cerpen aku isterimu Edrie Rayyan
AKU ISTERIMU EDRIE RAYYAN
Hampir setahun
perkahwinan Edrie dan Dania, barulah Dania dapat bekerja setelah berkurun lama
memujuk sang suami untuk membenarkannya. Hari pertama bekerja sangat
menyenangkan hati, kerana rakan-rakan sekerjanya sangat ramah dan baik hati, serta
banyaka memberikan tunjuk ajar kepadanya. Dania berjanji akan membahagikan masa
sebaiknya buat suami dan kerjanya.
Sebulan
kemudian, Dania bersama empat orang rakannya iaitu Alia, Zalia, Remy dan Haziq
pergi lunch bersama-sama di sebuah restoran yang berhampiran dengan pejabatnya.
Yang hanya perlu berjalan kaki untuk pergi ke sana. Semasa melintas jalan,
Zalia, Alia dan Remy sudah melintas jalan dan menunggu Dania dan Haziq
melintas. Dania mula melintas, dan tanpa dia sedari, sebuah lori hampir
melanggarnya. Mujur saja tangannya sempat ditarik oleh Haziq yang berada di belakangnya.
Dia terjatuh dan sikunya berdarah kerana terkena jalan raya, Haziq di sebelah
membantu Dania bangun. Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang melihat
adegan itu. Hatinya diburu rasa marah dan cemburu.
Setelah tamat waktu bekerja, Dania pulang ke rumah.
Dilihat kereta Edrie elok terparking di halaman rumah. ‘Awal pula suami aku
balik hari ni. Biasanya selepas pukul 6 petang baru dia balik’. Bisik hati
Dania. Dia berjalan menghampiri pintu utama.
“Assalamualaikum abang”. Ucap Dania apabila pintu utama
dibuka. Pintu ditutup, apabila salamnya tidak dibalas dia pusing kebelakang
untuk mencari suaminya.
Pang!!!
Kepalanya terteleng ke
kanan. Terasa perit di pipi dan panas bibirnya akibat tamparan yang diberikan
oleh Edrie. Matanya mula bergenang.
“Kenapa tampar Dania, abang?” soal Dania perlahan sambil
memandang suaminya.
“Kau tanya aku kenapa aku tampar kau? Kalau ikutkan hati
aku, tampar saja tak cukup kau tahu untuk perempuan macam kau!” balas Edrie
kasar.
“Apa salah Dania? Cakaplah abang”. Soal Dania sambil
memegang tangan Edrie.
“Salah kau apa? Salah kau sebab menggatal dengan lelaki
lain! Yang kau pergi peluk jantan tu kenapa? Dekat tengah jalan pula tu. Dah
tak tahu malu ke? Ke kau dah lupa yang kau ni isteri aku!” Edrie menjawab
bengang. Ditepis tangan Dania kasar.
“Tapi Dania...” belum sempat Dania ingin membalas. Edrie
sudah menyampuk.
“Kau tak payah nak bagi alasan. Aku nampak dengan mata kepala
aku sendiri kau peluk jantan tu. Kenapalah aku kahwin dengan perempuan macam
kau? Tak tahu malu ke? Kenapa murah sangat harga diri kau ni?! Semua jantan kau
nak!” Edrie semakin berang. Dania hanya mampu diam menahan air mata dari
menitis.
“Dania ada maruah abang!”. Balas Dania sedikit tinggi.
“Perempuan macam kau ada maruah? Kau berkepit dengan
lelaki lain belakang aku. Macam tu kau kata ada maruah? Rendah sangat maruah
kau tu. Mungkin dengan maruah kau tu kau pernah bawa lelaki lain sampai dalam
bilikkan?” sinis Edrie menjawab.
“Abang!! Sampai hati abang cakap Dania macam tu”. Naik
seoktaf suara Dania. Air mata masih mampu ditahan. Terkaku Edrie dengan
perubahan sikap isterinya. Dania sambung bicara.
“Kenapa abang sanggup tuduh Dania macam tu? Abang tak
percaya dekat Dania ke? Kemana hilang kepercayaan abang? Abang, tadi masa abang
melihat Dania terpeluk Haziq, Haziq yang selamatkan Dania dari dilanggar lori,
dan Dania terjatuh selepas ditarik oleh Haziq. Abang tak percaya? Abang tengok
ni”. Dania menyelak lengan baju sebelah kanan hingga ke siku. Mata Edrie
tertumpu di siku Dania yang lukanya kelihatan dalam. Mungkin terhentak kuat.
Edrie terkaku sekali lagi.
“Abang kata Dania perempuan yang tak ada maruah, yang tak
ada harga diri, yang tak tahu malu. Hati Dania sakit abang, sakit sangat sebab
suami Dania sendiri yang cakap Dania macam tu. Kalau Haziq tak selamatkan Dania
tadi, mungkin dekat depan abang sekarang ni dah jadi mayat. Mungkin itu yang
abang nak kan?” Dania berhenti seketika menahan sebak di dada.
“Dania abang...”
“Kalau depan abang ni mayat, Dania takkan dapat makian
dari suami Dania sendirikan? Dania nak abang tahu, Dania Alisya masih tahu
bahawa diri dia sekarang adalah isteri kepada Edrie Rayyan dan kalau abang
menyesal dapat isteri macam Dania, abang boleh lepaskan Dania. Dania minta maaf
sebab malukan abang”. Selesai saja Dania berbicara, dia mengambil handbeg dan
menghampiri suaminya. Tangan suaminya dikucup syahdu, air mata yang ditahan
menitis jua akhirnya. Dania menghampiri pintu utama.
“Dania nak pergi mana?” soal Edrie.
“Dania nak pergi dari sini sebentar, Dania nak tenangkan
diri dan Dania minta maaf. Jangan cari Dania”. Jawab Dania perlahan. Dia
berlari mendapatkan keretanya dan terus memecut laju.
****
Terasa
lama Dania memandu dan dia berhenti di sebuah masjid. Setelah selesai
menunaikan solat maghrib dan isyak. Dania baring beralaskan sajadah. Dia terlalu
penat hari ni dan cuba untuk bertenang menerima semua yang berlaku. Pipinya
masih bengkak dan meninggalkan kesan. Akhirnya, Dania terlelap bersama dengan
air mata.
Keesokan
paginya, Dania bangun untuk menunaikan solat subuh. Setelah selesai dia masih
termenung. Dia melihat seorang mak cik yang selesai sembahyang subuh. Kelakuan
mak cik tersebut sama dengan ibunya yang sudah meninggal dua tahun lepas. Kini
dia anak yatim piatu. Pusing saja mak cik itu, Dania melihat wajah dan tubuh
mak cik itu sama seperti ibunya. Lantas, Dania berlari memeluk mak cik itu dan
pelukannya dibalas lembut.
Dania
menangis semahunya dalam pelukan mak cik itu. Lama dia berkeadaan begitu.
Setelah berasa tenang barulah Dania mengangkat muka. Dia membelai wajah tua mak
cik itu, terlalu rindu Dania buat ibunya, dicium berkali-kali seperti
melepaskan rindu yang terbuku di dalam hati.
“Dania rindu ibu” tanpa dia sedar dia telah memanggil mak
cik itu ibu dan kembali memeluknya.
“Ibu pun rindu Dania”. Dania terkejut lalu mengangkat
muka. Mak cik itu tersenyum manis. Dania membalas.
“Ibu tahu Dania ada masalah, Dania selesailah baik-baik
ya. Dia suami Dania. Memang wajar dalam hati suami ada perasaan marah dan
cemburu kalau isterinya berpelukan dengan orang lain. Ibu tahu Dania tak salah.
Edrie pun tak patut buat Dania macam tu. Baliklah sayang, suamimu menunggumu.
Maafkanlah dia. Dia terlalu emosi semalam”. Pujuk mak cik itu.
“Baiklah ibu, Dania balik. Dania pun nak minta maaf".
“Yelah sayang, pergilah. Ibu sayang Dania”. Ucap mak cik
itu.
“Dania pun sayang ibu, Dania pergi dulu”. Dicium wajah
mak cik itu buat kali terakhir. Dania berlalu untuk mengambil handbegnya.
Apabila dia pusing mengadap mak cik tadi, mak cik itu sudah tiada. Dia
tersenyum. “Terima kasih Ya Allah, Engkau menghantar ibuku menemaniku saat aku
sedih”. Ucap Dania perlahan.
****
Sampai saja dirumah.
Dia terbayangkan kisah semalam. Dia berdebar. Salam diberi dan dia melangkah
masuk ke dalam rumahnya. Pintu utama ditutup dan dia pusing kebelakang, terperanjat bukan kepalang apabila melihat
batang tubuh suaminya yang sedang berdiri di tepi sofa. Tanpa bicara dia
melintasi suaminya. Rasa takut kembali menerpa di dada. Sampai saja di hadapan
suaminya, tangannya ditarik lembut.
“Dania” panggil Edrie. Dia masih kaku di hadapan
suaminya. Tidak berani untuk mengangkat muka. Risau jika pipinya menerima
habuan lagi.
“Daniaaa” panggil Edrie lembut. Dagunya dipegang lalu
didongakkan oleh suaminya. Tetapi matanya tetap tidak memandang wajah suaminya.
Tangan Edrie terangkat. Dania sudah sedia memejamkan matanya apabila dilihat
tangan suaminya menghampiri mukanya. Lama dia memejamkan mata, tidak terasa
sakit. Malah usapan lembut singgah di pipi dan di bibirnya.
“Abang minta maaf sayang. Abang terlalu ikutkan emosi
semalam. Abang tak sengaja. Maafkan abang sayang”. Ucap Edrie. Matanya dibuka
dan wajah suaminya dilihat. Mencari keikhlasan di sebalik ucapan maaf suaminya.
Lama dia melihat wajah Edrie, akhirnya tubuh itu dipeluk erat. Dia menangis
dalam pelukan hangat Edrie.
“Dania maafkan abang. Dania pun nak minta maaf sebab
tertinggi suara dengan abang semalam”. Ucap Dania tulus.
“Sayang tak salah, abang yang salah. Tidak minta
penjelasan dari sayang terlebih dahulu, terus abang menghukum. Maafkan abang
sayang”. Balas Edrie.
“Sayang maafkan abang. Tapi abang kena janji jangan buat
Dania macam semalam. Sakit sangat abang, Dania tak mampu nak tahan.” Pinta
Dania. Air mata masih membasahi pipi kedua-dua pasangan itu.
“Abang janji sayang. Sayang pun jangan minta abang
lepaskan sayang. Janji?” soal Edrie sambil tersenyum.
“Janji! DANIA ALISYA ISTERI EDRIE RAYYAN SELAMANYA”. Ucap
Dania ceria.
“Dan EDRIE RAYYAN SUAMI DANIA ALISYA SELAMANYA”. Ucap
Edrie lalu menghadiahkan ciuman di pipi Dania. Mereka ketawa gembira.
~TAMAT~
****
Terasa lama Dania memandu dan dia berhenti di sebuah masjid. Setelah selesai menunaikan solat maghrib dan isyak. Dania baring beralaskan sajadah. Dia terlalu penat hari ni dan cuba untuk bertenang menerima semua yang berlaku. Pipinya masih bengkak dan meninggalkan kesan. Akhirnya, Dania terlelap bersama dengan air mata.
hm suka cerpen ni tapi si suami jangan la sampai naik tangan kat isteri.. keep it up okay penulis 🌹
BalasPadamMerit Casino Canada - Online Casino Review - SGCasino.com
BalasPadamMerit 메리트카지노 Casino Canada is an online casino with a rich, diverse selection of games. Signup now to enjoy the starvegad online casino in 메리트카지노 Canada.