira menunjukkan surat yang diterimanya kepada
Umaira. Selesai saje membaca, dia mengucapkan tahniah kepada Natasya kerana
dapat sambung belajar di Universiti tersebut tapi mukanya masam.
“Kenapa muka awak masam macam ni?”
tanya Natasya. Umaira hanya berdiam diri. “Awak tak gembira ke sahabat awak ni dapat
sambung belajar?” sambung Natasya yang melihat sahabatnya yang hanya berdiam
diri dari tadi.
“Saya gembira melihat awak dapat
sambung belajar. Tapi... Tapi apa?” Natasya mencelah. Dia amat tertanya-tanya.
Tanpa sempat Umaira membalas Natasya menanyakan soalan lagi.
“Awak
dapat tawaran sambung belajar tak?” Umaira hanya menggelengkan kepalanya.
Natasya sedih melihat sahabatnya yang semakin muram. Dia terus memberi kata
semangat kepada Umaira.
“Awak bersabarlah Umaira, mungkin
esok lusa sampailah surat tawaran awak tu. Rezeki ada di mana-mana, janganlah
awak bersedih. Saya tak suka tengok awak sedih-sedih macam ni. Mungkin ini
jalan yang terbaik yang sudah ditentukan olehNya”. Natasya cuba memberi
kata-kata semangat kepada sahabatnya yang semakin dibuai perasaan sedih.
Tiba-tiba, Umaira ketawa perlahan
kerana tidak mampu lagi melihat Natasya yang risau tentang dirinya. Natasya
berasa pelik dengan kelakuan Umaira. Yelah, mereka dah berjanji akan masuk
Universiti yang sama semenjak mereka sekolah menengah lagi. Memang harus ada
perasaan kecewa dalam diri Umaira. Lantas Umaira dengan tenang memberitahu
bahawa dia telah mendapat tawaran sambung belajar di tempat yang sama dengan
Natasya belajar.
“Dah lah tu Natasya, saya tak perlu
pun kata-kata semangat awak tu. Saya sebenarnya dapat tawaran sambung belajar
yang sama dengan awak”. Natasya sangat gembira dengan berita itu, tetapi dia
berasa geram dengan lakonan Umaira yang berpura-pura sedih. Natasya dengan
pantas mencubit lengan Umaira.
“Aduh…sakitlah”. Umaira mengaduh
perlahan kerana lengannya terasa sakit dicubit oleh Natasya.
“Tulah…siapa suruh awak tipu saya”.
Dengan selamba Natasya menjelirkan lidah kepada Umaira. Umaira membalas balik
kepada Natasya. Ishh…tak malu betul. “Dah besar panjang dah boleh jadi isteri orang pun masih lagi
main jelir-jelir lidah”. Sampuk mak cik Zainab yang sedang mengintai dari dapur
kerana terdengar bunyi yang riuh-rendah di ruang tamu. Natasya dan Umaira berpandangan
sesama sendiri sambil ketawa perlahan. Mereka berdua pergi kearah dapur
mendapatkan Zainab.
“Lambat lagilah mak. 10 tahun lagi
belum tentu kita orang kahwin”. Balas Umaira sambil ketawa bersama Natasya.
“Betullah mak cik. Lambat lagi. Kita
orang nak sambung belajar dan meraih kejayaan sebagai seorang doktor”. Sampuk
Natasya. Terukir senyuman dibibir mak cik Zainab melihat kesungguhan dua gadis
itu memberi seribu alasan.
“Kalau kamu berdua disuruh kahwin
pada usia muda macam mana?” Balas mak cik Zainab. Natasya dan Umaira hanya
berpandangan sesama sendiri kerana terperanjat dengan pertanyaan mak Umaira. Natasya membalas dengan
sopan.
“Tak rasanya mak cik, mak saya pun
tahu dan faham keadaan dan cita-cita saya. Betul tak Umaira?” Tanya Natasya
kepada Umaira. Umaira hanya mengangguk.
“Yelah... capailah cita-cita kamu
dulu sebelum kahwin. Tapi bagus juga kalau kahwin semasa belajar. Ada juga
orang yang teman kamu buat kerja tengah-tengah malam. Kamu berdua ni tak ingin
ke cari pasangan hidup sebelum sambung belajar?” Balas mak cik Zainab yang
ingin mengusik dua gadis itu. Muka Natasya dan Umaira merah menahan malu.
Lantas Umaira membalas.
“Mak... kita berdua ni masih muda. Baru
aje tamat SPM. Mak dah suruh kita orang cari pasangan untuk kahwin. Tak nak lah
mak. Tua nanti baru kita berdua fikir fasal pasangan unuk kahwin, kan Natasya”.
Natasya hanya mengangguk dan ketawa kecil. Mereka pun naik ke ruang tamu semula
meninggalkan Zainab dengan hati yang terusik melihat kelakuan Natasya dan
Umaira.
Mereka amat gembira kerana dapat
sambung belajar di Universiti yang sama. Mereka pun merupakan pelajar cemerlang
di sekolah kerana mendapat 10A dalam SPM. Mereka berdua memang sempurna.
Cantik, pandai memasak, pandai dalam pelajaran dan bersopan santun.
Setelah lama di rumah Umaira,
barulah dia sedar yang jam sudah hampir pukul 5 petang. Natasya segera meminta
izin untuk pulang ke rumah kerana takut maknya risau. Natasya sudah selesai
menunaikan solat Asar di rumah Umaira. Dia bersalaman dengan mak cik Zainab
lantas diambilnya basikal dan berlalu pulang.
****____****
Dalam
perjalanannya, langit kelihatan semakin gelap tanda hendak hujan. Dia mengayuhkan
basikalnya dengan laju agar cepat pulang ke rumah. Natasya harus melalui jalan
yang sunyi untuk sampai ke rumanya. Tiba-tiba Natasya ditahan oleh seorang
lelaki yang ingin mengacaunya. Natasya mengenali lelaki itu. Lelaki itu ialah
Helmi yang amat tergila-gilakan dirinya. Tetapi Natasya langsung tidak menyukai
lelaki itu. Umurnya dalam lingkungan 20-an. Natasya ingin meneruskan perjalan
tetapi dihalang oleh lelaki tersebut. Natasya menyuruh lelaki itu melepaskannya pergi dengan nada
yang keras.
“Hei,
engkau jangan nak ganggu aku! Aku tak ada urusan dengan engkau. Tolong beri aku
laluan”. Tetapi Helmi enggan melepaskannya. Natasya berasa gementar kerana dia
takut akan berlaku sesuatu yang buruk kepada dirinya. Natasya cuba melepaskan
diri sekali lagi tetapi dia tidak mampu untuk melawan. Akhirnya, basikal
Natasya ditolak oleh Helmi. Natasya jatuh dan menyebabkan kakinya terasa sakit
akibat dihempap oleh basikal. Helmi risau dengan keadaan Natasya. Dia cuba
membantu tetapi ditolak oleh Natasya. Tanpa disedari air hujan menitik di
pipinya yang putih gebu itu. Dia berusaha untuk berdiri dengan kakinya yang
sakit untuk pulang ke rumah. Dia sakit hati melihat perangai Helmi yang semakin
hilang akal.
“Hei Helmi, kau jangan sangka aku akan
suka dekat kau. Perangai kau dah lah macam syaitan dan aku tak ingin berkawan
dengan kau”. Kata Natasya dengan nada yang keras dan kuat.
“Tapi, saya sayangkan awak”. balas Helmi
dengan lembut.
“Di hati saya tak ada tempat untuk orang
macam awak. Awak faham!” Tegas Natasya. Helmi mendekati dirinya dan tangan
Helmi hinggap di bahu Natasya. Dengan pantas Natasya menolak Helmi. Api
kemarahan Helmi membara. Dia menarik Natasya ke dalam semak yang terletak di
tepi jalan.
“Kau akan tahu apa yang akan aku buat
pada kau kejap lagi. Kau tunggu!” Tengking Helmi. Natasya menangis ketakutan
dan kakinya amat sakit sekarang kerana semakin membengkak. Natasya menjerit meminta
pertolongan dengan sekuat hati dan dia berdoa ada seseorang yang mendengar
jeritannya.
“Bodoh! mana ada orang yang lalu di
kawasan ni pada waktu begini”. Herdik Helmi. Natasya hanya menangis dan
menjerit sekuat hati kerana maruahnya hampir diragut oleh Helmi.
Tiba-tiba, Iqram terdengar suara orang
menjerit minta tolong di dalam semak. Dia terus turun daripada kereta yang
diberhentikan di tepi jalan itu untuk minum air kerana tekaknya terasa kering
sebelum menyambung perjalanan ke rumah ayahnya, pak cik Zaki. Iqram dengan
segera mencari orang yang meminta tolong itu.
Helmi menampar Natasya berkali-kali sehingga
Natasya pengsan. Kau tunggulah nasib kau kali ni. Berani kau menolak aku
mentah-mentah. Helmi berkata dengan suara yang kuat. Tiba-tiba Iqram datang
dari belakang lalu menendang belakang Helmi. Helmi jatuh tersungkur. Tiba-tiba Iqram
bersuara.
“Apa yang kau mahu buat pada gadis ini?”
pandangannya semakin membenci kepada Helmi. Helmi membalas dengan muka tidak
bersalah.
“Suka hati akulah nak buat apa pada
Natasya ni. Dia kurang ajar dengan aku dan dia menolak aku mentah-mentah”.
Iqram menggenggamkan penumbuknya lalu hinggap ke perut Helmi. Dengan suara yang
kasar Iqram menyuruh Helmi pergi sebelum nasib dia bertambah malang hari ni.
Kau jangan cuba kacau dia ni lagi. Kalau aku tahu kau mengganggunya mati kau
aku kerjakan, tegas Iqram. Helmi pergi tanpa membantah. Iqram melihat gadis itu
dengan rasa kasihan. Nasib baik dia tidak diapa-apakan lagi oleh lelaki jahanam
itu. Bisik hatinya menahan rasa marah terhadap lelaki yang bernama Helmi itu.
Baju Natasya terkoyak sedikit di bahagian bahu kerana ditarik oleh Helmi tadi.
Iqram mengangkat gadis yang tidak
sedarkan diri itu masuk ke dalam keretanya dan dia menyambung perjalanan ke
rumah ayahnya. Setelah sampai dia segera mengeluarkan gadis tersebut dan dibawa
masuk ke dalam biliknya. Ayahnya terdiam melihat anaknya yang bertindak
sedemikian. Setelah selesai menguruskan
Natasya, dia menghampiri ayahnya lalu disalamnya tangan yang separuh abad itu.
****____****
Sudah
hampir dua bulan dia tidak bertemu dengan ayahnya kerana sibuk menjalani
praktikal di Kuala Lumpur. Sekarang bila ada masa yang terluang dia akan balik
ke johor bertemu dengan ayahnya. Iqram bakal menjadi seorang doktor tidak lama
lagi. Pak Zaki menanyakan anaknya kenapa dia membawa Natasya balik ke rumah ini
dalam keadaan Natasya pengsan dan bagaimana kamu terjumpa dengannya?
Iqram menceritakan hal sebenar kepada
ayahnya. Ayahnya terkejut bila mendapat tahu yang Helmi sanggup melakukan
perkara terkutuk itu kepada Natasya. Natasya merupakan seorang gadis yang baik
dan sopan santun. Iqram hanya berdiam diri.
Iqram terdengar suara orang menangis di
dalam kamarnya. Dia mengesyaki yang menangis itu adalah Natasya. Dia
meninggalkan ayahnya di sofa ruang tamu dan berlalu pergi berjumpa dengan
Natasya. Natasya terkejut melihat Iqram yang terpacak di muka pintu. Natasya
menjerkah Iqram.
“Siapa kau? Kau nak apa bawa aku ke sini?”
Natasya menangis teresak-esak. Ayah Iqram bergegas masuk ke bilik Iqram
kerana terdengar bunyi yang bising. Dia
memujuk Natasya supaya bertenang dan bersabar. Dia menceritakan segalanya fasal
Helmi dan Iqram. Pak cik Zaki menyuruh Natasya tidur di rumahnya malam ini.
“Iqram telah memaklumkan kepada mak kamu Natasya yang kamu akan tidur tidur di
sini. Hari pun dah lewat malam untuk hantar kamu pulang ke rumah,” perlahan pak
cik Zaki berkata.
Iqram terasa tenang melihat wajah
Natasya yang kembali tenang apabila diceritakan hal yang sebenar. Natasya
bersyukur yang maruah dia tidak diragut oleh Helmi, seorang yang amat
tergila-gilakan dirinya. Natasya mengucapkan terima kasih kepada Iqram yang
telah menyelamatkannya daripada Helmi dan dia memohon maaf kerana meninggikan
suara pada Iqram tadi. Air matanya bergenang. Tidak dapat ditahannya lagi, air
mata mulai menitik di pipinya. Perasaan Iqram sayu melihat gadis yang lemah itu.
“Saya memahami perasaan dan keadaan awak
sekarang. Awak jangan risau pasal Helmi, saya yakin yang dia tidak berani
ganggu awak lagi. Saya dah bagi amaran kepadanya supaya jangan ganggu awak. Saya
takkan benarkan sesiapa pun sentuh awak”. Tanpa disangka ayat itu keluar dari
mulut Iqram, Natasya hanya mampu mengucapkan terima kasih. Wajah Iqram yang
kacak itu serta sifat baik hatinya telah menambat hati si gadis buat kesekian
kali. Natasya merupakan seorang gadis yang sukar untuk jatuh hati kepada seseorang
jejaka.
Tetapi semasa Natasya tingkatan satu,
dia telah jatuh cinta buat kali pertama dengan seorang jejaka yang tua emat
tahun daripadanya. Natasya selalu memandang jejaka tersebut secara
senyap-senyap. Dia tidak mengenali nama jejaka itu kerana dia takut untuk
menyiasatnya, takut diketahui oleh orang lain . Biarlah dia menjadi secret
admire kepada seseorang yang sangat di cintainya walaupun tidak mengetahui nama
tuan punya badan. Biasanya bercinta masa sekolah bermakna itu cinta monyet tapi
bagi Natasya cinta monyet tak berlaku pada diri dia, kerana cinta dia pada
jejaka tersebut memang cinta yang asli.
Dia bukannya bercinta pun dengan jejaka
tersebut tetapi dia sahaja yang mencintai jejaka itu. Cinta yang mungkin akan
bertepuk sebelah tangan. Hanya Umaira yang mengetahui bahawa Natasya jatuh hati
kepada seseorang. Lamunannya terhenti apabila Iqram menyuruh Natasya tidur
kembali supaya kelihatan segar. Natasya akur kerana badannya masih terasa penat.
Dia rasa selesa apabila Iqram disisinya. Hati Natasya kembali berbunga
terbayangkan wajah Iqram yang kacak. Natasya terlena dalam lamunannya sendiri.
Waktu subuh telah hampir, ayam berkokok
Natasya pun terjaga daripada tidur. Sudah terbiasa. Dia terlupa dia berada di
rumah pak cik Zaki. Dia terus membuka pintu biliknya dan berlalu pergi ke kamar
mandi untuk mandi dan mengambil wuduk kerana waktu subuh telah tiba. Dia
melangkah keluar dengan berhati-hati kerana dirinya masih mamai. Langkahnya
terhenti apabila dihalang oleh seseorang, Natasya melihat Iqram berdiri tegak
di depannya. Dengan segera dia berlari menuju ke kamarnya. Iqram tersenyum
sendiri.
“Hah Iqram kenapa senyum sorang-sorang
ni?” sergah ayahnya.
“Ayah... jantung Iqram dah menyorok
bawah meja tu tau. Siapa nak ambil sekarang”. Ayahnya hanya tersenyum nipis
lalu membalas.
“Suruhlah Natasya yang ambilkan”. Iqram
terkejut dengan jawaban ayahnya. Dia hanya tersenyum macam kerang busuk.
Ayahnya tahu bahawa anaknya sudah tangkap cintan dengan Natasya. Mana taknya,
sebelum ni Iqram tidak pernah tersenyum
sendiri dan dia tidak pernah jatuh cinta dengan mana-mana gadis.
“Kenapalah aku tidak ingat yang aku
berada di rumah pak cik Zaki. Mesti Iqram perasan aku tanpa tudung tadi”.
Natasya berasa malu kepada Iqram.
Beberapa minit kemudian, Natasya
mencapai tudung di atas katilnya dan berlalu keluar untuk mandi. Dia berasa
lega apabila dia dapat mandi sepuas-puasnya kerana dari petang semalam dia tak
mandi. Setelah selesai mandi, dia segera bersiap untuk balik ke rumahnya.
****____****
Pak
cik Zaki menyuruh Iqram menghantar Natasya balik ke rumahnya dengan menaiki
kereta Honda Sivic. Natasya hanya akur pada kata-kata pak cik Zaki kerana takut
kejadian semalam berulang kembali. Dia mengucapkan terima kasih kepada pak cik
Zaki kerana membenarkannya tidur rumah pak cik Zaki. Di dalam kereta, mereka
berdua diam seketika sehinggalah Iqram mengucapkan tahniah kepada Natasya.
Natasya dengan pelik bertanya kepada Iqram.
“Kenapa awak ucapkan tahniah?”
“Saya terbaca surat awak ni. Iqram
mengeluarkan surat tawaran tersebut di dalam poket bajunya”.
“Awak dapat kos perubatan kan? Awak nak
jadi doktor ke?”tanya Iqram dengan suara garaunya.
“Saya memang nak jadi doktor dengan
sahabat saya. Dia pun dapat kos dan
tempat sambung belajar yang sama dengan saya. Jadi saya tak sunyi lah
bila belajar kat sana”. Balas Natasya dengan lembut dan ramah. Iqram hanya
tersenyum melihat gadis itu. Jarak umur mereka tidaklah berapa jauh. Bezanya
cuma 4 tahun.
“Awak nak pergi sebulan dari sekarang
kan?” tanya iqram dengan nada lembut.
“Ye”. Balas Natasya sepatah.
“Apa nama penuh awak?” tanya Iqram
dengan hati yang teruja.
“Natasya Sufiyyah. Balas Natasya. Awak
nak tahu nama ayah saya sekali ke?” Sambungnya. Dia tidak tahu mengapa soalan
tu keluar dari mulutnya secara spontan.
“Sedap nama awak sesuai dengan
pemiliknya yang comel. Boleh juga, saya pun perlu tahu nama bakal ayah mertua
saya kan”. Jawab Iqram sambil tersenyum. Natasya tersipu malu dengan jawapan
yang Iqram berikan.
“Zakaria nama ayah saya. Nama penuh awak
pula siapa?” Tanya Natasya.
“Nama saya Iqram Aizat bin Zaki. Zaki tu
nama ayah mertua awak”. Iqram sengaja berbuat demikian hanya ingin melihat
reaksi Natasya. Pipi Natasya semakin merah menahan malu kerana diusik oleh
Iqram. Hanya senyuman manis terukir di bibir Iqram yang merah itu. Keadaan di
dalam kereta menjadi senyap buat seketika.
“Awak dah beli barang-barang untuk di
bawa ke U nanti?” tanya Iqram memecahkan kesunyian. Natasya hanya menggelengkan
kepalanya.
“Apa kata esok saya datang ambil awak
kat rumah awak dan kita pergi membeli keperluan awak sama-sama?” pelawa Iqram.
Natasya hanya berdiam. Setuju tak, tak setuju pun tak. Dia berfikir kalau dia
menolak siapa yang akan hantarnya pergi ke bandar untuk membeli barang. Sedangkan
dia hanya mempunyai basikal yang dihadiahkan oleh ayahnya dua tahun lepas
sebelum ayahnya dipanggil menghadap Allah. Ayahnya meninggal dalam keadaan yang
sangat mulia. Dia meninggal dalam keadaan sujud semasa menunaikan solat Zohor
berjemaah di surau berhampiran dengan rumahnya dalam bulan puasa. Akhirnya
Natasya bersuara.
“Erm… okey saya ikut awak tetapi saya
nak bawa sahabat saya sekali, Umaira. Boleh tak? Dia pun nak beli barang
keperluan dia juga”. Natasya mencari jalan supaya dia tidak berdua-duaan dengan
Iqram pada hari esok kerana dia tidak biasa berduaan dengan lelaki dan ingin
mengelakkan daripada menjadi buah mulut orang kampung yang suka bergosip iaitu
mak cik Leha. Dengan hati yang berat Iqram mengangguk kerana dia ingin keluar
berdua dengan Natasya je untuk mengenali hati budi Natasya dengan lebih
mendalam. Tetapi harapannya musnah, mungkin lain kali dia berpeluang mengenali
hati budi Natasya jika ada rezeki. Dia tidak tahu mengapa dia telah jatuh cinta
kepada Natasya pada hari pertama dia melihat Natasya. Mungkin sebab dia simpati
atas nasib Natasya ataupun memang Natasya lah jodohnya.
Sampai saja di depan rumah Natasya,
Natasya membuka pintu kereta dan mengucapkan terima kasih kepada Iqram.
“Berapa nombor telefon awak?” tanya
Iqram sebelum Natasya menutup pintu kereta.
“Kenapa awak nak nombor saya?” balas
Natasya acuh tidak acuh. Iqram terdiam.
“Untuk memudahkan saya menghubungi awak
kalau ada apa-apa hal”. Jawab Iqram. Natasya memandang maknya yang berada di
sebelahnya untuk meminta jawapan. Maknya hanya mengangguk tanda setuju.
“Okey”. Itulah yang keluar dari mulut
Natasya ketika itu. Iqram dengan segera mengeluarkan telefonnya dan mendail
nombor Natasya. Iqram mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Dia terasa ingin
melompat kerana hatinya gembira apabila mendapat nombor Natasya.
Apabila kereta Iqram sudah tidak
kelihatan, Natasya dan maknya berpelukan seperti setahun tidak berjumpa padahal
tak sampai sehari pun. Maknya risau dengan keadaan anaknnya tetapi dia telah di
beritahu oleh Zaki tentang keadaan Natasya semalam.
Natasya pun membantu ibunya di dalam
rumah. Tiba-tiba wajah Iqram muncul dalam ingatannya semasa dia memasak di
dapur. Tanpa diduga perkataan ish..keluar dari mulutnya. Maknya hanya memandang
gelagat anak tunggalnya itu.
“Kenapa dengan akak ni?” tanya mak
Natasya. Akak adalah panggilan timbangan buat Natasya.
“Erm… tak de apa-apa mak. Lalat ni
menyibuk kat orang tengah masak”. Jawabnya dengan tenang supaya maknya tidak
sedar yang dia sedang berangan. Padahal maknya sudah tahu yang anaknya sedang
jatuh hati pada seseorang jejaka iaitu Iqram. Setelah selesai, mereka dua
beranak makan di meja makan.
“Akak jatuh cinta dekat Iqram ye?”
Sengaja maknya menanyakan soalan itu. Hampir tersembur nasi yang ada dalam mulutnya
kerana tersedak. Segera dia minum air. Hati maknya geli seolah-olah digeletek
melihat anaknya.
“Taklah mak, kenapa mak tanya macam tu?
Akak tak sedia lagi untuk pekara macam tu”.
“Saja je tanya, nak tahu hati anak mak
ni sudah berpunya atau belum”. Balas maknya.
“Mak ni... sama je dengan mak cik Zainab
tu suka suruh kita orang kahwin cepat. Orang tak sedia lagilah mak”. Natasya
berbicara. Maknya terperanjat mendengar kata-kata anaknya. Lantas maknya
membalas.
“Bila masa pula mak suruh kau kahwin.
Mak tanya je yang hati kau tu dah berpunya ke belum? Tak de kena mengena dengan
kahwin. Ke kamu dah tak sabar nak kahwin ni?” balas maknya dengan nada
mengusik. Natasya terdiam dan mukanya mula merah menahan malu dengan maknya.
“Tak de lah mak. Tak fikir lagi orang
nak kahwin sebelum habis belajar”. Ujar Natasya.
****____****
Jam ditangannya menunjukkan pukul 10
malam. Natasya bersiap sedia untuk tidur. Tiba-tiba telefonnya berbunyi lalu
dibukanya dan melihat ada mesej dari nombor yang tak dikenali.
ü
Assalamualaikum
awak… awak dah tido ke?
Ish… dah
lah tak kenal, main mesej-mesej pula. Siapalah agaknya. Tiba-tiba mesej masuk
lagi.
Ø
Saya
Iqram Aizat yang minta nombor telefon awak tadi.
Awak ingat tak?
Oh...baru
Natasya teringat yang dia ada bagi nombor telefonnya kepada Iqram tadi. Natasya
tersenyum sendiri lalu membalas mesej tersebut.
ü
Ingat…
saya x tido lagi tapi hampir nak tido.
Kenapa awak mesej saya
malam-malam ni?
Ada urusan apa?
Ø
X
de apa-apa..
saya
cuma nak ingatkan awak yang esok kita keluar bandar beli barang keperluan awak.
ü Okey. Saya ingat..nanti saya
bagi tahu Umaira sekali.
Ø Okey.. selamat malam puteriku..
ü Kenapa sampai puteri bagai
ni?nak kena tumbuk!
Ø Ala...garangnya...janganlah
garang sangat. Nanti cepat tua.
Natasya
tidak lagi ingin membalas mesej tersebut kerana dah semakin melalut. Dia
akhirnya tidur kerana kepenatan. Iqram yang berada di atas katil biliknya hanya
tersenyum sebelum dia juga turut terlelap.
****____****
Hari ini
Natasya tidak terjaga apabila ayam berkokok kerana badannya terasa amat letih.
Dia tersedar daripada tidur dan melihat jam disebelahnya. Natasya terperanjat apabila
jam menunjukkan pukul 6.55 pagi. Dia bergegas mandi dan ambil wuduk untuk solat
subuh kerana waktu subuh sudah hampir tamat. Apabila selesai menunaikan solat
Subuh, dia terus membantu ibunya didapur menyiapkan keperluan berniaga nasi
lemak. Jam ditangannya menunjukkan pukul 8.30 pagi, dia terus teringat akan
janjinya kepada Iqram untuk ke bandar.
Natasya
dengan segera menelefon Umaira supaya bersiap menemankannya ke bandar.
Perbualan antara Natasya dan Umaira.












Ish...
macam mana ni... takkan nak pergi berdua dengan Iqram pulak... tak best lah
macam ni.. gumam hati Natasya. Pantas Natasya mencari maknya.
Mak ohh
mak... manalah mak ni. Baru dia teringat yang mak sedang menjual nasi lemak di
depan rumah. Berlari Natasya mendapatkan maknya yang sedang menjual nasi lemak.
Maaakkk....Maakkk....
Jerit Natasya lagi.
“Ya
Allah... dah kenapa dengan kamu ni? Suka sangat menjerit, dah macam tarzan
betina dah mak tengok kamu”. Balas Maknya.
Pelanggan
yang datang hanya tersenyum mendengar bebelan Rohaini kepada Natasya.
“Mak ni. Malulah orang macam ni. Semua orang
tengok”. Natasya memuncungkan bibirnya. Natasya menarik tangan maknya.
“Sekejap ya. Ada hal pulak anak saya ni”. Kata
mak kepada pelanggannya.
“Mak...
cepatlah. Penting ni”. Sampai saja di dalam rumah, Natasya memberitahu maknya
perkara yang sebenar.
“Mak...
Umaira tak dapat ikut orang gi bandarlah mak. Macam mana ni? Orang tak nak gi
berdua dengan Iqram”. Rungut Natasya. Maknya mengeluh perlahan. “Pergi je lah
ngan Iqram tu. Mak tengok dia tu budak baik je. Takkanlah dia nak buat
benda-benda yang tak baik kat Natasya pulak”.
Ish...
mak ni. Bukannya nak halang tapi memberi lampu hijau pulak. Gumam Natasya dalam
hati. “Yelah mak orang pergi”. Maknya berlalu ke bawah untuk melayan
pelanggannya dan tinggallah Natasya sendirian di situ.
Natasya
sudah pun bersiap untuk ke bandar bersama Iqram. Memanglah Iqram merupakan
jejaka yang kedua yang mampu menambat hati wanita Natasya tetapi dia tetap malu
dengan Iqram. Berdua-duaan tanpa ikatan yang sah di sisi agama.
Ish...
takpelah. Harap-harap tak de apa-apa yang berlaku.
“Assalamualaikum
Natasya...” Natasya hanya buat tak tahu dengan salam yang Iqram berikan.
Berkali-kali Iqram memberi salam tetapi Natasya tetap buat kaku sehingga maknya
menjawab salam daripada Iqram dan menjemput Iqram masuk. Terkejut beruk Natasya
apabila Iqram sudah berdiri tegak di hadapannya dengan senyuman yang paling
menawan.
Ya Allah,
kenapalah kau senyum macam tu sekali. Nak goda aku ke? Bisik hati Natasya.
Natasya hanya memandang lantai sambil bermain dengan ibu jarinya.
“Eh akak
kenapa tak jemput Iqram tu duduk. Hampir retak lantai rumah tu kau tenung”.
Tegur mak. Setelah 5 minit Iqram berdiri barulah Natasya menjemput Iqram duduk.
Suasana kembali sepi.
“Natasya
awak kenapa senyap? Tak sihat ke? Kawan awak mana?” Tanya Iqram memecahkan
suasana sepi. Lama baru Natasya membalas.
“Tak de
apa-apalah. Kawan saya tak dapat teman saya sebab dia ngan keluarga dia pergi
bandar pagi ni”. Jawab Natasya senada.
“Ada
suara rupanya. Ingatkan dah tak ada bila tengok muka saya yang kacak ni”. Balas
Iqram dengan nada mengusik. Natasya menjebik.
“Hai...
mamat perasan ni. Siapa tengok awak? Awak tak nampak ke yang dari tadi saya
tengok lantai? Awak jangan nak perasan sangatlah. Nak saya belikan cermin untuk
awak ke karang?” Natasya buat muka serius.
“Ye lah.
Jangan garang sangat awak, takut saya tau. Saya tak boleh ada orang
garang-garang dengan saya nanti saya pengsan. Siapa nak angkat saya nanti?
Awak? Dah lah badan macam lidi penyapu”. Iqram tersenyum nipis.
“Hey...
Awak ni kenapa? Kalau awak datang nak sakitkan hati saya baik awak tak payah
datang. Lagi bagus. Aman sikit dunia”. Natasya bengang.
Tiba-tiba
Iqram pengsan di kerusi hadapannya. Bergegas Natasya memanggil maknya.
Maaakkkk...
Iqram pengsan mak.
“Apa??
Macam mana boleh pengsan akak?” Terkejut Rohaini mendengar berita itu.
“Ala
mak nanti-nantilah akak cerita. Jomlah tolong Iqram sekarang. Nanti arwah pulak
budak tu”.
Sampai
saja di atas rumah, tubuh Iqram masih terkulai macam tadi. Natasya risau.
“Mak
macam mana ni? Kita telefon ambulans ye?” Cadang Natasya.
“Ehh.
Tak payahlah. Karang-karang sedarlah Iqram ni. Tak payahlah risau sangat. Ce
cerita kat mak apa yang terjadi”.
Natasya
dengan bersungguhnya menceritakan kepada Rohaini perkara sebenar yang berlaku.
“Oh.
Natasya kamu janganlah garang dan kasar sangat ngan si Iqram ni. Kesian dia.
Dahlah anak yatim, tak ada mak”.
“Mak
ni kan bela sangat si Iqram ni, Natasya anak yatim juga tak ada ayah. Bukan dia
sorang je”. Balas Natasya sedih. Mutiara jernih jatuh di pipi Natasya. Natasya
amat sensitif apabila bercakap mengenai bapanya. Air matanya mudah sangat
mengalir.
****____****
Hampir setengah jam Iqram pengsan barulah dia
kembali sedar. “Sedar-sedar saja terus mengajak Natasya ke Bandar”.
“Eh
awak ni kenapa? Kan baru sedar dari pengsan dah nak keluar gi bandar?” Soal
Natasya pelik.
“Awak
janji tetap janji. Jom”. Balas Iqram acuh tak acuh.
“Mak
cik kita orang pergi dulu ye”. Natasya menyalam maknya yang berada di muka
pintu.
“Natasya
cepatlah”. Arah Iqram yang sudah lama berada di dalam kereta.
“Ish...
sabarlah. Nak kena lagi ke? Kang tak pasal-pasal pengsan buat kesekian kali”.
Marah Natasya. Natasya ni pun satu, bukannya nak pergi seminggu, sehari pun tak
sampai. Sampai gitu sekali kenapa? Siap menangis bagai. Bebel Iqram.
‘Hah..
bebel kat sayalah tu”. Tegur Natasya yang membuatkan Iqram sedikit terperanjat.
“Awak
ni kenapa? Nak saya pengsan lagi ke?”
Natasya
hanya ketawa melihat Iqram, sampai keluar air mata.
“Apa
yang kelakar sangat?” Soal Iqram.
Natasya
sudah berhenti ketawa. Dia memandang Iqram sambil tersenyum.
“Awak,
kenapa awak pengsan tadi? Awak memang lemah semangat ea? Kalaulah ada penjahat
ke apa ke mesti awak pengsan jugak kan? Sebab penjahat mana ada yang cakap baik-baik.
Semuanya kasar. Lembik!” Tawa Natasya kembali meletus.
Iqram
memandang Natasya tidak puas hati. Idea nakal sudah berada di otaknya.
“Dah
tu awak sampai menangis tadi kat mak awak tu, tak lembik namanya? Bukannya nak
pergi seminggu, sehari pun tak sampai.Hahahaha”. Sekarang tiba giliran Iqram
pula ketawa.
“Heh...
saya tak pelah saya perempuan. Dalam hati saya ada taman rama-rama. Takkan lah
dalam hati awak ada taman kunang-kunang pulak. Sentiasa bercahaya. Hehehe. Awak
lelaki. Lelaki kena kuat. Macam ni”. Natasya menunjukkan otot di tangannya.
“Awak
mana ada otot? Tangan macam kayu golf. Hahaha”. Iqram ketawa sambil memegang
perut. Nak tunjuk kelakar sangatlah tu.
Natasya
menghempuk bahu Iqram menggunakan beg tangannya. Sampai Iqram mengaduh
kesakitan.
“Aduhh.
Yang awak kuat sangat ni kenapa? Patah tau bahu saya”. Rengek Iqram.
“Awak
ni nak gi bandar ke tak nak? Kalau tak nak saya turun lah”. Natasya pura-pura
berkelakuan seperti ingin turun. Iqram gelabah.
“Okey,okey.
Kita gerak sekarang. Kuat merajuk lah awak ni”. Natasya menjawab.
“Biarlah.
Tak salah kan?” Jawab Natasya. Saja nak sakitkan hati Iqram. Nak juga Natasya tengok
Iqram marah tapi dia cool je selalu.
“Memanglah
tak salah tapi saya yang susah kena pujuk awak balik”. Balas Iqram.
“Dah
lah awak diam je, fokus pada pemanduan awak. Banyak betul mulutnya. Tak ubah
macam burung murai”. Iqram mendiamkan dirinya. Ish... dia bandingkan aku dengan
burung murai. Apa kelassss. Aku yang hensome, kacak lagi bergaya. Bebel Iqram
dalam hati.
Sampai
saja di destinasi yang ingin dituju. Iqram sibuk memilih barang-barang untuk
Natasya.
“Haih,
ni aku nak pergi sambung belajar ke dia? Yang dia lebih-lebih apasal pulak?”
Getus Natasya dalam hati.
“Ada
apa-apa awak nak beli lagi?” Tanya Iqram.
“Tak
de apa-apa dah rasanya. Semua awak dah belikan”. Balas Natasya dengan senyuman plasik
yang paling menawan.
“Erk...
maaflah saya pulak yang terlebih excited. Dah lah jom kita pergi bayar”. Iqram
menolak troli ke kaunter pembayaran.
“Semua
sekali RM 175.45”. kata cashier. Baru saja Natasya ingin membayar Iqram
terlebih dahulu menghulurkan duitnya.
“Eh,
apasal pulak awak yang bayar? Saya punya barang kan? Terima kasih sajalah. Saya
tak perlu pun. Dah-dah. Ambil balik duit awak tu”.
“Cik bagi balik duit dia. Cik ambil duit saya
ni. Nah!” Natasya menghulurkan duitnya. Tetapi Iqram tetap memaksa. Iqram
menghulurkan duitnya semula.
“Cik ambil duit saya ye?” Kata Iqram tanpa
mempedulikan Natasya. Natasya mengerutkan dahi. Pening kepala cashier tu.
Akhirnya dia mengambil duit Iqram.
“Ish, apahal awak ni? saya dah kata guna duit
saya kan tadi. awak tak nak dengar. Sibuk nak guna duit dia”. Bebel Natasya
setelah keluar dari pasar raya.
“Saya tak nak terhutang budi dengan awak. Nanti
mulalah awak ungkit bila ada masalah nanti. Biasalah, orangkan suka mengungkit”.
Sambung Natasya senada. Iqram menoleh kearah Natasya di sebelahnya sambil
tersenyum senget dan mengangkat kening sebelah kanan.
“Tapi bukan saya. Tu orang lain”. Iqram
membalas dengan senyuman yang paling menawan. Hei, mamat ni senyum macam tu
pulak. Nak goda aku lah tu. Bagi flying kick kang. Tapi memang dah tergoda pun.
Bagi flying kiss lah. Huhuhu. Gedik kau Natasya. Hihihi. Getusnya dalam hati.
Natasya tersenyum sendiri. Iqram menggelengkan kepala melihat Natasya yang
tersenyum sendiri. Tanpa disedari senyuman terukir di bibirnya.
Di dalam kereta keadaan sunyi sepi. Boleh dengar
bunyi cengkerik lagi. Kenapalah dia tak bercakap? Tanyalah apa-apa ke? Nak
pergi makan ke? Nak pergi mana ke? Tu pun nak kena diajar ke? Takkan aku pulak
nak mulakan. Memang tak lah. Kata Natasya dalam hati. Iqram memandu kereta
bukan menghala ke rumah tetapi menuju ke jalan lain. Natasya hanya mengikut
sahaja kemana Iqram mahu membawanya kerana dia yakin yang Iqram akan menjaganya
dengan baik. Iqram bukan jenis lelaki yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan.
“Ingatkan awak nak bawa saya pergi beli barang
je? Ni siap bawa pergi jalan-jalan kat taman lagi”. Ujar Natasya. Iqram hanya
tersenyum nipis.
“Aduihh mamat ni dia boleh senyum pulak, dah
lah aku ni jenis tak suka gi jalan-jalan kat tempat ramai orang.
Arghh...bencinya!!” Jerit Natasya dalam hati.
“Jom turun awak”. Ajak Iqram senada. “Awak tak
suka ke kita pergi sini?”tanya Iqram apabila Natasya masih lagi diam tidak
berkutik.
“Erm...terpaksa sukalahkan nanti tak
pasal-pasal kena balik jalan kaki. Tak ke nanya. Dah lah jauh, mahu dia
berjalan guna lutut nanti”. Jawab Natasya perlahan tetapi masih mampu didengari
dengan jelas oleh Iqram.
“Dah-dah tak payah turun, kita balik je”. Balas
Iqram senada. Natasya tersenyum senget sebelum menjerit bahagia.
“Yeay..yeay...tak payah turun, tak payah turun”.
Jerit Natasya dengan muka yang gembira sambil bertepuk tangan.
“Tak matang langsung. Tak sangka perangai awak
happy macam ni”. Jawab Iqram perlahan dengan senyuman di bibir sambil menjeling
kearah Natasya yang masih lagi gembira di sebelahnya. Serta-merta Natasya
berhenti melakukan pergerakan tersebut. Mukanya membahang kerana malu yang
diciptanya sendiri. Dia mengalihkan pandangan ke arah luar kereta.
****____****
BEBERAPA HARI SEBELUM NATASYA DAN UMAIRA
BERANGKAT KE UIA.
“Assalamualaikum,
Natasya...”
“Waalaikumussalam,siapa?”tanya
mak cik Rohaini.
“Iqram
mak cik”. Jawab Iqram dengan sopan.
“Ohh,
Iqram. Cari Natasya ye?” Iqram sekadar mengangguk dengan senyuman yang tidak
lekang di bibir.
“Natasya
tak ada. Dia pergi ke rumah Umaira. Dia kata sekejap je nak pergi, tapi ni dah
pukul 2. Dekat 5 jam dah dia pergi”. Risau jugak mak cik.
Iqram
gelisah, dalam fikirannya hanya mengatakan bahawa Natasya dalam
bahaya.HELMI!!!!
“Tak
apa lah mak cik, kalau natasya balik kata saya nak jumpa dia. Assalamualaikum
mak cik”.
“Waalaikumussalam,
nanti mak cik bagi tahu Natasya”. Iqram berlalu dari situ dan bergegas ke rumah
Umaira.
DI RUMAH UMAIRA
“Assalamualaikum
Umaira”.
“Ye
waalaikumussalam”. Balas Umaira yang sedang berjalan menghampiri pintu rumah.
Wah, Iqramlah. Handsomenya dia. Bisik hati Umaira. Hei hati kau jangan nak
menggatal ye dengan Iqram ni, biar aku seorang je yang gatal. Jangan berani
lawan tuan kau. Hehehe.
“Natasya
ada tak kat sini?” Tanya Iqram membuatkan senyuman Umaira serta-merta hilang.
“Erk...
tak delah. Dia dah lama balik. Pukul 12 tadi dia dah balik”. Jawab Umaira.
“Hah!
Pukul 12? Kenapa sampai sekarang dia belum balik rumah lagi?” Tanya Iqram.
Perjalanan dari rumah Umaira ke rumah Natasya hanya memakan masa setengah jam
sahaja.
“Hah?
Ye ke? Dia pergi mana pulak? Sepatutnya dah balik”. Tanya Umaira panik. Iqram
berdiam diri dan berfikir kemana Natasya.
“HELMI!!
Awak tahu tak dekat mana rumah Helmi?” Tanya Iqram dengan riak muka marah.
“Erm,
tahu-tahu. Umaira mengekori Iqram masuk dalam kereta untuk menunjukkan arah ke
rumah Helmi”.
Sampai
saja di rumah Helmi,mereka bergegas masuk ke rumah Helmi. Pintu yang hampir
roboh itu ditendang oleh Iqram.
“JAHANAM
kau Helmi”. Jerkah Iqram.
BUKK...
Iqram
menumbuk muka Helmi. Kau memang kurang ajar. Tumbukan di perut Halmi sudah
cukup membuatnya senak. “Kau binatang! Yang kau sakitkan Natasya ni dah kenapa?
Gila!! Kau berani dengan perempuan je, bangunlah lawan aku. PENGECUT”. Marah
Iqram.
“Maafkan
aku Iqram, maafkan aku. Aku janji tak buat lagi”. Ucap Helmi sebelum melarikan
diri.
“Iqram
tolong saya angkat Natasya, dia dah pengsan”.
“Umaira
awak pergi buka pintu kereta, biar saya yang angkat Natasya”. Iqram mencempung
Natasya diikuti Umaira dari belakang. Umaira hanya memendam rasa.
“Assalamualaikum
mak cik”. Ucap Umaira.
“Waalaikumussalam,
masuklah Umaira”. Umaira menyuruh Iqram yang mencempung Natasya tu dulu masuk
ke dalam rumah.
“Ada apa
Umaira?” Mak cik rohaini berjalan dari dapur terhenti di tengah ruang tamu
apabila terlihat tubuh Natasya di atas sofa.
“Kenapa
dengan Natasya Iqram?” Terpa mak cik Rohaini ke arah Natasya.
“Tadi dia
diculik dan hampir diperkosa oleh Helmi. Nasib baik kami cepat datang”.
Melopong mulut mak cik Rohaini mendengar jawapan daripada Iqram.
“Kurang
ajar betullah si Helmi tu. Mak cik tak sangka dia sanggup buat macam tu kat
Natasya ni”. Serak suara mak cik Rohaini membalas.
“Dah lah
mak cik semuanya dah selesai. Nasib baik tak ada apa-apa yang terjadi kat
Natasya ni. Tak di Iqram dah belasah dia cukup-cukup. Dia siap berjanji yang
dia takkan buat benda macam ni kat Natasya lagi”. Sampuk Umaira sambil mengusap
bahu mak cik Rohaini.
“Terima
kasihlah Iqram dan Umaira, kalau kamu
berdua tak ada tadi tak tahu lah mak cik apa yang akan berlaku kat Natasya ni”.
“Sama-sama
mak cik. Insya-Allah saya akan jaga Natasya sebaik mungkin selagi nyawa
dikandung badan”. Tambah Iqram.
“Kamu nak
jadi menantu mak cik ke Iqram ?” soal mak cik Rohaini tidak percaya. Umaira
sudah kaku disebelah mak cik Rohaini.
“Kalau
boleh saya nak jadi menantu mak cik. Tapi saya tak bagitahu Natasya lagi”.
Hehehe. Balas Iqram sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Tersengih macam
kerang bakar lagi tu.
“Haha,
mak cik okey je kalau Natasya okey. Tapi Iqram kena bagitahu sendirilah kat
Natasya ye”.
“Baiklah
mak cik. Nanti saya bagitahu kat Natasya”. Balas Iqram.
Natasya
sedarkan diri beberapa minit selepas Umaira dan Iqram pulang ke rumah.
“Mak, mak”.
Panggil Natasya yang sedang duduk di atas sofa.
“Ye akak,
Alhamdulillah akak dah sedar. Risau mak tadi. Mak dah tahu semuanya yang
berlaku pada akak”.
“Natasya
tak apa-apa mak. Mak jangan risau. Siapa yang bawa Natasya kat sini? Tadi kali
terakhir Natasya sedar Natasya masih lagi dirumah... “percakapan Natasya
terhenti. Tak sanggup mulutnya untuk menyebut nama lelaki itu. Lelaki kurang
ajar.
“Oh, tadi
Iqram dengan Umaira yang tolong selamatkan akak”. Sambung Mak cik Rohaini
dengan perubahan air muka Natasya.
“Diaorang
mana mak? Dah balik ke?” Mak cik Rohaini hanya mengangguk untuk soalan Natasya.
“Natasya
masuk bilik dulu ye mak, nak bersihkan diri”.
“Yelah,
pergi mandi tu bau macam kambing dah”.
“Mana
adalah mak”. Jawab Natasya sebelum memuncungkan mulutnya.
“Panjangkanlah
muncung tu, nanti boleh mak gantung baju kat situ”.
“Okey,
okey tak buat dah. Balas Natasya sebelum berlari masuk dalam bilik. Sayang
makkk”.
Iqram
dengan Umaira datang ke rumah Natasya keesokkan harinya. Umaira menumpang
Iqram.
“Natasya
awak sihat?” Tanya iqram.
“Saya
sihat. Terima kasihlah awak berdua tolong saya semalam. Kalau awak berdua tak
ada tak tahulah nasib saya macam mana”. Jawab Natasya dengan senyuman.
“Sama-sama
kasih, Alhamdulillah tak ada apa-apa”.
“Natasya
nanti kita jalan-jalan kat kampung ni nak tak?” Celah Umaira.
“Nak,
nak!! Kita berdua je ye?” Umaira hanya mengangguk sambil tersenyum.
“Saya tak
boleh ikut ke?” Soal Iqram sambil memuncungkan mulutnya.
“Tak
bolehlah awak. Ni jalan-jalan orang perempuan je. Awak perempuan ke?” Balas Natasya.
Umaira hanya ketawa.
“Heh,
saya nak baliklah”. Iqram angkat punggung.
“Mak cik
saya balik dulu ye. Ada hal kejap lagi”.
“Baiklah
Iqram, hati-hati”. Balas mak cik Rohaini.
“Awak
marah ke?” Soal Natasya apabila Iqram selangkah keluar dari pintu rumah.
“Tak ada
lah. Saya memang ada kerja pun. Tadi sengaja usik awak. Bye awak saya dah
lambat ni. Assalamualaikum!” Balas Iqram dengan senyuman yang manis. Rambut
dibetul menampakkan parut di dahi.
“Waalaikumussalam”.
Jawab Natasya dalam hati. Parut tu macam parut... Takkan dia.
****____****
“Umaira awak nak dengar cerita tak?” Soal
Natasya apabila meraka duduk di atas batu tepi sungai.
“Nak,
ceritalah”.
“Awak
ingat tak yang saya pernah cerita dekat awak pasal orang yang saya suka masa
form 1 dulu? Satu-satunya orang yang saya suka dari dulu sampai sekarang”?
“Ingat,
tapi tu dah lama. Awak masih suka dekat dia lagi ke”?
“A’ah
awak, sekarang makin kuat perasaan tu. Saya tak boleh lupakan dia. Sekarang
saya dah cintakan dia. Sepenuh hati saya”. Jawab Natasya sayu.
“Awak...
tak salah awak suka dia. Tapi awak tak tahu dia dekat mana sekarang?”
“Saya
tahu siapa dia awak. Dia ada dekat dengan saya. Saya baru tahu tadi. Saya tak
sangka itu dia. Dia baik, saya sayang dia”. Jawab Natasya. Mata sudah berair.
“Siapa
dia awak?”
“Dia...
Iqram Aizat bin Zaki. Yang selalu saya jumpa semenjak dua menjak ni. Tadi saya
ternampak parut dekat dahi dia”.
“Awak
pasti itu dia? Awak tak salah orang?” Soal Umaira tenang.
“Ye
awak, saya pasti. Mula-mula saya tahu nama dia saya dah syak. Tapi saya tak
pasti sebab saya tahu nama dia Iqram je. Tapi tadi bila saya ternampak parut tu
saya yakin awak. Dialah orang tu”. Air mata mula menitis.
“Awak
nak bagitahu dia ke?”
“Eh,
tak nak! Saya malu”.
“Awak
ni, bagitahulah je lah. Nanti terlepas pulak. Saya terambik ke. Hehee”. Usik
Umaira.
“Kalau
awak jodoh dia nak buat macam mana kan? Saya terima saja. Saya ikhlas awak”.
“Tu
bukan ikhlas mak cik. Tu awak pasrah! Awak tak berusaha dapatkan dia”. Bebel
Umaira.
Hehe,
Natasya hanya tersengih.
“Awak
cuba dapatkan dia ye. Insya-Allah kalau dia jodoh awak, kemana pun dia pergi
dia akan kembali disisi awak”.
“Insya-Allah
Umaira. Awaklah sahabat saya dunia akhirat. Terima kasih atas sokongan awak”.
“Sama-sama
awak. Sahabat until jannah!” Mereka sama-sama ketawa.
****____****
“Umaira
nanti kita jumpa dekat sana ye? Awak tunggu saya tahu. Kita daftar sama-sama.
Boleh sama bilik”.
“Okey,
saya tunggu awak”. Panggilan ditamatkan.
Iqram
memandang Natasya ditempat duduk belakang melalui cermin depan. Berpisahlah
kita lepas ni wahai Natasya. Bisik hati Iqram.
Sampai
saja di destinasi Natasya mencari Umaira. mereka daftar sama-sama. Dapat bilik
sama pulak tu. Hari sudah lewat petang, ramai ibu bapa yang sudah pulang
meninggalkan anak-anak mereka di sini.
“Akak,
mari sini kejap”. Panggil Mak cik Rohaini.
“Ye
mak, ada apa?” Tanya Natasya lembut.
“Mak
nak balik dah ni. Nanti akak duduk sini jaga diri baik-baik ye, tak de orang
nak jaga akak dah. Mak pun sekali sekala je lawat akak nanti. Jaga maruah akak
dan mak ye. Jangan buat benda yang tak elok. Sentiasa ingat Allah. Kalau akak
sedih ke, tertekan ke akak mengadu dekat Allah ye. Mak tak de dah nak pujuk dan
tenangkan akak”. Nasihat mak cik Rohaini kepada Natasya.
“Baiklah
mak. Akak sayang mak tahu. Mak jaga diri ye, jaga kesihatan. Akak tak de
sebelah mak dah. Nanti akak minta tolong Iqram tengokkan mak ye”. Balas
Natasya. Terus dipeluk maknya dengan air mata yang tiada tanda-tanda mahu
berhenti. Air mata mak cik Rohaini turut membasahi pipi tuanya. Dia sangat
sayang anaknya. Anak yang tak pernah dia tinggalkan dari kecil. Membesar depan
mata. Hari ni dia akan meninggalkan anaknya di sini untuk mengejar
cita-citanya.
“Dah
lah akak, mak balik dulu ye”. Kesian Iqram memandu malam-malam. Celah mak cik
Rohaini.
“Baiklah
mak, akak nak jumpa Iqram sekejap”. Natasya berjalan menghampiri Iqram yang
sedang leka memandangnya.
“Irqam!”
Panggil Natasya.
“Ye,
ada apa Natasya?”
“Saya
nak minta tolong dengan awak boleh?”
“Tolong
apa?”
“Tolong
jagakan mak saya selama saya tiada disisinya. Boleh?” Tanya Natasya lembut.
“Insya-Allah
saya akan jaga mak awak. Saya pun akan merindui awak. Saya sayang awak Natasya”.
Ujar Iqram tanpa sedar.
“Awak cakap apa Iqram?"
“Tak
ada apa-apa. Saya akan jaga mak awak sebaik mungkin”.
“Terima
kasih awak”. Ucap Natasya dengan senyuman yang paling manis.
“Saya
pergi dekat mak saya ye”. Baru selangkah Natasya melangkah, Iqram memanggilnya
semula.
“Natasya!”
Natasya berpaling.
“Saya
akan merindui awak, saya sayang dan cintakan awak sepenuh hati saya. Terima
saya sebagai pelindung awak? Saya akan jaga awak seperti mana saya jaga diri
saya. Terima saya sebagai seseorang yang halal buat awak? Kalau awak terima
awak pilihlah cincin ni dan kalau awak tak terima awak pilihlah bunga ros ni”.
Soal Iqram sambil berlutut dan menghulurkan cincin dan bunga ros.
Natasya
hanya diam dan tersenyum. Tangannya memilih bunga ros. Semua orang terkejut.
Iqram tertunduk.
“Insya-Allah
saya terima awak kerana Allah. Saya tak perlu cincin awak. Saya hanya perlu
cinta awak. Saya akan jaga bunga ni baik-baik. Awak simpan cincin tu untuk saya
bila saya jadi yang halal buat awak ye. Awak tak patut beri apa-apa kepada orang yang bukan milik awak sepenuhnya. Kita
hanya merancang, hanya Allah yang menentukan sama ada kita bersama atau pun
tidak. Kalau awak bagi saya cincin tu tetapi kita tak di takdirkan bersama awak
akan rugi kan? Cincin tu mahal. Jangan membazir ok?” Balas Natasya tenang
dengan senyuman. Semua orang yang menonton drama itu bertepuk tangan.
“Terima
kasih Natasya. Saya akan bagi cincin ni dekat awak nanti ye. Jangan cari orang
lain pulak dekat sini”. Ucap Iqram bersama arahan. Bibirnya tersenyum lebar.
“Haha,
baiklah awak. Saya akan tutup hati saya untuk orang lain okey? Saya buka untuk
awak seorang je”. Natasya tergelak kecil.
Iqram
tersenyum. Natasya salam maknya dan mak Umaira. Ucapan selamat tinggal
diberikan untuk semua. Semua bergerak ke kereta masing-masing.
“Selamat
tinggal mak, nanti kita jumpa lagi ye?”
“Baiklah
akak”. Balas mak cik Rohaini.
“Dekat
saya tak nak ucap ke?” Soal Iqram dengan senyum nakal.
“Tak
nak!!”
“Tak
apalah, saya tahu siapa saya. Saya akan merindui awak. Ingat pesan saya tadi”.
Balas Iqram dengan senyuman manis.
“Baik bos
besar!!!” Mereka gelak bersama.
“Selamat
tinggal awak”. Ucap Natasya sayu.
“Selamat
tinggal, jaga diri baik-baik. Rindukan saya ye”. Gurau Iqram. Bibir melukiskan
senyuman tetapi hati merintih sedih. Kereta bergerak meninggalkan Natasya
disitu. Natasya menghantar dengan pandangan mata. Deras air matanya menitik.
Cuba dihentikan tetapi tidak berjaya. Minta tolong Umaira pujuk. Dikerlingnya
sebelah, Umaira menangis lebih teruk dari Natasya. Habis muka dibasahi air
mata. Kena pujuk diri sendirilah ni. Huhu.
****____****
Pejam celik-pejam celik Natasya dengan Umaira sudah tamat asasi di
UIA. Hubungan Natasya dengan Iqram semakin baik. Diaorang dah buat perancangan
selepas Natasya tamat belajar, diaorang akan melangsungkan perkahwinan beberapa
bulan selepas itu.
“Assalamualaikum
Natasya”.
“Waalaikumussalam
Iqram, ada apa awak datang ni?”
“Salah
ke saya datang rumah bakal isteri saya sendiri?”
“Haha,
tak salah pun. Naiklah, mak ada dekat dapur tu”. Pelawa Natasya.
“Eh,
tak apelah. Saya nak ajak awak pergi butik pengantin cari baju nikah kita. Nak
tak?”
“Boleh
je. Sekejap ye saya tukar baju”.
“Okey”.
Tersenyum lebar Iqram.
DI BUTIK
PENGANTIN.
:Awak
nak baju warna apa?” Soal Iqram.
“Erm,
saya ikut awaklah. Awak pilih aje warna apa-apa pun. Yang penting sesuai dengan
kita berdua. Saya pakainya warna yang awak pilih tu”. Balas Natasya dengan
senyuman nakal.
“Awak
tak pakailah, nanti awak nikah sorang-sorang”. Balas Iqram sambil menjelirkan
lidah kepada Natasya. Muka sengaja dimasamkan.
“Haha,
saya main-main aje lah awak. Senyumlah sikit”. Pujuk Natasya.
“Ha,
tahu takut”. Balas Iqram mengada. Natasya hanya tersenyum melihat telatah
Iqram.
“Okey
baju nikah awak pilih, baju bersanding saya pilih. Okey?” Soal Iqram.
“Okey
aja sih!” Balas Natasya sambil mengenyitkan mata kanannya.
“Awak
jangan buat macam tu. Geram saya menengoknya. Tunggu lagi sebulan ye”. Usik
Iqram. Natasya hanya diamkan diri kerana malu dengan perlakuan yang tak
disengajakan tadi.
****___****
Barang hantaran semua sudah siap. Baju nikah
dengan sanding dah siap juga. Baju nikah warna putih. Baju sanding warna biru
putih. Tema pun warna biru putih. Sejuk mata memandang.
“Akak
mari sini kejap”. Panggil mak cik Rohaini.
“Lagi
2 hari akak nak jadi isteri Iqram. Akak jadi isteri dan bakal ibu yang solehah
ye”.
“Baiklah
mak, akak cuba sebaik mungkin”.
“Kenapa
muka akak pucat hari ni? Akak tak sihat ke?”
“Eh,
mana ada mak. Mungkin akak berdebar kot. Tak lama dah kan. Hihi”. Balas
Natasya. Tapi akak ada rasa semacam hari ni. Sambung Natasya dalam hati.
“Ye
lah akak. Akak jangan fikir sangat. Nanti akak sakit pula”.
“Baiklah
mak ku sayanggg”.
“Main-main
akak ye”. Mak cik Rohaini pura-pura marah dan ingin berlalu ke dapur. Tiba-tiba
terdengar suara natasya menjerit kesakitan.
“Mak,
tolong!! Sakit sangat mak. Sakit sangat”. Kata Natasya sambil memegang dadanya.
“Ya
Allah, kenapa ni Natasya”. Tanya mak cik Rohaini risau. Beberapa orang mak
cik yang membantu persiapan majlis nikah
Natasya menghampiri dua beranak itu. Dunia Natasya menjadi gelap. Natasya
pengsan!
****____****
“Ya
Allah, sakitnya”. Ucap Natasya sebaik saja sedar dari pengsan. Mak cik Rohaini
menerpa ke arah Natasya yang berbaring di katil hospital.
“Akak
rasa macam mana sekarang? Sakit kuat lagi?” Tanya mak cik Rohaini dengan suara
yang serak. Matanya pun bengkak akibat menangis terlalu lama.
“Sakit
mak, dekat bahagian dada ni. Akak dekat hospital ye mak?”
“Ye
sayang, akak tak sihat sikit”.
“Akak sakit apa mak?”
“Tak ada
apa-apa yang teruk pun. Akak akan sihat”.
“Mak
tipukan? Kalau tak teruk kenapa mak menangis sampai macam ni sekali?”
“Mak
risaukan akak je”.
“Mak
tipu! Mak tipu!”
“Bagitahu
saja lah dekat Natasya, Rohaini. Dia perlu tahu keadaan diri dia”. Sampuk mak
Umaira lembut.
Mak cik
Rohaini mengeluh kuat.
“Kalau
mak bagitahu ni akak kena kuat ye”.
“Baiklah
mak, akak cuba”.
“Sebenarnya
akak sakit kanser hati”. Air mata menitis lagi di pipi mak cik Rohaini semasa
menuturkan kata-kata itu.
“Betul ke
mak?” Tanya Natasya dengan linangan air mata.
“Betul
akak, akak kena kuat ye”.
“Tahap
berapa mak?”
“Erk,
tahap ti..tiga!”
“Ya
Allah!” Mutiara jernih jatuh di pipinya.
“Sabar
awak, sabar”. Pujuk Umaira. Tubuh Natasya dipeluknya.
“Saya
perlukan masa. Tolong tinggalkan saya seorang diri”. Ucap Natasya teresak-esak.
“Tapi
Natasya awak perlukan teman”. Celah Iqram.
“Tak!
Tolong tinggalkan saya seorang diri. Saya merayu sangat-sangat. Tolonglah!”
“Baiklah
kalau itu yang awak nak”. Balas Iqram sayu.
Semua
orang berjalan keluar dari bilik Natasya. Tinggallah Natasya seorang diri.
“Ya
Allah, kenapa semua ni terjadi kepada diri aku. Aku tak kuat. Aku lemah!
LEMAH!! Lagi dua hari pernikahan aku dengan Iqram. Tu hari bahagia buat aku.
Tapi aku sedar sekarang yang bahagia bukan milik aku. Aku takkan dapat menikah
dengan Iqram. Seorang hamba Allah yang sangat aku cintai. Biarlah aku tidak
dapat bersamanya, sekurang-kurangnya aku tahu bahawa dirinya juga mencintai
aku. Mungkin jodoh aku dengan dia
tiada. Andai ini takdirMu buat ku. Aku
terima dengan sepenuh hati”.
****____****
Malam itu semua orang menjenguk Natasya.
Natasya hanya mampu tersenyum nipis.
“Mak
boleh tak akak nak bercakap dengan Umaira dan Iqram. Bertiga sahaja”. Soal
Natasya lembut.
“Boleh
akak”. Sekejap mak panggilkan.
“Iqram,
Umaira,” Natasya nak bercakap dengan kamu berdua.
“Baiklah
mak cik”. Jawab mereka serentak. Mereka berjalan masuk ke dalam bilik Natasya.
“Ada apa
Natasya?” Soal Umaira lembut.
“Umaira,
Iqram awak nak tak tunaikan permintaan terakhir buat saya? Saya dapat rasakan
yang hidup saya tak lama”.
“Saya
akan buat apa sahaja untuk awak Natasya”. Jawab Iqram.
“Saya pun”.
Balas Umaira. Natasya hanya tersenyum nipis.
“Saya nak
awak berdua menikah. Umaira akan gantikan tempat saya di samping awak Iqram.
Boleh?” Kedua-dua mereka terkejut.
“Kenapa
awak buat saya macam ni”. Soal Iqram.
“Kerana
saya yakin sangat yang Umaira dapat menjaga awak dengan baik”.
“Argh...”
Iqram meraup muka dan rambutnya.
“Awak
cakap akan lakukan apa sahaja buat saya”.
“Tapi
bukan benda yang tak masuk akal ni”. Tengking Iqram. Kali pertama Iqram
meninggikan suaranya.
“Iqram
sabar, Natasya tengah sakit ni”. Celah Umaira.
“Biarlah
dia nak marah saya, saya pun hidup tak lama dah. Esok lusa saya mati lah”.
Balas Natasya sayu.
“Awak!”
Marah Umaira dengan Iqram serentak. Natasya hanya tersenyum nipis.
“Awak
berdua kakwin ye? Tu saja permintaan saya”.
Lama
Iqram berfikir, Umaira hanya mengikut saja keputusan Iqram.
“Baiklah!
Saya akan penuhi permintaan awak. Esok saya dengan Umaira akan berkahwin”.
Iqram bersuara setelah lama mendiam diri.
Natasya tersenyum,
Umaira terdiam lalu menganggukkan kepala.
“Terima
kasih awak berdua”.
“Saya
buat ni untuk awak Natasya. Hanya sebab awak”. Ucap Iqram sambil berjalan
menghampiri Natasya.
“Terima
kasih Iqram. Cinta memerlukan dua hati. Tapi hati saya dah rosak. Tak sempurna
cinta kita dengan hati saya ni. Kita takkan mungkin bersatu di dunia ni, tapi
kita akan bersatu di alam lain. Saya akan tunggu awak di alam sana”. Ucap
Natasya kepada Iqram. Iqram menangis tak berlagu di tepi Natasya.
“Umaira
nanti awak jaga Iqram baik-baik ye”. Ucap Natasya.
“Insya-Allah
awak, insya-Allah”.
“Iqram,
awak nak tahu tak yang saya ada suka seorang hamba Allah ni dari tingkatan satu
lagi sampai sekarang ni”. Kata Natasya.
“Siapa?”
Tanya Iqram dengan muka yang masam.
“Awaklah
siapa lagi”. Sampuk umaira. Natasya dengan Umaira ketawa.
“Betul
ke?” Soal Iqram tak percaya.
“Betullah,
si Natasya ni dari dulu lagi dah suka dekat awak. Beruntung awak”. Jawab
Umaira. Natasya dah blushing di atas katil tu.
“Kenapalah
kita tak dapat bersatukan Natasya?” Soal Iqram.
“Inilah
ketentuan Allah awak. Kita kena ikhlas menerimanya”. Hatinya sayu.
****____****
Keesokkan harinya. Iqram dengan Umaira akan
bernikah di hospital atas arahan Iqram. Natasya tak dapat bergerak. Badan dia
terlalu lemah. Tok imam dah sampai untuk menikahkan Iqram dengan Umaira.
“Ya
Allah, kau kuatkan lah hati aku. Ikhlaskan aku dengan semua yang terjadi ni.
Aku ikhlas tapi kenapa aku menangis? Sebab kau cinta mati dekat Iqram”. Jawab
hati Natasya.
“Iqram
Aizat bin Zaki?”
“Saya”.
“Aku
nikahkan dikau dengan Wafa Umaira binti Rashid dengan mas kahwin RM 222 tunai”.
“Aku
terima nikahnya Wafa Umaira binti Rashid dengan mas kahwin RM 222 tunai...”
“Sah?”
“Sah”.
Air
mata Umaira menitis. Kini statusnya sudah berubah kepada seorang isteri.
Seorang isteri kepada lelaki yang amat sahabatnya cintai.
Ya
Allah, kuatkan aku. Aku boleh terima semua ni. Aku berharap keputusan yang aku
buat tidak salah dengan menyuruh mereka berdua menikah. Aku berharap sangat.
Selamat
pengantin baru, semoga bahagia hingga anak cucu. Ucap Natasya kepada Umaira dan
Iqram. Muka Umaira tenang, tetapi kenapa muka Iqram masam? Dia tak suka ke? Aku
berharap kau terima dia seadanya Iqram. Manusia tiada yang sempurna. Kata hati
Natasya.
“Terima
kasih Natasya. Tetapi sepatutnya awak yang berada di sini bukan saya”. Balas
Umaira.
“Tak
apa, insya-Allah saya ikhlas. Doakan yang terbaik untuk saya ye”.
BEBERAPA HARI KEMUDIAN
“Akak, mak dah jumpa penderma hati untuk akak.
Syukur ada orang nak bantu kita”.
“Mak,
maafkan akak. Akak selalu menyusahkan mak”. Ucap Natasya sebak.
“Tak
ada lah akak, kita kena terima dugaan yang Allah bagi ni dengan hati yang
terbuka”.
“Terima
kasih mak, akak sayang mak”.
Natasya selamat menjalani pembedahan. Ianya
mengambil masa selama tiga jam. Natasya perlu berehat beberapa bulan untuk
menyesuaikan diri dengan hati yang baru. Alhamdulillah, hati baru itu sesuai dengan
diri Natasya. Kini, barulah Iqram dengan Umaira dapat berjumpa dengan Natasya.
Mak cik Rohaini tidak membenarkan sesiapa pun melawat Natasya selama beberapa
bulan. Dia ingin Natasya berehat tanpa gangguan sesiapa pun.
“Natasya
awak dah sihat sepenuhnya?” Soal Umaira.
“Alhamdulillah,
saya sudah sihat”.
“Baguslah
macam tu. Bila kita boleh bersatu?” Soal Iqram tiba-tiba. Dirinya kelihatan
tidak terurus. Natasya gelabah.
“Erk,
saya tak fikir lagi pasal tu Iqram. Maaf ye”.
“Kenapa?
Awak tak nak bersama dengan saya ke? Awak kata awak nak jadi yang halal buat
saya kan?” Soal Iqram. Natasya hanya tersenyum nipis.
“Saya
dah berjanji dengan diri saya, saya takkan buat keputusan yang salah dalam
hidup saya. Saya minta maaf. Mungkin kita tak ditakdirkan untuk bersama di
dunia ini. Awak dah ada Umaira sebagai isteri awak yang sah. Terima dia
seadanya dia. Awak dah berjanji dengan saya kan?” Jawab Natasya tenang.
Iqram
terdiam. “Tapi saya sayang awak Natasya, sayang sangat-sangat”. Iqram menjawab
perlahan. Tetapi boleh didengari oleh Umaira. Hati Umaira menangis sedih. Saya tahu saya bukan orang yang awak cinta,
tetapi tolong jangan cakap macam tu depan saya. Saya ada perasaan. Saya isteri
awak Iqram, isteri awak yang sah! Walaupun Natasya amat mencintai awak dan
Natasya adalah sahabat saya dunia akhirat, tetapi saya sebagai manusia biasa
yang ada hati tidak terlepas untuk mencintai suami saya sendiri. Walaupun saya
dah cuba menghalang diri saya untuk tidak mencintai awak tetapi semua tu tidak
menjadi. Cinta saya kepada awak adalah cinta seorang isteri kepada suaminya
Iqram. Kata hati Umaira. Iqram keluar dari bilik Natasya dengan hati yang luka.
“Bersabar
Umaira, suatu hari nanti hati Iqram akan terbuka untuk awak”. Ucap Natasya.
“Tapi
dia hanya mencintai awak”.
“Awak
percaya dengan kuasa Allah kan?” Umaira mengangguk.
“Kalau
awak percaya, awak jangan pelik suatu hari nanti Iqram dapat melupakan saya dan
terima awak seadanya”. Sambung Natasya.
“Baiklah
awak”. Balas Umaira.
“Walau
apa pun yang terjadi kita tetap sahabat until Jannah”. Natasya dan Umaira
berpelukan.
“Tetapi
saya silap kahwin dengan Iqram. Sepatutnya saya tunggu awak dulu”.
“Tak
awak, awak tak salah. Saya yang suruh awak kahwin dengan Iqram kan? Dah lah,
jangan salahkan diri sendiri”.
****_____****
Iqram termenung di tasik berdekatan rumah
Natasya. Dia ke sini untuk tenangkan diri.
Ya
Allah, bantulah aku untuk membuat pilihan yang terbaik. Natasya ataupun Umaira
yang aku patut pilih ya Allah. Natasya seorang gadis yang sangat aku cintai dan
Umaira isteri aku yang aku anggap sebagai kawan. Takkan aku nak ceraikan Umaira
untuk bersama dengan Natasya? Natasya takkan terima aku. Mungkin aku akan
dibenci sebab mungkiri janji. Umaira isteri aku yang sah yang patut aku cintai.
Yang mana patut aku pilih? Rintih hati Iqram.
“Arghhh,
aku buntu, BUNTU!!!” Jerit Iqram. Iqram cuba tenangkan diri.
“Aku
perlu buat solat istikarah. Di situ aku akan dapat petunjuknya”. Telefon dicari
untuk menelefon Umaira.
“Assalamualaikum
Umaira,” ucap Iqram setelah talian bersambung.
“Waalaikumussalam
abang, ada apa?” Soal Umaira lembut. Dia panggil Iqram abang selepas dia sah
menjadi isteri Iqram.
“Hari
ni abang nak minta Umaira tumpang rumah Natasya. Abang ada kerja nak buat. Tiga
hari lagi abang datang ambik Umaira. Boleh?”
“Boleh.
Tapi abang ada kerja apa?”
“Adalah,
kerja ni penting sangat”.
“Okey
abang, Umaira tunggu abang tiga hari lagi”.
“Okey,
assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam”.
Panggilan dimatikan. Dia gelarkan diri dia abang. Umaiara senyum sendiri.
“Ada apa
senyum sorang-sorang ni?” Soal Natasya yang baru datang dari dapur.
“Eh,
Natasya. Tak ada apa-apa. Natasya hari ni saya nak tumpang rumah awak boleh?
Selama tiga hari. Abang Iqram ada kerja nak buat katanya. Tiga hari lagi dia
datang ambik saya”. Tanya Umaira.
“Boleh,
duduklah sini. Boleh kita berborak sampai pagi. Huhu!”
****____****
Tiga hari telah berlalu, Umaira menanti
kedatangan Iqram di pintu rumah Natasya. Kereta milik Iqram meluncur laju masuk
halaman rumah Natasya.
“Abang!!”
Umaira mendapatkan suaminya di kereta. Senyuman manis dilemparkan kepada
Umaira.
“Assalamualaikum
sayang”. Ucap Iqram.
“Erk,
waalaikumussalam”. Jawab Umaira sambil garu kepala yang berlapik tudung. Muka
dah merah menahan malu.
“Jom
kita masuk jumpa Natasya dan mak cik Rohaini sekejap. Lepastu kita balik rumah
kita”. Ajak Iqram.
“Okey”.
Jawab Umaira. Kenapa dengan laki aku ni? Kena sampuk hantu apa pagi-pagi ni?
Baik semacam je.
Hish
kau ni Umaira... laki kau baik kau pelik. Ke kau nak laki kau yang dulu balik?
Yang muka tegang selalu tu? Soal hati Umaira.
“Tak
nak, tak nak!” Jawab Umaira kuat.
“Apa
yang tak nak sayang?” Soal Iqram pelik.
“Tak
ada apa-apa”. Jawab Umaira dengan sengihan sambil buat tanda peace.
****____****
“Assalamualaikum”.
Ucap Iqram.
“Waalaikumussalam,
masuklah”. Jawab Natasya.
“Eh
Iqram, bila sampai?" Soal Natasya.
“Baru je”.
“Berseri nampak”.
Usik Natasya.
“Tak ada
apa-apa lah. Biasa je. Saya datang ni nak bawa Umaira balik. Dan saya nak cakap
yang saya akan terima Umaira seadanya dia”. Balas Iqram dengan senyuman.
“Macam
mana awak boleh tergerak hati nak pilih saya bukan Natasya? sampuk Umaira
gembira. Umaira janganlah tanya depan saya. Hati saya sakit.
“Selama
saya tinggalkan awak di sini, saya buat solat istikarah. Dan awak yang selalu
muncul dalam mimpi saya. Bukan Natasya”. Jawab Iqram lembut. Ya Allah Iqram.
Secepat tu awak boleh lupakan saya. Tapi bukan salah awak pun, salah saya
sendiri. Rintih hati Natasya.
“Baguslah
Iqram. Keputusan yang awak buat adalah keputusan yang tepat. Jaga Umaira
baik-baik. Umaira kalau Iqram buli awak, awak bagitahu saya ye. Tahulah saya
ajarkan dia”. Ucap Natasya. Saya masih cintakan awak Iqram. Cinta
sangat-sangat.
“Baiklah
awak”. Jelas terpancar di muka Umaira yang dia sangat gembira. Natasya tahu
yang Umaira menyimpan perasaan cinta terhadap Iqram sebelum Umaira tahu yang
Iqram adalah orang yang dia cintai dari tingkatan satu.
****____****
SEBULAN KEMUDIAN
“Abang
ada surat dari Natasya lah”. Ucap Umaira gembira.
“Ye?
Bacalah kuat sikit abang nak dengar sekali”.
Kepada sahabatku Umaira, dan Iqram. Bacanya awak berdua surat ini
bermakna saya sudah tiada di kampung ini lagi. Saya dengan mak saya sudah
berangkat ke Pahang atas urusan yang penting. Saya minta maaf saya lambat
khabarkan berita ini kepada awak berdua. Saya pun baru tahu berita ini dua hari
lepas. Saya sibuk sangat. Terkejar-kejar saya dibuatnya. Nak kena beli tiket
baslah. Itulah inilah. Erm… Ni semua dugaan. Awak berdua, saya berharap agar
perkahwinan awak berdua kekal hingga ke syurga. Insya-Allah nanti saya kahwin
saya jemput awak berdua ye. Awak berdua jangan fikirkan pasal saya di sini.
Pandai-pandailah saya jaga diri sendiri. Sayakan kuat. Hehe! Awak berdua doakan
yang terbaik untuk saya ye. Jaga diri awak berdua. Semoga kita berjumpa lagi.
Sampai sini je saya dapat tulis, ni pun saya tulis masa nak pergi sangat dah.
Sebab tu tulisan buruk ni. Nak cepat! Assalamualaikum awak berdua... – dari
Natasya sahabatmu-
“Abang,
Natasya pergi sebab saya ke?” Soal Umaira sedih.
“Tak
ada lah. Kan dia kata ada urusan penting kan. Nanti kita berjumpa baliklah.
Jangan risau ye”. Pujuk Iqram. Iqram cuba sedaya upaya untuk mencintai Umaira
dan dia berjaya! Dan dia masih mencintai Natasya, cinta pertama dan terakhir
dia.
****____****
2 hari
kemudian.
Urusan Natasya sudah selesai. Dia perlu
menguruskan hal untuk sambung belajar di UIA, Indera Mahkota. Kini dia
berseorangan akan sambung ijazah, bukan bersama Umaira lagi. Itu pun dia tidak
khabarkan kepada Umaira. Dia teringatkan Iqram pula. Masa bersama Iqram.
“Akak,
termenung nampak?” Soal mak cik Rohaini.
“Mana
ada mak. Pikir masa depan je”. Jawab Natasya. Masa depanlah sangat! Padahal
masa lalu!
“Ohh...”sepatah
mak cik Rohaini balas. Mak tahu Natasya teringatkan Iqram. Tapi mak tak nak
ungkit benda tu lagi. Nanti Natasya yang sakit hati. Sambung mak cik Rohaini
dalam hati.
“Mak!!!
Sakit!!!! Tolong mak!” Jerit Natasya lalu rebah. Panik mak cik Rohaini melihat
keadaan anaknya. Pantas dia ambil telefon Natasya untuk menghubungi ambulans.
****____****
“Puan
ahli keluarga Cik Natasya Sufiyyah ke?” Soal doktor lelaki yang berumur itu.
“Ye, saya
mak dia. Kenapa doktor? Apa yang berlaku pada anak saya?” Soal mak cik Rohaini
kalut.
“Sabar
Puan. Hati anak Puan mengalami komplikasi dalaman. Kita kena cari penderma hati
yang lain untuk anak Puan”.
“Tapi
hari tu dia baik-baik saja. Doktor dulu pun kata yang hati ni sesuai dengan
dia. Tapi kenapa sekarang ada komplikasi pula doktor? Soal mak cik Rohaini.
Hati ni
mula-mula sesuai dengan anak puan, tetapi lama-lama ada komplikasi yang
berlaku. Perkara seperti ini sering terjadi kepada pesakit barah hati yang lain
puan”.
“Baiklah doktor”.
Ucap mak cik Rohaini sebak.
“Puan,
pihak hospital akan cuba bantu mencari penderma hati lain untuk anak puan”.
“Terima
kasih doktor. Doktor cuba selamatkan anak saya ye”.
“Baiklah,
kami akan cuba sebaik mungkin”.
Natasya yang berada di belakang pintu wad
mencuri dengar perbualan itu. Air matanya menitis laju. Satu-satu masalah
datang kepadanya. Dia harus terima dengan ikhlas.
“Akak!”
Mak cik Rohaini terperanjat melihat Natasya yang terduduk di belakang pintu
wad.
“Akak
dengar doktor cakap apa dekat mak tadi?” Soal mak cik rohaini sayu. Natasya
hanya mengangguk. Air mata mengalir deras. Mak cik Rohaini peluk Natasya erat.
“Sabar
akak, sabar! Ni semua dugaan. Nanti mak bagitahu dekat Iqram dengan Umaira ye”.
“Tak
payah mak, tak payah. Biar Natasya yang tanggung semua ni. Biarlah diaorang
bahagia bersama”. Serak suara Natasya membalas. Mak cik Rohaini hanya
mendiamkan diri. Lama baru dia mengangguk.
****____****
“Mak,
maafkan salah silap akak ye? Akak banyak buat salah dengan mak. Halalkan setiap
titik susu yang mak bagi dekat akak ye? Akak rasa tak sedap hati dengan
pembedahan kali ni. Akak takut. Kalau akak tak dapat diselamatkan, mak terima
ye. Mak jangan menangis tahu. Mak ikhlaskan pemergian akak ye. Nanti akak
terseksa dekat sana”. Ucap akak sebak. Air mata ingin menitis.
“Jangan
cakap macam tu akak. Kita berserah dekat Allah. Semoga akak selamat. Sekejap
lagi akak akan dibedah. Akak kena kuat tahu”.
“Insya-Allah
mak”.
“Akak
mak nak ke tandas sekejap. Akak tunggu kejap ye?”
“Baiklah
mak. Pergilah”.
Tiga minit sampailah mak cik Rohaini di tandas.
Telefon Natasya dikeluarkan dalam poket baju kurung. Nombor Iqram di cari dalam
contact. Setelah jumpa didailnya nombor itu.
Maafkan
mak, akak. Mak terpaksa bagitahu Iqram dengan Umaira. Mak takut ini kali
terakhir diaorang jumpa akak. Mak pun tak sedap hati dengan pembedahan kali
ini. Apa pun yang terjadi mak terima akak.
Panggilan bersambung. Beberapa saat panggilan
di jawab.
“Assalamualaikum
Natasya”. Ucap Iqram.
“Waalaikumussalam,
Iqram ni mak cik bukan Natasya. Mak cik telefon nak bagitahu yang Natasya akan
buat pembedahan kali kedua untuk masalah hati dia dua jam dari sekarang. Hati
baru dia ada komplikasi dalaman. Pembedahan harus dibuat segera”.
“Ya
Allah! Kenapa baru bagitahu sekarang mak cik?” Tanya Iqram.
“Natasya
tak bagi mak cik bagitahu korang. Dia tak nak korang risau”.
“Tak
apalah mak cik. Saya datang sana sekarang!”
“Dekat
hospital HTAA, Kuantan”.
“Baik
mak cik”. Laju Iqram membalas.
****____****
“Mak,
akak takut”. Ucap Natasya.
“Sabar
akak, selawat banyak-banyak”.
Natasya
tersenyum. Mungkin ni kali terakhir dia dapat senyum kepada maknya. Mata
Natasya berair. Iqram aku tak kan pernah putus berdoa dan berharap yang kita
akan bersatu di alam sana.
“Apalah
kau ni Natasya, nak masuk bilik pembedahan pun masih teringatkan Iqram?” Soal
hati Natasya.
“Memanglah
aku ingat. Dia cinta pertama dan terakhir aku”. Balas Natasya dalam hati. Hati
terdiam.
****____****
Natasya dibawa masuk ke bilik pembedahan. Mak
cik Rohaini tak putus-putus berdoa kepada Allah supaya Natasya akan selamat.
Dua jam kemudian, Iqram, Umaira,pak cik Zaki
dan ibu bapa Umaira tiba di hospital.
“Mak
cik”. Sapa Umaira. Tangan mak cik Rohaini disalam.
“Natasya
mana mak cik?” Soal Iqram.
“Dalam
bilik bedah. Dah lama tapi tak selesai lagi”. Jawab mak cik Rohaini sebak.
“Sabar
Rohaini, doktor tengah berusaha tu”. Pujuk mak cik Zainab sambil peluk tubuh
mak cik Rohaini.
Mereka
semua tak putus berdoa dan ada yang pergi ke surau.
****____****
Satu jam
setengah kemudian, doktor keluar dari bilik pembedahan. Semua orang pergi
mendapatkan doktor.
“Macam
mana dengan anak saya doktor?” Soal mak cik Rohaini.
“Maaf,
pihak kami telah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anak Puan. Tetapi Allah
lebih sayangkan dia. Pembedahan kali ini tidak Berjaya”. Ucap doktor itu lalu
pergi.
“Akak!”
Ucap mak cik Rohaini perlahan. Dia takkan menangis sebab Natasya tak bagi dia
menangis.
“Sabar”.
Ucap ayah Umaira.
“Tak apa.
Saya terima kepergian dia. Dia tak bagi saya menangis kalau pembedahan ni tak
berjaya, nanti dia tak tenang di sana. Jadi saya takkan menangis. Kamu semua
janganlah menangis”. Jawab mak cik Rohaini.
Umaira
menangis dalam pelukan Iqram. Satu-satunya sahabat dia telah pergi menghadap Ilahi.
Semoga awak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
‘Saya
sayang awak Natasya, sayang sangat-sangat. Tenanglah awak di sana.’ Ucap Iqram
dalam hati.
****____****
Pengebumian jenazah Natasya berjalan lancar.
Jenazah Natasya dikebumikan di kampung mereka. Semua orang pulang ke rumah
masing-masing.
“Mak
akan selalu menyayangi akak. Mak takkan lupakan akak sesaat pun. Tenanglah akak
disana.” Ucap mak cik Rohaini sebelum melangkah pulang.
‘Saya
tahu awak berharap kita akan bersatu di alam sana. Saya pun sama Natasya,
semoga kita dapat berjumpa di alam sana. Sekarang saya ada Umaira sebagai
isteri saya, tetapi awak masih mempunyai tempat di hati saya. Saya takkan
pernah lupakan awak. Saya akan selalu menziarahi kubur awak Natasya.’ Ucap
Iqram dalam hati sambil memandang sepi kubur Natasya lalu melangkah pergi.
*** TAMAT***
Ulasan
Catat Ulasan