cerpen Pencinta Setia
cerpen ini agak panjang yaa...layannn sampai habis tau. kalau sudi, komenlah. saya tunggu. huhu. Love and hugss from me.
PENCINTA
SETIA
Zahra
bergegas pulang ke kampung apabila mendapat berita tentang kematian ibunya pada
awal pagi tadi. Hatinya hancur berkecai. Superbike yang diboncengnya
terhuyung-hayang di atas jalan raya dengan kelajuan 140km/h. Dia tidak
memikirkan keselamatan dirinya kerana perkara yang penting saat ini adalah
melihat orang yang paling disayanginya buat kali yang terakhir.
Sampai saja di kampung halamannya, dia memarkingkan superbike di
halaman rumah dan semua mata yang ada di situ tertumpu kepadanya. Dia menarik
nafas sedalam-dalamnya dan cuba untuk bertenang sebelum berlari masuk ke dalam
rumah. Di muka pintu, dia sudah terkaku apabila melihat sekujur tubuh yang
dibaluti kain kapan terbaring di tengah rumah. Dia berjalan perlahan
menghampiri jenazah ibunya.
“Ibu, ibu bangunlah. Ibu tak payahlah bergurau dengan Zahra macam
ni. Tak baik tahu ibu...Zahra tak suka. Ibu bangunlah, Zahra dah balik ni ibu.
Ibu!!”. Rintih Zahra bersama air mata. Tangannya tak berhenti-henti menggoncang
bahu jenazah ibunya.
“Sudahlah nak. Ibu kamu dah tiada.
Janganlah menangis lagi. Relakan ibu kamu pergi, supaya dia tenang di sana. Dia
akan sedih bila melihat kamu macam ni. Sabar nak”. Pujuk mak ngah yang
merupakan adik kepada arwah ibunya.
“Nampaknya ibu memang nak tinggalkan
Zahra. Kenapa ibu tinggalkan Zahra? Ibu dah janji nak tunggu Zahra balikkan?
Zahra anak yang jahat ibu ye? Zahra buat ibu susah ye? Zahra minta maaf ibu
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki Zahra. Zahra tak dapat nak balas jasa
ibu lagi. Zahra tak sempat nak mandikan jenazah ibu. Zahra berdoa yang Zahra
akan pergi dulu dari ibu tetapi ibu pergi dulu dari Zahra”. Rintih Zahra
bersama tangisan yang semakin menjadi-jadi.
“Sudahlah nak, mari cium ibu kamu
buat kali yang terakhir, tapi sebelum tu lap air mata kamu bersih-bersih”.
Suruh mak ngah.
“Zahra rela ibu pergi, tapi Zahra
nak ibu tahu yang ibu sentiasa ada dalam hati Zahra ni sampai bila-bila, sampai
Zahra berada di tempat ibu sekarang. Ibu sangat istimewa buat Zahra dan Zahra
telah memahatkan nama ibu di tempat yang paling istimewa di dalam hati Zahra”.
Ucap Zahra teresak-esak. Zahra mengesat air mata menggunakan hujung lengan
bajunya. Dia merapati jenazah ibunya, kemudian mencium kedua-dua pipi dan dahi
ibunya kejap. Zahra merenung wajah ibunya lama. Wajah ibu sangat tenang, ibu
macam tengah tidur je. Semoga ibu tenang di sana dan di tempatkan dalam
kalangan orang-orang yang beriman.
“Zahra, mak ngah nak tutup kain
kafan ibu kamu ni”. Celah mak ngah memecahkan kesunyian.
“Mak ngah nak tutup dah ke? Zahra
nak cium ibu sekali lagi boleh tak?” tanya Zahra yang mula sebak. Mak ngah
mengangguk lalu tersenyum. Zahra mencium lama dahi arwah seperti tidak mahu
dilepaskan. Setelah itu, dia merenung wajah ibunya lama. Setitik demi setitik
mutiara jernih jatuh ke pipi putihnya yang kemerahan.
“Mak ngah tutup ye Zahra”. Tanya mak
ngah. Zahra hanya mengangguk. Setelah selesai pengebumian, Zahra mengikut
ayahnya pulang ke rumah. Zahra pelik kenapa ada mak cik yang duduk di tempat
penumpang dibahagian depan. Zahra fikir mungkin mak cik itu hanya menumpang.
Sampai saja di rumah, Zahra terus masuk dalam bilik untuk menunaikan solat
maghrib. Sementara menunggu waktu isyak, dia membaca surah Yassin untuk
disedekahkan kepada arwah ibunya.
@_@
Keesokkan
paginya, Zahra bangun untuk solat subuh dan membaca al-Quran. Pukul 11 pagi
baru Zahra keluar dari bilik dan pergi ke dapur ingin membantu menyediakan
juadah untuk tahlil malam itu. Bunyi riuh rendah di dapur apabila mak cik-mak cik
berkumpul membantu menyediakan juadah. Sikap kerjasama antara penduduk kampung
ini sangat kuat dan setiap perkara akan dilakukan bersama. Pukul 5 petang
barulah semua benda siap. Alhamdulillah semuanya sudah tersedia. Zahra duduk di
tangga dapur mengenangkan perkara yang terjadi.
“Tak elok anak dara duduk atas tangga macam ni, nanti tak ada siapa
yang nak masuk meminang”. Usik mak ngah lalu duduk di sebelah Zahra. Zahra
hanya tersenyum nipis.
“Zahra, kamu kuat hadapi semua benda ni. Mak ngah bangga dengan
kamu”. Sambung mak ngah.
“InsyaAllah saya kuat mak ngah, semoga Allah membantu saya dalam
menempuhi semua dugaan-Nya”.
“Ye nak. Mak baru kamu tu baik orangnya. Dia ada anak lelaki dua
orang”. Mak ngah bersuara apabila suasana diantara mereka berdua menjadi sunyi
buat seketika.
Zapp!!! Terkejut Zahra mendengarnya. Serta merta dia berdiri.
Memandang tepat ke wajah mak ngah.
“Betul ke ni mak ngah?”soal Zahra dengan riak wajah yang sukar
digambarkan.
“Kamu tak tahu hal sebenar lagi ke Zahra?” soal mak ngah kembali
sambil memandang tepat kearah Zahra yang elok berdiri di depannya.
“Tak mak ngah, saya tak tahu apa-apa pun, tolong cerita dekat saya
sekarang”, desak Zahra yang kelihatan semakin tegang.
“Zahra, ayah kamu dengan mak cik Leha sudah berkahwin. Ibu kamu
beritahu mak ngah yang bulan lepas ayah kamu cerita perkara sebenar kepadanya.
Ibu kamu sedih sangat Zahra, tapi...”. bicara mak ngah terhenti apabila melihat
Zahra menggenggam penumbuknya. Mukanya merah menahan marah. Dia berlari mencari
ayahnya dan meninggalkan mak ngah di tangga. Mak ngah risau dengan tingkah laku
Zahra. Zahra sedang dipengaruhi dengan emosi yang tidak stabil, takut dia
melakukan perkara yang tidak diingini.
“Zahra” mak ngah cuba memanggil tetapi Zahra tetap meneruskan
perjalannya untuk mendapat penjelasan daripada seseorang.
“Ayah!!” panggil Zahra di muka pintu rumah. Ayahnya yang sedang
berbicara dengan Pak Hamid memandang ke arahnya.
“Ye nak. Ada apa?” soal Encik Madi, ayah Zahra. Zahra tersenyum
sinis. “Hah, buat baiklah pulak”. Ucap Zahra perlahan. Zahra turun berhadapan
dengan ayahnya setelah Pak Hamid beredar.
“Ayah, ayah kahwin baru ye? Tanya Zahra senada. Matanya menjeling
ke arah mak cik Leha yang baru sampai disisi ayahnya.
“Kenapa ni Zahra?” soal ayahnya kembali. Tumpuan diberikan
sepenuhnya kepada Zahra.
“Zahra tanya ayah kahwin baru ke?” naik satu oktaf suara Zahra.
“Benda boleh bincang Zahra”. Sampuk mak cik Leha yang melihat
keadaan akan menjadi semakin tengang jika tidak dibincangkan secara elok.
“Mak cik diam, saya tak cakap pun dengan mak cik”. Kasar dan kuat
suaranya. Bahasanya masih dijaga.
“Kenapa ni Zahra?” soalan sama ditanya Encik Madi kepada Zahra.
“Jawab soalan Zahra, Zahra nak jawapan bukannya soalan. Jangan nak
ubah topik!”. Keras Zahra membalasnya. Sudah hilang secebis kesabaran yang dari
tadi menemaninya.
“Ye Zahra, memang ayah kahwin lain!”. Jawab Encik Madi sedikit
berang dengan sikap anaknya yang tiba-tiba saja melenting.
“Yang ayah nak marah ni kenapa? Sepatutnya Zahra yang marah! Ibu
meninggal sebab ayah kahwin dengan perempuan ni!” amuk Zahra. Emosinya semakin
tak menentu, tidak boleh dikawal lagi.
“Zahra! Jaga mulut kamu sikit. Jangan nak kurang ajar sangat!”
marah Encik Madi lagi.
“Hari ni mulut Zahra memang tak boleh dijaga dah. Semuanya sebab
perempuan sebelah ayah ni! Kalau dah tahu hidup tu hanya membawa masalah buat
orang lain buat apa hidup lagi, baik pergi mati je perempuan.” Marah Zahra
sedikit menjerit. Lurus jari telunjuknya menunding ke arah mak cik Leha.
Pang!!
Terteleng kepala Zahra menerima
tamparan itu. Zahra mengangkat kepala dan memandang insan yang menamparnya
tadi. Tangan memegang pipi yang terasa perit.
“Kau jangan nak kurang ajar dengan
mak aku!” tengking Rizky Mikhail, anak kepada mak cik Leha. Dilihatnya Zahra
dengan mata yang penuh kemarahan.
“Kau ingat aku takut dengan kau.
Pergi matilah dengan amaran kau tu. Sikit pun aku tak gentar. Perempuan ni mak
kau? Tak salahlah dia jadi mak kau. Memang sesuai sangat. Dua-dua tak tahu
malu, dahlah menumpang kat rumah ni! Kurang ajar pula tu. Cerminlah diri tu
sikit!”. Zahra membalas kasar sambil tersenyum sinis kepada Rizky.
Tangan
Rizky diangkat untuk menampar Zahra buat sekian kalinya dan Zahra yang melihat
perbuatan itu cepat-cepat mengelak.
Pang!!! Zahra
pula menampar pipi lelaki itu.
“Kurang ajar kau perempuan! Berani
kau tampar aku”. Rizky menengking Zahra sambil menahan rasa panas di pipinya.
“Well, aku boleh buat lebih daripada
ini. Tetapi bukan sekarang. Aku tak nak kotorkan tangan aku lagi. Aku akan
pastikan kau berdua musnah! Itu janji aku. Kau tunggu balasan dari aku!”. Zahra
melawan dengan kata yang kesat dan berlalu pergi. Semakin bosan dengan hidupnya
kini. Lepas satu, satu masalah datang.
“Zahra!” panggil Encik Madi.
“Dah lah ayah, Zahra malas nak layan
drama dekat sini. Membazir tenaga je. Nak lagi pelakonnya macam ni. Boleh
bungkus! Ujar Zahra malas lalu masuk ke dalam bilik untuk mengemas baju.
Beberapa minit kemudian Zahra keluar dari bilik dan terserempak dengan mak ngah
di ruang tamu semasa dia ingin keluar rumah. Dia menghampiri mak ngah.
“Mak ngah, Zahra balik dulu ye.
Zahra ada kerjalah mak ngah. Nanti kalau Zahra ada masa Zahra jenguk mak ngah
ye”. Disalam mak ngah dan setitis air mata jatuh ke tangan tua itu. Sungguh dia
tidak mampu nak hadapi semua benda ni. Semuanya terasa macam mimpi ngeri yang
mengganggu lenanya yang indah.
“Zahra, mak ngah tahu hati Zahra
lembut. Zahra cuma terkejut dengar berita ini. Yang tadi tu bukan perangai
Zahra kan?” kata mak ngah selepas adegan-adegan yang tidak berapa enak menjamah
mata tuanya.
“Mak ngah, Zahra tak tahu. Zahra
serabut sekarang. Hati Zahra sakit. Zahra sayang ibu Zahra mak ngah”. Ucap
Zahra sebak lalu dipeluknya tubuh tua itu.
“Dah lah Zahra, mak ngah faham.
Pergilah tenangkan diri kamu. Jaga diri kamu baik-baik. Jangan buat perkara
yang salah Zahra. Doa mak ngah akan sentiasa bersama Zahra.” Diusapnya belakang
Zahra dan diciumnya dahi Zahra. Zahra memejamkan mata, terasa seperti ibu yang
menciumnya.
“Zahra rindu ibu mak ngah. Zahra tak
kuat”. Ucap Zahra perlahan.
“Mak ngah pun Zahra. Sudahlah tu
nak, mak ngah ada untuk Zahra”. Ujar mak
ngah.
“Mak ngah, Zahra balik dulu ye.
Zahra takut lewat sampai rumah. Doakan keselamatan Zahra ye mak ngah”. Zahra
meminta izin untuk pergi.
“Ye lah Zahra, Allah sentiasa ada
bersama Zahra. Ingat tu”. Pesan mak ngah. Zahra hanya mengangguk dan berlalu
keluar rumah. Sebelum tu dia sempat lagi mencium dahi mak ngah. Sebak terasa di
hati.
@_@
Keluar
saja rumah, Zahra terlihat ayahnya masih di tempat tadi. Ikutkan hati mahu saja
dia memeluk ayahnya seerat mungkin. Tetapi apabila teringat kelakuan ayahnya
terus terbatal apa yang diniatkan. Ternampak pula wajah tua mak cik Leha dan
anaknya di sisi ayah. Lagi membahang rasa muka Zahra. Terasa dirinya dikuasa
dengan rasa jahat dan dendam. Dia menghampiri mereka semua.
“Tak habis lagi ke drama yang
berlangsung dekat sini. Dah berapa episod yang korang dah lakonkan? Mesti
banyak dah kan? Korangkan pelakon handalan!” sindir Zahra bersama senyuman
sinisnya. Melihat air mata mak cik Leha, semakin sakit hati dia. Mahu saja dia
menengking mak cik yang telah membuatkan ibunya meninggal.
“Apa yang Zahra katakan ni? Lakonan
apa?” tanya Encik Madi lembut kepada Zahra.
“Dahlah Zahra nak balik! Sakit mata
tengok orang yang menumpang dekat sini”. Sindir Zahra dan berlalu pergi. Muka
Rizky dijelingnya tajam. Tiba-tiba tangannya ditarik kasar sebaik saja dia tiba di tempat parking motornya. Tempat itu sedikit tersorok dari pandangan orang ramai.
“Kau dah kenapa tarik tangan aku?”
tanya Zahra kasar sebalik saja dia melihat gerangan yang menarik tangannya.
“Kau jangan berani jeling aku macam tu lagi!” Rizky memberi amaran.
Zahra tersenyum sinis.
“Lepaskan tangan akulah. Dah tak
tahu halal haram? Kau dengan mak kau sama je kan. Suka sangat nak menggoda
orang. Sebab tu ayah aku kahwin dengan mak kau. Kaki goda! Kau jangan ingat aku
akan tergoda dengan kau. Maaf aku tak layan orang yang tak tahu malu macam kau
ni. Bagi aku tempat orang yang macam kau ni terlalu rendah. Kau nak tahu kat
mana? Kat bawah kaki aku!”. Ucap Zahra perlahan dan tersenyum sinis. Yang hanya
didengari oleh mereka berdua sahaja.
Pang!!!
Rizky melempang Zahra. Tamparan Rizky tidak dihiraukan.
Bukk
Bukk.. Zahra menumbuk muka Rizky dan memberi tendangan yang kuat pada betis
lelaki itu, sehingga Rizky tidak mampu untuk bangun.
“Bangunlah lawan aku, bangun!!”
suruh Zahra kasar. Nasib baik aku dah pakai sarung tangan jadi bolehlah aku
lawan. Rizky cuba untuk bangun tetapi kaki dan muka dia terlalu sakit.
“Dasar lembik, kau duduklah bawah
ketiak mak kau ni. Suruh dia ajar kau macam mana nak ambil hak orang lain tanpa
pemiliknya sedar. Hahaha”. Sinis Zahra berkata dan terus berlalu pergi.
“Hah!” Rizky sudah memeluknya dari
belakang. Zahra tersekat dan kemarahannya naik dengan mendadak.
Disikunya muka Rizky berkali-kali
supaya dia dilepaskan. Setelah berjaya dia menyerang Rizky.
Bukk Bukk Bukk Bukk!!! Ditumbuknya muka Rizky berkali-kali dan
menendang perut Rizky sebanyak dua kali. Dah macam punch bag dia buat Rizky.
Janji hatinya puas. Rizky lemah selemahnya. Tetapi dia masih tidak puas hati
dengan Zahra. Zahra ketawa dalam hati. Terus dia pergi ke arah motornya. Dia
memakai baju kurung dan berseluar panjang didalamnya bagi memudahkan Zahra
membonceng motor. Malas Zahra nak menyalin baju kurung yang dipakainya di dalam
bilik tadi, dia cuma menyarungkan seluarnya sahaja, tidak mahu berlama-lama di rumah
itu. Belum sempat Zahra memakai helmet, Rizky kembali menyerang. Rizky semakin
hampir dan Zahra ada satu cara sahaja iaitu…..
Bushhh...
Zahra memukul muka Rizky menggunakan helmet. Jatuh terbaring Rizky
menerima pukulan itu. Sungguh sakit mukanya. Zahra memakai helmet dan berlalu
pergi. Pasir-pasir terkena muka Rizky dan menambah rasa sakit di mukanya. Zahra
melihat semua mata penduduk kampung teralih ke arahnya. Dalam rasa sakit hati,
bibirnya sentiasa mengukir senyuman untuk penduduk kampung dan mereka
membalasnya, kemudian Zahra berlalu pergi tanpa menoleh ke arah Encik Madi.
Sampai saja di rumah, Zahra terus menyegarkan dirinya yang terasa
letih dengan perkara yang sudah berlaku. Perkara yang berlaku bukan atas
kehendaknya dan dia berharap, dia mampu hadapi segala ujian dan bertindak
secara rasional. Mujurlah cutinya masih ada, jadi dia boleh menenangkan diri
dalam waktu itu.
@_@
Zahra
pergi ke tasik yang tidak jauh dari rumahnya selepas menunaikan solat subuh.
Suasana yang tergambar di hadapannya sangat hening, masih sedikit gelap dan
awal untuk orang berada di situ. Sambil berjalan mengelilingi tasik, otaknya
tidak dapat memikirkan apa-apa kebarangkalian yang bakal berlaku Dibiarkan saja
kaki membawa dirinya kemana arah yang mahu dituju. Dia hanya mengikut tanpa
sebarang bantahan. Setelah jauh dia berjalan, dia tersedar dari khayalan. Di depannya
terdapat sebuah pondok yang menghadap ke arah tasik, dia berjalan menghampiri
tasik tersebut.
Setelah duduk, matanya dipejamkan kejap, cuba untuk menerima apa
yang telah terjadi. Semakin dia cuba untuk menerima, semakin sakit hatinya.
Matanya dibuka memandang ke arah tasik. Sangat tenang tasik tersebut, sangat
berlawanan dengan perasaannya sekarang. Dia berniat untuk menjerit supaya
hatinya puas. Matanya diliarkan melihat keadaan sekeliling untuk memastikan
tiada orang yang berada berhampiran dengannya. Tersenyum nipis dia apabila
tiada orang yang berhampiran dengannya. Dia berjalan perlahan menuju ke tepi
tasik.
‘Betul ke tak ada orang ni? Nanti
tiba-tiba ada orang, dikatanya pulak gila menjerit sorang-sorang. Buat aje la’.
Bisik hati Zahra. Ditarik nafas dalam-dalam sebelum menjerit sekuat hati.
Arrrggghhhhhhhhhhh!!!
Jerit Zahra sekuat hati sambil memegang kepalanya. Zahra terduduk sambil menangis.
“Oh mak aku menjerit macam
langsuir!” Latah Daniell apabila terdengar suara perempuan menjerit sehingga
membuatkan dia jatuh terduduk,
“Ish, perempuan mana pula yang
menjerit pagi-pagi ni? Dah gila ke?” bebel Daniell. Larian Daniell dilajukan menuju
ke arah suara yang menjerit tadi. Lariannya terhenti apabila melihat seorang
perempuan yang menangis sambil memeluk lutut di tepi tasik. Dia menghampiri
perempuan tersebut.
“Assalamualaikum awak”. Ucap Daniell
seraya mencucuk-cucuk bahu Zahra dengan jari telunjuknya. Zahra terkejut dengan
sapaan dan sentuhan yang diterima. Dia terus bangun dan menolak Daniell jauh
dengannya.
“Kau siapa ha? Kenapa ada sini?”
soal Zahra kasar. Bahasanya tiba-tiba berubah. ‘Datang-datang terus sentuh
orang.’ Marah Zahra dalam hati.
“Saya Daniell Mikhail, panggil saya
Daniell”. Balas Daniell. Garang gila perempuan ni, rasa menyesal pula tegur
tadi.
“Kau buat apa kat sini? Kau orang
jahatkan?” tanya Zahra kembali dengan nada yang kasar.
“Saya berjoging dekat sini. Sini
tempat awam, bukan tempat awak sorang. Dah awak menjerit macam orang gila, saya
carilah siapa yang menjerit tu. Kot-kot ada berlaku perkara yang tak diingini
ke.” Balas Daniell senada.
“Aku tak suruh pun kau cari aku.
Ikut suka akulah nak menjerit ke, nak terjun tasik ke, nak gigit kayu kat
pondok ni ke. Kau kisah apa?” jawab Zahra dengan suara yang cukup tinggi.
“Yang awak nak membebel dan
marah-marah kat saya ni kenapa? Saya cuma risau je tahu. Dahlah menjerit
sorang-sorang. Dasar gila. Kalau saya tahu macam inilah akibatnya saya tegur
awak, saya takkan jejakkan kaki saya dekat dengan awak. Marah tak tentu pasal”.
Bebel Daniell pula.
“Dah tu takkan nak bawa satu kampung
menjerit bersama dengan aku! Aku tak minta pun kau risaukan aku. Kau tu yang
menyibuk hal orang lain. Dasar malaun.” Zahra menjawab senada.
“Hish...awak ni kan! Memang menyesal
saya datang dekat awak. Saya minta maaflah kalau saya menyibuk hal awak. Saya
risau tak kena masa dan terisau orang yang tak guna macam awak. Bukan nak
berterima kasih orang risaukan dia, tapi dia marah pula kita! Balas Daniell
kuat sebelum bangun ingin berlalu dari situ. Zahra terasa hati dengan ayat
Daniell, dia memang tak berguna dan dia bersalah sebab marahkan Daniell yang
berniat baik itu. Zahra bangun sebelum berbicara.
@_@
“Daniell, saya minta maaf sebab
marahkan awak. Saya tak sengajalah. Saya serabut sekarang. Saya memang tak
berguna. Saya tahu perkara tu, awak tak payah sebut kuat-kuat pun saya dah
tahu. Saya memang nak gila pun sekarang”. Ucap Zahra sebak dan air mata yang
tadi ditahan kembali mengalir dipipinya. Bahasa yang digunakan kembali asal
seperti biasa. Daniell terkesima sebentar dengan perubahan Zahra.
“Tak apa, saya maafkan awak. Saya
cuma risau je tadi. Awak marahkan saya lagi? Soal Daniell dan hatinya terusik
melihat air mata yang jatuh di pipi Zahra.
“Tak, saya tak marah dah. Saya minta
maaf lagi sekali. Nama saya Zahra Qistina. Panggil Zahra aje”. Ujar Zahra
sambil tersenyum nipis.
“Sedap nama awak, jangan minta maaf
lagi. Kan saya dah maafkan tadi. Kita kawan ye sekarang?” Ucap Daniell. Zahra
hanya mengangguk lalu tersenyum manis. Entah kenapa dia rasa lelaki di sebelahnya
ini adalah lelaki yang baik. Daniell tersenyum manis melihat senyuman Zahra.
“Kalau awak rasa nak bercerita masalah
awak tu, saya boleh menjadi pendengar setia awak”. Sambung Daniell bila
kedua-duanya diam melayan perasaan sendiri. Mereka berdua duduk di pondok yang
Zahra duduk tadi. Orang pun semakin lama semakin ramai. Zahra terdiam dengan
pelawaan Daniell, sungguh dia memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah.
“Saya sebenarnya ada dua masalah,
yang pertama pasal ayah saya. Ibu saya meninggal 3 hari lepas sebab dapat tahu
ayah saya kahwin lain. Itu saya sakit hati sangat-sangat. Rasa macam nak tumbuk
je isteri baru ayah saya tu. Yang kedua masalah lagi besar. Saya tak ada cara
nak balas dendam dekat isteri baru ayah saya dengan anak lelaki dia tu”. Zahra
meluahkan masalahnya kepada Daniell dan dia berasa sedikit lega. Daniell yang
mendengar luahan Zahra terkaku. terpaku, terkejut, tersentak, ternganga dan
semua yang ada ‘ter’ lah. Tak sangka perempuan yang luaran lembut dan ayu ini
mempunyai dalaman yang kejam. Teruk sangat kenyataan Daniell ni.
“Kenapa awak nak balas dendam pula?
Kalau awak marah tu saya terimalah lagi”. Tanya Daniell takut-takut. Zahra
mengeluh kecil sebelum menyambung cerita. Dia menceritakan semua sekali yang
berlaku dari A hingga Z.
“Dia penyebab ibu saya meninggal
awak tahu. Anak lelaki dia tu terlalu kurang ajar. Saya geram betul dengan
dia”. Ucap Zahra bersungguh-sungguh sambil membuat aksi tumbuk-menumbuk.
Daniell ketawa terbahak-bahak melihat aksi Zahra.
“Yang awak ketawa ni kenapa? Saya
tak buat lawak pun. Saya cuma nak balas dendam awak tahu, tapi tak ada idea
langsung. Menyampah!” marah Zahra yang dibuat-buat. Daniell menyambung
ketawanya. Dia tertarik dengan perwatakan Zahra.
“Kelakarlah awak ni Zahra, nak jadi
jahat tapi tak ada idea. Sangat lawak”. Daniell ketawa sambil pegang perut.
Zahra yang di sebelahnya sudah tarik muka. Lama, Zahra terus berdiri dan
berlalu pergi meninggalkan Daniell sendiri. Daniell berhenti ketawa dan
mengejar Zahra yang jauh di hadapan.
“Kenapa awak lari pula ni? Nak pergi
mana? Saya ada buat salah ke?” soal Daniell apabila berjaya menyaingi langkah Zahra.
“Dah awak tak habis-habis ketawakan
saya, malas saya duduk dengan awak. Saya nak balik”. Balas Zahra senada.
“Ala, maaflah saya tak sengaja tadi.
Janganlah marah. Ye ye?” pujuk Daniell. Zahra yang melihat muka comel yang
dibuat Daniell hanya mampu ketawa dan mengangguk.
“Ye saya tak marahlah, saya memang
nak balik pun. Dah lama saya duduk sini”. Jawab Zahra.
“Oh, yelah. Saya pun nak balik
jugalah. Awak datang sini dengan apa?” soal Daniell.
“Saya datang sini dengan tu…” Jari
telunjuknya lurus menunjukkan ke arah superbikenya.
“Wah, naik Kawasaki Ninja nampak”.
Usik Daniell sambil berjalan menghampiri superbike Zahra.
“Dah saya suka superbike nak buat
macam mana. Awak naik apa?” soal Zahra pula.
“Saya? Saya naik ni...” jarinya
ditunjukkan ke arah superbike yang diparking elok di sebelah superbike Zahra.
Mereka berdua ketawa serentak.
“Hahaha, dia pun naik superbike
juga. Okeylah awak, saya nak balik dah ni. Ada masa kita berjumpa lagi”. Ucap
Zahra yang sudah berada di atas motor.
“Okey, tapi bagilah nombor telefon
awak. Senanglah kita nak berjumpa lagi”. Daniell mencuba nasib.
“Bagi sekejap telefon awak”. Pinta
Zahra. Zahra membuat missed call dari telefon Daniell ke telefonnya. Setelah
itu dia memberi balik kepada Daniell.
“Saya dah buat missed call. Nanti
kalau nak simpan, simpanlah. Saya tak paksa. Saya pergi dulu. Assalamualaikum”.
Usik Zahra dan berlalu pergi.
“Saya akan simpannya Zahra”. Jerit
Daniell apabila Zahra berlalu pergi.
@_@
Perwatakkan
Daniell yang ceria, sopan dan pandai ambil hati membuatkan Zahra semakin lupa
akan dendamnya. Mereka keluar tengok wayang, makan dan banyak lagi aktiviti
yang dilakukan untuk menghabiskan masa terluang yang ada bersama. Zahra yang
bekerja sebagai chef di restoran yang terkemuka dan Daniell yang berkerja
sebagai Arkitek di Syarikat Mega Holding memudahkan mereka mencari masa yang
sesuai untuk keluar bersama dan mengenali diri masing-masing.
Hubungan mereka semakin hari semakin rapat, pertemuan yang bermula
di tasik kini hampir berakhir di jinjang pelamin. Semua persiapan hampir
selesai. Masalah yang berlaku dalam keluarga Zahra masih tidak mempunyai jalan
penyelesaian. Zahra telah meminta restu daripada ayahnya dan menjemput ayahnya
ke hari perkahwinan dia nanti. Hanya kepada mak ngah dia meminta pertolongan
untuk membantu dia menyiapkan persiapan perkahwinan.
Zahra ada juga bertanya kepada Daniell tentang keluarga lelaki itu,
sama ada keluarga dia restu atau tidak. Yang menjadi jawapan, mak dia terima
siapa saja yang menjadi pilihan dia dan dia akan bawa keluarga dia masa hari
perniakahan saja sebab tidak mahu menyusahkan katanya. Zahra hanya mengiyakan
sahaja, tidak mahu bertanya lebih, takut bergaduh pula nanti. Sejak
perkenalannya dengan Daniell, Zahra seakan-akan lupa pada dendam terhadap keluarga
tirinya.
@_@
11.25
p.m.
From:
Daniell
To:
Zahra
-
Assalamualaikum
awak. Dah tidur ke?
From:
Zahra
To:
Daniell
-
Waalaikumussalam,
saya otw nk tidur ni. Hari ni penat sikit.
From:
Daniell
To:
Zahra
-
Ooo,
kesian awk. Yelahkan hari nikah kita tak lama je lagi. Lagi seminggukan. Tak
sabar pula rasanya. J
From:
Zahra
To:
Daniell
-
Haha,
tak payah nak mengada sangat ye. Awk, saya nk tidur dah ni. Dah mcm ada gorilla
bertenggek atas mata saya ni. Selamat malam. Jumpa seminggu lagi.
From:
Daniell
To:
Zahra
-
Hahaha.
Yelah awk. Pergilah tidur. Selamat malam. Jumpa seminggu lagi.
Zahra
hanya meninggalkan bluetick saja dan terus tidur bertemankan senyuman dengan
lenanya.
@_@
Seminggu
kemudian
“Zahra cepat siap, kejap lagi pengantin lelaki nak sampai.” Arah
mak ngah dengan sedikit kuat. Maklumlah si Zahra ni masa hari nikah pula dia
terbangun lewat. Mahunya tak kelam-kabut.
“Ye mak ngah. Zahra dah siap. Nak touch up sikit je lagi ni”. Balas
Zahra yang masih disolekkan oleh mak andam. Beberapa minit selepas itu Zahra
dibawa ke ruang tamu dan didudukkan di atas bantal yang di khaskan untuknya.
“Pengantin lelaki dah sampai. Minta bersedia ye semua”. Pesan mak
ngah sambil berjalan kearah Zahra dan duduk disebelahnya. Zahra yang terasa
gemuruh cuba untuk menenangkan dirinya sendiri. Mesti ibu gembirakan bila
tengok Zahra nak nikah. Andainya ibu masih ada, Zahra akan buat ibu orang yang
paling bahagia hari ni. Sebak mula bertandang di hati Zahra.
“Jangan sedih Zahra. Hari inikan hari bahagia Zahra.” Pujuk mak
ngah apabila terperasan Zahra berada di dunianya sendiri.
“Zahra okey mak ngah, cuma teringatkan arwah ibu saja.” Balas Zahra
perlahan sambil tersenyum.
“Yelah Zahra, majlis nak mula dah ni.” Kata mak ngah dan keadaan
kembali seperti biasa.
@_@
“Daniell Mikhail bin ‘Ariffin aku nikahkan dikau dengan anakku
Zahra Qistina binti Madi dengan mas kahwin RM 1000 tunai”
“Aku terima nikahnya Zahra Qistina binti Madi dengan mas kahwin RM
1000 tunai.”
Sah?
Sah..
Sah..
“Alhamdulillah” ucap ayah Zahra dan mereka semua mula membaca doa.
“Zahra, Daniell nak datang dah tu. Bersedia ye.” Bisik mak ngah
disebelah kiri Zahra. Entah kenapa melihat Daniell yang segak di hari
pernikahan ini membuatkan jantung berdegup kencang. Malu mahu melihat pandangan
Daniell yang cukup menggoda hati perempuannya. ‘Dah kenapalah Daniell ni, tak
malu ke buat muka macam tu depan tetamu ni. Haduh...panas muka aku melihat
tetamu yang sudah tersenyum sipu dengan kelakuan Daniell. Kalau boleh nak saja
aku lari dari sini masuk dalam bilik. Ahaks, gedik kau Zahra.’ bisik hati
Zahra.
“Assalamualaikum sayang.” Daniell
bersuara seakan berbisik dengan suara yang sangat lembut. Zahra yang terkejut
pantas memakukan matanya ke muka Daniell. Daniell menghadiahkan senyuman manis
dan terus terkena diabetes sebab lesung pipitnya tu.
“Waalaikumussalam, nak apa?’ soal
Zahra selamba sambil mengangkat kening kanannya. Tetamu yang mendengar ketawa
lantang.
“Sayang, inikan proses pembatalan
air sembahyang.” Ujar Daniell sambil tersenyum senang.
“Ye ke? Oo..” Zahra tiba-tiba blur.
Dah kenapa dengan aku ni. Diketuk-ketuk kepalanya menggunakan jari telunjuk.
“Kenapa diketuk kepala tu? Bagi sini
tangan tu.” Daniell menyuruh sopan. Tangan di dalam genggaman dipegang kejap,
lalu disarungkan cincin di jari manis Zahra. Pantas Zahra mengucup tangan
Daniell dengan penuh kelembutan dan dibalas dengan kucupan di dahi Zahra oleh
Daniell. Mereka terlalu asyik dengan dunia sendiri sehingga menimbulkan
bunyi-bunyi nakal dari para tetamu.
“Tunggulah malam nanti nak sweet
semanis honey pun.” Suara nakal mula memainkan peranan.
Sekarang tibalah masa untuk sesi
bergambar. Zahra semakin lama semakin berang dengan mamat fotografi tu.
Disuruhnya buat gaya yang pelik-pelik. Bikin malu je, yang si Daniell pun boleh
tahan nakalnya, disuruhnya sikit, dilakukannya lebih-lebih.
@_@
“Zahra sini abang nak kenalkan dengan mak abang” ajak Daniell dan
membawa Zahra berjumpa maknya. Zahra di sebelah terus menunduk dan terasa ingin
pengsan sebab kali pertama jumpa mak mentua. Memang nampak pelik sebab takkan tak
pernah jumpa mak mentua sebelum nikah. Tapi Si Zahra ni memang tak pernah
jumpa. Sebabnya Daniell kata nak buat ‘surprise’ dekat Zahra. Zahra pun
mula-mula bantah tapi bila telah diyakinkan oleh Daniell yang maknya baik dan
boleh menerima Zahra, Zahra pun setuju sajalah.
“Zahra, ini dia mak abang.” Daniell
memperkenalkan maknya kepada Zahra. Zahra yang mulanya menunduk terus
mengangkat kepala bersama sebuah senyuman yang manis. Tetapi hanya seketika dan
senyumannya yang manis itu hilang entah kemana.
“Mak cik Leha! Apa semua ni Daniell?
Awak permainkan sayakan?!” soal Zahra sedikit kasar.
“Zahra dengar dulu apa abang nak
cakap.” Pujuk Daniell.
“Okey. Saya bagi awak terangkan, 5
minit dari sekarang.” Balas Zahra dengan perasaan yang kosong.
“Zahra...” panggil Daniell
seakan-akan merayu.
“5 minit dah bermula Daniell.
Terangkan atau saya pergi.” balas Zahra senada.
“Okey abang terangkan. Sebenarnya
sebelum kita nikah abang dah tahu yang Zahra adik tiri abang masa abang pergi
berjumpa dengan ayah Zahra. Abang dah tahu semuanya. Abang tetap nak teruskan
pernikahan ini sebab abang sayang dan cintakan Zahra. Abang nak satukan Zahra
dengan keluarga abang. Abang tak ada niat pun nak tipu Zahra. Abang buat semua
ni untuk kebaikan kita bersama.” Terang Daniell jujur.
“Tak ada niat awak kata? Sekarang ni
saya dah tertipu awak tahu! Untuk kebaikan bersama konon, padahal awak nak
balas dendam dekat saya, sebab saya cakap dulu nak balas dendam dekat keluarga
tiri sayakan? Mengaku je lah awak! Semua orang sama je. Penipu!” Zahra membalas
kasar. Hati dia merintih sedih. Tak sangka dirinya ditipu hidup-hidup oleh
Daniell.
“Tak Zahra, abang tak ada niat pun
nak tipu Zahra. Percayalah. Takkan abang nak buat isteri abang macam tu.”
Daniell cuba memujuk.
“Awak buat saya rasa macam orang
bodoh tahu! Memang dah jadi nasib saya kot kena tipu dengan orang-orang yang
saya sayang. Mula-mula ayah saya sendiri, sekarang awak pula. Sepatutnya saya
selidik dulu tentang diri awak, bukannya percaya bulat-bula dengan kata-kata
awak.” Balas Zahra sayu sambil matanya dilirikkan kepada Encik Madi yang berada
bersebelahan dengan mak cik Leha.
“Zahra abang minta maaf. Kalau abang
bagitahu awak awal-awal, mesti awak tak nakkan nikah dengan abang?” soal
Daniell sedih.
“Eh, memang tak lah saya nak nikah
dengan anak perampas! Lebih baik saya tak payah kahwin sampai bila-bila,
daripada kahwin menyakitkan hati. Baru saya ingat yang perempuan ni ada anak
lelaki kembar. Rupa-rupanya awak. Memang keturunan awak ni semuanya menyakitkan
hati eh? Tapi saya lagi benci awak daripada adik awak tu. Dasar penipu!” Jawab
Zahra dengan muka menyampah. Nak menyesal sekarang pun tiada gunanya lagi, dia
dah jadi isteri Daniell.
“Eh perempuan kau jangan kurang ajar
dengan mak aku eh!” Jerit Rizky separuh kuat.
“Kau ada nampak kat muka aku ni
tertulis yang aku kesah pasal mak kau? Tak ada kan? Aku rasa sekarang kau orang
semua boleh angkat kaki-kaki kau orang dari sini, sebab aku malas nak tengok
muka-muka yang macam minta penampar ni.” Balas Zahra kurang ajar dan berlalu
meninggal mereka semua.
@_@
Daniell
Mikhail
Zahra
yang sedang baring di atas katil dipandang dengan penuh rasa sayu dan sedih.
Dia sudah bertekad yang dia akan cuba memujuk dan mengambil hati isterinya
semula serta membuatkan Zahra lupa akan dendamnya kepada mak mentuanya. Tak
sangka apa yang ingin dilakukan menjadi seteruk ini. Salahkah dia nak satukan
orang-orang yang dia sayang? Dia mengeluh seketika sebelum melangkah ke bilik
mandi bersama tuala di bahu.
Zahra
Qistina
Sambil
berbaring di atas katil otaknya ligat memikirkan masalah baru yang dia hadapi.
Daniell yang sedang memandangnya tidak dihiraukan. Apabila terdengar pintu
bilik air ditutup, dia bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas katil.
“Macam manalah aku boleh termasuk
dalam jerat percintaan ni?” soal Zahra sendiri. Bukan tajuk lagu ke jerat
percintaan tu? Lantaklah nak...
‘Aku kena juga balas dendam dekat
keluarga malaun tu. Tapi itu keluarga suami aku sendiri.’ Kata Zahra dalam
hati. Makin serabut otaknya sekarang. Berapa lama dia duduk termenung atas
katil sebelum membuat keputusan.
‘Aku akan balas dendam juga. Kalau
tak boleh buat dekat keluarga dia. Aku boleh buat dekat Daniell sendiri. Buli
ke, buat benda yang dia tak suka ke, aniaya dia ke sampai puas hati aku. Lagi
senang kerja aku sebab dah duduk satu rumah dengan dia.’ Kata Zahra dalam hati
sambil tersenyum. Sekejap-sekejap kerutkan dahi. Dah gila ke Zahra oi?
“Awak dah kenapa kerut-kerutkan dahi
tu? Sakit ke?” soal Daniell yang baru keluar dari bilik air dengan hanya
memakai tuala paras pinggang. Zahra yang terkejut terus memandang Daniell yang
berdiri di sisi katil. Sekejap cuma dan dia terus menundukkan kepalanya.
Daniell yang melihat tersenyum nakal. Memang dari dalam bilik air tadi lagi dia
dah rancang nak kacau Zahra atau dalam erti kata lain, dia nak goda Zahra.
“Dah tak reti nak pakai baju ke?”
soal Zahra geram. ‘Dia ni tak tahu malu ke? Aku pula yang termalu tanpa sengaja.
Yelah dah dia tayang badan dia yang seksi tu, dengan six packs lagi. Goyah
sikit iman aku. Ke dia saja nak goda aku ni? Tapi please eh, takkan aku
terpedaya lagi.’
“Lupa nak ambillah tadi”. Jawab
Daniell meleret. Keningnya diangkat-angkat nakal.
“Sekarang dah ingatkan? Jadi
pergilah ambil dan pakai.” Arah Zahra tegas. ‘Angkat-angkat kening, cukur nanti
baru tahu.
“Kenapa? Awak tergoda eh?” soal
Daniell nakal sambil berjalan menghampiri Zahra. Zahra dalam hati dah
berdebar-debar.
“Dah kenapa datang sini? Almari
dekat sana.” Tanya Zahra sambil menunjukkan kedudukan almari dalam bilik itu.
“Suka hati abanglah nak pergi mana
pun.” Daniell terus berjalan mendekati Zahra.
“Awak jangan berani sentuh saya ye.
Kalau saya terbelasah awak tanpa niat jangan salahkan saya pula.” Daniell tidak
menghiraukan amaran daripada Zahra. Dia menyentuh bahu Zahra dan...
Dushh...
Zahra menumbuk perut Daniell dengan kuat.
“Saya dah bagi amaran, awak tak nak
dengar. Awak pergi tanya adik kembar awak tu, macam mana rasanya bila saya
belasah dia waktu dekat kampung dulu. Kalau rasa nak lagi buatlah.” Ucap Zahra
mendatar sambil menjeling sebelum merebahkan dirinya semula. Daniell yang masih
membongkok dengan tangan yang menekan perut, berdiri tegak dan kembali bersuara
setelah sekian lama berdiam diri akibat menahan kesakitan yang boleh dikatakan
senak juga perut dia seketika.
“Huh! Abang nak tidur atas katil
hari ni.” Daniell bersuara sambil memeluk tubuh sendiri.
“Tidur je lah. Saya tak halang pun kan.
Awak ingat kisah kita ni macam cerita novel ke? Yang tak bagi tidur sekatil.
Cliche sangat. Tapi,, kalau awak sentuh saya siaplah!” sinis Zahra menjawab
sebelum memejamkan matanya. Bantal golek dijadikan pemisah antara mereka.
“Tapi abang berharap yang kisah kita
seperti novel yang akhirnya bahagia.” Jawab Daniell perlahan. Zahra yang
terdengar hanya mampu mengeluh perlahan.
‘Saya hanya manusia biasa. Jujur saya sayang sangat dekat awak.
Tapi awak tipu saya tentang keluarga awak. Biarlah masa yang menentukan akhir
cerita kita. Tidak semua novel yang akhirnya bahagia, ada yang berduka, ada
yang menyesal.’ Kata Zahra dalam hati sebelum berlayar ke alam mimpi.
@_@
Seminggu
menjadi isteri kepada Daniell, tiada masalah yang menyinggah kehidupannya.
Hanya bahagia yang memenuhi di hati. Terkenangkan ada dendam yang menyelubungi
diri, rasa itu diketepikan. Beberapa misi hebat telah difikirkan untuk
menyakitkan hati Daniell akan dilaksanakan bermula pada saat ini. Hebatlah
sangat. Pada esok hari akan bermulalah misi yang pertama. Tiada secalit
senyuman menyinggah di bibir Zahra, yang pada waktu itu sedang elok bersandar
di balkoni rumahnya, menikmati waktu senja.
“Heiiii.. Zahra...” bisik Daniell
tepi telinga Zahra.
“Tak payahlah awak nak takutkan saya
Daniell, saya tahu sangat itu awak”. Ujar Zahra sinis.
“Ala, macam mana awak tahu?” soal
Daniell dengan mulut yang sudah muncung.
“Siapa lagi yang tak ada kerja nak
buat dalam rumah ni. Awak seorang jelah kan?” balas Zahra malas.
“Hurmmm, yelah. Abang bosan tahu
tak? Awak tak takut ke duduk kat sini waktu maghrib macam ni?” tanya Daniell
sambil memandang kiri kanan.
“Nak takut apa? Hantu pun takut nak
ke sini. Sebab kat sini ada penipu yang tersangat hebat. Kan?” jawab Zahra
selamba. Tidak menghiraukan sedikitpun perasaan Daniell ketika itu.
“Awak, abangkan dah minta maaf.
Boleh tak awak tak payah nak ungkit benda ni semua?” Daniell membalas sambil
mengeluh kecewa.
“Mungkin bagi awak ini hal kecil je,
sebab awak tak kena tipu. Cuba awak yang ada dekat tempat saya ni. Entah-entah
hari pertama kahwin lagi awak dah ceraikan saya”. Zahra menjawab sinis. Daniell
hanya berdiam diri. Mungkin merasa apa yang diperkatakan oleh Zahra ada juga
benarnya.
“Tapi abang dah banyak kali minta
maaf dengan awakkan Zahra”. Pujuk Daniell dengan suara sehabis lembut.
Dipandang sisi Zahra dengan pandangan yang sayu.
“Jadi awak ingat saya sesenang tu je
nak maafkan awak? Sorrylah, saya dah muak dengan maaf awak tu. Tak ada nilai
langsung buat saya. Saya nak masuk dulu. Bye”. Zahra lantas berpaling untuk
masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba tangan Zahra dipegang Daniell.
“Zahra, abang tak habis cakap lagi.”
Daniell masih berusaha memujuk Zahra.
“Lepaskan saya Daniell, awak tak ada
hak nak tahan-tahan saya macam ni. Saya bosan dengan awak, bila bercakap je
mesti perkataan maaf yang keluar. Dah tahu buat salah tu, ada hati nak orang
maafkan. Orang gila je yang tak berasa marah bila ditipu hidup-hidup. Macam
awak.” Sinis Zahra membalas.
“Tak baik tau awak cakap macam tu
dekat abang. Abang suami awak, yang sepatutnya awak hormat.” Daniell membalas
dengan suara yang sedikit keras.
“Marah ke? Apa yang awak buat dekat
saya dah cukup baiklah macam tu? Kalau itu yang awak kata baik, tunggu saya
balas. Kalau awak tak tipu saya, dah lama saya hormat awak sebagai seornag
suami.” Zahra bersuara lembut tetapi penuh dengan amarah dan berlalu ke dalam
rumah.
Macam manalah aku nak laksanakan misi pertama aku ni. Tengok muka
dia je kesian. Aku tahulah dia tu suami aku, tapi aku nak balas dendam
sikit-sikit je. Biar dia tahu apa yang aku rasa. Aduhh.. susah betul nak buat
jahat bila tak ada bakat. Bebel Zahra dalam hati sambil menggaru dahi.
@_@
MISI
1
DANIELL
Sticky
note yang tertulis ‘awak saya pinjam kereta kejap’ tertampal elok di pintu peti
ais. Daniell yang baru bangun dari tidur terperanjat membaca nota itu. Muka
masa tu jangan cakaplah dah serupa macam hulk menjerit je.
“Manalah dia bawa kereta aku tu, dah
lah tu kereta kesayangan aku selepas superbike. Haduh.. sakit kepala aku fikir
pasal benda ni.” Daniell membebel sambil berlalu ke ruang tamu.
ZAHRA
“Gembiranya aku hari ni dapat gunakan
kereta dia untuk menjalankan misi aku. Memang bengang gilalah mamat tu kat
rumah sekarang ni. Tak apalah, awak tunggu apa yang saya buat balik dekat awak
nanti. Mesti awak suka punya. Hahahaha.” Zahra ketawa kuat dan meneruskan
perjalanan.
Sampai saja di dalam hutan yang
jalannya dipenuhi dengan lumpur, lecak dan kotoran yang sememangnya akan degil
untuk tanggal semasa dibersihkan nanti, dia terus membawa kereta Daniell
meredah hutan belantara dengan jayanya. Keluar-keluar je dah tak rupa kereta mewah
dah, rupa macam kereta sorong dipenuhi tanah yang basah.
Siapa kata Zahra tak tabah? Dia
tabah okey. Semua mata yang melihat ke kereta yang dipandunya tidak dihiraukan.
Yang penting hatinya puas. Tak sabar pula nak dengar bom atom meletop kejap
lagi. ‘Tu bukan tabah, tu gila namanya’.
@_@
Setibanya
Zahra di rumah, Daniell elok terpacak depan pintu masuk. Melihat keretanya
macam baru keluar dari kolam lumpur, matanya terbeliak dan nadinya seakan
berhenti. Zahra yang melihat muka suaminya macam dah ungu terus keluar kereta
setelah diparkingkan betul-betul depan Daniell.
“Awak pergi mana Zahra? Berjam-jam abang tunggu awak tahu. Kata nak
guna sekejap je, tapi sekarang kereta ni tak gaya macam kereta dah. Awak pergi
mana?” tanya Daniell dengan suara seakan-akan menahan marah.
“Awak ni saya guna kereta sekejap pun nak berkira. Bukannya rosak
pun.” Balas Zahra sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
“Abang bukan berkira dengan isteri Zahra, awak nak pinjam, pinjamlah,
abang tak kisah. Tapi tolonglah jaga. Awak tahukan abang sayang kereta ni. Ada
kesan bercalar lagi ni. Awak pergi mana?” Soal Daniell senada.
“Ishh, sibuk nak tahu orang pergi mana. Saya pergi bawa kereta awak
ni masuk hutan! Puas hati bila dah tahu jawapannya?” Zahra berlalu tanpa
menghiraukan suaminya yang sudah terduduk bersebelahan tayar hadapan kereta
itu.
“Ya Allah, boleh dia bawa masuk
hutan. aku nak ketuk kereta ni pun tak sampai hati. Kesian awak Mr. H. saya
harap awak dapat bersabar dengan perangai dia. Saya janji lepas ni benda ni
takkan berlaku lagi. Saya akan basuh awak sampai berkilat semula. Yang bercalar
tu nanti saya hantar baiki ye.” Pujuk Daniell sambil mengusap-usap badan kereta
yang berjenama Honda Sivic yang dipanggilnya Mr. H. Berjam-jam Daniell
mengambil masa untuk membasuh kereta itu hingga berkilat.
@_@
Zahra
yang sedang menonton televisyen berasa terganggu lalu melihat kearah Daniell
yang dah macam cacing kepanasan duduk di
sebelahnya.
“Hello, awak dah kenapa ni? Saya nak
tengok tv pun tak senang.” Soal Zahra tak puas hati.
“Hello, ni semua salah awak tahu.
Awak yang buat abang macam ni.” Jawab Daniell dengan mata yang melirik ke arah
Zahra. Geram!
“Apa yang saya dah buat, sampai awak
macam ni sekali? Duduk diam-diam boleh tak? Zahra semakin panas dengan Daniell.
Daniell tidak menjawab, malah
matanya menunjukkan di mana jawapan itu berada. Zahra pantas mengikuti gerak
mata Daniell yang akhirnya berakhir di badan Zahra. Pantas Zahra menutup
dadanya dengan tangan.
“Hei, mata tu jaga sikit. Suka hati
je tengok orang macam tu. Apa maksud awak sebenarnya? Tak fahamlah.” Zahra
menyoal kembali selepas puas memikirkan apa yang membuatkan Daniell macam tu.
“Apalah lemau sangat awak ni. Cuba
awak tengok pakaian awak tu, nak goda abang ke?” tanya Daniell dengan senyuman
nakal.
“Hish, tak ada makna saya nak goda
awak. Daripada goda awak, baik saya goda apek jual sayur tu dan ikut suka hati
sayalah nak pakai apa dalam rumah ni. Bukan ada orang nampak pun.” Balas Zahra
bersemangat.
“Habis tu abang ni apa? Kayu? Besi?
Batu? Abang ni pun manusia biasa yang ada nafsu, suami awak yang sah lagi.
Jadi...” mata Daniell masih melirik nakal ke arah Zahra.
“Jadi apa?” pantas Zahra menyoal.
Seram juga dia berasa dengan pandangan Daniell yang menggoda. Liur ditelan.
“Jadi, abang pun boleh buat apa saja
dekat Zahra selagi tak bertentangan dengan syariat.” Selesai berbicara Daniell
terus mencempung tubuh Zahra ke bilik. Sebelum tu sempat lagi Daniell mematikan
televisyen.
“Arghh, Daniell tak naklah. Lepaskan
saya Daniell.” Zahra meronta-ronta dalam pegangan Daniell. Rontaan Zahra tidak
dipedulikan Daniell. Zahra meronta dengan lebih kuat.
“Okey, abang lepaskan Zahra.” Tangan
Daniell tiba-tiba longgar sedikit demi sedikit. Zahra yang berasa badannya akan
menjamah lantai pantas merangkul leher Daniell kuat. Daniell tersenyum senang.
“Lepas elok-eloklah, jatuh nanti
sakit” Suruh Zahra sambil memandang Daniell dari tepi. Handsomenya, suami
siapalah ni, dengan lesung pipit menghiasi pipi. Nak je aku cium-cium pipi dia
sampai hilang lesung pipit tu. Gatal!
“Abang akan lepaskan sayang
elok-elok dekat dalam bilik nanti. Just wait and see honey.” Daniell
mengenyitkan mata kepada Zahra dan Zahra sudah keras dalam pegangan Daniell.
Matilah aku malam ni. Dalam diam hati perempuannya, dia merelakan apa yang
bakal berlaku malam itu dan terlayarlah bahtera asmara yang menyatukan dua
jiwa.
@_@
“Sayang” Daniell memanggil isterinya sambil tangan dililitkan pada
pinggang Zahra. Di hatinya terasa bagai ada taman rama-rama, ditambah pula
dengan kisah semalam yang terlalu indah bagi dia.
“Hish, apa peluk-peluk ni. Rimas
tahu tak? Orang nak masak pun susah.” Zahra tiba-tiba memberontak. Daniell
melepaskan pelukan lalu memusingkan tubuh Zahra supaya mengadapnya.
“Kenapa ni sayang, marah-marah
abang?” Daniell bertanya lembut, cuba memahami apa yang sedang membelenggu si
isteri.
“Kenapa apanya? Awak ingat setelah
apa yang berlaku semalam saya dah maafkan awak? Kirim salam jelah. Semalam tu
cuma satu kesilapan. Anggap saja benda tu tak pernah berlaku.” Zahra menjawab
dan menyambung balik aktiviti memasaknya.
“Kalau awak kata satu kesilapan
kenapa awak merelakan diri awak semalam?” soal Daniell dengan hati yang sedih.
‘Janganlah Zahra cakap dia lakukan itu hanya kerana tanggungjawab.’
“Anggap saja saya lakukannya kerana
tanggungjawab sebagai seorang isteri. Nanti kalau saya tak buat, kata saya
isteri derhaka pula, tak penuhi kehendak batin suami.” Zahra bersuara sinis.
Daniell di belakangnya sudah diam tidak terkata. Tidak menyangka apa yang Zahra
buat semalam adalah terpaksa. Zahra tersenyum di dalam hati kerana dapat
menyakitkan hati suaminya.
“Saya minta maaf dan saya berjanji
perkara macam semalam tak akan berlaku lagi.” Sengaja ditekan perkataan ‘tak
akan’ lalu Daniell pantas membawa diri ke dalam bilik.
“Dia terasa hati ke dengan apa yang
aku cakap? Kenapa saya? Kenapa tak akan?” Zahra bersuara perlahan. Arghh,
persetankan dengan perasaan dia. Yang penting sekarang ni misi kedua dan ketiga
aku akan berjalan esok.
@_@
MISI
2
“Assalamualaikum mak cik Esah.” Zahra
memberi salam kepada mak cik Esah, jiran sebelah rumahnya.
“Waalaikumussalam Zahra. Ada apa
ye?” mak cik Esah bertanya kepada Zahra.
“Saya ingat nak pinjam Chubby
sekejap. Rindu pula kat Chubby. Boleh tak mak cik? Zahra menzahirkan sebab dia
datang ke rumah mak cik Esah.
“Oo, nak pinjam Chubby. Boleh-boleh.
Sekejap ye mak cik ambil.” Dalam perjalanan mak cik Esah masuk ke dalam rumah,
dia kembali memusingkan badannya kepada Zahra.
“Mak cik lupa pula nak pelawa Zahra
masuk rumah.” Mak cik Esah berbicara sambil tangannya ligat membuka pintu
pagar.
“Eh, tak apalah mak cik. Saya ingat
nak main dengan Chubby dekat rumah saya je.” Balas Zahra sopan. Takut wanita
tua itu terasa hati pula.
“Iyelah Zahra, sekejap mak cik ambil
ye”. Mak cik Esah kemudian berlalu ke dalam rumah untuk mengambil Chubby.
“Ini dia Chubby, Zahra.” Chubby
bertukar tangan. Manja sangat dengan Zahra sampai menggesel-geselkan kepalanya
di tangan Zahra.
“Petang nanti saya pulangkan ye mak
cik. Saya balik dulu. Assalamualaikum.” Tangan mak cik Esah disalam sebelum
berlalu ke rumahnya.
“Iyelah, Waalaikumussalam.” Balas
mak cik Esah. Zahra berbual-bual dengan Chubby semasa dalam perjalanan ke
rumahnya. Mak cik Esah yang melihat hanya tersenyum senang.
@_@
Daniell
pulang awal dari kerja, kebetulan pula kerja tak berapa banyak, baik dia balik
berehat di rumah. Biasanya pukul 6 petang baru balik. Sekarang pukul 3 dah
terpacak dekat rumah. Dekat rumah dapat tengok Zahra, walaupun masih terasa
hati pasal semalam. Zahra dapat cuti sebulan, boleh pula bos dia tu luluskan
cuti lama-lama macam tu. ‘Memanglah boleh cuti lama, sebab bos Zahra tu, kawan
baik dia.’
Daniell duduk dekat sofa di ruang
tamu. ‘Sunyi pula rumah hari ni. Biasanya ada juga bunyi suara Zahra menyanyi
ke, bunyi dia memasak ke, bunyi tv ke.’ Bisik hati Daniell. Tiba-tiba Daniell
berasa ada sesuatu yang merayap dikakinya. Pantas dia melihat apa yang merayap
dan sepantas itu juga dia membawa kakinya keatas sofa sebelum..
“Zahra!!!” panggil Daniell sedikit
menjerit. Zahra di dapur terkekek-kekek ketawa melihat Daniell yang macam
budak-budak.
“Zahra!!!” panggil Daniell sekali
lagi dengan lebih kuat. Zahra yang terkejut pantas mendapatkan Daniell.
“Kenapa terjerit-jerit ni? Nanti
orang ingat saya ni wild pula.” Zahra pura-pura bertanya. Daniell menjeling
geram.
“Jangan main-main Zahra. Kenapa
kucing ni ada dalam rumah ni? Awak tahukan saya tak suka kucing. Saya tak boleh
dengan bulu kucing ni.” Tanya Daniell dengan suara yang sengau sebab tangan
kanannya mengepit hidung.
“Ala, kucing je pun. Kalau singa tu
logiklah takut.” Bebel Zahra lalu mengambil Chubby dan berpura-pura mahu ke
dapur. Apabila melihat Daniell sudah melepaskan hidungnya, pantas Zahra
menghampiri Daniell dan menggeselkan Chubby dekat hidung Daniell. Kejap, sebelum
berlari ke dalam dapur.
Daniell tidak mampu buat apa-apa
sebab benda tu berlaku sangat pantas. Dan seketika kemudian Daniell tidak
berhenti-henti bersin. Zahra sudah hilang kemana tak tahulah.
Apabila malam menjelma, Daniell
masih dengan bersinnya yang tersisa. Zahra tak puas hati sebab Daniell tak
marah pun. Lalu dirancangnya untuk melakukan misi terakhir dalam mengenakan
Daniell.
MISI
3
Zahra
bertungkus lumus membersihkan dapur dan membuatkan secawan kopi untuk Daniell.
Mimpi apa Zahra, tiba-tiba je rajin buat air untuk Daniell. Hanya dia saja yang
tahu kenapa dia terlebih rajin malam ni. Sebotol kecil cecair dituangkan ke
dalam cawan milik Daniell dan kemudian, Upps! Terbanyaklah pula, macam mana ni.
Tak apa rasanya, sikit je lebih. Zahra cuba menyedapkan hati sendiri lalu
dimasukkan kembali botol tersebut ke dalam poket seluar. Zahra berjalan penuh
menggoda ke arah Daniell, Daniell yang perasan kelibat seseorang pantas
memakukan pandangan kepada Zahra. Zahra tidak perlu memakai pakaian yang seksi-seksi
untuk menggodanya, dirinya yang asli sudah cukup membuatkan Daniell tergoda
berkali-kali. Liurnya ditelan. Tidak mahu perkara sebelum ini berlaku kembali.
“Daniell, minumlah air ni.” Zahra
bersuara lembut di tepi telinga Daniell. Daniell yang terkejut pantas
menghabiskan air yang Zahra berikan kepadanya. Zahra beralih duduk di pinggir
katil, menunggu tindak balas dari cecair itu. 1..2..3..
Daniell mula berpeluh dan menahan
rasa sakit di perutnya. Tidak lama selepas itu, Daniell bergegas masuk ke dalam
bilik air. Zahra di katil sudah ketawa. Kelakar betul muka Daniell menahan
sakit perut. Lawak lawak..
@_@
Jam
sudah menunjukkan pukul 12 malam, bermakna lima jam telah berlalu, dan Daniell
masih lagi ulang alik ke tandas. Zahra diserang rasa gelabah. Dia ingatkan
sekejap je kesan julap tu, rupa-rupanya memakan masa selama berjam-jam. Macam
mana kalau apa-apa berlaku dekat Daniell? Macam mana kalau terlebih julap?
Macam mana kalau Daniell...Argh, aku tak nak dia pergi. aku sayang dia. Daniell
yang baru keluar dari tandas direnungnya kesian dengan rasa bersalah yang
menggunung. Daniell kelihatan semakin lemah. Mukanya pucat.
“Awak, saya bawa awak pergi hospital
ye. Awak nampak macam sakit sangat ni.” Zahra bertanya kepada Daniell. Daniell
hanya menggeleng kepada.
“Tak naklah pergi hospital. saya
mungkin salah makan kot. Sebab tu sakit perut macam ni sekali.” Daniell memberi
alasan. Zahra semakin diburu rasa bersalah. Daniell yang semakin lemah
dipandang sayu. Maafkan Zahra, Daniell. Semua ni salah Zahra, Zahra yang buat
Daniell sakit. Air mata bermain-main di pinggir kolam mata, tunggu masa untuk
pecah je. Tubuh Daniell yang tiba-tiba hilang imbangan tu menarik Zahra untuk
melihat. Pantas Zahra berlari memegang tubuh Daniell yang hampir rebah
menyembah lantai dan menyebabkan Daniell terhempap tubuhnya.
Zahra cuba menggoyangkan badan
Daniell supaya sedar kembali. Tetapi tiada sebarang reaksi daripada Daniell.
Laju tangan Zahra mencapai telefon untuk menelefon ambulans supaya datang ke
rumahnya. Nak harapkan dia angkat Daniell, memang sampai esok tak terangkat.
@_@
Zahra
mundar-mandir dihadapan bilik rawatan. Keluarganya ditelefon untuk
mengkhabarkan tentang Daniell yang dimasukkan ke hospital. Lama Zahra tunggu,
barulah keluarganya tiba. Semuanya dengan riak muka yang jelas menggambarkan
kerisauan. Zahra ditanya dengan pelbagai soalan sehingga menyesakkan
fikirannya.
“Kenapa Daniell boleh masuk hospital
ni?”
“Apa sebabnya?”
“Dia ada makan apa-apa yang salah
ke?”
“Dia tertekan ke?”
Zahra hanya mendiamkan diri di dalam
pelukkan mak ngah. Tidak mahu menjawab walaupun sepatah perkataan. Semua yang
ada di situ seakan faham dengan keadaan Zahra yang mungkin merisaukan Daniell,
tidak terus melanjutkan pertanyaan dan hanya menunggu laporan daripada doktor
sahaja. Beberapa minit kemudian, doktor keluar dari bilik rawatan dan mereka
semua menyerbu ke arah doktor. Zahra tidak turut serta, hanya mendengar daripada
jauh saja.
“Sabar ye semua, Daniell keadaannya
baik-baik saja. Tetapi menurut saya, dia telah mengambil julap secara
berlebihan. Itu punca utamanya. Daniell akan pulih sepenuhnya dalam beberapa
hari, insyaAllah.” Ujar doktor kemudian berlalu pergi.
“Kenapa Daniell boleh ambil julap
secara berlebihan pula ni? Dia ada masalah buang air besar ke?” soal Encik Madi
kepada Zahra yang sedari tadi mendiamkan diri. Lama keadaan sunyi sebelum
terdengar esakan halus daripada Zahra. Semua mata tertumpu kepadanya.
“Zahra minta maaf, Zahra yang
letakkan julap tu dalam minuman Daniell. Zahra tak berniat pun nak buat Daniell
sampai jadi macam ni. Niat Zahra nak kenakan Daniell saja. Zahra minta maaf.
Zahra tahu Zahra salah dalam hal ni.” Jawab Zahra dengan suara yang
tersekat-sekat. Mak cik Leha yang mendengar sudah mengurut dada menahan rasa
terkejut. Tak sangka Zahra akan lakukan perkara itu. Encik Madi sudah
menggelengkan kepala mengenangkan sikap anaknya yang seorang itu. Mak ngah
masih setia disisi Zahra sambil mengelus lembut belakang Zahra. Tiba-tiba Rizky
bersuara.
“Kenapa kau buat abang aku macam tu?
Kau nak bunuh dia ke ha?” soal Rizky kasar. Zahra hanya menggelengkan kepala.
“Kau buat semua tu sebab dendamkan?
Sebab dia tipu kau? kau tak dapat balas dekat aku dengan mak aku, kau balas
dekat Daniell pulakan?” Rizky tidak putus-putus mendesak Zahra. Akhirnya Zahra
bersuara.
“Ye. Memang saya pada mulanya
bercadang nak balas dendam dekat awak dan mak awak, tetapi setelah saya dapat
tahu Daniell tipu saya tentang keluarganya, saya menukar cadangan untuk
mengenakan dia, bukan saya nak balas dendam sangat pun. Saya sayang dia tahu
tak. Kalau tak sayang saya tak kahwin dengan dia. Saya nak dia rasa apa yang
saya rasa je. Saya tak sangka jadi macam ni sekali.” Jawab Zahra sebak sambil
menundukkan wajah menekur lantai. Setitik demi setitik air matanya jatuh.
“Kalau awak sayang dia, awak ikut
saya sekejap.” Rizky bersuara kembali dengan lebih sopan. Zahra memandang mak
ngah dan mak ngah membalas dengan anggukkan. Perlahan Zahra bangun dan mengikut
jejak langkah Rizky. Mak cik Leha cuba menghalang tetapi ditahan oleh Encik
Madi.
“Saya tahu Rizky takkan buat apa-apa
dekat Zahra. Biarlah dia menceritakan hal sebenar kepada Zahra. Doakan supaya
Zahra menerimanya dengan hati terbuka.” Encik Madi bersuara lalu melabuhkan
duduk di kerusi menunggu.
@_@
“Zahra, saya nak ceritakan perkara
sebenar kepada awak tentang apa yang telah berlaku. Saya rasa awak salah
faham.” Rizky bersuara setelah sampai ke destinasi yang dirasanya sesuai untuk
berbincang. Kafe.
“Apa yang membuatkan awak rasa saya
salah faham?” soal Zahra senada.
“Pasal kematian ibu awak, bukan mak
saya puncanya. Memang ayah awak berkahwin dengan mak saya tanpa pengetahuan ibu
awak. Apabila ayah awak menceritakan perkara sebenar kepada ibu awak, memang
ibu awak sedih. Tetapi lama-kelamaan ibu awak dapat terima semua tu dan dia
meninggal sebab penyakit dia. Doktor telah sahkan yang ibu awak meninggal
disebabkan penyakit Alzheimer. Awakkan lama tak balik kampung awak, masa tu ibu
awak di saat kritikal. Penyakit dia semakin teruk, sehingga suatu hari dia lupa
semuanya dan akhirnya penyakit itu menjadi penyebab ibu awak dijemput Ilahi.
Kalau awak tak percaya awak boleh tengok sijil kematian ibu awak. Semuanya
sudah tertulis di luh mahfuz tentang takdir manusia. Buat apa kita nak
mempersoalkannya lagikan?” terang Rizky panjang lebar. Zahra yang mendengar
hanya diam membisu.
“Jadi selama ni saya yang salah
faham? Saya yang bertindak melulu? Saya...” Zahra tidak mampu meneruskan
bicaranya. Terasa dirinya perempuan yang paling bodoh saat itu.
“Awak tak salah, awak buat semua tu
sebab awak sayangkan ibu awak. Tapi nanti, awak kenalah selidik betul-betul
suatu perkara sebelum bertindak lebih lanjut. Faham?” tanya Rizky sambil
tersenyum senang kepada kakak iparnya. Zahra hanya mengangguk.
“Saya minta maaf sebab dah cakap
dekat awak dan mak macam-macam. Saya dah belasah awak teruk.” Zahra berbicara
sambil tertunduk malu.
“Tak apa, saya maafkan. Tapi kuat
juga awak pukul saya ye. Hehe. Saya pun nak minta maaf sebab terlempang awak
hari tu. Saya tak dapat kawal perasaan saya bila orang tuduh mak saya
macam-macam.” Rizky buat muka comel dekat Zahra. Zahra gelak perlahan. Sebijik
macam Daniell muka dia tadi. Teringat saja pasal Daniell, air mukanya berubah.
“Tak apa, saya maafkan. Saya pun
akan buat perkara yang sama juga kalau ibu saya kena tuduh. Tapikan saya tak
tahu macam mana nak minta maaf dekat Daniell. Saya banyak buat salah dengan
dia, padahal dia baik sangat dengan saya. Saya selalu sakitkan hati dia. Saya
takut dia tak maafkan saya.” Zahra meluahkan rasa kepada Rizky.
“Daniell tu kalau marah sekejap je.
Kalau dia merajuk ke, terasa hati ke, susah sikit nak pujuk. Awak kena usaha
lebihlah. Awak boleh punya dan si Daniell tu takkan benci awak sebabnya dia
sendiri cakap dekat saya yang dia sayang sangat dekat awak. Jadi tak payah
risau pasal tu, yang awak perlu fikir sekarang adalah cara nak tambat balik
hati si Daniell tu.” Rizky memberi semangat kepada Zahra.
“Baiklah, terima kasih kerana
bagitahu saya semuanya, bagi saya semangat dan terima kasih untuk
segala-galanya. Jomlah kita pergi ke wad Daniell” ujar Zahra dan berura-ura
untuk bangun.
“Sama-sama. Takkanlah saya nak
biarkan keadaan ni tegang sampai bila-bila tanpa ada setitik air yang
menyejukkan.” Balas Rizky sambil mengangkat kening sebelah kiri dengan senyuman
bangga sebelum menyaingi Zahra berjalan ke wad yang menempatkan Daniell. Zahra
hanya menggelengkan kepala.
@_@
“Kenapa awak yang ada dekat sini?
Mana yang lain?” soal Daniell tanpa perasaan.
“Diaorang dah balik, esok pagi
diaorang datang. Saya suruh diaorang tinggal dekat rumah kita. Biar saya yang
jaga awak.” Balas Zahra lembut dan dalam masa yang sama, dia dapat rasa yang
nada Daniell berbeza dengan sebelum ni. Daniell yang membelakanginya dipandang
sepi. ‘Aku tak nak dia berubah.’ Hati Zahra meronta sedih.
“Saya tak nak awak yang jaga saya.
Awak boleh balik, saya boleh jaga diri saya sendiri. Nanti tak pasal-pasal
terus mati saya awak kerjakan.” Daniell seakan menghalau Zahra tanpa menoleh ke
arah Zahra. Penglihatan Zahra semakin kabur dengan air mata.
“Saya minta maaf, saya tak sengaja
buat awak macam ni. Saya cuma nak kenakan awak.” Zahra berbicara sayu.
“Saya tak nak tengok muka awak dekat
sini. Awak pergilah balik. Saya tak perlukan orang yang tak perlukan saya.”
Suara Daniell semakin keras. Zahra bangkit dari duduk dan menghampiri Daniell.
Tangan Daniell digenggam kemas.
“Saya minta maaf Daniell. Saya
betul-betul tak sengaja. Saya dah tahu cerita sebenar dari Rizky.” Zahra sudah
merembeskan air mata. Daniell masih keras seperti tadi.
“Saya cakap balik, balik jelah. Serabutlah!”
Daniell menolak Zahra kasar. Zahra hanya mampu melangkah pergi dengan hati yang
sayu. Tetapi Zahra tidak terus pulang, dia melabuhkan duduk pada kerusi di luar
wad Daniell. Lama-kelamaan Zahra terlelap bertemankan air mata.
@_@
“Zahra, kenapa tidur dekat sini? Kenapa tak tidur dekat dalam?”
soal mak cik Leha apabila ternampak kelibat Zahra yang tertidur duduk di luar
wad Daniell.
“Mak, Daniell dah bencikan Zahra.
Dia tak nak tengok Zahra dah.” Zahra terus memeluk tubuh tua mak cik Leha
setelah sedar dari lena. Tadi selepas Rizky menerangkan semuanya, Zahra terus
memohon maaf kepada mak cik Leha dan ayahnya. Untungnya, mak cik Leha terus
memaafkannya.
“Shhhh. Jangan nangis Zahra. Mana
mungkin Daniell bencikan Zahra. Dia merajuk je tu. Tak apa, nanti mak ajarkan
cara-cara nak pujuk Daniell tu ye. Dah jangan sedih-sedih lagi.” Pujuk mak cik
Leha sambil jarinya ligat menyapu air mata yang mencemari pipi Zahra.
“Terima kasih mak, Zahra minta maaf
sebab dah tuduh mak macam-macam dulu.” Zahra kembali memeluk mak cik Leha.
“Dah lah Zahra, mak faham. Tadikan
dah minta maaf. Kita lupakan hal dulu-dulu ye, sekarang kita dah jadi
keluarga.” Mak cik Leha tersenyum senang dengan kelakuan Zahra.
@_@
Dua
hari Daniell ditahan untuk dirawat di hospital, dan sekarang dia telah kembali
menjejakkan kaki ke rumah. Zahra pun sudah tersedia dengan pelbagai idea untuk
menambat kembali hati Daniell. Semuanya hasil gabungan idea antara Zahra dengan
mak mentuanya sendiri, Rizky adalah masuk campur sikit-sikit, banyak idea yang
tak boleh pakai je dari Rizky tu. Harapannya, hati Daniell kembali terpujuk.
Dah masuk dua hari juga Zahra dengan Daniell tak berbicara. Hari ni apabila
Daniell dengan dia kembali berdua, dia akan melaksanakan misinya yang terbaru
bermula pada malam ini.
Setelah yakin dengan dirinya, barulah Zahra keluar dari bilik air.
Melihat baju yang dipakai, Zahra termalu sendiri. Ini semua Rizky punya idea,
suruh goda Daniell. Paksa dijadikan misi pertama pula tu. Sabar jelah. Adik
dengan abang sama je. Zahra perlahan-lahan berjalan mendekati katil sebelum
merangkak naik. Daniell di sebelah sudah menelan liur apabila terbau wangian
yang dipakai Zahra. Zahra semakin mendekati Daniell sehingga badannya
bersentuhan dengan belakang badan Daniell, lalu terus dipeluk Daniell geram
sebelum bersuara.
“Daniellllll, pandanglah sini.” Zahra memulakan aksi menggoda.
Daniell memekakkan telinga.
“Abangggg, tengoklah sini.” Daniell menelan liur buat kesekian
kalinya. ‘Nasib baik iman aku kuat lagi, kalau tak dah lama aku terkam si Zahra
ni. Berani dia panggil aku macam tu.’ Daniell menepis tangan Zahra. Tetapi
Zahra bukan seorang yang mudah berputus asa, dipeluknya Daniell sekali lagi.
Pantas Daniell menolak tangan Zahra, kali ini lebih kasar sebelum memusingkan
tubuh. Terpandang saja baju yang dipakai Zahra, automatik matanya dilarikan.
“Dah kenapa pakai baju macam ni? Nak goda saya? Tak payahlah awak
buang masa. Kan saya dah cakap dulu yang saya ‘tak akan’ ulangi benda yang
sama. Nanti bila saya ulang benda tu, cakap satu kesilapanlah, lakukan kerana
tanggungjawablah.” Daniell selamba menyindir Zahra untuk melepaskan rasa di hati.
“Tapi sekarang saya betul-betul ikhlas. Hari tu saya main-main je,
kalau saya tak rela dulu, dah lama saya tolak abang tahu.” Zahra masih lagi
memujuk dengan suara yang sengaja dimanjakan.
“Dahlah Zahra, saya tak peduli semua tu dah. Awak buat perangai
macam ni, nampak sangat macam murah. Baik awak pergi tidur.” Tersentap Zahra
dengan bicara Daniell. ‘Murah? Aku cuma buat apa yang isteri-isteri lain buat.
Salah ke? Aku tahu dia sengaja nak sakitkan hati aku, tapi aku tetap sedih.’
Zahra berbicara sendiri, tanpa sedar air mata mengalir bersama esakkan halus.
Daniell di sebelah dihimpit rasa kesal kerana telah membuat Zahra menangis.
Tetapi cuma sebentar sebelum perasaan itu dibuang jauh.
@_@
Daniell
yang sedang memarkingkan kereta di garaj dipandang sayang. Segala perlakuan
Daniell diperhatikan satu persatu. Daniell yang melonggarkan tie, Daniell singsingkan
lengan kemejanya hingga paras siku, Daniell yang berjalan bersama peralatan
kerjanya, semuanya mampu membuat hati Zahra kembang setaman. Daniell yang
terasa dirinya diperhatikan pantas meliarkan mata memandang sekeliling rumah
dan berakhir pada tubuh Zahra yang tidak berkelip memandangnya. Daniell pelik
tetapi dalam hati sudah berbunga-bunga. Laju kaki melangkah masuk ke dalam
rumah. ‘Tergodalah tu dengan aku’ ujar Daniell perlahan.
Daniell yang enak berbaring di atas katil dipandang dengan penuh
rasa sayang. Kemudian, Zahra membawa diri ke dapur. Sekejap saja air milo panas
yang dicampur sedikit dengan serbuk koko sudah terhidang. Ini semua mak
mentuanya yang bagi cadangan, kata Daniell suka minum air ni. Kaki melangkah
kembali ke dalam bilik beradu mereka.
“Awak, saya ada buat air ni. Minumlah, mesti awak suka.” Pelawa
Zahra dengan huluran cawan kepada Daniell. Daniell yang melihat huluran
tersebut menepis kuat sehingga menyebabkan cawan yang dipegang Zahra pecah
sebaik saja menyentuh lantai.
Arghh. Mengaduh perlahan Zahra kerana kakinya terkena percikkan
kaca dan air panas di dalam cawan tadi.
“Kalau awak tak nak cakap jelah. Tak payah nak tolak-tolak sampai
pecah.” Zahra bersuara apabila melihat Daniell kembali bermain telefon,
kemudian tunduk mengutip kaca. Mata sudah kabur dengan air mata. Daniell terus
memandang ke arah Zahra sebelum berbicara.
“Tak payah susah-susah buat air. Saya ada tangan nak buat sendiri.
Lepas ni tak payah nak memasak, buat air untuk saya. Mana tahu ada letak racun
pula.” Daniell membalas pedas. Kaki Zahra yang sudah kelihatan kemerahan dan
ada sedikit darah tidak diendahkan. Tetapi dalam hati hanya Allah je yang tahu
perasaannya, rasa nak tampar diri sendiri pun ada sebab perbuatannya tadi
menyebabkan Zahra sakit.
“Saya dah cakap saya tak sengaja. Dah beribu kali saya minta maaf.”
Zahra bersuara lirih dengan kepala yang tertunduk. Air mata kembali membasahi
pipinya.
“Banyak kali minta maaf? Dulu, masa saya minta maaf dekat awak
sampai berbuih-buih mulut saya ada awak peduli? Dan sekarang awak nak saya
peduli dengan maaf awak tu? Kalau awak nak tahu, saya nak tengok muka awak pun
dah tak lalu tahu!” Naik seoktaf suara Daniell. Zahra hanya diam memikirkan
tindakan seterusnya yang patut dilakukan sebelum dia bangun berlalu ke dapur
dan kembali ke bilik untuk mengemas barang-barangnya. Kemudian berpindah ke
bilik sebelah. Kakinya yang semakin pedih tidak dihiraukan. Daniell yang
melihat hanya memandang sepi sebelum menarik selimut membaluti diri.
‘Kenapa dia nak pindah bilik pula, aku stresslah macam ni.’ Bisik
hati Daniell sebelum melelapkan mata. ‘Tak apalah bilik lain-lain pun. Asalkan
masih duduk dalam satu rumah. Misi ketiga merupakan misi yang terakhir dalam
menambat kembali hati Daniell. Harapnya misi itu berjaya’. Zahra terus
melangkah keluar dari bilik Daniell sebelum pintu ditutup rapat.
@_@
“Assalamualaikum Zahra, Daniell.” Laung seseorang dari luar rumah.
Zahra yang mendengar melajukan langkah ke arah pintu.
“Waalaikumussalam” jawab Zahra
sebelum membuka pintu rumah. Terkejut melihat gerangan yang bertandang ke
rumahnya.
“Eh mak, ayah. Datang tak
bagitahupun. Mari masuk.” Zahra mempelawa kedua-duanya masuk ke dalam rumah.
“Kami saja je, nak buat kejutan
dekat Zahra dengan Daniell. Daniell mana Zahra?” tanya mak cik Leha setelah
melabuhkan duduk di atas sofa.
“Oo, Daniell belum balik kerja lagi.
Sekejap lagi sampailah tu. Rizky tak ikut sekali ke mak?” Soal Zahra pula
apabila tidak melihat batang hidung Rizky.
“Rizky tu banyak kerja katanya.
Nanti bila-bila dia senang dia datanglah rumah kamu ni.” Ayah menjawab bagi
pihak mak.
“Oo, mak dengan ayah rehatlah dulu.
Zahra pergi buat air kejap.” Suruh Zahra sebelum berlalu ke dapur. Tak lama
kemudian Daniell pulang dari kerja. Zahra pula sudah berhenti kerja setelah
berhasrat untuk memenangi balik hati Daniell dengan menjadi suri rumah sepenuh
masa.
“Assalamualaikum” Daniell memberi
salam. Pintu yang sedikit terbuka mengundang debaran dalam dirinya. Laju kaki
melangkah masuk, mata diliarkan mencari kelibat Zahra, takut perkara yang tidak
diingini berlaku. Mak dan ayahnya pelik dengan kelakuan Daniell, seperti
mencari sesuatu yang hilang.
“Kamu cari apa Daniell?” Encik Madi
bersuara dengan secalit senyuman dibibir tuanya.
“Eh, mak ayah. Bila sampainya?”
Daniell sedikit terperanjat dengan teguran itu. ‘Macam mana aku boleh tak
nampak kasut mak ayah dekat luar tadi? Sebab kau kalut sangat mencari Zahra.’
Bisik hatinya sebelum bersama melabuhkan duduk pada sofa.
“Baru je kami sampai. Zahra ada
dekat dapur, nak buat air katanya.” Mak cik Leha menjawab sambil matanya
melihat susuk tubuh anaknya. Sedikit kurus. Bisik hati tuanya.
“Air dah siap. Marilah minum mak,
ayah, abang.” Pelawa Zahra sambil menghulurkan gelas yang berisi air tea limau.
Sedap diminum apabila cuaca panas macam ni.
“Mak tengok badan kamu kurus sikit
Daniell. Daniell sakit ke?” Mak cik Leha menyoal.
“Tak adalah mak. Daniell stress
sikit dengan masalah di tempat kerja.” Jawab Daniall dengan mata yang melirik
kepada Zahra. ‘Stress dengan orang dekat dalam rumah ni lagi.’ Zahra yang
melihat hanya mampu tersenyum saja.
“Mak tengok si Zahra ni makin tembam
pula. Ke dah berisi ni?” Mak soal secara mengejut. Tersembur air yang diminum
Daniell.
“Tak adalah mak, belum ada rezeki
lagi.” Daniell menjawab bagi pihak Zahra. Takkanlah baru sentuh sekali dah
berisi. Tapi tak mustahil kalau waktu tu masa subur Zahra.
“Tak apa. Kamu muda lagi, masih ada
banyak masa untuk mencuba.” Encik Madi memberikan semangat. Merah muka Zahra
menahan malu.
“Mak dengan ayah duduk sini berapa
lama?” tanya Daniell.
“Esok petang kami baliklah, malam ni
saja kami tidur sini.” Mak menjawab sambil mata memandang ke arah Daniell.
“Ala, sekejapnya. Duduklah sini
lama-lama. Zahra bosan tahu.” Zahra sudah menarik muncung.
“Tak bolehlah Zahra, Ayah banyak
kerja nak dibuat dekat kampung tu. Nanti bila Zahra senang, Zahralah pula
datang dekat kampung.” Encik Madi cuba memujuk.
“Yelah, insyaAllah nanti sampailah
Zahra ke kampung tu.” Zahra membalas sayu.
“Janganlah sedih-sedih. Daniellkan
ada boleh teman Zahra.” Daripada memuncung ditukar kepada cebikkan. Semua yang
melihat ketawa kecuali Daniell.
“Mak ayah, Daniell naik atas sekejap
ye. Nak mandi.” Pinta Daniell.
“Pergilah, badan dah bau macam
kambing gurun.” Mak membalas dengan gurauan. Daniell sekadar senyum sebelum
berlalu ke dalam bilik.
@_@
Hari
ni tinggal seorang-seorang lagi. Mak ayah baru je balik tadi. Mak pun ada bagi
nasihat sikit-sikit untuk jadi isteri yang solehah. Tak apalah, hari ni dia
akan jalankan misinya yang terakhir iaitu ‘candle light dinner’. Mak kata
Daniell suka suasana romantik. Bertungkus-lumus Zahra menyiapkan hidangan
kegemaran Daniell dan menyediakan meja makan yang dihiasi dengan suasana dan
haruman yang romantik. Setianya pungguk menanti sang bulan, seperti itulah
setianya Zahra menanti kepulangan Daniell. ‘Mana pula dia ni, biasanya pukul 6
dah balik. Ni dekat pukul 8 malam masih belum nampak batang hidung.’ Zahra
bersuara halus. Meluahkan rasa tidak puas hati.
Pukul 10 malam barulah terdengar
bunyi kereta Daniell memasuki perkarangan rumah sebelum pintu rumah dipulas
dari luar. Zahra di meja makan pantas bangun. Dress putih labuh yang tersarung
elok di tubuhnya dibetulkan sedikit supaya kelihatan sempurna di mata Daniell.
Tiba-tiba terdengar gelak ketawa dari muka pintu. Zahra memakukan pandangan di
muka pintu, menanti gerangan yang bakal melangkah masuk ke dalam rumah. Seperti
terhenti degupan jantungnya apabila melihat Daniell berpelukkan dengan seorang
wanita.
“Sayang, wanginya rumah you. I
laparlah pula sayang.” Perempuan tersebut meliuk-lentokkan badannya kearah
Daniell. Daniell terus memaut pinggang perempuan tersebut dan berjalan kearah
meja makan yang dihiasi indah oleh Zahra tadi. Tanpa menghiraukan Zahra yang
setia berdiri disisi meja tersebut, perempuan itu dilayan seperti puteri.
Disuap, dibelai. Zahra yang masih terkejut tiba-tiba tersedar, lantas membawa
kaki kearah pasangan sejoli yang sedang enak menjamu selera.
“Daniell, apa yang awak cuba lakukan
ni?” soal Zahra yang masih tenang.
“Sayang, siapa perempuan sebelah U
ni? Sedih je I tengok dia.” Tanya perempuan itu pula.
“Tak ada siapa. Dia ni cuma bibik I
je. U jangan pedulikan dia, nanti sakit pula hati U.” Daniell menjawab
pertanyaan perempuan tersebut sambil mengelus lembut pipi perempuan itu.
“Hei perempuan, kau siapa ha? Suka
hati kau je nak bermesra dengan suami aku. Kau tak tahu malu ke?” Zahra panas
melihat adegan mesra yang menjamah matanya.
“Hello girl, I ni girlfriend
Daniell, my hubby. My name Ezrina. I tahu U jellouskan? U sedarlah diri U tu
hanya bibik kepada Daniell je.” Semakin lama Ezrina semakin ganas sehingga
menunjal-nunjal kepala Zahra. Daniell hanya melihat dengan pandangan kosong.
Sampai hati awak Daniell.
“Hei, aku isteri dia yang sahlah. Kau
tu yang kena sedar diri.” Selepas berbicara Zahra terus menyerang Ezrina. Ditamparnya
Ezrina sehingga pecah bibir kanan Ezrina. Daniell yang melihat pantas berdiri
diantara keduanya. Bukannya dia tak tahu apa yang Zahra akan buat bila dalam
keadaan marah. Mahunya mati si Ezrina ni kena dengan Zahra nanti.
“Sudah Zahra, jangan nak bergaduh
macam budak kecil lagi.” Daniell sengaja meninggikan sedikit suaranya.
“Sampai hati abang. Abang bela
perempuan ni dari saya? Siapa isteri abang sekarang ni?” Zahra menyoal dengan
suara yang sudah serak. Tak sangka yang Daniell sudah berubah 100 peratus.
“Dahlah Zahra, itu bukan
persoalannya sekarang. Sekarang Ezrina girlfriend saya. Puas hati awak?”
Daniell menjawab sebelum menarik Ezrina kesebelahnya. Daniell yang melihat
Zahra bergerak ke arah Ezrina, cepat-cepat menolak tubuh Zahra kebelakang.
Tanpa disedari perbuatannya menyebabkan belakang Zahra terkena buju meja makan.
Rasa sakit yang menjalar cuba ditahannya sebelum..
“Daniell sakit Daniell. Daniell!!!”
Zahra menjerit nama Daniell sebelum dirinya perlahan-lahan terduduk di sisi
meja. Terasa bahagian pehanya basah. Daniell pantas mendapatkan Zahra.
“Zahra, awak okey ke? Sakit dekat
mana ni?” kelam-kabut Daniell menampung tubuh Zahra di atas pangkuannya.
“Sakit Abang. Zahra tak tahan dah
ni.” Zahra menyentuh bahagian bawah ari-arinya. Lantas Daniell melihat tempat
yang disentuh isterinya. Terkejut bukan kepalang, yang dilihatnya adalah darah.
Tubuh Zahra terus dicempung untuk dibawa ke hospital. Ezrina ditinggalkan tanpa
sebarang arahan.
“Ish, boleh dia tinggalkan aku dekat
sini. Kau tunggulah Daniell. Aku akan cari kau, sayang. Kau tak akan terlepas
dari aku” Ezrina berkata sebelum ketawa lantang.
@_@
Zahra
selamat dibawa ke hospital. Tinggal keputusan daripada doktor saja. Setelah
dekat sejam Zahra dirawat, doktor keluar dari bilik rawatan. Daniell yang
melihat kelibat doktor, laju saja kakinya melangkah mendapatkan doktor
perempuan itu.
“Doktor macam mana keadaan isteri
saya?” tanya Daniell sebaik saja berada di depan doktor.
“Keadaan isteri Encik sudah stabil.
Syukur kepada Allah, Encik tidak terlambat membawa isteri Encik ke hospital.
Kalau terlambat saya tidak tahu apa yang bakal terjadi, sebabnya isteri Encik
mengalami pendarahan.” Doktor tersebut memberi penerangan panjang lebar.
“Tapi kenapa isteri saya boleh
bleeding doktor?” tanya Daniell sedikit kebingungan.
“Ya Allah, Encik tak tahu ke yang
isteri Encik mengandung. Nak masuk tiga bulan dah.” Jawab doktor sedikit
terkejut. Takkan suami tak tahu isteri mengandung. Pelik pelik.
“Ya Allah, iye ke doktor? Saya
betul-betul tak tahu doktor.” Daniell menjawab sedih.
“Iye. Memang pada awal kandungan
sukar untuk disedari, nak nak lagi anak pertama. InsyaAllah ada rezeki yang
lain buat Encik dan isteri. Jangan berputus asa Encik.” Doktor memberi semangat
kepada Daniell.
“InsyaAllah doktor. Boleh saya masuk
tengok isteri saya?” Daniell bertanya dengan hati yang tersangat sayu.
“Nurse tengah memindahkan isteri
Encik ke wad biasa. Lepas tu Encik bolehlah melawat isteri Encik.” Doktor
membalas sebelum meminta diri untuk beredar dari situ.
@_@
Zahra
yang terbaring lemah dipandang dengan perasaan yang bercampur baur. Rasa
bersalah, sedih, kesian, kecewa semua menjadi satu. Muka pucat Zahra diusap
lembut. ‘Apa yang aku nak cakap bila Zahra sedar nanti? Kalau dia tahu mesti
dia sedih. Tapi, takkan aku nak tipu dia pula. Tak boleh jadi ni. Biarlah sakit
kerana kejujuran daripada gembira kerana penipuan. Aku akan jaga dia sampai
akhir hayat aku. Aku janji padaMu Ya Allah.
Zahra yang terasa ada tangan
bermain-main di mukanya, menggerakkan tangannya sebelum mata dibuka perlahan
dengan dahi yang berkerut. Terkejut dengan keadaan bilik yang serba putih dan
Daniell yang dalam kelihatan keadaan sedih.
“Abang, apa yang dah berlaku ni?
Kenapa saya ada dekat sini? Kenapa abang nampak sedih?” Zahra bertanya kepada
Daniell dengan kerutan nipis di dahi.
“Zahra, abang nak cakap sesuatu ni.
Tapi Zahra kena janji dengan abang yang Zahra akan kuat, tak marah-marah, redha
dengan semua ni dan abang akan sentiasa ada dengan Zahra.” Daniell berkata
sebelum Zahra dibawa kedalam pelukkannya.
“Iye, InsyaAllah Zahra janji, Zahra
akan kuat. Cakaplah abang. Abang buat Zahra takut pula.” Zahra meleraikan
pelukkan suaminya.
“Okey, abang cerita. Sebenarnya
Zahra keguguran. Zahra didapati mengandung, nak masuk tiga bulan dah.” Daniell
menceritakan apa yang doktor terangkan kepadanya tadi. Zahra mendiamkan diri.
Keras dirinya apabila mendengar kejutan yang baru diterima. ‘Aku mengandung?
Aku hampir jadi ibu? Tapi sekarang anak dalam kandungan aku dah tak ada.
Patutlah semenjak dua menjak ni rasa tak sedap badan.’ Zahra bersuara dalam
hati sebelum air mata mencemari pipinya tanpa segan. Lama Zahra berkeadaan begitu
dan Daniell hanya memerhati sebelum ditariknya Zahra dalam pelukkan hangatnya.
Cuba untuk memberi sedikit kekuatan buat Zahra. Walaupun dirinya sendiri sukar
untuk menerima pengkhabaran ini.
“Abang, tak apalah. Bukan rezeki
kita nak ada anak sekarang. Zahra percaya ada hikmah di sebalik apa yang
berlaku. Anak kita sedang menunggu ibu ayahnya ini di pintu syurga. Tipulah
kalau Zahra kata Zahra tak sedih, tak kecewa dengan semua ni. Tapi Zahra mampu
terima dan abang janganlah risau sangat ye.” Zahra berkata sambil mengesat air
mata dengan belakang tapak tangan. Daniell hanya mendiamkan diri dan
mengeratkan lagi pelukkan di tubuh Zahra. Lama kelamaan terasa balasan daripada
Zahra. ‘Sungguh awak perempuan yang kuat sayang, abang sendiri pun masih lagi
terkejut dengan semua ni.’ Daniell bersuara dalam hati sebelum masing-masing
melayan perasaan sendiri. Tiba-tiba Zahra meleraikan pelukkan Daniell dan
menolak Daniell jauh darinya.
“Siapa perempuan yang awak bawa balik rumah tadi? Betul ke dia
girlfriend awak?” Zahra menyoal sedih.
“Tak adalah sayang. Abang saja je
nak buat sayang cemburu. Abang yang upah dia.” Daniell menerangkan perkara
sebenar kepada Zahra.
“Abang dah maafkan Zahra?” tanya
Zahra sambil memandang Daniell dengan muka innocent. Daniell yang melihat hanya
membalas dengan senyuman menawannya.
“Abang, tolonglah jangan buat muka
macam tu. Ingat handsome? Jawablah maafkan saya ke tak?” Zahra kembali menyoal.
“Semestinya abang maafkan Zahra. Dan
abang juga nak minta maaf sebab tertolak Zahra tadi sehingga menyebabkan Zahra
keguguran. Yang abang tipu Zahra dulu pun abang minta maaf.” Daniell membalas
sambil mendekati Zahra kembali.
“Iye, Zahra maafkan abang. Zahra
yakin yang abang tak ada niat pun nak sakitkan Zahra. Pasal Zahra keguguran,
Zahra terima semua tu, pasti ada hikmah di sebalik kejadian.” selesai saja
Zahra berbicara, Daniell menarik Zahra dalam pelukkannya.
@_@
Sebulan
telah berlalu, tinggal beberapa hari saja sebelum Zahra menamatkan proses
berpantangnya. Daniell sudah kembali bekerja dan Zahra diserahkan kepada maknya
untuk dijaga sementara Daniell di pejabat. Sedang ralit Daniell dengan kerja
yang banyak ditangguh, tiba-tiba pintu pejabatnya dibuka dari luar tanpa
ketukan. Terkejut Daniell dibuatnya. Seketika kemudian terpamerlah wajah gedik
Ezrina. ‘Ish, menyesal pula aku upah dia.’ Daniell buat muka menyampah sebelum
menyambung kerjanya.
“Sayang, U ni kenapa buat muka macam
tu dekat I? U tak rindu dengan I ke?” Ezrina mula memainkan peranan. Daniell
naik rimas dengan Ezrina yang menggedik-gedik di sebelahnya.
“Hei Ezrina. U boleh pergi tak? I
malas nak layan U. Upah U pun I dah bagi. Apa yang tak cukup lagi?” Daniell
bersuara keras.
“Ala U ni. I kan girlfriend U. Tak
salahkan I nak jumpa boyfriend I sendiri?” Ezrina semakin menggedik.
“Pleaselah Ezrina. I dah ada isteri
I dan I cintakan dia sangat-sangat. I cuma upah U untuk buat isteri I cemburu.
Jangan nak perasan sangat boleh tak?” Naik seoktaf suara Daniell.
“U ingat I akan lepaskan U semudah
itu? Tidak akan Daniell, sebelum I dapat apa yang I nak.” Ezrina bersuara manja
dengan maksud yang tersirat.
“Okey, cakap dengan I apa yang U nak
sangat.” Daniell menyoal pantas.
“I nak duit, RM 200 ribu.” Ezrina
menjawab sambil tersenyum sinis.
“Okey, fine. Tapi lepas je I bagi U
duit tu, U anggap je yang U dengan I tak pernah berjumpa dan jangan ganggu
hidup I lagi. U mesti janji.” Daniell membuat perjanjian.
“Okey, I janji dengan U. After this
we’re over.” Laju saja Ezrina membuat persetujuan. Daniell mengeluarkan buku
cek dan menuliskan nilai yang dikehendaki oleh Ezrina, lantas menyerahkannya
kepada Ezrina.
“Take this and go” Daniell bersuara
setelah cek bertukar tangan.
“Thanks baby and bye.” Ezrina sempat
mencium cek tersebut sebelum beredar dari situ. ‘Kenapalah kau macam ‘lipas’
Ezrina. Naik menyampah aku.’ Daniell bersuara dalam hati sebelum kembali
melakukan tugasnya.
@_@
“Assalamualaikum sayang. Abang dah balik.” Daniell sedikit menjerit
dari luar rumah. Zahra yang sedang ralit menonton televisyen sedikit
terperanjat.
“Waalaikumussalam, Zahra ada dekat
sini. Kenapa jerit-jerit abang.?” Zahra menjawab salam si suami. Daniell terus
berjalan dan melabuhkan duduk bersebelahan Zahra di atas sofa.
“Abang rindulah. Dekat setengah hari
abang tak jumpa Zahra tau.” Daniell bersuara manja sambil melentokkan kepala di
atas bahu kanan Zahra.
“Makin mengada abang ni. Dah nama
pun kerja, nak buat macam mana.” Zahra bersuara malas sambil menjeling Daniell
di sisi.
“Ala sayang ni. Dah abang rindu nak
buat macam mana. Sayang tak rindu dekat abang ke?” soal Daniell seakan merajuk
dengan Zahra.
“Eh Daniell, yang kamu kacau Zahra
tu dah kenapa? Dah pergi naik atas mandi.” Mak cik Leha bersuara apabila
melihat Daniell menggesek-gesek badan ke arah Zahra sebelum kembali ke dapur.
“Ala mak ni, kacau daun je orang nak
bermanja dengan isteri.” Daniell bersuara perlahan. Zahra yang melihat sudah
meletuskan tawanya sambil mengangkat ibu jari kirinya tanda padan muka.
“Oo ketawakan abang ye. Tunggulah
lepas Zahra habis pantang nanti.” Daniell memberi amaran dan Zahra hanya
menjelirkan lidahnya. Lantas tubuh Zahra dicempung naik ke bilik. Zahra hanya
mampu ketawa. Mak cik Leha yang melihat tersenyum senang dengan sikap anak dan
menantunya.
Setibanya di bilik, Zahra diletakkan
dengan penuh berhati-hati di atas katil. Daniell melabuhkan duduk di tepi Zahra
sebelum bersuara.
“Sayang, abang nak cerita sikit
tentang perkara yang terjadi dekat abang hari ni. Sayang dengar ye.” Zahra yang
mendengar sudah tak senang duduk. Terus dia mendekatkan duduknya berhampiran
dengan Daniell.
“Kenapa abang? Apa yang berlaku?
Abang kena marah ke? Ke abang ada buat salah dengan Zahra ni?” Zahra menyoal
bertubi-tubi.
“Ish sayang ni. Banyak betul
soalannya. Abang kiss karang.” Zahra pantas menekup mulutnya dengan tangan.
Daniell yang melihat tersenyum nipis. Macam-macamlah Zahra ni.
“Tadi, dekat pejabat. Ezrina datang
jumpa abang.” Belum sempat Daniell menghabiskan cerita Zahra sudah memotong.
“Ha? Buat apa dia jumpa abang? Dia
ada buat apa-apa dekat abang ke? Cepat cerita dekat saya apa dia buat dekat abang,
biar saya balas balik.” Macam peluru berpandu soalan keluar dari mulut Zahra.
Daniell yang mendengar sudah tercengang. ‘Nasiblah dapat bini ganas. Tahunya
nak membalas saja.’
“Sayang, dengar sampai habis dulu
apa yang abang nak cerita. Ni tak, belum suku abang cerita sayang dah potong.
Memang nak kena dengan abang ni.” Daniell mendekatkan diri dengan Zahra. Laju
tangan Zahra menahan badan Daniell yang semakin hampir dengannya.
“Okey okey, Zahra tak menyampuk dah.
Abang cerita semula.” Zahra bersuara sambil tangannya menepuk-nepuk dada
Daniell perlahan.
“Okey, Ezrina datang jumpa dengan
abang, abang pun tak sangka. Abang tanyalah dia nak apa. Dia cakap dia nak duit
RM 200 ribu.”
“Lepas tu abang bagi ke? Banyak tu
abang. Apa ke jahat si tikus tu.” Zahra memintas laju.
“Sayangggg” Daniell panggil meleret.
Zahra ketawa perlahan. Sedar akan kesilapan dirinya.
“Okey, sorry. Abang sambung balik.
Janji tak menyampuk dah.” Zahra membuat aksi mengzip mulut. Daniell hanya mampu
menggeleng kepala dengan perangai isterinya.
“Lepastu abang bagi jelah. Asalkan
dia janji yang dia takkan ganggu abang dah. Lepas abang bagi cek tu dia pun
pergi. Habis.” Daniell berjaya menyudahkan ceritanya tetapi Zahra masih
mendiamkan diri.
“Aik diam pulak? Tadi bukan main nak
cakap lagi.” Daniell bersuara sebelum tangannya mencuit hidung Zahra. Pantas
ditepis oleh Zahra.
“Tak lah. Kenapa abang bagi duit tu?
Kesian abang, duit abang banyak habis.” Zahra meluahkan apa yang difikirkan.
“Tak apalah sayang. Abang tak kisah
sikit pun dengan duit tu. Yang abang nak sekarang, hidup bahagia dan tenang
dengan isteri abang ni. Walaupun isteri abang ni banyak mulut, ganas, abang tak
kisah. Janji dia selalu ada dengan abang.” Daniell menjawab jujur sambil
tersengih di akhir ayat. Zahra yang mendengar sudah memuncungkan mulut.
“Sampai hati abang kutuk Zahra
depan-depan. Nak kutuk pun tunggulah Zahra tidur ke, mandi ke. Ni tak, waktu
Zahra segar bugar nilah abang nak kutukkan. Abang ni memang nak kena.” Selesai
bersuara Zahra mencubit perlahan lengan suaminya. Daniell ketawa lantang dengan
bebelan Zahra dan hari-hari mereka dihiasi dengan perasaan cinta yang halal di antara
dua insan yang bergelar suami dan isteri.
@_@
“Sayang, mana sayang letak laptop
abang tadi?” Daniell bertanya kepada Zahra yang sedang sibuk di dapur.
“Cuba abang tengok dekat atas meja
dalam bilik.” Sebenarnya Zahra terlupa dekat mana dia letak laptop Daniell.
“Okey sayang.” Daniell terus berlalu
ke dalam bilik.
@_@
Daniell
menuruni anak tangga menuju ke dapur. Diangkat tudung saji untuk melihat
hidangan makan malam yang disediakan Zahra, ternyata kosong. Daniell
mendapatkan Zahra di ruang tamu.
“Sayang, sayang tak masak ke malam
ni?” Soal Daniell sambil merangkul tubuh Zahra ke dalam dakapannya.
“Eh, Zahra terlupalah abang. Sekejap
ye, Zahra pergi masak.” Zahra mengalihkan tangan Daniell sebelum bangun, namun
cepat saja tangan Daniell menarik Zahra kembali. Akibatnya Zahra terjatuh di ribaan
Daniell.
“Eh abang, biarlah saya pergi masak
sekejap.” Zahra cuba untuk bangun tetapi hanya sia-sia. Daniell memeluknya
kejap.
“Tak payahlah masak malam ni, kita
makan dekat luar. Abang belanja sayang. Sayang pergilah siap.” Daniell menyuruh
dan Zahra hanya mengikut. Zahra berjalan sambil menyanyi kecil menuju ke bilik.
Daniell yang memerhati hanya tersenyum. ‘Makin lama makin abang sayang dengan
Zahra. Abang tak tahulah apa yang akan jadi dengan diri abang kalau abang
kehilangan Zahra.’ Daniell bersuara dalam hati.
“Zahra dah siap abang. Jom kita
pergi.” Zahra bersuara ceria lantas memegang tangan Daniell supaya bangun.
“Cepatnya sayang siap. Jomlah kita
pergi.” Daniell membawa tangannya ke pinggang Zahra dan berlalu ke kereta.
@_@
Pukul
6 petang Daniell balik bersama mak cik Leha. Hatinya sedikit panas apabila
maknya terpaksa menunggu hampir tiga jam kerana Zahra tidak mengambil maknya.
Zahra sudah menunggu di muka pintu untuk menyambut kepulangan suaminya.
“Eh, mak pun ada juga. Tak cakap pun
nak datang.” Zahra menyalami tangan mak cik Leha selepas menyalami tangan
Daniell. Mak cik Leha hanya mengukirkan senyuman sebagai tanda balasan. Mereka
masuk ke dalam rumah. Daniell membawa Zahra ke dalam bilik.
“Zahra, abang nak tanya sikit.
Kenapa Zahra tak pergi ambil mak? Kan pagi tadi abang dah cakap dekat Zahra
yang mak naik bas datang rumah kita sebab ayah ada kerja.” Tanya Daniell
senada.
“Abang, Zahra terlupalah. Zahra
betul-betul tak ingat.” Zahra menjawab sambil menundukkan kepala. Tahu akan
kesalahan dirinya.
“Tak ingat Zahra kata? Kalau Zahra
malas nak ambil cakap jelah. Abang boleh pergi ambil.” Selesai berbicara
Daniell terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Ingin menyegarkan badan yang
terasa penat. ‘Zahra betul-betul terlupa abang. Bukan Zahra sengaja.’ Zahra
bersuara sedih. Dia sendiri pun tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni, sering
saja dia terlupa akan perkara yang kecil. Tanpa sedar air mata membasahi pipi.
@_@
“Assalamualaikum” Zahra memberi salam sebelum melangkah masuk.
Terkejut Zahra bila sekujur tubuh Daniell berdiri tepat di belakangnya.
“Eh, abang. Kenapa berdiri dekat
sini? Soal Zahra lembut.
“Dah pukul berapa sekarang ni?”
Senada Daniell menyoal Zahra kembali. Zahra hanya mendiamkan diri.
“Pukul berapa Zahra?” Daniell sudah
menengking. Tersentak Zahra sebelum menjawab.
“Pukul 1 pagi” Zahra menjawab
perlahan.
“Tahu pukul satu pagi. Dah tu kenapa
Zahra baru balik? Dah tak ingat jalan balik rumah dah ke?” Soal Daniell sinis.
“Petang tadi Zahra pergi beli barang
dapur. Lepas tu Zahra nak balik rumah, tapi Zahra terlupa jalan balik ke
rumah.” Zahra bersuara sedih.
“Kalau Zahra pergi berfoya-foya,
jangan bagi alasan tak ingat jalan balik rumah! Orang bodoh je yang bagi alasan
macam tu” Daniell sudah melenting.
“Tapi Zahra betul-betul tak ingat.
Zahra tak tipu abang. Tolonglah percaya.” Zahra menagih kepercayaan Daniell
dengan suara serak ingin menangis.
“Sudahlah Zahra. Abang malas nak
dengar alasan Zahra. Asyik terlupa, terlupa, terlupa. Bila masanya Zahra nak
ingat? Bosan tahu tak!” Daniell pantas membawa diri ke dalam bilik.
“Tapi Zahra betul-betul tak ingat.
Zahra tak tahu kenapa abang. Hari demi hari Zahra semakin kehilangan ingatan
Zahra sedikit demi sedikit. Zahra takut abang, tapi apa yang Zahra boleh buat?”
Zahra bersuara perlahan sebelum duduk di sofa bersama air mata sebagai peneman
setia.
@_@
Daniell
yang elok terbaring diatas katil direnung sedalam-dalamnya. Bagai melepaskan
rasa rindu yang berhari-hari terbuku di dalam hati. Semakin hari Zahra berasa
dirinya semakin jauh dengan Daniell. Tidak mengerti makna di sebalik perasaan
itu. Perlahan kakinya melangkah menghampiri Daniell sebelum bersuara.
“Abang, saya nak cakap sikit dengan
abang ni.” Daniell yang mendengar namanya dipanggil segera memandang ke arah
isterinya.
“Bila masa pula sayang minta izin
bila nak cakap dengan abang ni?” Tanya Daniell lembut.
“Hmm, abang. Pasal tadi saya minta
maaf. Saya betul-betul terlupa.” Zahra memohon maaf sambil memegang tangan
Daniell.
“Tak apalah, lain kali jangan buat
macam tu dah. Abang risau dekat sayang tahu. Balik-balik je sayang tak ada rumah.
Abang pun nak minta maaf dekat sayang sebab tertengking sayang tadi.” Daniell
menggenggam erat tangan zahra kembali.
“Zahra maafkan abang.” Zahra
melentokkan kepala di bahu Daniell.
“Tapi, Zahra ada benda lain nak
cakap dengan abang”. Sambung Zahra.
“Apa dia sayang?” Daniell memegang
kedua bahu Zahra supaya melihatnya. Mudah untuknya berkomunikasi apabila duduk
berhadapan sebegini.
“Sebenarnya, sejak kebelakangan ni,
Zahra mudah lupa tentang perkara yang kecil. Contohnya, Zahra lupa mana Zahra
letak kunci kereta, Zahra lupa resepi masakan yang Zahra selalu masak, Zahra
tak ingat nombor telefon abang.” Zahra bersuara sedih.
“Sayang, mungkin sayang tak sihat.
Terlalu penat ke. Sayang janganlah fikir yang bukan-bukan.” Daniell memberi
semangat pada Zahra.
“Tapi Zahra tak penat. Zahra cuma
hilang memory Zahra sedikit demi sedikit. Zahra tak tipu abang. Percayalah.”
Zahra sudah menangis sambil menundukkan kepalanya.
“Shhh, abang percaya Zahra.
Janganlah menangis. Esok kita pergi check up ye sayang. Dah, mari kita tidur.
Dah lewat ni.” Daniell membawa Zahra baring bersamanya.
“Baru pukul 9.30 malam. Lewat
apanya. Mengada je lebih.” Daniell yang mendengar Zahra mengomel tergelak perlahan
sebelum bersama-sama dibawa lena yang disulami mimpi indah.
@_@
“Macam mana keadaan isteri saya
doktor? Apa sakitnya sampai dia mengadu dekat saya yang dia mudah lupa
perkara-perkara yang kecil.” Daniell bertanya sungguh.
“Macam ni. Isteri Encik diserang
penyakit Alzheimer. Secara umumnya, penyakit ini kemungkinan akan dihidapi pada
seseorang yang berusia 60 tahun keatas. Tetapi 5% penderita penyakit ini
merupakan seseorang di bawah umur 60 tahun. Faktor utamanya adalah disebabkan
keturunan. Boleh saya tahu, adakah isteri Encik mempunyai keturunan yang
menghidapi penyakit seperti ini?” Tanya Doktor Liza.
“Ada. Arwah ibunya menghidapi
penyakit Alzheimer.” Daniell menjawab perlahan.
“Okey. Seseorang yang menghidapi
penyakit ini akan kehilangan minat untuk melakukan apa-apa. Mood dan perlakuan
pesakit juga mudah berubah. Hingga pada satu tahap, dia akan lupa semuanya.”
Doktor Liza memberi penjelasan lebih terperinci.
“Tak ada ubat ke doktor?” tanya
Daniell berharap.
“Maaf, buat masa ni pihak kami tidak
menemui apa-apa ubat yang mampu menyembuhkan penyakit ini. Saya harap Encik
tabah menghadapi ujian ini dan banyakkan berdoa untuk isteri Encik.” Jawab
Doktor Liza sekaligus memberi semangat kepada Daniell.
“Baiklah doktor. Kalau tak ada
apa-apa, saya keluar dulu. Assalamualaikum.” Daniell berlalu mendapatkan Zahra.
“Waalaikumussalam” Doktor Liza
menjawab salam Daniell.
@_@
Daniell
termenung di meja solek memikirkan nasib isterinya. Rasa bersalah terhadap
Zahra, kerana apa yang diperkatakan Zahra tentang terlupa ambil mak, terlupa
jalan balik rumah tidak dipercayai pada mulanya. Pasti hati Zahra sedih kerana
tidak dipercayai suami. Zahra yang melihat tersenyum nipis sebelum memeluk
Daniell dari belakang. Terkejut Daniell dibuatnya.
“Abang, janganlah sedih. Saya okey
jelah. Masih kuat lagi ni.” Zahra bersuara sebelum ketawa kecil. Daniell
menarik Zahra duduk di ribaannya.
“Sayang, abang tak sanggup tengok
isteri abang sakit macam ni. Kalau abang ada kuasa, abang akan alihkan sakit
sayang tu dekat abang.” Daniell bersuara sedih.
“Abang, abang ingat kalau abang
sakit saya tak sedihlah.” Zahra bersuara seakan ingin merajuk.
“Bukan macam tu sayang. Abang cuma
tak sanggup tengok sayang sakit. Abang cinta sayang sangat-sangat. Abang tak
nak kehilangan sayang.” Daniell memeluk erat tubuh Zahra.
“Abang, semuanya sudah tertulis. Kita
kena terima semua ujian ni. Allah bagi kita ujian setanding dengan kemampuan
kita. Kita kenalah tabah hadapi semua ujian dariNya.” Zahra menasihati Daniell.
“Abang tahu sayang. Abang akan
kuatkan diri abang untuk sayang. Abang minta maaf sebab tak percaya cakap
sayang sebelum-sebelum ni, yang pasal sayang terlupa semua tu.” Zahra yang
mendengar sudah tersenyum nipis.
“Tak apalah abang, Zahra sentiasa
maafkan abang. Abang jangan risau ye.” Zahra menjawab lembut.
“Terima kasih. Ni yang buat abang makin sayangkan sayang ni.”
Daniell merangkul pinggang Zahra lebih erat.
“Zahra pun semakin hari, semakin sayangkan abang.” Pantas dirangkul
leher Daniell. Biarlah ianya berlalu dibawa angin, membawa pergi duka,
meninggalkan bahagia.
@_@
Zahra
yang terjaga dari lena memandang Daniell di sebelah. Tetapi yang dilihat hanya
bantal golek yang elok terbaring di situ. Laju Zahra membersihkan diri sebelum
turun ke ruang tamu. Buka saja pintu bilik dari dalam, berwarna-warni menyapa
pandangan matanya. Ye! Pintu bilik dan dinding rumahnya dipenuhi dengan sticky
note yang berwarna-warni. ‘Dah macam tadika’ kata hati Zahra.
“Bilik kita berdua.” Zahra membaca
perlahan sticky note yang elok tertampal di luar pintu biliknya. Zahra teruskan
berjalan menuruni anak tangga sat persatu. Di situ tertampal sticky note yang
gedik-gedik.
Love
U Zahra
Always
remember me
Hugsss me
Macam-macam
lagi. Diruang tamu pun penuh dengan sticky note. Alamat rumah, no telefon orang
yang penting dan sebagainya. Diteruskan berjalan ke dapur. Terdengar bunyi
sudip berlaga dengan kuali. Mesti Daniell tengah memasak ni. Di peti pula,
ditampal sticky note tentang resepi-resepi yang simple-simple. Daniell yang
terperasan kehadiran Zahra pantas mendapatkan Zahra sebelum didudukkan di kerusi.
“Abang, penuh sticky note abang
lekatkan dalam rumah ni.” Zahra bersuara dengan bibir yang mengukirkan
senyuman.
“Abang buat semua ni untuk sayang.
Bila sayang tengok je apa yang abang tulis, sayang akan ingat. Tak ingat banyak
pun, sikit jadilah.” Daniell mematikan api dapur dan mengambil tempat di sebelah
Zahra. Zahra menggenggam erat tangan suaminya sebelum berbicara.
“Abang, Zahra nak abang ingat satu
perkara. Biarlah ingatan Zahra terhakis oleh masa yang berlalu, tetapi cinta
Zahra terhadap abang takkan pernah terhakis. Biarpun suatu hari nanti Zahra
kehilangan semua ingatan Zahra, abang ingatlah yang abang takkan pernah hilang
dalam ingatan Zahra. Zahra rela tak ingat semuanya, tetapi Zahra sentiasa
berdoa yang Zahra akan ingat abang selama-lamanya. Zahra sayangkan abang.
Maafkan Zahra kalau suatu hari nanti Zahra lupa semuanya, Zahra ada sakitkan
hati abang, buat abang rasa terpinggir, buat abang susah hati. Percayalah
bahawa dalam hati Zahra, Zahra tak ada niat sedikit pun untuk buat abang rasa
macam tu. Zahra tak mampu nak kawal diri Zahra. Zahra nak, bila Zahra dah tak
ada nanti, abang mulakanlah hidup baru dengan wanita lain. Zahra tak nak tengok
abang sedih-sedih.” Daniell sudah tidak mampu mendengar luahan hati isterinya.
Air mata yang membasahi pipi dibiarkan saja.
“Selagi nyawa dikandung badan, abang
akan jaga sayang dengan penuh kasih sayang. Abang janji dengan sayang.” Daniell
berbicara dalam sendunya dan kembali memeluk tubuh Zahra erat, seperti tidak
mahu dilepaskan.
@_@
Semakin
hari, ingatan Zahra semakin teruk. Sekarang, Zahra seperti berada di dalam
dunianya sendiri. Bercakap tanpa perasaan dan Daniell tidak jemu melayan
karenah Zahra yang pelbagai ragam. Ditabahkan hati, dicekal minda. Zahra yang
elok berdiri di balkoni dipandang sayu.
“Zahra” panggil Daniell lembut.
Zahra menoleh ke arah Daniell lalu melangkah masuk ke dalam bilik.
“Awak, boleh tak awak tunaikan
permintaan terakhir saya?” tanya Zahra tanpa perasaan.
“Ye sayang. Awak nak apa?” soal
Daniell prihatin.
“Saya nak minta awak nyanyikan lagu
kegemaran saya. Kali ni je.” Zahra meminta senada. Hanya satu lagu yang
berlegar-legar difikiran Daniell. ‘Saat terakhir’.
“Boleh sayang, mari sini.” Daniell
memanggil Zahra ke arahnya. Daniell mengambil gitar sebelum melabuhkan duduk di
sofa. Tanpa dipinta Zahra melabuhkan duduk di tepinya sebelum melentokkan
kepala di bahu Daniell.
“Nyanyilah” pinta Zahra. Daniell
mengalihkan pandangan dari mengadap Zahra dan mula bermain gitar sebelum
menyanyi.
Tak pernah terfikir olehku
Tak sedikit pun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
Begitu sulitku bayangkan
Begitu sakitku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
Sepenuh perasaan Daniell menyanyi, tanpa disedari air matanya jatuh
di pipi. Terbayang saat-saat dirinya bakal ditinggalkan Zahra.
Di bawah batu nisan kini
Kau telah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
Sungguhku tak sanggup ini terjadi
Kerna ku sangat cinta.
Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih.
Satu jam saja ku telah bisa
Cintai kamu, kamu, kamu di hatiku
Namun bagiku melupakan butuh waktuku
Seumur hidup.
Satu jam saja kutelah bisa
Sayangi kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku
Seumur hidup.
Di hatiku.
Kenangan
pertama kali berjumpa dengan Zahra terimbas kembali difikirannya. Kepala ditoleh
kearah Zahra yang elok meletakkan kepalanya di bahu Daniell. Namun tiada lagi
deruan nafas hangat yang menjamah pipinya. Sedarlah Daniell kini, bahawa
isterinya sudah tiada lagi disisinya dalam mengharungi hari-hari yang
mendatang. Tiada lagi telatah nakal Zahra yang mencuit hatinya, tiada lagi senda
gurauan Zahra yang menghiburkan dirinya dikala kesedihan melanda. Dan kini,
tiada lagi Zahra Qistina. Menangis sayu Daniell mengenangkan dirinya kini telah
sendiri. Dipeluk tubuh kaku Zahra dalam pelukkan hanyatnya buat kali yang
terakhir.
‘Biarpun kita berlainan dunia. Cinta kita tetap satu di dunia cinta
kita. Sehingga nyawa terpisah dari badan di antara keduanya. Pergilah sayang,
melalui dunia barumu dengan tenang. Doaku akan sentiasa mengiringi dirimu.’
****
malam
merangkak pergi,
mencari fajar yang bakal menjelma
pagi,
dengan penyatuan dua jiwa satu hati.
~TAMAT~
Casinos In Dubai - Airport Review & Hotels - Air
BalasPadamBook a Flight or Flight On Airfare how can i order air jordan 18 retro men red & air jordan 18 retro red for sale Book Direct air jordan 18 retro men good site In Dubai (Tif) with Airjet Radar, Free Shipping or Book Direct Direct On air jordan 18 stockx great site Airfare and Book air jordan 18 retro red store Direct In Dubai.